You are on page 1of 1

LUM MEI TUNG PISMP SEM 4 BC

KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP).



Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang menggabungkan tiga
elemen penting iaitu seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Seni
Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi
instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Matlamat ialah untuk
melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan
kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan
kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran murid-murid.
Seni memainkan peranan penting dalam pendidikan disebabkan oleh
pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan
yang menarik dan kreatif.

You might also like