You are on page 1of 14

BAB II

KONKRIT DAN MORTAR

2.1

PENGENALAN

Konkrit ialah bahan yang dihasilkan daripada simen, batu baur, pasir dan air mengikut kadar campuran yang tertentu dan dibiarkan mengeras untuk membentuk struktur tertentu. Kadang-kala sejenis bahan tambah dicampurkan untuk menghasilkan konkrit yang bersifat tertentu seperti cepat mengeras, lambat mengeras, tahan sulfat dan sebagainya. Mortar pula ialah bahan yang terdiri daripada satu bahan bersimen (simen, kapur atau campuran kedua-duanya), air dan pasir atau batu-baur halus yang lain. Mortar dibuat dengan menggaulkan simen, pasir halus dan air secara sebati sama ada secara manual atau menggunakan mesin. Umumnya, mortar ditakrifkan mengikut komposisi campurannya iaitu satu unit isipadu bahan bersimen dengan tiga unit isipadu pasir (1 : 3). Bahan ini (mortar) selalu digunakan sebagai pengikat dalam kerja-kerja batu bata dan untuk melepa dinding dan struktur lain seperti tiang, rasuk dan sebagainya.(2)

Oleh sebab itu, teknologi konkrit menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan mestilah diuji dan diluluskan berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan, sebelum digunakan untuk kerja-kerja kejuruteraan awam

2.2

KONKRIT SECARA AM

Konkrit adalah merupakan salah satu bahan binaan yang paling banyak digunakan dan disebabkan itu juga teknik membuat konkrit yang baik perlu untuk memastikan kualitinya baik dan kekuatannya dapat dicapai. Kekuatan dan ketahanan konkrit adalah bergantung kepada banyaknya air di dalam campuran konkrit itu dan darjah pemadatan yang dikenakan. Oleh itu, perkara penting yang mesti diperhatikan ialah, kekentalan sesuatu campuran konkrit itu mestilah sesuai bagi membolehkan konkrit itu digaul dengan baik, boleh diangkut, dituang dan dikerjakan dengan mudah, tanpa berlaku pengasingan (segregation) kepada bahan-bahan asal campurannya. Kualiti konkrit juga bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut(2) : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan iaitu simen, batu baur, pasir dan air kadar campuran kuantiti air yang digunakan cara menggaul cara mengangkut cara menimbun cara memadat konkrit yang telah digaul kualiti acuan cara pengawetan

2.2.1

SIFAT KONKRIT

Konkrit banyak digunakan dengan meluas kerana sifat-sifatnya yang baik dan tersendiri. Sifat-sifatnya adalah seperti berikut : 1. konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini adalah penting dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah. 2. konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga lain 3. konkrit yang baru dibancuh boleh dibentukkan kepada sebarang bentuk mengikut acuannya 4. konkrit tahan panas dan tidak mudah terbakar 5. bahan-bahan yang digunakan untuk membuat konkrit iaitu simen, pasir dan batu baur mudah didapati dan murah(7)

2.2.2

PENGASINGAN KONKRIT

Konkrit yang baik dan tinggi kebolehkerjaannya seharusnya bersifat lekit dan tidak mudah terasing. Pengasingan boleh diertikan sebagai permisahan juzuk-juzuk daripada suatu campuran heterogen (terdiri daripada berbagai-bagai jenis ramuan) sehingga agihan juzuk-juzuk itu tidak lagi seragam iaitu masing-masing berkumpul sesama sendiri.(6) Bagi konkrit, ada dua bentuk pengasingan yang boleh terjadi : i. pengasingan yang berlaku akibat terjadinya pemisahan butir-butir kasar daripada campuran konkrit semasa konkrit dituang dan dipadatkan.

8 Pengasingan ini mungkin berlaku jika campuran konkrit itu banyak mengandungi batu, ii. pengasingan yang berlaku apabila turapan simen terpisah daripada bancuhan konkrit. Pengasingan ini biasanya berlaku untuk bancuhan konkrit yang basah.(2) Bagi mencegah terjadinya pengasingan konkrit, beberapa perkara perlu diberi perhatian antaranya ialah bancuhan konkrit mestilah mempunyai kesenangan kerja yang sesuai, penggetaran tidak dilakukan berlebihan, cara menuang konkrit ke dalam acuan hendaklah betul dan jarak jatuhnya hendaklah tidak terlalu besar (tinggi) dan setelah berada didalam acuan, perlu diawasi supaya konkrit tersebut tidak banyak bergerak. Konkrit yang mengalami pengasingan akan menghasilkan rupa yang buruk, kekuatannya juga rendah dan kejadian begini tidak boleh sama sekali dibenarkan berlaku dalam sebarang kerja struktur

2.2.3

UJIAN KEKUATAN KONKRIT

Bagi ujian kekuatan konkrit, sekurang-kurangnya empat contoh konkrit hendaklah diambil dalam masa satu hari kerja pengkonkritan, bagi satu kadar bancuhan yang sama. Daripada tiap-tiap contoh ini, dibuatkan tiga buah kiub konkrit berukuran 150mm dengan menggunakan acuan piawai. Kiub-kiub ini kemudiannya diawet dan seterusnya dibawa ke makmal untuk diuji dengan mesin mampatan. Ujian kekuatan ini hendaklah dibuat terhadap konkrit yang berumur 7 hari, 14 hari dan 28 hari. Nilai-nilai kekuatan tiap-tiap kiub hendaklah dicatatkan dan dibandingkan dengan nilai kekuatan yang dikehendaki. Tujuan dilakukan ujian untuk konkrit 7 hari dan 14 hari ialah untuk meramalkan sama ada kekuatan yang dikehendaki pada 28 hari boleh dicapai atau tidak. Secara umumnya, kekuatan konkrit 7 hari ialah dua pertiga daripada kekuatan konkrit 28 hari.(6)

2.2.4

KESENANGAN KERJA KONKRIT BASAH

Faktor utama yang mempengaruhi sifat kesenangan kerja konkrit ialah kandungan airnya. Faktor-faktor lain ialah sifat-sifat batu baur yang digunakan iaitu saiz maksimum, jenisnya (sama ada yang dikisar atau tak dikisar), gred dan sebagainya. Jika kandungan airnya bertambah, walaupun sedikit, kesenangan kerja meningkat, tetapi sebaliknya kekuatan konkrit pula akan berkurang. Begitu juga dengan kesan-kesan kandungan pasir terhadap kesenangan kerja konkrit. Kandungan butiran halus (pasir + simen ) mestilah dikurangkan jika pasir yang digunakan mengandungi lebih butir-butir halus. Hal ini perlulah diberi perhatian, oleh kerana sesuatu campuran yang kandungan butirannya tinggi memerlukan lebih air untuk mencapai kesenangan kerja yang sama dengan campuran(2).

2.2.5

KAEDAH PENGAWETAN KONKRIT

Semasa air dibancuh kepada simen, tindakbalas berlaku dan menyebabkan simen itu membeku dan mengeras. Air ini hanya cukup untuk tindakbalas kimia pada peringkat permulaan sahaja. Jika air kurang semasa simen itu menjalani proses mengeras, konkrit tidak dapat mencapai kekuatan maksimumnya. Kekuatan konkrit bertambah dengan kehadiran air melalui jangka masa yang panjang. Konkrit mencapai kekuatan maksimumnya dalam jangkamasa sekurang-kurangnya satu tahun. Apabila bancuhan konkrit ditempatkan, kandungan airnya akan hilang dengan cepat melalui proses penyejatan, kalau tindakan segera tidak diambil. Tindakan mencegah kehilangan air dari konkrit ini adalah dinamakan pengawetan konkrit. Konkrit

10 mestilah dijaga supaya sentiasa berada dalam keadaan lembap selama sekurangkurangnya 14 hari selepas ia mengeras. Berikut diberikan anggaran peratus kekuatan yang dicapai dalam jangkamasa yang tertentu(7) : 3 hari - 20% 7 hari - 45% 28 hari - 60% 3 bulan 85% 6 bulan 95% 1 tahun 100%

Keadaan iklim, cuaca dan hawa mempengaruhi cara dan keperluan pengawetan konkrit. Pengawetan mestilah dimulakan secepat mungkin sebaik-baik sahaja konkrit itu beku dan cukup keras. Cara-caranya adalah seperti berikut : 1. konkrit boleh ditutup dengan beg guni, jerami, habuk kayu, pasir dan lain-lain bahan yang telah dibasahkan. Bahan-bahan yang mungkin merosakkan warna konkrit tidak boleh digunakan, 2. membanjirkan permukaan konkrit dengan air. Cara ini sesuai digunakan pada lantai, 3. menyiram konkrit itu dengan air, 4. menyapu bahan kimia pada permukaan konkrit untuk mengelakkan kehilangan air melalui sejatan, 5. menggunakan wap air (stim). Cara ini digunakan dalam kilang untuk mempercepatkan proses pengawetan terutama bagi konkrit tegas-dulu.(7)

11

2.2.6

KELIANGAN KONKRIT

Keliangan konkrit dapat ditakrifkan sebagai satu bukaan rongga yang terjadi ke atas konkrit. Bukaan ini terjadi sama ada ke atas permukaan konkrit atau di dalam konkrit. Keliangan konkrit ialah salah satu sifat konkrit yang mempengaruhi mutu kualiti konkrit.(6) Kekeliruan sering berlaku di antara keliangan dengan lompang, kedua-dua sifat atau keadaan ini tidak boleh disamakan kerana kedua-duanya adalah berbeza dari segi penyebab dan saiz bukaan. Lompang adalah disebabkan oleh kerja-kerja pemadatan yang tidak sempurna dengan saiz bukaan yang lebih besar berbanding dengan keliangan yang mempunyai saiz bukaan yang lebih kecil. Keadaan konkrit yang berkeliangan tinggi dalam konkrit memberikan kesan buruk terhadap kekuatan konkrit dalam jangka masa panjang. Konkrit yang mempunyai sifat keliangan yang tinggi biasanya memberikan tahap kekuatan yang memuaskan pada awal usianya, tetapi setelah lama-kelamaan tahap kekuatan konkrit tersebut akan menurun. Ini adalah disebabkan bahan-bahan kimia dalam bentuk cecair akan memasuki ke dalam struktur konkrit melalui liang-liang yang terdapat dalam konkrit. Dengan ini berlaku tindakbalas yang seterusnya memudaratkan konkrit.(6)

2.3

JENIS-JENIS MORTAR

Mortar amat mustahak dalam kerja batu-bata kerana bahan ini memberikan kekuatan kekalisan air, pemeroian dan kelasakan. Mortar yang disediakan juga

12 hendaklah mempunyai kesenangan kerja yang baik. Penggunaan mortar sebagai bahan pengikat akan membolehkan bata yang tidak sama saiz dan bentuknya disusun dan diikat kuat dan padu supaya tegasan daripada beban-beban yang dikenakan teragih sama rata serta liang-liang yang mungkin menyerap air atau lembapan adalah minimum.
(2)

Jika konkrit mempunyai pelbagai jenis campuran begitu jugalah yang terdapat pada

mortar. Terdapat beberapa jenis mortar yang biasa digunakan di negara kita iaitu seperti di bawah ini:

2.3.1

Mortar simen

Dalam kerja-kerja bata biasa, mortar simen dengan campuran 1 : 3 (nisbah simen : pasir) banyak digunakan. Pasirnya hendaklah diayak supaya tidak terdapat butir-butir kasar atau terus menggunakan pasir halus yang dibeli terus dari kilang. Semasa menyediakan mortar ini, pasir dan simen dicampur dan digaul dalam keadaan kering kemudian air dicampurkan bagi mendapatkan kekentalan yang dikehendaki. Mortar yang dihasilkan ini hendaklah digunakan dalam masa dua jam.(2)

2.3.2

Mortar kapur

Mortar kapur disediakan dengan mencampurkan kapur hidraul yang dimatikan, pasir dan air. Mortar ini hendaklah digunakan dalam tempoh empat jam. Nisbah campuran kapur dan pasir yang biasa digunakan ialah 1 : 3 .(2)

13

2.3.3

Mortar kapur-simen

Mortar kapur disediakan dengan mencampurkan kapur, simen, pasir dan air mengikut kadar yang tertentu. Biasanya kapur dan pasir dicampurkan terlebih dahulu, dan simen hanya dicampurkan apabila mortar itu hendak digunakan.(2)

2.3.4 Mortar tahan api

Mortar jenis ini digunakan untuk mengikat bata dalam relau pembakar bata, membuat simen dan sebagainya. Kapur dan simen biasa tidak sesuai untuk tujuan ini kerana ia mengecut semasa dibakar. Mortar tahan api yang baik mengandungi bancuhan 1 bahagian simen (simen alumina adalah kebih sesuai) dengan 2 bahagian bata tahan api yang dihancurkan dengan halus.(7)

2.3.5 Mortar kalis air

Beberapa jenis bahan yang dinamakan pengalis-air sekarang boleh didapati dari kedai. Mortar yang dibancuh dengan bahan ini mempunyai sifat kalis air, yakni air tidak dapat melaluinya. Kebanyakan bahan ini seperti cementone, sika, adalah sesuai untuk mortar simen. Gunanya bahan ini ialah untuk memenuhi atau mengisi semua lompang kecil dalam mortar atau memberi satu lapisan nipis melindungi mortar itu supaya tidak diresapi air. Tangki air, tembok kolam, tembok tingkat bawah tanah adalah sebahagian

14 daripada pembinaan-pembinaan yang mungkin memerlukan mortar ini untuk mencegah air daripada masuk ke dalam ataupun keluar.(7) 2.4 CAMPURAN MORTAR DAN KONKRIT

Terdapat pelbagai nisbah yang ditentukan untuk menghasilkan mortar. Ada yang menggunakan nisbah 1 : 3 (simen : pasir), ada yang menggunakan nisbah 1 : 4 dan macam-macam lagi. Bagi kajian ini telah ditetapkan nisbah 1 : 3 iaitu nisbah yang biasa digunakan untuk campuran bagi mortar dan juga air yang secukupnya.

2.4.1

Simen

Simen ialah sejenis bahan yang mempunyai sifat lekitan dan lekatan, yang membolehkannya mengikat ketul-ketul batu menjadi suatu jasad yang padu. Terdapat banyak jenis simen yang dibuat di kilang untuk kegunaan tertentu dan bagi memenuhi kehendak-kehendak yang khusus. Jenis-jenis simen yang utama ialah : i) ii) iii) iv) v) simen Portland biasa simen diubahsuai simen mengeras cepat simen haba rendah simen penahan sulfat

Simen perlulah mempunyai kehalusan yang baik dan ianya merupakan sifat yang penting untuk simen dan memerlukan kawalan yang berhati-hati. Simen yang lebih halus mengandungi lebih banyak trikalsium aluminat (C3A) untuk penghidratan awal dan akan meningkatkan kebolehkerjaan bancuhan mortar atau konkrit. Dengan itu piawaian BS 4550 : Bahagian 3 : seksyen 3.3 : 1978 menetapkan ujian kehalusan secara menentukan

15

permukaan tentu simen yang dikira sebagai jumlah keluasan pemukaan dalam semeter persegi bagi setiap kilogram.(2) Simen yang digunakan untuk mortar terdapat sedikit kelainan daripada segi tugas yang dikhaskan berlainan daripada simen untuk konkrit. Simen yang akan digunakan untuk mortar ialah simen penampal yang mana ianya digunakan untuk kerja-kerja melepa.

2.4.2

Aggregat kasar

Saiz aggregat yang digunakan untuk konkrit adalah berbeza-beza, daripada beberapa millimeter besarnya sehinggalah kepada butir-butir yang paling halus. Aggregat kasar atau batu baur kasar saiznya lebih besar daripada 5mm.(2) Batu baur ini diperolehi daripada batu-batu sungai, lombong ataupun kuari. Agregat kasar yang digunakan dalam kajian ini adalah bersaiz 10mm dan kebawah dan aggregat kasar yang digunakan ini adalah yang telah disediakan di makmal. Agregat ini dipastikan bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran atau bendasing seperti daun-daun pokok, beg plastik dan lain-lain bagi mengelakkan percampuran semasa menghasilkan konkrit.

2.4.3

Aggregat halus

Terdapat dua jenis pasir yang biasa digunakan bagi industri pembinaan di Malaysia iaitu pasir halus dan pasir kasar. Pasir halus berbeza dengan pasir kasar (pasir sungai) dari segi saiz, kegunaan dan campurannya. Pasir kasar selalunya terdapat

16 pelbagai campuran seperti pasir halus, batu-batu kecil dan pasir kasar di dalamnya dan sudah tentulah pasir kasar mempunyai saiz yang lebih besar. Batu baur halus (lebih dikenali sebagai pasir) iaitu yang saiznya tidak lebih daripada 5 mm.(3) Perbezaan dari segi kegunaan pula, pasir halus digunakan dalam campuran mortar untuk kerja-kerja seperti melepa dinding, render lantai dan kemasan lain, manakala pasir kasar digunakan dalam campuran konkrit dan akan digunakan untuk kerja-kerja seperti mengikat bata, konkrit struktur (lantai, tiang dll).

2.4.4

Kapur

Kapur boleh didapati dengan membakar batu kapur yang diperolehi dari bukit batu kapur ataupun cengkerang dari laut. Bahan-bahan mentah ini mengandungi kalsium karbonat (CACO3). Apabila dibakar ia mengeluarkan gas karbon dioksida (CO2) dan menjadi kalsium oksida (CaO). Kalsium oksida ini kemudiannya ditambah sedikit air, ia akan menghasilkan haba, mengembang dan menjadi serbuk kapur, kalsium hidroksida. Proses ini dinamakan tindak air (slaking) dan serbuk kapur dinamakan kapur terhidrat. Serbuk kapur akan menjadi cair dan dinamakan dempul kapur jika campuran airnya lebih. Serbuk ini jika dibiarkan akan bertindakbalas dengan karbon dioksida dari udara dan menjadi kalsium karbonat semula. Inilah sifat utama yang membolehkan kapur digunakan dalam bancuhan mortar untuk mengikat batu-bata, melepa dan mengecat. Ada tiga jenis kapur yang boleh digunakan dalam perusahaan pembinaan iaitu kapur hidraulik, kapur bukan hidraulik dan kapur putih.(7)

i. Kapur hidraulik

17 Kapur jenis ini mengalami tindak air dengan lambat dan perlahan. Ia boleh mengeras dalam air tanpa kehadiran karbon dioksida. Sifat ini disebabkan oleh kehadiran tanah liat (20% - 30%) dalam kandungannya. Kapur ini sesuai digunakan dalam kerja batu atau asas bata yang tebal, tetapi ia tidak sesuai dicampur dengan simen. ii. Kapur bukan hidraulik Kapur ini tidak mengandungi ( atau mengandungi sedikit sahaja) tanah liat. Ia mengeras dalam udara dan sesuai digunakan bersama dengan simen dalam bancuhan mortar kompo untuk kerja melepa dan mengikat batu bagi tembok.

iii. Kapur putih Kapur ini digunakan untuk mengecat dan juga lapisan kemasan kerja lepa. Ia tidak mengandungi tanah liat dan mengeras dengan karbon dioksida dari udara.

2.5 KUALITI AIR

Pada umumnya kebanyakkan air yang sesuai dijadikan air minuman sesuai digunakan dalam bancuhan konkrit atau mortar dan tidak mempengaruhi kekuatan mampatan konkrit dan mortar asalkan semua saranan dalam kod amalan dipatuhi dan bancuhan direkabentuk dengan betul. Air yang mengandungi banyak keladak atau bahan terampai atau mengandungi bahan kimia seperti sebatian klorida, sulfat dan bahan penghakis jenis organik atau tak organik boleh mengurangkan kekuatan konkrit atau mortar. Bahan tak organik seperti sebatian sulfat dan klorida boleh menyebabkan tindakbalas kimia seperti tindakbalas sulfat dan kakisan klorida atau kesan peroi di permukaan konkrit.(8)

18

2.6

KEGUNAAN MORTAR

Pada umumnya mortar digunakan dalam proses melepa untuk meratakan (melicinkan) dan mencantikkan permukaan bagi struktur bangunan. Jika diperhatikan hampir semua pembinaan struktur (bangunan) perlu dilepa. Namun begitu terdapat juga hal lain yang penting didalam proses melepa ini. Secara logiknya apabila sesuatu struktur itu dilepa, ikatan diantara permukaan sesuatu struktur akan lebih kukuh kerana melepa ini bolehlah dianggap sebagai balutan yang menyepadukan sesuatu struktur. Selain itu, melepa juga digunakan untuk menyeragamkan sesuatu permukaan sebagai contoh untuk memperbaiki keretakan yang tidak terlalu dalam. Dinding bata sebagai contoh selalunya ikatan di antara bata pada dinding tidak seragam dan ini dapat dikemaskan dengan melepa pada permukaan luar dan dalam dinding.

You might also like