You are on page 1of 23

SEJARAH PENDIDIKAN ORANG PEKAK DI AMERIKA SYARIKAT ( ABAD 18-20)

AMRIL NURMAN BIN LUQMAN MUHAMMAD SYAFIQ BIN SHAMSI SOO TOH WAN LIN

PERANAN FRANCIS GREEN


Pada 1790, dia mencadangkan sekolah untuk orang pekak di London tetapi tanggapan beliau tidak diterima oleh Braidwoods. Beliau bekerjasama dengan John Townshend dan Clapham section dalam merumuskan perancangan untuk Institusi Bermondsey.

Ia telah dibuka pada tahun 1792 untuk kanakkanak pekak yang miskin.

Beliau menulis tentang sekolah Braidwood bawah nama samaran Philocophos , the Friend of the Deaf and Dumb, menterjemahkan kerja Abbe Charles Michel de IEpees work kepada bahasa Inggeris. Pada 14 Jun 1803, Philocophos mencetak 3 kali dalam kad Boston Palladium yang dihantar ke the Reverend of the Clergy of the State of Massachusetts. Ia bertujuan untuk mengumpul maklumat peribadi daripada setiap orang pekak berpengetahuan untuk menguatkan kelayakan mengenai keperluan untuk Institusi Amerika.

Walaupun banci itu menunjukkan kehadiran 75 orang pekak di Massachusetts, projek itu kurang berjaya.
Dengan kegagalan tersebut, beliau tidak berpuas hati dengan aspek perdagangan. Walaupun advokasi beliau diselubungi dengan kegagalan, beliau masih diingati sebagai orang pertama di Amerika untuk advokasi dalam mengarahkan oral untuk kanak-kanak pekak. Beliau memberi sumbangan yang besar kepada formasi Institusi NewYork untuk Pekak dan Lembab.

Usaha Thomas Gallaudet dan Laurent Clerc


Thomas Gallaudet ialah seorang pengasas dan pengarah bagi institusi pendidikan orang pekak yang pertama di Amerika Syarikat. Menjadi nadi utama bagi bahasa isyarat Amerika Syarikat. Segala bermula apabila beliau mengajar anak perempuan jiran yang pekak dengan hanya satu batang kayu dan tanah dan jiran itu mencadangkan beliau merantau ke Eropah untuk belajar cara mengajar kanak-kanak pekak.

Di Britain, beliau berjumpa dengan ketua Institusi Nationale des Sourds-Muets Abbe Sicard di Paris dan ahli fakulti pekak, Laurent Clerc dan Jean Massieu. Beliau mempelajari kaedah mengajar dengan menggunakan kaedah manual dan bahasa isyarat daripada Massieu dan Clerc. Clerc menemani beliau balik ke Amerika Syarikat dengan menaiki kapal.
Sepanjang perjalanan tersebut, mereka singgah di New England dan berjaya mengumpulkan derma peribadi dan umum untuk membina sekolah pelajar pekak di Hartford.

Beberapa pelajar normal turut belajar di sekolah tersebut. Sekolah itu menjadi terkenal dan telah dilawati oleh Presiden James Monroe pada tahun 1818. Beliau menjadi guru besar sekolah itu dari pembukaan ke tahun 1830.
Walaupun jawatannya sebagai guru besar, beliau mengajar setiap hari seperti guru biasa. Beliau mendapat banyak tawaran mengajar tetapi menolak kesemuanya sekali supaya mempunyai masa untuk menulis buku dan pendidikan tambahan.

Beliau telah bersara pada tahun 1830 kerana mempunyai masalah kesihatan. Legasi Gallaudet diteruskan oleh anak lelakinya, Edward Miner Gallaudet dengan mengasaskan kolej pekak yang pertama pada tahun 1857. Pada tahun 1986, ia dinamakan Universiti Gallaudet. Selain itu, legasi Gallaudet membantu membina Bahasa Isyarat Amerika.

Berdasarkan usaha Gallaudet tadi, terdapat pengaruh bahasa isyarat Perancis terhadap ASL melalui belajar dengan kawannya, Abbe Sicard. Gallaudet berlayar balik ke Amerika Syarikat dan menubuhkan sekolah pekak Amerika pada tahun 1817. Mereka menerapkan bahasa isyarat Perancis dalam ASL. Contohnya,

Pengaruh Bahasa Isyarat Perancis terhadap perkembangan Bahasa Isyarat Amerika (ASL).

With = avec dengan menggunakan bentuk tangan A See = voir dengan menggunakan s bagi versi english dan v bagi versi perancis

PEMBINAAN SEKOLAH-SEKOLAH UNTUK ORANG PEKAK DI AMERIKA SYARIKAT

JENIS SEKOLAH DI AMERIKA SYARIKAT


Terdapat 2 jenis :
Sekolah Berasrama Sekolah Harian

Sekolah Berasrama:
Murid akan tinggal bersama murid pekak yang lain di asrama. Pada masa cuti umum dan cuti minggu,murid dibenarkan balik ke rumah Murid makan dan hidup di asrama Ada orang dewasa memantau aktiviti di asrama.

JENIS SEKOLAH DI AMERIKA SYARIKAT


Sekolah harian
Murid belajar bersama dengan murid lain di sekolah Muridpergi ke sekolah pada waktu pagi dan tengah hari pulang ke rumah.

SUMBANGAN TOKOH

HORACE MANN
Memperjuangkan sekolah umum Memperkenalkan pendidikan pertuturan Menubuhkan sekolah untuk kanak-kanak masalah pendengaran iaitu Horace Mann Deaf School yang ditubuhkan pada 1869 dan terletak di Allston, Massachusetts.

SAMUEL HOWE
Pengasas kepada sekolah buta di Washington, Amerika Beliau berjaya mendidik kanak-kanak pekak dan buta Laura Bridgman dan membuktikan bahawa kepelbagaian kecacatan boleh dididik. Laura Bridgman akhirnya menjadi guru dis ekolah tersebut dan menjadi insan pekak dan buta yang pertama berjaya di Amerika.

GARDINER GREENE
Pengasas Clarke School for the Deaf di Northampton,Massachusetts. Merupakan sekolah pertuturan pertama di Amerika Anaknya Mable menjadi pekak kerana demam dan menjadi anak murid kepada Alexander Graham Bell. Bekerjasama dengan Alexander Graham Bell mencipta telefon.

ALEXANDER GRAHAM BELL


Menyokong pendidikan pertuturan kepada kanak-kanak masalah pendengaran Ibunya pekak, bapa dan datuknya seorang pakar dalam bidang pertuturan. Pada 1872, beliau telah menubuhkan sebuah sekolah persendirian di Boston khusus untuk mengajar artikulasi dan penggunaannya kepada golongan pekak.

ALEXANDER GRAHAM BELL


Merupakan orang penting dalam pendidikan pertuturan dan bacaan bibir. Bertanggungjawab dan memperluaskan dalam memperkenalkan pendidikan pertuturan dengan pelbagai sumber media. Memperkenalkan Anna Sullivan kepada Hellen Keller.

EDWARD MINER GALLAUDET


Merupakan anak kepada Thomas Gallaudet dan seorang tenaga pengajar untuk kanak-kanak masalah pendengaran Merupakan pengetua pertama kepada Columbia Institution for the Deaf and Blind Beliau merupakan tenaga pengajar yang menggunakan dan menyokong penggunaan isyarat tangan namun, beliau mengakui keberkesanan kemahiran pertuturan.

EDWARD MINER GALLAUDET


Beliau banyak menyubang dalam "American Annals of the Deaf, "Harper's Monthly, "New Englander, "Penn Monthly dan banyak lagi. Terlibat secara langsung dalam Persidangan Milan 1880

PERSIDANGAN MILAN 1880


Merupakan satu persidangan antara tenaga pengajar masalah pendengaran. Hasil dari persidangan menyatakan bahawa pendidikan menggunakan pertuturan lebih baik dari pendidikan menggunakan isyarat tangan. Pengajaran isyarat tangan tidak dibenarkan.

PERSIDANGAN MILAN 1880


Alexander G. Bell merupakan penyokong pendidikan pertuturan manakala Edward M.Gallaudet penyokong pendidikan isyarat tangan. Semua sekolah diarah menggunakan pendidikan pertuturan akan tetapi di Universiti Galludet, isyarat tangan masih digunakan.

TERIMA KASIH

You might also like