You are on page 1of 10

KAJIAN PELAKSANAAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN SEBAYA DALAM PROJEK

BERKUMPULAN


Norhamidi Muhamad, Dzuraidah Abd. Wahab, Nor Kamaliana Khamis, Zaliha Wahid,
J aharah Abd. Ghani, Baba Md Deros, Che Hasan Che Haron, Mohd NizamAb Rahman dan Ahmad
Rasdan Ismail
J abatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan
Fakulti Kejuruteraan dan AlamBina



ABSTRAK

Penilaian rakan sebaya (peer review) sebagai salah satu kaedah penilaian dalamprojek berkumpulan kini
semakin meluas digunakan. Kertas kerja ini membentangkan hasil daripada pelaksanaan kaedah penilaian
rakan sebaya yang diaplikasi dalamkursus KP4413 Projek Industri bagi ProgramPembuatan di J abatan
Kejuruteraan Mekanik dan Bahan. Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kaedah tersebut dalam
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap ahli dalam kumpulan dan bagaimana ia boleh
menyumbang terhadap prestasi kumpulan. Untuk tujuan ini hasil penilaian rakan sebaya bagi sesi
pengajian 2006-2007 dianalisis untuk melihat pola penilaian pelajar terhadap ahli kumpulan dan
mengenal pasti keberkesanan kaedah tersebut boleh ditingkatkan contohnya melalui penilaian secara
formative setelah setiap penilaian rakan sebaya dilaksananakan. Secara umumnya, kajian ini telah berjaya
mengenal pasti keupayaan dan kelemahan pelajar pada sesi tersebut.

PENGENALAN
Dalam proses penilaian rakan sebaya, setiap ahli kumpulan akan menilai ahli-ahli lain dalam
kumpulannya berdasarkan kriteria-kriteria penilaian yang telah ditetapkan. Kaedah penilaian rakan sebaya
kini semakin meluas digunakan dalampenilaian projek kerja berkumpulan. Kaedah ini dikira berkesan
dalammemberikan penilaian sebenar prestasi semua ahli dalam sesebuah kumpulan. Kriteria yang lazim
digunakan dalampenilaian rakan sebaya adalah kemahiran generik antaranya kebolehan berkomunikasi,
kesediaan menerima tanggungjawab, kebolehan memimpin dan kesediaan mendengar pandangan ahli
kumpulan.
Penilaian rakan sebaya berupaya menyerlahkan kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar ketika
bekerja dalamsesebuah kumpulan, berdasarkan tindakbalas daripada ahli yang terlibat. Bagi pihak tenaga
pengajar, tujuannya untuk menentukan pelajar yang aktif dalamkerja berkumpulan ataupun pelajar yang
pasif dan tidak menyumbang secara berkesan terhadap kumpulan projek masing-masing.

KAEDAH PENILAIAN
Dengan pembahagian kepada 8 kumpulan, seramai 44 orang pelajar Kejuruteraan Pembuatan J KMB bagi
sesi 06/07 terlibat di dalam penilaian rakan sebaya ini. Secara umumnya, setiap kumpulan akan
mempunyai 5 atau 6 ahli dan terdiri daripada percampuran kelompok antara pelajar bumiputra dan pelajar
bukan bumiputra. Sebanyak 200 borang penilaian diedarkan yang mempunyai 5 soalan yang merangkumi
penilaian ke atas PO6 iaitu kebolehan untuk berfungsi secara efektif secara individu dan di dalam
kumpulan dengan kemampuan untuk menjadi ketua atau pengurus, begitu juga sebagai seorang ahli
kumpulan yang efektif. Terdapat dua kaedah untuk menilai penglibatan pelajar dalamprojek ini. Kaedah
penilaian tersebut ialah:
i) Soal-selidik menggunakan skala Likert.

Adakah rakan anda hadir ke perjumpaan kumpulan?
Adakah rakan anda memberitahu ahli kumpulan jika beliau tidak dapat hadir ke
perjumpaan dan gagal memenuhi tanggungjawabnya?
Adakah rakan anda berusaha secara serius pada setiap tugasan yang diamanahkan
sebelumperjumpaan kumpulan?
Adakah rakan anda mencuba untuk melakukan sumbangan dalamsetiap perjumpaan jika
beliau boleh?
Adakah rakan anda bekerjasama dengan usaha kumpulan?

ii) Soal-selidik menggunakan sembilan ukuran pencapaian seperti berikut:

Cemerlang (E): Boleh berkongsi beban lebih daripada ahli yang lain dan bertindak
membimbing ahli yang lain secara konsisten.
Sangat baik (VG): Melakukan tugas yang perlu dilakukan dengan cemerlang secara
konsisten, sangat teratur, sangat bersedia, dan bekerjasama dengan ahli yang lain.
Memuaskan (S): Kerap melakukan tugas yang perlu dilakukan dengan cemerlang, teratur,
sangat bersedia dan bekerjasama dengan ahli yang lain.
Biasa (O): Selalu melakukan tugas yang perlu dilakukan dengan baik, teratur, bersedia dan
boleh bekerjasama dengan ahli yang lain.
Marginal (M): Kadang-kadang gagal melengkapkan atau menunjukkan tugas yang
diberikan, jarang bersedia
Tidak memuaskan (D): Selalu gagal melengkapkan atau menunjukkan tugas yang
diberikan, jarang bersedia
Sangat tidak memuaskan (US): Gagal melengkapkan atau menunjukkan tugas yang
diberikan secara konsisten, jarang bersedia
Lemah (Su): Tidak melibatkan diri secara praktikal
Sangat lemah (NS): Langsung tidak melibatkan diri

I. Kaedah penilaian 1: Penggunaan skala Likert
Penilaian rakan sebaya ini melibatkan 5 kriteria mengenai penglibatan pelajar secara langsung atau tidak
langsung dalamkerja berkumpulan. Borang penilaian rakan sebaya menetapkan skala 5 sebagai kerap,
skala 4 sebagai selalu, skala 3 sebagai kadang-kadang, skala 2 sebagai jarang-jarang dan skala 1 sebagai
tidak pernah. Disebabkan skala ini diberikan oleh banyak pihak dalamsesuatu kumpulan kepada ahli
masing-masing, penulis menetapkan skala skor 5.0 ke 4.5 berada pada tahap yang cemerlang, skala skor
4.5 ke 4.0 pada tahap yang baik, skala skor 3.9 ke 3.0 pada tahap yang memuaskan, dan skala 3.0 ke
bawah pada tahap yang kurang memuaskan dan perlu diberi perhatian.
Soalan 1: Kehadiran pelajar
Soalan pertama dalam borang penilaian rakan sebaya bertanyakan kehadiran rakan sebaya dalam
perjumpaan kumpulan. Rajah 1 menunjukkan analisis julat skor bagi soalan 1 dalambentuk peratus.
Berdasarkan Rajah 1, sejumlah 77.3% dan 15.9% pelajar masing-masing kerap dan selalu hadir dalam
setiap sesi perjumpaan kumpulan. Sebanyak 2.3% dan 4.5% pelajar masing-masing menunjukkan
kehadiran yang memuaskan. Tiada pelajar yang gagal hadir dalamsetiap perjumpaan yang diadakan.

Rajah 1: Peratus pelajar mengikut Skala Likert bagi soalan 1


Melalui analisis ini, andaian berikut dapat diberikan:
i) Setiap pelajar bertanggungjawab dalammenghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.
ii) Ketua kumpulan memainkan peranan memastikan ahlinya boleh hadir pada masa yang
ditetapkan, dan bertanya punca kegagalan mereka hadir semasa perjumpaan yang ditetapkan.

Melalui analisis yang dilakukan juga, didapati sisihan piawai bagi penilaian pelajar terhadap rakan
sebayanya ialah sebanyak 0.46, dengan purata skor maksimum pelajar ialah 5 dan minimum ialah 3.2.
Keadaan ini menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara antara kumpulan pelajar ini. Berdasarkan
analisis ini, penulis mengandaikan pelajar yang menilai rakan sebaya tidak dapat mengingati bilangan
kehadiran pelajar semasa perjumpaan diadakan. Selain itu, kemungkinan pelajar tidak dapat membezakan
maksud kerap, selalu, kadang-kadang dan seterusnya dalammenjawab soalan ini.
Soalan 2: Pemberitahuan awal
Soalan 2 berkisar tentang respon awal sama ada individu terbabit dapat hadir atau memenuhi
tanggungjawab yang diberikan. Berdasarkan penilaian kepada soalan ini, lebih 70% pelajar dapat
memberikan respons awal berkaitan kehadiran dan menunaikan tanggungjawab masing-masing. Namun
begitu, terdapat segelintir pelajar yang gagal memaklumkan kepada ahli yang lain tentang kegagalan
mereka untuk hadir dan memenuhi tanggungjawab masing-masing. Rajah 2 menunjukkan 2.3% pelajar
berada pada tahap yang kurang memuaskan dan perlu diberi perhatian.


Rajah 2: Peratus pelajar mengikut Skala Likert bagi soalan 2

Berdasarkan penilaian fasa awal terhadap borang penilaian ini, hanya seorang pelajar yang tergolong
dalamtahap kurang memuaskan. Penulis mengandaikan punca kegagalan pelajar tersebut hadir dan
menunaikan tanggungjawab ini adalah kerana:
i) Sikap pelajar terbabit yang memandang rendah kepada ahli yang lain.
ii) Sikap sambil lewa pelajar kepada tugas yang diberikan.

Terdapat perbezaan yang agak ketara bagi penilaian soalan 2 ini. Dengan sisihan piawai sebanyak
0.56 iaitu lebih 50% jauh mensasar daripada nilai purata skor asal, penulis mengandaikan masih terdapat
sekumpulan pelajar yang gagal untuk bertanggungjawab memberitahu ahli lain jika mereka gagal hadir
dan melakukan tugas yang diberikan. Keadaan ini dibuktikan dengan nilai minimum skor yang diberikan
iaitu 2.75 yang menyatakan pelajar terbabit sememangnya seorang ahli yang pasif semasa bekerja dalam
kumpulan.

Soalan 3: Usaha pelajar
Soalan 3 mengutarakan persoalan berkaitan usaha dan keseriusan pelajar dalammenyiapkan tugasan
sebelum perjumpaan kumpulan. Rajah 3 menunjukkan keseluruhan pelajar berada tahap yang cemerlang
dan baik dalammencari maklumat atau menyiapkan tugasan yang diberikan dalammasa yang ditetapkan,
sebelumperjumpaan seterusnya. Namun begitu, berdasarkan penilaian fasa awal, terdapat dua pelajar
yang memberikan hasil yang tidak memuaskan hati ahli lain setiap kali tugasan diberikan.


Rajah 3: Peratus pelajar mengikut Skala Likert bagi soalan 3
Andaian berikut dapat diberikan:
i) Pelajar terbabit mengharapkan ahli lain menyiapkan tugasan yang diberikan.
ii) Pelajar memang gagal mencari maklumat yang bersesuaian dengan skop subjek kumpulan.

Berdasarkan nilai sisihan piawai iaitu sebanyak 0.50 bagi penilaian soalan 3 ini, penulis
mengandaikan individu terbabit ialah seorang yang gagal bekerja dalam kumpulan dan juga ketika
bekerja secara berseorangan. Keadaan ni bersandarkan kepada kata kunci soalan iaitu berkaitan usaha.
J ika seseorang pelajar terbabit cemerlang ketika mealakukan tugasan perseorangan, kemungkinan beliau
tiada masalah ketika bekerja dalamkumpulan.

Soalan 4: Sumbangan pelajar
Soalan 4 berkisar tentang sumbangan buah fikiran atau tenaga yang diberikan sepanjang perjumpaan
kumpulan. Sejumlah 4.6% pelajar menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan berkaitan perkara ini.


Rajah 4: Peratus pelajar mengikut Skala Likert bagi soalan 4
Andaian yang diberikan:
i) Idea yang kurang bernas dan memenuhi skop atau tajuk cadangan kumpulan secara keseluruhan.
ii) Pelajar tidak serasi dengan ahli kumpulan.
Sisihan piawai menunjukkan nilai 0.54 iaitu lebih 54% jauh mensasar daripada nilai purata dengan
nilai minimum iaitu 2.25. Keadaan ini menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara antara kumpulan
pelajar ini.
Soalan 5: Kerjasama pelajar
Soalan 5 membincangkan tahap kerjasama pelajar dalamkerja berkumpulan. Secara keseluruhannya,
pelajar menunjukkan tahap kerjasama yang baik dengan rakan sebaya yang lain.


Rajah 5: Peratus pelajar mengikut Skala Likert bagi soalan 5
Berdasarkan keadaan ini, andaian diberikan:
i) Terdapat beberapa kumpulan pelajar boleh bekerja bersama.
ii) Kerjasama ini kemungkinan timbul daripada minat yang sama terhadap topik yang dibincangkan
dan bakat yang ada pada individu terbabit.
Kerjasama antara pelajar ketika bekerja berkumpulan amat penting bagi mencapai objektif kumpulan
dalam masa yang ditetapkan. Dengan nilai sisihan piawai sebanyak 0.47, penulis mengandaikan
sememangnya terdapat perbezaan yang agak ketara antara kumpulan pelajar yang cemerlang dan individu
yang gagal bekerja dalamkumpulan.






Hasil keseluruhan daripada analisis menggunakan kaedah penilaian I dipaparkan dalamJ adual 1.
J adual 1 Keseluruhan pencapaian
Skor
pencapaian
Peratus Pelajar (%)
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5
5-4.5 77.3 72.7 54.5 61.4 77.3
4.4-4.0 15.9 15.9 36.4 27.3 15.9
3.9-3.5 2.3 2.3 4.5 6.8 4.5
3.4-3.0 4.5 6.8 2.3 2.3 0.0
2.9-2.5 0.0 2.3 2.3 0.0 2.3
2.4-2.0 0.0 0.0 0.0 2.3 0.0
Sisihan piawai 0.46 0.56 0.50 0.54 0.47
Maksimum 5 5 5 5 5
Minimum 3.2 2.75 2.75 2.25 2.75

II. Kaedah penilaian 2: Penilaian keseluruhan
Rajah 6 menunjukkan tahap pencapaian yang diberikan oleh pelajar kepada ahli masing-masing. Ukuran
ini diberikan berdasarkan prestasi ahli semasa bekerja dalamkumpulan. Secara amnya, ukuran ini boleh
menggambarkan sikap pelajar terbabit dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dan cara mereka
bekerja sebagai satu kumpulan.
Berdasarkan Rajah 6, didapati, kebanyakan pelajar cenderung untuk memberikan ukuran
pencapaian yang cemerlang (E) dan sangat baik (VG). Hanya 1.5% dan 1% masing-masing daripada 200
borang yang diedarkan menunjukkan terdapat individu berada pada tahap marginal dan sangat tidak
memuaskan. Melalui analisis ini, penulis dapat membuat kesimpulan individu-individu terbabit gagal
menunjukkan sikap sebagai ahli kumpulan yang baik serta gagal menyiapkan tugasan yang diberikan
dengan baik dan sempurna.


Rajah 6: Tahap penilaian purata pelajar mengikut pandangan rakan sebaya
Selain itu, analisis penilaian keseluruhan rakan sebaya menunjukkan bahawa pelajar yang kurang
bekerjasama di dalamkumpulan terdiri daripada pelajar yang kurang cemerlang dalamakademik. Dengan
bilangan seramai 18 orang pelajar bumiputra dan 26 pelajar bukan bumiputra, penilaian ini juga
menunjukkan setiap 8 kumpulan mempunyai seorang wakil pelajar yang diberi penilaian yang kurang
memberangsangkan oleh ahli, iaitu 4 pelajar daripada kelompok bumiputra dan 4 pelajar daripada
kelompok bukan bumiputra. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa setiap kelompok iaitu sama ada
pelajar bumiputra atau sebaliknya mempunyai persepsi yang hampir sekata tentang kriteria ahli kumpulan
yang baik tanpa membezakan kelompoknya. Selain itu, satu per tiga daripada pelajar bumiputra
cenderung memberikan penilaian yang cemerlang (E) kepada semua ahlinya. Persepsi sebaliknya
diberikan oleh pelajar bukan bumiputra, di mana hampir keseluruhan daripada mereka lebih bersikap
memberikan penilaian secara kritis dan berbeza mengikut tahap penglibatan ahli kumpulan yang dinilai.

Semasa kajian dijalankan, didapati ada beberapa kelemahan pada sistem penilaian rakan sebaya
yang dijalankan. Kelemahan-kelemahan tersebut disenaraikan dalamJ adual 2 dan disertakan dengan
beberapa cadangan untuk penambahbaikan.




J adual 2 Kelemahan dalamkaedah penilaian dan cadangan penambahbaikan
No. Masalah Cadangan

1 Tidak banyak soalan yang diutarakan. Penilaian rakan sebaya mempunyai elemen PO6.
Mungkin boleh dimasukkan subdomain daripada
PO6 ke dalamsoalan.

2 Isu yang hampir sama dan tidak jelas.
Contoh isu elemen kerjasama dan
sumbangan

Nyatakan ciri kerjasama dan sumbangan
3 Tiada privasi ketika pelajar membuat
penilaian

Laksanakan sistempenilaian secara atas talian
4 Skala skor kurang jelas. Pelajar tidak dapat
membezakan skala selalu dan kerap

Skala skor yang diberikan perlu dinyatakan ciri-
cirinya. Contohnya berapa kali pelajar hadir.
Berapa banyak sumbangan atau kerjasama yang
diberikan.

5 Ada kemungkinan pelajar tertentu bias
kepada individu-individu terbabit
Para pensyarah perlu berjumpa dengan beberapa
orang ahli secara bersemuka dan berseorangan
untuk mengetahui kemungkinan perkara ini
berlaku.


KESIMPULAN
Kajian mendapati bahawa penilaian rakan sebaya sememangnya satu kaedah yang sesuai untuk mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan ahli dalamkumpulan dan boleh menyumbang kepada prestasi kumpulan.
Walaupun begitu, berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada skala setiap soalan, didapati setiap
kumpulan cenderung memberikan skala yang hampir sama kepada setiap soalan yang diutarakan. Namun
begitu, berdasarkan ukuran pencapaian keseluruhan seperti yang dinyatakan dalamRajah 6, penulis masih
dapat menganggarkan terdapat beberapa ahli kumpulan yang lemah melalui pencapaian purata yang
diberikan oleh pelajar kepada ahli kumpulan masing-masing. Pencapaian keseluruhan juga menunjukkan
setiap kelompok iaitu sama ada pelajar bumiputra atau bukan bumiputra mempunyai persepsi yang
hampir sekata tentang kriteria ahli kumpulan yang baik tanpa membezakan kelompoknya Kesimpulannya,
kaedah ini berkesan kerana dapat mengesan pelajar yang kurang terlibat dalamkerja berkumpulan.
Namun begitu terdapat beberapa perkara berkenaan penilaian ini yang perlu diatasi dan perlu
ditambahbaik supaya penilaian memberikan maklumbalas yang lebih tepat.

You might also like