You are on page 1of 21

PERA A ALAT MUZIK TRADISIO AL MELAYU DALAM PROSES KOMU IKASI

Oleh: Azhar Abdul Latiff 1 Technology and Engineering Department, AMP Radio etwork ASTRO, Kuala Lumpur

1.0

Pengenalan

Masyarakat Melayu di Malaysia2 kaya dengan pelbagai kesenian tradisional yang unik dan istimewa. Berbezabeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti di negeri Melaka terdapat kesenian dondang sayang, nazam, dabus dan rebana keras. Di negeri Kelantan pula terdapat seni persembahan wayang kulit Kelantan, makyung, menora, tari asyik, dikir barat dan rebana kercing. Di Negeri Sembilan terdapat kesenian randai dan muzik caklempong. Di Negeri Johor terdapat kesenian kuda kepang mabuk, zapin dan ghazal. Di Kedah pula terdapat jikey, wayang kulit gedek dan makyung laut. Di Perak terdapat dabus dan hadrah. Di Pahang pula terdapat muzik gamelan, joget gamelan dan lagulagu rakyat.

Kesemua keseniankesenian di atas bukan sahaja berfungsi untuk tujuan hiburan malah berperanan sebagai saluran komunikasi tradisional dalam masyarakat. Antara medium komunikasi tradisi masyarakat Melayu yang penting ialah muzik tradisional Melayu. Penggunaan muzik tradisional Melayu sebagai media warisan amat penting dalam proses

1. 2.

Beliau mendapat Ijazah Sarjana Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Malaysia, sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara, berjiran dengan negara Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Rujuk lampiran untuk peta Malaysia.

komunikasi tradisional tidak hanya melibatkan manusia sahaja, malah peralatan yang menbantu proses tersebut.

Penggunaan alat muzik tradisional dalam proses komunikasi pernah disarankan Abdul Latiff Abu Bakar (2000; 1-7) dalam penulisan yang bertajuk Idea dan Gagasan Gendang Nusantara Sebagai Alat Media dan Seni Rumpun Melayu. Menurut beliau,

Gendang boleh digunakan sebagai alat komunikasi tanpa lisan bagi meyampaikan mesej kepada penonton atau orang ramai. Komunikasi Lisan pula disampaikan melalui Lagu mereka, gendang pula sebagai komunikasi Tanpa Lisan yang digunakan bagi menjelaskan sesuatu mesej tersebnut dan menaikkan semangat......... (ibid; 3)

Kertas kerja ini menfokus kepada penggunaan alat muzik tradisional Melayu sebagai alat media dalam proses komunikasi yang berfungsi memberi maklumat, hiburan dan pendidikan kepada masyarakat. Perbincangan melibatkan topik-topik seperti 1) peranan alat muzik tradisional dalam proses komunikasi 2) pengkelasan media warisan berasakan alat muzik tradisional Melayu, dan 3) proses komunikasi dari aspek akusik muzik.

2.0

Penggunaan

Alat

Muzik

Tradisional

Melayu

Dalam

Proses

Komunikasi Tradisi

Terdapat pelbagai jenis alat muzik tradisional yang digunakan untuk berkomunikasi di Malaysia. Di Melaka, dondang sayang didendangkan dalam bentuk lagu yang dinyanyikan oleh seorang atau lebih penyanyi diiringi muzik yang dihasilkan daripada alatalat muzik

seperti violin, rebana dan gong. Di Negeri Sembilan, tradisi randai menggunakan ensambel muzik caklempong untuk mengiringi persembahan. Di Johor, muzik ghazal didendangkan oleh penyanyi yang diiringi dengan alatalat muzik seperti gambus, harmonium, tabla dan marakas. Di Kelantan, alatalat muzik seperti serunai, geduk, gedumbak, gendang, kesi, canang dan tetawak digunakan untuk menghasilkan muzik yang mengiringi persembahan wayang kulit Kelantan. Di Kedah, alat muzik seperti rebana, biola dan gong digunakan untuk mengiringi persembahan jikey. Kesemua muzikmuzik di atas dikenali sebagai Muzik Rakyat3 dan Muzik Sinkretik4 (Patricia Martusky dan Tan Sooi Beng, 1997;2-4).

Proses komunikasi menggunakan muzik tradisional Melayu turut melibatkan tradisi istana iaitu Muzik Klasik5 seperti ensambel muzik nobat dan gamelan Pahang. Ensambel muzik nobat telah dibawa daripada Kerajaan Dar-al-Islam Pasai ke Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15 (Mohamed Ghouse Nasaruddin, 1994;7). Alat muzik yang digunakan di dalam ensambel muzik nobat ialah serunai, nafiri, gendang, nahara dan gong. Muzik nobat digunakan untuk mengiringi masjlis-masjlis diraja seperti 1) majlis pertabalan raja, 2) menyambut hari keputeraan, 3) majlis pertungan diraja, 4) maslis berkhatan diraja, dan

3.

Muzik Rakyat terdapat dalam masyarakat desa dan komuniti petani yang kenal huruf mahupun buta huruf, sistem abjad, sistem penulisan, termasuk sistem notasi muzik. Latihan muzik diadakan secara bersahaja dan pengetahuan mengenai teori biasanya tidak dapat dikesan di antara pemain-pemain. Proses latihan secara kaedah peniruan. Asas sejarah dan teori sistem muzik itu tidak diketahui dan reportoir untuk satu-satu genre muzik biasanya tidak ditentukan dengan tepat. Contoh: wayang kulit, makyung dan jkey.

4.

Muzik sinkretik terdapat dalam budaya bandaran dan diperdengarkan di kawasan desa. Dalam genre muzik ini wujud muzik asli daripada muzik rakyat dan klasikdicampur dengan unsur-unsur luar seperti Arab, Parsi, India, China dan Barat. Contoh: muzik ghazal.

5.

Muzik Klasik melibatkan muzik yang berkaitan dengan kawasan istana dan bandar. Dalam muzik Klasik, asas sejarah dan teori agak kukuh dan biasanya dipelajari. Contoh: nobat dan muzik gamelan.

5) majlis menyambut kedatangan tetamu yang berpangkat Sultan. Masyarakat Melayu juga menggunakan ensambel nobat juga digunakan untuk menyambut upacara-upacara penting dalam agama Islam seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha dan Solat Jumaat (Mohamed Ghouse Nasaruddin, 1994;166). Muzik gamelan di Malaysia berasal daripada Riau-Lingga dan diperkenalkan di Pahang pada kurun ke-19. Muzik ini digunakan untuk menghiburkan golongan bangsawan di Istana Pekan dan mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad (1863-1914) (Arif Ahmad, 2006; 8). Peralatan yang digunakan dalam ensambel muzik gamelan ialah saron (pekin, barong & demung) , kenung, kempul (gong) dan gendang.

Mohamed Ghouse Nasaruddin (1989) telah mengklafikasikan alat-alat muzik tradisional Melayu kepada empat kumpulan mengikut sistem pengklafikasian alat muzik Sach-Hornbostel 1914 iaitu: 1) aerofon menghasilkan bunyi melalui udara yang bergetar (contoh: Serunai, Seruling Bambu, Bangsi dan Nafiri ) , 2) membranofon menghasilkan bunyi melalui membran (kulit) yang bergetar (contoh: gendang, rebana, jidur, dan kompang), 3) idionofon - menghasilkan bunyi melalui getaran badan (gong, kesi canang dan alat alat gamelan), dan 4) kordofon menghasilkan bunyi melalui tali yang bergetar (rebab, gambus dan kecapi).

Dengan menggunakan pengkelasan alat muzik, seni muzik Melayu boleh dikategorikan kepada lima kumpulan iaitu: 1) kumpulan 1: muzik yang memiliki alat-alat muzik aerofon/kordofon, membranofon dan idionofon seperti wayang kulit, makyung dan nobat, 2) kumpulan 2: muzik yang memiliki dominasi alat muzik idionofon seperti muzik

gamelan dan wayang Purwa, 3) kumpulan 3: muzik ensambel alat-alat perkusi (idionofon dan membranofon) seperti hadrah, rodat dan dabus, 4) kumpulan 4: muzik gabungan dua ensambel iaitu ensambel muzik gong dan ensambel muzik gendrang seperti muzik kuda kepang, bongai dan caklempong, dan 5) kumpulan 5: muzik ensambel rebana, violin dan gong seperti jikey, makyung laut dan dondang sayang. (Ibid;175-177)

Muzik wayang kulit Kelantan dan muzik dondang sayang Melaka merupakan contohcontoh media warisan yang menggunakan alat muzik traditional Melayu sebagai alat media.

2.1

Muzik Wayang Kulit Kelantan

Muzik wayang kulit Kelantan6 masuk di dalam kumpulan 1 kerana ensambelnya menggunakan alat-alat muzik seperti serunai, geduk, gendang, gedumbak, kesi, canang dan

6.

Penulis membuat kerja lapangan bagi menyempurnakan disertasi bertajuk Serunai Kelantan: Teknologi dan Aplikasi(UM 2007) di negeri Kelantan pada tahun 2006.

tetawak. Ensambel muzik ini digunakan untuk mengiringi persembahan wayang kulit Kelantan dan antara lagu-lagu yang dimainkan ialah Lagu Bertabuh, Lagu Binatang Berjalan, Lagu Tukar Dalang dan Lagu Hulubalang. Kumpulan pemuzik wayang kulit Kelantan diketuai Tok Dalang selaku pencerita dan ketua pemuzik.

Proses komunikasi menggunakan muzik wayang kulit Kelantan

boleh difahami

menggunakan Model Proses Komunikasi (Davis Foulger, 2005) dan Rajah 1 menunjukkan analisis Lagu Bertabuh berdasarkan model tersebut. Lagu Bertabuh dimainkan bagi menandakan persembahan wayang kulit Kelantan hendak bermula. Proses komunikasi inverbal berbentuk satu hala menggunakan muzik wayang kulit sebagai media dan dimediakan melalui tiga konstruksi yang berkaitan iaitu 1) mesej, 2) bahasa muzik iaitu melodi, ritma, warna ton dan lirik untuk mewakili mesej, dan 3) gabungan melodi, ritma dan warna bunyi
7

menghasilkan bentuk muzik Lagu Bertabuh. Dalam proses ini manusia akan

wujud sebagai sebuah komuniti muzik yang terbahagi kepada dua kelompok iaitu pemuzik sebagai penyampai mesej dan pendengar sebagai penerima mesej. Para pemuzik terdiri daripada individu-individu yang mahir dan menguasai muzik wayang kulit. Kelompok penonton pula terdiri daripada kumpulan yang mendengar dan memahami mesej yang hendak

Dalam proses ini setiap alat media yang digunakan memiliki fungsi khusus dan tertentu. Alat muzik serunai dari jenis aerofon dua lelidah digunakan bagi menghasilkan melodi Lagu Bertabuh menggunakan skala heptatonik (7 nada). Alat-alat muzik membranofon

7.

Menurut David D.Boyden (1956), terdapat empat elemen asas dalam muzik iaitu melodi, ritma, harmoni dan warna ton. Rujuk lampiran untuk definisi.

seperti gendang (ibu dan anak) dan gedumbak (ibu dan anak) memberikan elemen ritma kepada muzik dan dimainkan secara tingkah-meningkah. Geduk Ibu dan geduk anak memberikan gabungan melodi dan rentak yang bertujuan memberi kesan (effect) kepada lagu. Gabungan melodi, ritma dan warna bunyi menghasilkan bentuk muzikal Lagu Bertabuh yang dikawal oleh kitaran gongan menggunakan alat-alat muzik dari jenis idionofon seperti kesi canang dan tetawak.

Pemuzik: Serunai Geduk Gendang Gedumbak Kesi Canang Tetawak

Imaginasi & reka

Persembahan Bermula menggunakan Melodi Ritma Warna Bunyi pengantara Lagu Bertabuh
Memiliki perspektif and hubungan: Komuniti Muzik

perhati, sifat & tafsir

Pendengar

guna, cipta, libat.

belajar, bersosial

Rajah 1: Model Proses Komunikasi Menggunakan Muzik Wayang Kulit Kelantan

2.2

Muzik Dondang Sayang

Menurut pengkaji dondang sayang Ahmad Usop (2000:13), dondang sayang di Melaka wujud dalam beberapa jenis iaitu dondang sayang asli, dondang sayang inang, dondang sayang joget dan dondang sayang mambo. Dondang sayang asli, dondang sayang

inang dan dondang sayang joget merupakan jenis tradisi manakala dondang sayang jenis mambo merupakan jenis ciptaan baru dan moden.

Proses komunikasi menggunakan muzik dondang sayang8 seperti Rajah 2 merupakan komunikasi lisan dan komunikasi tanpa lisan yang melibatkan penggunaan alat-alat media seperti violin, rebana dan gong bagi mengiringi nyanyian penyanyi. Violin merupakan alat muzik daripada pola adaptasi9 yang dibawa daripada Eropah. Melihat dari segi alat muzik yang digunakan, muzik dondang sayang dikelaskan sebagai jenis muzik daripada kumpulan 5 iaitu sama seperti makyung laut dan jikey.

Di dalam permainan dondang sayang, komunikasi dua hala boleh berlaku apabila pendengar membalas pantun yang disampaikan oleh penyanyi. Proses interaksi sebegini menyebabkan hubungan yang wujud di antara penyampai dan pendengar sangat rapat dan penuh dengan kemesraan. Kesesuaian muzik ini dengan masyarakat di Melaka menyebabkan menyebabkan muzik ini digemari pelbagai lapisan umur dan pelbagai bangsa seperti Melayu, Baba, Ceti dan Serani (kacukan Portugis).

8.

Penulis membuat pemerhation sewaktu menjadi pemuzik dondang sayang bermula tahun 1997 2007. Kumpulan yang pernah disertai ialah Kumpulan Dondang Sayang Remaja Pejabat Kebudayaan Negeri Melaka, Kumpulan Anak Muara dan ISMMA.

9.

Menurut Nik Mustapha Nik Mohd Salleh (1998 ), alat muzik jenis pola adaptasi dipinjam daripada luar dan masih mengekalkan rupabentuk asalnya.

Pendengar bertindakbalas dengan mesej: Komunikasi satu hala\dua hala Imaginasi & reka perhati, sifat & tafsir

Pemuzik: Violin Rebana Gong Accordian* Penyanyi

guna, cipta, libat.

Selamat Datang menggunakan Melodi Ritma Harmoni Warna Bunyi Teks Pantun pengantara Dondang Sayang
Memiliki perspektif and hubungan: Komuniti Muzik

Pendengar

belajar, bersosial

Rajah 2: Model Proses Komunikasi Menggunakan Muzik Dondang Sayang

Muzik dondang sayang berfungsi sebagai medium komunikasi lisan melalui patah kata pantun yang disampaikan oleh penyanyi dan komunikasi tanpa lisan melalui melodi, ritma, harmoni dan warna bunyi dalam muzik yang disampaikan. Di dalam lagu Dondang Sayang Selamat Datang10, mesej Selamat Datang tetapi bukan sahaja disampaikan melalui bait-bait pantun penyanyi malah lenggok melodi mengalun dan beronamentasi menggunakan violin dan ritma berentak joget yang dihasilkan oleh pemain rebana. Kitaran rentak ini ditandai dengan pukulan gong sebagai pemasa. Penggunaan violin sebagai alat muzik melodi utama sangat bersesuaian kerana karektor warna bunyi alat muzik tersebut nyaring dan lantang. Penggunaan akordian11 sebagai alat muzik pelengkap mewujudkan komponen harmoni dan

10. 11.

Rakaman muzik dondang sayang Selamat Datang oleh En. Baharim Shariff, Johan Dondang Sayang peringkat Kebangsaan(1985). Alat muzik akordian merupakan alat muzik tambahan di dalam persembahan dondang sayang. Berdasarkan pemerhation persembahan dondang sayang di Melaka dari 1997 - 2007, hampir semua kumpulan Dondang Sayang di Melaka kini menggunakan akordian di dalam ensambel muzik mereka.

menambahkan komponen melodi kepada muzik dondang sayang dan ini secara tidak langsung meningkatkan nilai estetika muzik yang hendak disampaikan kepada pendengar. Di dalam lagu Dondang Sayang Selamat Datang, pantun Selamat Datang disampaikan melalui nyanyian oleh penyanyi, digabungkan dengan melodi violin, ritma rebana dan pemasa gong dalam bentuk muzikal A1,A2,B1,B2 (bersesuaian dengan rangkap pantun iaitu 4 baris).

3.0

Produksi, Perambatan dan Persepsi Bunyi Alat Muzik Tradisional Melayu

Asas kepada sesuatu muzik ialah penyusunan nada-nada yang terhasil samaada daripada alat muzik ataupun peti suara seorang penyanyi. Nada-nada yang terhasil ialah merupakan isyarat bunyi yang memiliki sifat-sifat fizikal seperti keamatan bunyi12 dan frekuensi bunyi13. Menurut W.T. Bartholomiew (1942), tiga perkara yang diperlukan untuk alat muzik menghasilkan isyarat bunyi ialah 1) alat yang bergetar, 2) medium untuk memindahkan getaran, dan 3) alat penerima. Berdasarkan ketiga-tiga perkara tadi, proses komunikasi menggunakan alat muzik tradisional Melayu boleh dibahagikan kepada tiga proses akustik muzik14 yang disarankan oleh Donald E.Hall (2003) iaitu 1) proses produksi bunyi, 2) proses perambatan bunyi, dan 3) proses persepsi bunyi.

12.

Keamatan bunyi merupakan parameter sains fizik yang digunakan untuk menggambarkan gandaan aras tekanan bunyi dalam unit desibel. (dB).

13.

Frekuensi bunyi merupakan parameter sains fizik yang digunakan untuk menggambarkan kadar kitaran hayunan gelombang bunyi persaat. Unit yang digunakan ialah Hertz (Hz).

14.

Akustik Muzik ialah kajian akustik untuk alat muzik. Merupakan lapangan multidisiplin yanng melibatkan gabungan bidangbidang seperti sains, organologi dan muzikologi.

10

Proses-proses akustik muzik untuk alat muzik tradisional Melayu boleh difahami melalui model akustik muzik seperti Rajah 3. Proses produksi bunyi bermaksud proses penghasilan isyarat bunyi daripada sumber iaitu bahan yang bergetar. Isyarat bunyi yang wujud dalam bentuk gelombang seterusnya akan bergerak dari satu medium ke suatu medium yang lain dan proses ini dikenali sebagai perambatan bunyi. Isyarat bunyi yang bergerak akhirnya akan tiba ke penerima dan melalui proses persepsi bunyi. Di dalam proses ini bunyi akan ditafsir kepada bentuk yang difahami penerimanya . Berdasarkan proses-proses tadi, peranan alat muzik tradisional Melayu sebagai teknologi media dalam proses komuikasi boleh difahami. Berikut ialah perbincangan mengenai aspek akustik muzik alat-alat muzik tradisional Melayu iaitu serunai, kompang, gong dan gambus15.

Pemuzik

Produksi Bunyi

Perambatan Bunyi

Persepsi Bunyi

Muzik

Rajah 3: Model Akustik Muzik Alat Muzik Tradisional Melayu

3.1

Serunai Kelantan

Serunai Kelantan (seperti Gambar 1) ialah sebuah alat muzik tradisional Melayu jenis tiupan daripada keluarga shawm yang digunakan dalam persembahan wayang kulit Kelantan dan gendang silat (Azhar Abdul Latiff, 2007). Dikelaskan dalam keluarga aeforon dalam sistem

15.

Analisis kajian alat-alat muzik tradisional Melayu oleh penulis sewaktu menyempurnakan disertasi Sarjana di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (2005-2007).

11

pengklafikasian alat muzik kerana alat muzik ini menghasilkan bunyi melalui getaran kolum udara.

Menali

Batang

Kecopong

Pipit

Gambar 1: Serunai Kelantan

Apabila pemuzik menghembuskan udara pada bahagian pipit, lelidah pipit akan bergetar menghasilkan gelombang bunyi dalam bentuk hingar putih. Teknik hembusan berterusan yang digunakan peniup serunai membenarkan melodi serunai berterusan dihasilkan. Gelombang bunyi yang terhasil daripada pipit akan bergerak daripada menali menuju ke lubang kecopong melalui salur udara serunai.

Kombinasi penjarian lubang-lubang petik dan lubang jerit pada batang serunai bertindak mengubah gelombang bunyi yang bergerak dan memberi kombinasi isyarat bunyi yang berbeza-beza. Isyarat bunyi yang berbeza tadi akan membentuk nada-nada bunyi apabila isyarat bunyi keluar daripada lubang kecopong. Isyarat bunyi tadi akan menggunakan udara sebagai salur udara untuk bergerak ke pendengar.

Pemuzik biasanya akan menghala lubang kecopong ke bawah menghadap pendengar atau pemuzik dan posisi ini membolehkan isyarat bunyi yang dihasilkan bukan sahaja sampai ke pendengar malah pemuzik itu sendiri. Telinga penerima isyarat bunyi (pendengar dan 12

pemuzik) akan membawa isyarat yang diterima untuk ditafsir otak manusia menjadi medium yang difahami iaitu muzik.

3.2

Kompang

Kompang (seperti Gambar 2) merupakan alat muzik tradisional Melayu yang digunakan untuk mengiringi hadrah dan perarakan pengantin di masjlis perkahwinan. Kompang boleh dikelaskan sebagai alat muzik jenis membranofon kerana bunyi kompang terhasil daripada getaran membran iaitu kulit kambing pada badannya.

Kulit

Rangka

Gambar 2: Kompang

Paluan tangan pemain pada permukaan kulit kompang akan menggetarkan permukaan kulit yang bertindak sebagai membran yang bersifat elastik16. Getaran kulit yang terhasil daripada hayunan kulit akan menjana isyarat bunyi melalui proses produksi bunyi.

16.

Elastik ialah sifat bahan yang mampu kembali kepada keadaan asalnya apabila satu daya yang mengubah kedudukan dikenakan ke atas bahan tersebut.

13

Isyarat bunyi ini seterusnya berpindah ke udara dan dalam posisi memegang rangka kompang secara berdiri, isyarat bunyi yang dihasilkan kompang akan bergerak ke udara sebelum diterima telinga pendengar. Posisi berdiri bukan sahaja memudahkan pergerakkan pemain malah memudahkan bunyi sampai ke telinga pendengar kerana aras kedudukannya yang menghampiri aras telinga manusia. Seterusnya pendengar akan mentafsir bunyi yang didengari sebagai muzik kompang.

3.3

Gong

Gong merupakan alat muzik tradisional Melayu yang digunakan dalam pelbagai ensambel muzik seperti ensambel muzik wayang kulit, dondang sayang dan muzik gamelan. Gong dikelaskan sebagai alat muzik jenis idiofon kerana bunyi yang dihasilkan adalah daripada getaran badan.

Pemukul

Gong

Gambar 3: Gong

Bunyi akan terjana apabila gong dipalu oleh pemuzik menggunakan kayu pemukul. Apabila pemuzik memalu gong, tenaga pukulan akan dipindahkan ke badan gong. Badan

14

gong yang bersifat pejal akan bergetar dan menghasilkan gelombang bunyi yang membentuk bunyi gong .

Dalam keadaaan posisi gong yang tergantung dan bebas daripada sentuhan sangat penting bagi memastikan gelombang bunyi yang dihasilkan daripada getaran badan gong akan berpindah ke udara secara tulen tanpa melalui mana-mana medium lain. Isyarat bunyi gong merambat pada pelbagai arah (mengelilingi badannya yang bergetar) sebelum tiba ke telinga pendengar untuk proses persepsi bunyi.

3.4

Gambus

Gambus (seperti Gambar 4) merupakan alat muzik tradisonal Melayu daripada keluarga Kordofon kerana bunyi gambus terhasil daripada getaran talinya. Alat muzik ini berfungsi sebagai pembawa melodi di dalam ensambel muzik ghazal dan zapin.

Tali

Gambar 4: Gambus

Apabila pemuzik memetik tali yang telah ditala16 pada gambus, tali tersebut akan berayun dan bergetar. Proses ini menghasilkan gelombang bunyi yang berayun pada frekuensi asli tali. Gelombang bunyi ini kemudiannya akan berpindah daripada tali ke udara. Kombinasi

15

penjarian pada tali tersebut mengubah isyarat bunyi yang dihasilkan mengikut kehendak pemuzik. Pemuzik akan mengubah panjang akustik tali secara menekan tali pada papan jejari bagi mengubah gelombang bunyi yang terhasil. Isyarat bunyi yang bebas ke udara akan diterima telinga pendengar dan seterunya proses persepsi bunyi akan berlaku. Pendengar akan mentafsir bunyi ini sebagai bunyi gambus dan kombinasi pelbagai nada bunyi membentuk muzik gambus.

4.0

Penutup

Alat muzik tradisional Melayu merupakan teknologi media yang turut digunakan di dalam proses komunikasi di Malaysia. Dengan menggunakan seni muzik Melayu sebagai medium, proses komunikasi ini wujud dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Muzik gendang silat, muzik gamelan Pahang dan muzik caklempong merupakan antara contoh komunikasi bukan lisan yang menggunakan alat muzik tradisional Melayu manakala hadrah, dabus dan dondang sayang merupakan komunikasi lisan yang menggunakan alat muzik tradisional melayu.

Berperanan sebagai alat media yang memperlengkapkan proses komunikasi di Malaysia, alat muzik tradisional di Malaysia boleh diklafikasikan kepada empat kumpulan
16. Menala ialah proses menetapkan nada alat muzik kepada skala nada yang standard supaya alat muzik tersebut boleh dimainkan bersama-sama dengan alat muzik yang lain.

berdasarkan cara alat muzik menghasilkan bunyi iaitu 1) aerofon, 2) membranofon, 3) idionofon, dan 4) kardiofon. Klasifikasi keempat-empat kumpulan ini digunakan untuk membahagikan muzik tradisional Melayu kepada lima kumpulan iaitu:

16

1) kumpulan 1: muzik yang memiliki alat-alat muzik aerofon/kordfon, membranofon dan idionofon, 2) kumpulan 2: muzik yang memiliki dominasi alat muzik idionofon, 3) kumpulan 3: muzik ensambel alat-alat perkusi (idionofon dan membranofon), 4) kumpulan 4: muzik gabungan dua ensambel iaitu ensambel muzik gong dan ensambel muzik gendrang, dan 5) kumpulan 5: muzik ensambel rebana, violin dan gong.

Daripada pembahagian kumpulan-kumpulan muzik ini klasifikasi media warisan menggunakan seni muzik Melayu di Malaysia boleh dikenalpasti.

Dalam proses komunikasi yang menggunakan muzik tradisional Melayu sebagai medium, pemuzik akan bertindak sebagai penyampai yang akan menghantar mesej dalam bentuk muzik kepada pendengar akan bertindak sebagai penerima. Bahasa yang digunakan dalam proses ini ialah bahawa muzik iaitu 1) melodi, 2) ritma, 3) harmoni, 4) warna bunyi, dan 5) teks nyanyian. Gabungan kelima-lima elemen ini akan menghasilkan bentuk muzikal lagu. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, muzik wayang kulit Kelantan memiliki bentuk muzikal berdasarkan kitaran gong manakala bentuk muzikal dondang sayang pula berdasarkan kitaran pantun yang dinyayikan oleh penyanyi.

Aspek teknologi alat muzik tradisional Melayu sebagai alat media

boleh dilihat

melalui pendekatan akustik muzik iaitu 1) proses produksi bunyi, 2) proses perambatan bunyi, dan 3) proses persepsi bunyi. Melalui ketiga-tiga proses ini alat muzik tradisional Melayu menghasilkan muzik yang digunakan sebagai medium komunikasi.

17

5.0

Saranan

Alat muzik tradisional Melayu memiliki peranan dalam proses komunikasi berbentuk tradisional di Malaysia. Menyedari hakikat ini penulis ingin mencadangkan beberapa saranan yang diharap mampu menyumbang kepada bidang komunikasi tradisional di Malaysia. Saranan-saranan yang ingin dicadangkan penulis adalah seperti di bawah.

a)

Aspek alat media seperti alat muzik tradisional Melayu harus diberi perhatian oleh ahli-ahli komunikasi apabila menjalankan kajian mengenai Komunikasi Tradisional di Malaysia.

b)

Pendidikan komunikasi tradisional di Malaysia samaada peringkat pengajian tinggi mahupun peringkat sekolah wajar memasukkan alat muzik tradisional Melayu di dalam sukatan pelajaran.

c)

Pembangunan alat muzik tradisional Melayu haruslah disokong oleh ahli-ahli komunikasi tradisional sebagai usaha memelihara dan memulihara media warisan Malaysia.

Bibiliografi
Abdul Latiff Abu Bakar, 2000. Media dan Seni Warisan Melayu Serumpun Dalam Gendang usantara. Media dan Seni Warisan Melayu Serumpun dalam Gendang Nusantara. Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya & maslis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah. 18

Ahmad Usop, 2000. Dondang Sayang Seni Tradisi egeri Melaka. Media dan Seni Warisan Melayu Serumpun dalam Gendang Nusantara. Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya & maslis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah. Arif Ahmad, 2006. Gamelan Malaysia: Ke Mana Arahnya? . Dewan Budaya. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Azhar Abdul Latiff, M.A. 2007. Serunai Kelantan: Teknologi dan Aplikasi. Jabatan SosioBudaya, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. David D. Boyden, 1956. An Introduction of Music. Alfred A. Knopf Inc. , New York. Davis Foulger, 2005. Medium as Communication Process Primitive. Meeting of the National Communication Association, New York. Donald E.Hall, 2003. Musical Acoustic. California State University, Sacramento. Mohamed Ghouse Nasuruddin, 1989. Malay Tradisional Music. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Nik Mustapha Nik Mohd Salleh, 1998. Alat Muzik Tradisional di dalam Masyarakat Melayu di Malaysia. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur. Patricia Matusky & Tan Sooi Beng, 1997. Muzik Malaysia : Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. The Asian Centre, Pulau Pinang. Wilmer T. Bartholomew, 1942. Acoustic of Music. Prentice Hall. Inc. Englewood Cliffs, New Jersey.

19

Lampiran

Peta 1: Peta MalaysiaTeori Muzik: Empat Elemen Asas dalam Muzik: 20

David Dodge Boyden (1956) telah menyatakan bahawa terdapat empat elemen asas yang wujud dalam sesuatu muzik iaitu:

i) Elemen pertama , ritma - Pengaturan hubungan masa antara nada sama ada dengan aksen atau dengan corak panjang dan pendek. ii) Elemen kedua, melodi - Penyusunan nada. iii)Elemen ketiga, harmoni - Beberapa nada atau melodi dibunyikan bersama-sama. iv) Elemen keempat, warna ton atau timbrik - karakter dan kualiti bunyi sesuatu alat muzik. Melibatkan ciriciri akustik alat muzik.

21

You might also like