You are on page 1of 2

1

JAWAPAN AKTIVITI TAJUK 7 (SOALAN 3)



HURAIKAN PENGARUH HINDU DALAM ADAT RESAM DAN HIBURAN DALAM
MASYARAKAT MELAYU

Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalam
bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja -Raja Melayu
serta adat resam dan hiburan.
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah
dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman.
Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada
bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-
ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu seperti contoh di
bawah.
(a) Pinjaman daripada Sanskrit:
Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat:
Bhumi-bumi
Bheda-beda/beza
Bhasa-bahasa
Arthah-harta
Bhakti-bakti
Bhudi-budi
arghah-harga .
Dalam kesusasteraan Melayu terdapat pengaruh daripada tradisi kesusasteraan
India. Cerita cerita yang bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama
dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu seperti penglipur lara yang di
tuturkan oleh tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit. Begitu juga unsur mitos
dan lagenda dalam karya sejarah Melayu. Setiap unsur dan mitos yang digunakan
dalam sejarah Melayu membawa maksud penting dalam menggambarkan
kebesaran,kemuliaan,martabat serta menunjukkan kuasa raja yang istimewa.
2

Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam Melayu.
Antaranya dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan
perkahwinan. Di samping itu juga pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui
tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya
ronggeng,boria,wayang kulit dan mak yong.
Institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah menyerap masuk
beberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha untuk menubuhkan
legimitasi ke atas golongan pemerintah bangsawannya. Kerajaan di dunia dianggap
sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja sebagai titisan dan penjelmaan Tuhan
Siva-Buddha, yang melahirkan konsep Deva-Raja. Istana dibina di atas tanah tinggi
di tengah negeri sebagai replika kepada Gunung Kosmik Mahameru rumah Tuhan
yang terletak di tengah Alam Semesta. Candi sebagai monumen batu dibina untuk
menjadi temp at jamuan makan bagi Devaraja supaya pemerintahannya dianggap
suci oleh rakyat. Beberapa upacara pertabalan diraja seperti pembinaan Balai Panca
Prasada lima tingkat mewakili puncak Gunung Kosmik Mahameru, dan penggunaan
bilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32 berasaskan empat kardinal penjuru
alam yang dikali dengan empat. Penggunaan nama-nama gelaran pemerintah dan
pembesar negeri seperti Duli yang Maha Mulia (Debu (di bawah tapak kaki Raja)
Yang Paling Suci) Seri Paduka Baginda (Capal Suci di bawah tapak kaki Devaraja).
Nama-nama pembesar negeri juga adalah pinjaman daripada unsur India iaitu Seri
Nara Diraja yang bertugas mengisytiharkan pelantikan Raja, Bendahara sebagai
menteri, Laksamana sebagai ketua tentera dan lain-lain.

You might also like