You are on page 1of 15

SULIT*

2 Bahagian A [30 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini. Anda dinasihati supaya menguntukkan masa selama 60 minit bagi menjawab bahagian ini. 1. Keluaran Negara Kasar potensi ialah A keluaran negara yang dihitung pada harga tetap B keluaran negara semasa pada guna tenaga penuh C keluaran negara yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran sedia ada D keluaran negara maksimum yang boleh dihasilkan oleh sebuah ekonomi

2.

Yang manakah merupakan pemboleh ubah makroekonomi? A Pengangguran B Eksport bersih C Perbelanjaan kerajaan D Keluk kemungkinan pengeluaran

3.

Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan sebuah ekonomi Butiran KNK pada kos faktor Susut nilai Cukai tak langsung Subsidi Pendapatan faktor bersih dari luar negara Berapakah Keluaran Negara Bersih pada harga pasar? A RM930 juta B RM950 juta C RM1150 juta D RM1270 juta Nilai (RM juta) 1 000 60 75 85 200

944/2

SULIT*

SULIT* 4.

Penghitungan pendapatan negara dibuat berasaskan konsep nilai ditambah bertujuan untuk A mengira kos bagi sesuatu aktiviti ekonomi B menghasilkan keluaran negara lebih tinggi C mengelakkan nilai keluaran dikira lebih daripada sekali D menghitung pendapatan negara berdasarkan kos yang ditambah ke atas bahan mentah

5.

Perbandingan taraf hidup berdasarkan pendapatan negara antara dua tempoh masa perlu mengambil kira A tingkat harga umum telah berubah B nilai mata wang asing telah berubah C agihan pendapatan negara yang setara D tafsiran butir pendapatan negara yang berbeza

6.

Masalah pengiraan dua kali dalam penghitungan pendapatan negara dapat dielakkan dengan A menolak nilai import daripada jumlah nilai eksport B tidak merekodkan nilai perbelanjaan ke atas barang-barang peralihan C mengambil kira nilai barang yang dihasilkan dan bukan nilai perkhidmatan D menolak cukai tak langsung dan mencampurkan subsidi ke atas nilai output

7.

Yang manakah yang bukan kegunaan data pendapatan negara? A Mengukur data pertumbuhan ekonomi B Membuat perancangan ekonomi masa depan C Mengetahui kadar perubahan keluaran negara kasar D Mengetahui sumbangan ekonomi negara mengikut sektor

944/2

SULIT*

SULIT* 8.

Fungsi penggunaan sebuah ekonomi telah berubah daripada C=100+0.7Yd kepada C=100+0.65Yd. Perubahan ini menunjukkan A nilai pengganda akan berkurang B kecenderungan menabung sut akan berkurangan C kecenderungan mengguna purata akan bertambah D kecenderungan menabung purata akan berkurangan

9.

Yang manakah yang merupakan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan negara? A Penggunaan autonomi B Pembelian barang dari luar negeri C Kenaikan cukai pendapatan perseorangan D Perbelanjaan kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan

10. Yang manakah yang berikut akan menurunkan kecerunan fungsi perbelanjaan agregat? A Kenaikan nilai pengganda B Kenaikan tingkat harga umum C Penurunan nilai kecenderungan mengguna sut D Penurunan nilai kecenderungan menabung sut

11. Yang manakah pernyataan yang benar jika perbelanjaan agregat melebihi keluaran negara?

A Wujud penggunaan autonomi B Jumlah bocoran melebihi jumlah suntikan C Jumlah suntikan melebihi jumlah bocoran D Jumlah tabungan melebihi jumlah pelaburan

944/2

SULIT*

SULIT*

12. Dengan keluk permintaan agregat yang tetap, perpindahan keluk penawaran agregat dari kanan ke kiri akan menyebabkan A harga umum naik dan keluaran negara benar turun B harga umum turun dan keluaran negara benar naik C kedua-dua harga umum dan keluaran negara benar naik D kedua-dua harga umum dan keluaran negara benar turun

13. Peningkatan cukai berkadar akan menyebabkan A nilai pengganda semakin meningkat B tabungan autonomi semakin berkurang C kecerunan keluk penggunaan semakin landai D kecenderungan mengguna sut(MPC) tidak berubah

14. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara dan penggunaan bagi sebuah ekonomi dua sektor. Pendapatan Negara (RM juta) 400 450 500 550 600 650 Penggunaan (RM juta) 320 350 380 410 440 470

Jika jumlah pelaburan ialah RM160 juta, pendapatan negara keseimbangan ialah A RM450 juta B RM500 juta C RM550 juta D RM600 juta

944/2

SULIT*

SULIT*

15. Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara di sebuah negara.

Yang manakah tidak benar berkenaan ekonomi ini? A Jumlah pelaburan ialah RM30 juta B Penggunaan autonomi ialah RM20 juta C Nilai kecenderungan mengguna sut ialah 0.8 D Keseimbangan pendapatan negara berlaku pada titik E

16. Berikut ialah data bagi sebuah bank perdagangan. Butiran Simpanan pelanggan Wang tunai Bil jangka pendek Pinjaman jangka panjang Nisbah kecairan bank ialah A 10% B 30% C 40% D 60% RM juta 100 10 30 60

944/2

SULIT*

SULIT*

17. Andaikan bahawa penawaran wang dalam sebuah ekonomi ialah RM300 juta, halaju edaran wang ialah 4, dan urus niaga ialah RM60 juta. Mengikut Teori Kuantiti Wang, sekiranya penawaran wang bertambah sebanyak 30%, maka tingkat harga akan meningkat daripada RM20.00 kepada A RM22.00 B RM24.00 C RM26.00 D RM38.00

18. Mengikut Teori Kewangan Keynes, pertambahan penawaran wang dalam keadaan perangkap kecairan akan menyebabkan A kadar bunga menurun B tingkat harga meningkat C kadar bunga tidak berubah D keluaran negara berkurangan

19. Berdasarkan Teori Kuantiti Wang Fisher, tambahan bekalan wang sebanyak 15% akan diikuti oleh A kenaikan pendapatan negara sebanyak 15% B kenaikan perbelanjaan negara sebanyak 15% C kenaikan tingkat harga umum sebanyak 15% D kenaikan halaju pusingan wang sebanyak 15% 20. Alat dasar fiskal yang berikut dapat mengatasi masalah pengangguran kecuali A mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai B menaikkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai C mengekalkan perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai D menaikkan perbelanjaan kerajaan dan cukai dengan jumlah yang sama

944/2

SULIT*

SULIT*

21. Langkah kerajaan mengurangi cukai dan menambahkan perbelanjaan semasa ekonomi berada dalam guna tenaga penuh telah memberi kesan terhadap A peningkatan kadar inflasi B tidak berubah pendapatan negara C belanjawan kerajaan menjadi seimbang D dalam ekonomi tiada berlaku pengangguran geseran

22. Alasan untuk sesebuah negara berdagang dengan negara lain adalah seperti berikut kecuali A cita rasa penduduk yang berbeza B sumber semula jadi yang berbeza C penggunaan matawang yang berbeza D penduduk mempunyai lebih banyak pilihan

23. Sekatan berbentuk tarif lebih berkesan apabila A dasar fiskal mengembang dilaksanakan B permintaan terhadap import anjal terhadap perubahan harga C permintaan terhadap import tidak anjal terhadap perubahan harga D sebahagian besar import sesebuah negara merupakan barangan keperluan asas.

24. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran kereta dan kasut oleh per unit buruh di negara A dan negara B Negara A B Kereta (Unit) 400 450 Kasut (Unit) 900 1350

Berdasarkan maklumat di atas, boleh dibuat kesimpulan bahawa A negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kasut B negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta C negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta dan kasut D negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta dan kasut 944/2 SULIT*

SULIT*

25. Kadar syarat perdagangan sesebuah negara menjadi semakin baik apabila A pengeluaran barang eksport tidak pelbagai B industri penggantian import semakin merosot C nilai ditambah bagi import semakin meningkat D kadar pertumbuhan eksport semakin meningkat

26. Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran sesebuah negara. Butiran Eksport Import Eksport perkhidmatan Import perkhidmatan Pinjaman kerajaan ke negara asing Pelaburan asing ke luar negara Pelaburan asing dalam negara Modal swasta bersih US$juta 200 350 150 50 70 120 80 30

Negara itu akan mengalami A imbangan dagangan lebihan B imbangan pembayaran lebihan C imbangan akaun modal kurangan D imbangan perkhidmatan kurangan

944/2

SULIT*

SULIT*

10

27. Dalam gambar rajah di bawah, DD dan SS masing-masing ialah keluk permintaan dan keluk penawaran terhadap suatu barang di pasaran tempatan. Keluk S L merupakan keluk penawaran apabila berlaku perdagangan antarabangsa, dan keluk ST merupakan keluk penawaran selepas kerajaan mengenakan tarif.

Berapakah jumlah hasil yang diperoleh oleh kerajaan selepas tarif dikenakan? A P1P2 x Q2Q4 B P2P3 x Q2Q3 C P2 x Q4 D P1 x Q5

28. Yang manakah yang bukan kesan positif globalisasi terhadap perdagangan di sesebuah negara? A Pilihan pengguna bertambah B Harga barang semakin rendah C Kapitalis asing boleh memonopoli kegiatan perdagangan tempatan D Pertumbuhan ekonomi dipergiatkan terutama dalam industri eksport

944/2

SULIT*

SULIT*

11

29. Yang manakah bukan faktor yang menghalang pertumbuhan ekonomi? A Perluasan pasaran B Berlaku ledakan penduduk C Kekurangan tenaga buruh mahir D Mengamalkan ekonomi tradisional

30. Jadual berikut menunjukkan KDNK per kapita bagi sebuah negara dari tahun 2000 hingga tahun 2004. KDNK per kapita Tahun (RM) 2000 2001 2002 2003 2004 19342 20995 21064 21930 22928

Berdasarkan jadual di atas, kadar pertumbuhan kebajikan yang tertinggi ialah pada tahun A B C D 2001 2002 2003 2004

944/2

SULIT*

SULIT*

12 Bahagian B [30 markah]

Jawab lima soalan sahaja. Anda dinasihati supaya menguntukkan masa selama 50 minit bagi menjawab bahagian ini. 1. 2. Huraikan tiga sebab mengapa pendapatan negara dihitung. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan per kapita? [6] [2]

(b) Huraikan dua kelemahan penggunaan pendapatan per kapita sebagai indeks pengukur tingkat kemakmuran antara pelbagai negara. [4] 3. Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), jelaskan perubahan ke atas keseimbangan pendapatan negara apabila bank pusat menurunkan kadar bunga. [6] 4. (a) Apakah maksud nisbah rizab berkanun? [2]

(b) Bagaimanakah nisbah rizab berkanun mempengaruhi keupayaan bank perdagangan untuk mencipta kredit? [4] 5. Dengan menggunakan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-penawaran agregat (AEAS), terangkan maksud lompang deflasi. [6] 6. Dengan menggunakan rajah yang sesuai, jelaskan perbezaan antara kemelesetan dengan stagflasi. [6] (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tarif import? [1]

7.

(b) Dengan memberikan gambar rajah yang sesuai, huraikan kesan tarif terhadap harga, pengeluaran domestik, penggunaan domestik dan kuantiti import. [5] 8. Huraikan bagaimana faktor yang berikut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi? (a) Pertambahan tenaga buruh mahir (b) Anugerah kekayaan alam (c) Perkembangan teknologi [2] [2] [2]

944/2

SULIT*

SULIT*

13 Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja, Anda dinasihati supaya menguntukkan masa 35 minit bagi menjawab bahagian ini. 9. (a) Berikan maksud konsep berikut: (i) pertumbuhan ekonomi (ii) pertumbuhan kebajikan [2] [2]

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, tunjukkan bagaimana (a) (i) dan (ii) boleh dihitung. [6]

10. Dengan bantuan rajah, huraikan kesan terhadap keseimbangan pendapatan negara dan tingkat harga apabila (a) Kerajaan menghapuskan subsidi diesel [5] (b) Kerajaan melakukan suntikan terhadap perbelanjaan [5]

11.

(a) Nyatakan komponen bocoran dalam sebuah ekonomi terbuka.

[2]

(b) Dengan menggunakan pendekatan suntikan-bocoran, jelaskan kesan kenaikan bocoran terhadap keseimbangan pendapatan negara. [8]

12.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan devaluasi? (b) Terangkan kesan pelaksanaan dasar devaluasi terhadap imbangan pembayaran kurangan.

[2]

[4] (c) Dalam keadaan bagaimanakah dasar devaluasi berkesan untuk mengubah kedudukan imbangan pembayaran. [4]

944/2

SULIT*

SULIT*

14 Bahagian D [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya menguntukkan masa 35 minit bagi menjawab bahagian ini. 13. Jadual berikut menunjukkan data pendapatan sebuah negara Butiran Perbelanjaan isi rumah Susut nilai Pelaburan kasar Eksport Import Bayaran pindahan Cukai tak langsung Perbelanjaan kerajaan Subsidi Bayaran faktor bersih ke luar negara (a) Apakah yang dimaksudkan dengan (i) bayaran faktor bersih ke luar negara (ii) susut nilai (b) Hitung; (i) Keluaran dalam negeri kasar pada harga pasaran (ii) Keluaran negara kasar pada kos faktor (iii) Pendapatan negara [2] [2] [1] [1] [1] RM juta 350 24 65 90 120 30 56 75 38 -48

(c) Jika jumlah penduduk negara itu ialah 30 juta orang, hitung pendapatan per kapita negara tersebut [1] (d) Hitung pendapatan negara benar negara tersebut jika indeks harga pada tahun 2003 ialah 140. [2]

944/2

SULIT*

SULIT*

15

14. Berikut ialah maklumat tentang pendapatan negara (dalam RM juta) bagi sebuah ekonomi terbuka. Fungsi penggunaan : C = 34 + 0.8Yd Fungsi pelaburan : I = 250 Fungsi perbelanjaan kerajaan : G = 300 Fungsi cukai : T = 0.2Y (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan boleh guna? (b) Hitung (i) tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi ini. (ii) jumlah penggunaan apabila pendapatan negara dalam keseimbangan. (iii) fungsi suntikan (J) bagi ekonomi ini. [2] [2] [2] [1]

(c) Jika pendapatan negara pada guna tenaga penuh ialah RM1 200 juta, jelaskan apa yang berlaku dalam ekonomi ini. [2] (d) Nyatakan satu langkah bagi mengurangkan masalah ekonomi seperti (c) di atas. [1]

15. Jadual di bawah menunjukkan data yang berkaitan bekalan wang bagi negara Malaysia pada tahun 1997 hingga tahun 1999. Tahun Mata wang dalam edaran (RM bilion) 21.1 17.9 23.9 Deposit semasa (RM bilion) 45.2 39.4 51.8 Separa wang (RM bilion) 314.0 327.5 348.9

1997 1998 1999

(Sumber: Disesuaikan daripada Bank Negara Malaysia, 2000) (a) Apakah yang dimaksudkan matawang dalam edaran dan separa wang? (b) Hitungkan bekalan wang M1 bagi tahun 1997, 1998 dan 1999. (c) Hitung kadar pertumbuhan bekalan wang M1 pada tahun 1999. (d) Hitung bekalan wang M2 bagi tahun 1997, 1998 dan 1999. (e) Terangkan kebaikan penggunaan deposit semasa dalam menjalankan urusniaga? [2] [2] [2] [2] [2]

944/2

SULIT*

SULIT* 16.

16

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan pelaburan dan akaun semasa dalam imbangan pembayaran? [2] (b) Jadual di bawah menunjukkan perangkaan imbangan akaun semasa dari tahun 2000 hingga tahun 2001. 2000 2001 Butiran (RM juta) (RM juta) Eksport 374 031 333 464 Import 294 784 264 289 Pengangkutan -11 352 -10 369 Perjalanan 9 992 12 782 Urusniaga kerajaan 53 23 Perkhidmatan lain -9 905 -10 130 Pendapatan pelaburan -28 554 -27 627 Pindahan bersih -7 522 -8 784 (Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2001/2002) Berdasarkan jadual di atas, (i) hitung imbangan akaun perkhidmatan pada tahun 2000 dan tahun 2001 (ii) mengapakah data pengangkutan dan pendapatan pelaburan sentiasa negatif? (iii) hitung imbangan akaun semasa pada tahun 2000 dan tahun 2001 (iv) mengapakah data akaun semasa ini sedemikian? [2] [2] [2] [2] Tahun

944/2

SULIT*

You might also like