You are on page 1of 9

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

HIKAYAT PANJI SEMIRANG

NAMA PELAJAR : NUR ADILA BINTI MOHAMED ZAIN

NO MATRIK : JEA 080091

SESI : SEMESTER 1 2008/2009

NAMA PENSYARAH : DR.AMRAN MOHAMAD

NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH ABD RAHMAN

FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

1
KANDUNGAN MUKA SURAT

Petikan Hikayat Panji Semirang………………………………………… 2

Pengenalan………………………………………………………………. 3

Falsafah “ Kesetiaan Cinta”……………………………………………... 4-7

Kesimpulan……………………………………………………………… 8

Bibliografi……………………………………………………………….. 9

2
*PETIKAN HIKAYAT PANJI SEMIRANG*

“ Anak panahnya yang dipegangnya seolah-olah hendak gugur ke bumi dari sebab hatinya
amat rawan melihat Raden Inu. Lalu ia mengambil sapu tangan dan ditutupkannya pada
mukanya…”

(hal. 71)

“ Masakan, apabila kakanda bersahabat dengan laki-laki, boleh berkasih sayang demikian,
hingga ikat pinggannya kekanda rumrum. Kalau-kalau kekadang bersahabat dengan seorang
perempuan juga, maka kekanda perbuat demikian itu. Banyak juga laki-laki bersahabat
dengan laki-laki dan bersama-sama membuang budi, tetapi budi biasa di balas dengan budi,
tiada seperti yang diperbuat oleh kekanda itu.”

(hal. 120)

“ Jikalau hamba belum berjumpa dengan dia, tiadalah hendak kembali ke dalam negeri
Kuripan, …… tiadalah hamba akan berhenti daripada mencari Panji Semirang.”

3
PENGENALAN

Cerita- cerita panji ialah cerita-cerita roman atau pengembaraan yang berasal dari

Jawa.Cerita- cerita panji ialah golongan cerita Jawa-Melayu yang semuanya berpusatkan

SangPanji, Putera Kuripan Yang ada sifat sejarahnya tetapi tidak kurang sifat methologynya.

Pokok utama cerita panji ialah Panji yang berkelana mencari kekasihnya, pasangannya

yang seringkali bernama Cendera Kirana, Puteri Daha, tetapi hilang atau menyamar diri dan

menjelma sebagai orang lain. Selama ia berkelana, Panji mengalami bermacam-macam

peristiwa hingga akhirnya ia bertemu semula dengan kekasihnya.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, saya memilih falsafah “Kesetian Cinta”

berdasarkan Hikayat Panji Semirang. Terangkum dalam pengertian cinta ialah perasaan

kasih sayang, asyik maksyuk, kesefahaman, kesetiaan, pengorbanan, kejujuran, hormat-

menghormati, cemburu, ingin dipujuk rayu, dan kerinduan. Hikayat Panji Semirang

menceritakan tentang pengembaraan Raden Inu Katarpati, Putera Ratu Kuripan mencari

tunangnya Galoh Cendera Kirana yang telah lari daripada istana kerana angkara ibu tirinya,

Paduka Liku. Semasa mengembara kadang-kadang dua kekasih yang saling mencari ini

pernah bertemu tetapi tidak mengenali antara satu sama lain kerana masing-masing

menyamar. Pelbagai peristiwa suka duka dialami oleh wira dan wirawati. Akhirnya dua

kekasih itu bertemu semula dan saling mengenali. Penyamaran terbongkar, mereka

berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya.

4
Dalam Hikayat Panji Semirang. Falsafah cinta lebih menonjol kepada cinta antara dua

kekasih yang telah bertunang iaitu antara Galoh Cendera Kirana dengan Raden Inu Katarpati.

Walaupun tidak mengenali antara satu sama lain, kedua-duanya apabila ditunangkan oleh

orang tua masing-masing merindui. Ini menunjukkan cinta murni dan ingatan dua kekasih

yang sedang bercinta.

Sebagai tanda ingatan dan pengganti diri Raden Inu Katarpati mengirimkan patung

kencana buatan tangannya sendiri kepada Galoh Cendera Kirana. Galoh Cendera Kirana

amat gembira dan bahagia menerima Cenderamata daripada kekasihnya. Patung kencana itu

menjadi pengubat rindu dan duka lara dalam kehidupannya. Hadiah itu amat berharga. Ia

enggan menyerahkan atau ditukar dengan patung milik Galoh Anjeng. Galoh Cendera Kirana

sanggup berkorban menghadapi halangan dan penyeksaan daripada tindakan kejam Ratu

Daha demi mempertahankan haknya. Tindakan ini melambangkan kesetiaan ia mem

pertahankan milik cinta sucinya terhadap Raden Inu Katarpati.

Cinta yang mendalam terhadap kekasihnya membuatkan Galoh Cendera Kirana

Senantiasa merindui Raden Inu pada setiap waktu dan di mana sahaja ia berada. Perasaan Ini

jelas tergambar ketika Galoh Cendera Kirana berhadapan dengan kekasihnya itu. Ia tidak

dapat menahan perasaannya ketika berhadapan dengan orang yang amat dicintainya. Setiap

waktu Galoh Cendera Kirana akan merindui kekasihnya.

5
Demikianlah perasaan Galoh Cendera Kirana terhadap kekasihnya. Setiap malam

apabila tiba waktu tengah malam Galoh Cendera Kirana akan bermain-main dengan anak

patung kencana pemberian berharga tunangnya. Begitulah keadaan Galoh Cendera Kirana.

Di mana sahaja ia berada, tiba waktu malam ia melepaskan rindunya terhadap Raden Inu

Katarpati dengan bermain-main bersama anak patung tersebut.

Ketika Raden Inu Katarpati berada di kota Panji Semirang, Galoh Cendera

Kiranayang menyamar sebagai Panji Semirang enggan tidur bersama-sama Raden Inu

Katarpati kerana bimbang rahsianya terbuka. Ia juga tidak dapat bermain dengan patung

kesanyangannya. Semasa berada di Biku Gandasari ketika menyamar sebagai pemain

gambuh mengembara hingga ke Gegelang, ia tetap bermain dengan anak patungnya. Di sini

jelas menunjukkan bahawa cinta suci Galoh Cendera Kirana pada kekasihnya tidak pernah

luput walau di mana sahaja ia berada.

Perasaan rindu jelas dirasai oleh Raden Inu Katarpati. Setiap saat dan ketika, di

mana-mana sahaja ia berada belum menemui Raden Galoh Cendera Kirana, selagi itulah

rindunya tidak pernah terubat. Walaupun terpaksa melalui perjalanan yang amat sukar penuh

onak dan duri, terpaksa memakan apa-apa sahaja yang ada, namum Raden Inu Katarpati tetap

tabahkan hati dan semangatnya begitu kental untuk meneruskan pencarian. Hal ini kerana

tujuan pengembaraannya semata-mata ingin menemui kekasihnya Galoh Cendera Kirana.

6
Kesetiaan Raden Inu Katarpati jelas terlihat apabila ia mengetahui bahawa Panji

Semirang ialah kekasihnya, setiap malam ia akan mencium tali pinggang yang dihadiahkan

kepadanya oleh Galoh Cendera Kirana. Keaadaan tersebut diragui oleh Galoh Ajeng kerana

katanya ia tidak pernah melihat orang lelaki yang begitu kasih kepada kawan lelakinya

seperti yang dilakukan oleh Raden Inu terhadap Panji Semirang. Namun hakikatnya, hanya

Raden Inu yang mengetahui segala-galanya terhadap perlakuan yang dilakukan olehnya.

Perkahwinannya dengan Galoh Ajeng sedikit pun tidak membawa erti dalam

kehidupan Raden Inu Katarpati kerana perkahwinan itu dilakukan secara paksaan. Ia tidak

menyintai Galoh Ajeng, malah benci dengan sikap Galoh Ajeng. Akhirnya Raden Inu

membawa diri mengembara dengan satu tujuan yang kental iaitu mencari tunangnya Galoh

Cendera Kirana. Begitulah setianya Raden Inu terhadap kekasihnya. Orang yang bercinta

sanggup berkorban apa-apa sahaja. Demikian juga Raden Inu Katarpati, demi cinta sucinya

kepada Galoh Cendera Kirana ia sanggup mengembara menempuhi berbagai-bagai rintangan

dan kesusahan kerana mencari kekasihnya itu. Raden Inu Katarpati telah bertekad bahawa

selagi ia tidak berjumpa dengan Galoh Cendera KiranaIa tidak akan sekali-kali kembali ke

negeri Kuripan dan ia tidak akan berhenti mencari Panji Semirang.

7
KESIMPULAN

Dalam hikayat Panji Semirang ini jelas memperlihatkan falsafah “kesetian cinta.”

kedua-dua kekasih yang saling cinta-menyintai akan berusaha menumpukan sepenuh taat

setia kepada kekasihnya. Raden Inu Katarpati dipaksa berkahwin dengan Galoh Ajeng. Oleh

kerana terpaksa, perkahwinan itu tidak membawa kebahagiaan kepada Raden Inu. Akhirnya

Raden Inu melarikan diri daripada Daha. Galoh Cendera Kirana pula setia menunggu dan

menanti saat petermuan dengan Kekasihnya Raden Inu Katarpati. Walaupun ia membawa

diri, membawa hatinya yang lara kerana menyangka Raden Inu Katarpati gembira berkahwin

dengan Galoh Ajeng tetapi ingatan dan perasaanya tetap setia pada kekasihnya itu.

Kesetian cinta, serta ingin mempertahankan dcinta sucinya, Galoh Cendera

Kirana dalam masa penyamaran sebagai Panji Semirang cuba sedaya upaya mengelakkan diri

daripada tidur bersama-sama Raden Inu Katarpti. Ia berusaha mempertahankan

kesucianmaruah dirinya yang juga bermakna mempertahankan kesucian dan kesetiaan sinta

terhadap kekasihnya Raden Inu Katarpati.

Dewasa ini, semakin sukar untuk kita menemui nilai kesetiaan cinta yang

sebenar seperti yang digambarkan dalam Hikayat Panji Semirang. Kebanyakkan manusia

kini tidak lagi mementingkan nilai kesetiaan cinta dalam sesebuah hubungan. Hal ini tidak

sepatutnya berlaku, kita sepatutnya memupuk nilai-nilai positif dalam sesebuah hubungan

agar hubungan yang terjalin akan kekal hingga ke alam syurga yang kekal abadi.

8
BIBLIOGRAFI

Mutiara Sastera Melayu Tradisional, penyelenggara Majlis Peperiksaan Malaysia. Kuala


Lumpur: Dewan Bahaasa dan Pustaka.2006.

Hikayat Panji Semirang, Dewan Pustaka, Kuala Lumpur. 1992.

Vasina, J, 1972, Oral tradition: A Study In Historical Methodology. London Routldge &
Kagen Paul Ltd.

Zainal Abidin Ahmad, 1992, Ilmu Pengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Zalila Sharif dan Jamilah Hj Ahmad(peny.),1993, Kesusasteraan Melayu Tradisional.


Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like