You are on page 1of 4

BAHAN BINAAN TINGKATAN 4

MODUL 1
KAYU : JENIS KAYU TEMPATAN DAN PROSES PENGELUARAN

Kecuaian semasa
menebang

Semula jadi Menggergaji

Faktor-faktor yang mempengaruhi


kecacatan kayu:

Serangan parasit,
serangga dan kulat. Proses
pengeringan

Unit 1.2: Kecacatan Kayu

bermaksud segala sifat yang


tidak sempurna yang
terdapat pada kayu.

Kecacatan semula jadi

Jenis-jenis kecacatan kayu:

Kecacatan pembelahan

Kecacatan pengeringan

1
BAHAN BINAAN TINGKATAN 4

 Kecacatan ini disebabkan oleh tanah, iklim dan kawasan


pokok itu tumbuh.
 Ia menyebabkan keadaan fizikal kayu menjadi berbuku,
rekah bintang, rekah bulat, rekah kipas, ira berpintal
atau berongga.
 Kayu yang berbuku disebabkan pecahan pada dahan
dan ranting pokok.
 Kayu yang berongga disebabkan oleh lubang pada
pokok.

KECACATAN SEMULA JADI

Rajah 1.1:Rekah kipas/Rekah hati Rajah 1.2:Berongga

Rajah 1.3: Rekah bulat/Rekah cincin Rajah 1.4: Buku

Rajah 1.5: Rekah bintang/Rekah teras Rajah 1.6:Ira berpintal

2
BAHAN BINAAN TINGKATAN 4

 Kecacatan ini berlaku semasa kayu balak diproses.


 Keadaan ini disebabkan oleh mesin atau cara kerja yang
tidak teliti semasa pembelahan kayu.
 Kecacatan jenis ini menyebabkan permukaan dan
hujung kayu pecah dan memperlihatkan tanda lekuk
dan ira pepenjuru pada kayu.
 Kecuaian semasa pembelahan kayu juga menyebabkan
saiz kayu tidak seragam.

KECACATAN PEMBELAHAN

Rajah 2.1: Pecah hujung

Rajah 2.2: Lekuk

Rajah 2.3: Ira pepenjuru

3
BAHAN BINAAN TINGKATAN 4

 Kecacatan ini berlaku semasa kerja pengeringan


dilakukan.
 Keadaan ini disebabkan kayu tidak disusun dengan
betul, pengeringan tidak seragam, peredaran udara tidak
tidak cukup dan suhu terlalu tinggi.
 Antara contoh kecacatan ini ialah piuh, melengkung,
menggeleding, keras kulit, pecah dan sisian weni (wen).

KECACATAN PENGERINGAN

Rajah 3.1: Sisian weni/Wen Rajah 3.2: Melengkung

Rajah 3.3: Menggeleding/Relangan Rajah 3.4: Piuh

You might also like