You are on page 1of 7

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

BAB 4

KEMAHIRAN ALAT DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

4.0

Pengenalan

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen, komputer riba dan projektor. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat-alat ujikaji dan komputer.

Di bawah strategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara berkumpulan tanpa kehadiran guru.

Antara kaedah-kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan video, pengajaran terancang melalui mesin-mesin mengajar seperti komputer dan modul yang melibatkan penggunaan bahan-bahan bercetak.

Sesetengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran berkait rapat dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri-penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan radas dan bahanbahan pembelajaran yang lain.

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

4.1

Kriteria-Kriteria dalam Pemilihan Sumber Pengajaran-Pembelajaran

Untuk memilih alat bantu mengajar yang baik dan berkesan, guru haruslah mematuhi kriteria-kriteria berikut: i. Alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan.

ii.

Alat bantu mengajar harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri.

iii.

Alat bantu mengajar boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain, guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu mengajar. Murid-murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan.

iv.

Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna.

v.

Alat bantu mengajar harus disediakan dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat alat bantu mengajar dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya.

vi.

Alat bantu mengajar harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran penyampaian guru atau penggunaaan murid.

vii.

Sumber pengajaran-pembelajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi. Guru tudak harus menggunakan bahan-bahan seperti gambar yang kurang sopan, misalnya model memakai baju yang menjolok mata, atau menggunakan bahan-bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

4.2

Cara-Cara Menggunakan Bahan Bantuan Mengajar dengan Berkesan

Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membantu menyampaikan pengajarannya dengan mudah, tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik penggunaan alat bantu mengajar dan menggunakannya dengan cekap. Berikut ialah beberapa garis panduan menggunakan alat bantu mengajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

i.

Alat bantu mengajar seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya murid boleh melihatnnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang penting supaya tudak membazirkan masa murid-murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.

ii.

Sebelum alat bantu mengajar diedarkan kepada murid-murid, untuk menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan.

iii.

Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid-murid hanya pada ketika yang perlu. Jika sesuatu alat bantu mengajar ditunjukkan lebih awal, murid-murid akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran guru.

iv.

Guru harus membimbing murid-murid membincangkan fakta-fakta penting yang terkandung dalam alat bantu mengajar. Selepas itu, harus diadakan pula aktiviti penilaian terhadap tindak balas murid-murid berdasarkan hasil penggunaan alat bantu mengajar itu dengan tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif pembelajaran.

v.

Alat bantu mengajar yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balik dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai.

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

vi.

Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan tidak boleh menggantikan tempat guru. Penggunaan alat bantu mengajar haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.

Pada amnya, cara menggunakan alat bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Nilai sesuatu alat bantu mengajar yang baik akan hilang sekiranya alat itu tidak disediakan mengikut kriteria-kriteria yang telah dihuraikan atau penggunaannya kurang cekap ataupun kurang berkesan.

4.3

Prinsip-Prinsip Pengajaran-Pembelajaran Berdasarkan Bahan

Untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut:

i.

Bahan-bahan pelajaran hendaklah dipilih berdasarkan kepada objektif yang ditentukan terlebih dahulu. Kandungannya hendaklah mengandungi fakta tepat serta sesuai digunakan mengikut kebolehan murid. Di samping itu, ilustrasi hendaklah menarik, saiz tulisan hendaklah sesuai dibaca dan isinya hendaklah berunsur nilai moral yang baik.

ii.

Sekiranya buku teks digunakan sebagai bahan pelajaran, kandungan hendaklah dibaca oleh guru terlebih dahulu supaya mengenal pasti kelemahan dalam kandungannya jika ada, kemudian mengubah suai bahan mengikut objektif dan topik pelajaran yang akan diajarkan.

iii.

Proses penggunaan bahan pelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang mengikut langkah-langkah pelajaran yang akan disampaikan. Langkah-langkah penggunaan bahan pelajaran termasuk set induksi seperti menerangkan cara dan tujuan penggunaan bahan pelajaran hendaklah dirancangkan. Aktiviti penerangan ini adalah perlu supaya tidak membazirkan masa serta boleh mencapai objektif pelajaran yang dikehendaki. Pastikan setiap murid ada melibatkan diri secara langsung dalam interaksi denagn bahan pelajaran secara penuh dan aktif serta berkesan.

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

iv.

Aktiviti menilai keberkesanan penggunaan bahan-bahan pelajaran hendaklah diadakan. Aktiviti penilaian ini mengandungi aktiviti memerhati, soal jawab atau ujian. Tujuan penilaian ini akan dapat mengukuhkan pelajaran yang baru disampaikan serta membolehkan guru mengenal pasti kebaikan dan kelemahan penggunaan bahan pelajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan seterusnya membolehkan guru membaiki atau mengubahsuai bahannya untuk pelajaran yang berikutnya.

4.4

Objektif-Objektif Pembelajaran

Kemahiran

Penggunaan

Sumber

Pengajaran

dan

Objektif-objektif kemahiran bahan-bahan bantuan mengajar (Dr. Ragbi, 2012) adalah seperti rajah berikut :

Pembelajaran guru lebih menyeronokkan dan penglibatan murid-murid tinggi kepada murid-murid Proses pembelajaran menjadi lebih realistik kerana memberi pengalaman sebenar ObjektifObjektif Kemahiran ABBM Proses pembelajaran lebih bermakna dan meyeluruh kerana melibatkan pelbagai deria murid-murid kepada murid-murid Pengajaran guru lebih efektif dan guru dapat mencapai objektif pengajaran dengan lebih cepat dan berkesan kepada murid-murid Penanggapan dan pemahaman murid-murid lebih cepat dan berkesan Rajah 2.0: Objektif-objektif Kemahiran Alat dan Bahan Bantu Mengajar

Murid-murid dapat mengekalkan fakta dan maklumat untuk masa yang lebih lama dalam ingatan masa panjang

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

4.5

Kesan Penggunaan Bahan Bantuan Mengajar ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan kerana faktor-faktor yang berikut:

i.

Pengajaran guru-guru adalah menarik dan ini menimbulkan minat dan mengekalkan perhatian murid-murid.

ii.

Proses pembelajaran menjadi lebih bermakna apabila murid-murid dapat melihat dan merasa barang-barang maujud. Televisyen dan filem juga dapat membekalkan pelajar-pelajar dengan pengalaman yang sebenar.

iii.

Penggunaan komputer dan kemudahan seperti internet dan Gmail menyediakan kemudahan kepada murid untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahan dan berkomunikasi dengan murid-murid lain di dunia. Ini akan menolong

memperkembangkan lagi minda dan pengetahuan am murid. iv. Maklumat dan fakta yang disampaikan oleh guru akan lebih kekal dalam ingatan jangka panjang murid akibat penggunaan bahan bantuan mengajar yang berkesan dan menarik. v. Proses pengajaran menjadi lebih senang untuk guru-guru kerana isi-isi pengajaran yang penting dapat disampaikan oleh bahan bantuan mengajar. Murid-murid mengambil masa yang lebih cepat untuk memahami konsep-konsep baru yang disampaikan oleh guru dengan bahan bantuan mengajar. Guru-guru boleh menggunakan masa yang berlebihan untuk membuat aktiviti pengukuhan.

4.6

Cara Penggendalian Pengajaran Mikro

Pensyarah dan guru-guru pelatih yang terlibat dalam penilaian boleh menggunakan Borang Bimbingan Kemahiran Penggunaan Sumber Pengajaran-Pembelajaran berikut:

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

Langkah dan Kemahiran Penggunaan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Ya

Tindakan Tidak Tidak kelihatan

Langkah I : Pemilihan Bahan 1. Sesuai dengan objektif pelajaran. 2. Menarik dan mengekalkan perhatin pelajar. 3. Bahan jelas, ringkas dan tepat. 4. Sesuai untuk murid-murid. 5. Bahan pelajaran mencukupi. Langkah II : Pengurusan Bahan 1. Bahan pelajaran diuruskan secara sistematik dan mengikut langkah penyampaian. 2. Bahan pelajaran digunakan dengan cara berkesan. 3. Bahan pelajaran dikaitkan dengan kaedah mengajar yang sesuai. Langkah III : Penilaian dan Pengukuhan 1. Ada aktiviti penilaian murid yang menggunakan bahan pelajaran. 2. Ada bahan pelajaran digunakan untuk aktiviti pengukuhan dengan berkesan.

Jadual 4.0: Borang Bimbingan Kemahiran Penggunaan Sumber Pengajaran-Pembelajaran

You might also like