You are on page 1of 7

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Satu Malaysia jadi pegangan,


Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.

Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum
diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata Satu Malaysia yang
menjadi pegangan wazir negara kita, Dato Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah
yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini
demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan
kaum di Malaysia.

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang
harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat
berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa
rambut sama hitam, hati lain-lain jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna
rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai
aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti
kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar
kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke
Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang
wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk
melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini
secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya
menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum
kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan
nama negara, seperti kata peribahasa, sambil menyelam minum air.

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi
negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak
akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad
dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan
itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,
nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah
meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan
kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri
sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan
yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh
hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan
negara.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan
semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana perpaduan kaum itu
hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna
dan bersikap bertolak ansur.
Sumber http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-
malaysia.html

Tugasan Sejarah PT3 2014: Kepentingan Perpaduan Kaum
Assalamualaikum.

Tugasan Sejarah PT3: Rencana Berkaitan Perpaduan Kaum di Malaysia.
Bahan dan rujukan untuk isi berkaitan kepentingan perpaduan kaum.




PERPADUAN PENTING DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA

Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang
kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar
dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan
keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada
rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu
dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta
merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan
televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat
beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan
perpaduan kaum ialahmasyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan
masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik.
Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.

Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini
membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancar
untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak
kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan
damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong
asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan
menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di
Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman
dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada
rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum
membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa
negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan
kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi
beberapa pertubuhan antarabangsa.

Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkan
perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia
seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat
mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam
sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah
mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat
dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.

Kepentingan Perpaduan Kaum

1. masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
2. perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram
3. pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara
4. menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia
5. menaikkan imej negara di mata negara lain
6. membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa

Kepada calon PT3, inilah contoh penulisan rencana yang dikehendaki dalam tugasan Sejarah
PT3. Namun begitu, rencana ini tidak lengkap kerana maklumat atau isi yang dikehendaki dalam
tugasan yang diberikan tidak cukup. Sekiranya diperhatikan, rencana ini hanya memaparkan
tentang kepentingan perpaduan kaum sahaja. Jadi, calon perlu memasukkan faktor, cabaran
dan langkah mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum sebelum membuat rumusa.

Rujukan:
1.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/15970-
perpaduan-penting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.html
Draf awal nak buat ..............

1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada
petikan di atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh
bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan )

Dasar pecah dan perintah British
Sistem pendidikan zaman British
Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei
Isu agama dan budaya- trend terkini

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
memelihara kedaulatan Negara
mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
meningkatkan imej Negara di mata dunia
membangunkan ekonomi negara
mengekalkan kestabilan politik
membina masyarakat yang saling menghormati

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

Peristiwa 13 mei
Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
Penubuhan parti politik
Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
Dasar pebdidikan kebangsaan

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

kewujudan pelbagai aliran sekolah
parti politik berasaskan kaum
kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat
Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di
Malaysia ( cadangan )

Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan I Malaysia
Aktiviti kokurikulum

(f) Membuat rumusan ( cadangan )

f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan
Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar
Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )
Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
Tidak terpengaruh dengan anasir luar
Menghargai jasa tokoh

(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/
a. Buku
Lofti Ismail,1988.Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors
Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967.From Malayan Union to SingaporeSeparation: Political
Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press.

b. Jurnal
Ahmad Masjidin. Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara
dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah . Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin,1960. Dato Onn and Malay Nationalism 1946-1951,dalam JSEAH.Vol 1.Mac
1960.

c. Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.

d. Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

e. Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala
Lumpur.

Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman
Sri Gombak,68100 Selangor.

f. Melawat Tempat Kajian
Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato Onn, Pusat
Dagangan DuniaPutra,45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.


g. VCD
Tajuk program, terbitan.

h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

i. Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

j.Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.

k. Sumber lain :
Jenis sumber, alamat/punca sumber.
Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
http://www.geocities.com/tokohagung/Tokoh PMTunku AbdulRahman.htm

You might also like