You are on page 1of 23

SUPIAH MAT YUSOF

PGSRPK
1


1. KAJIAN MENGENAI MASALAH BAHASA KANAK-KANAK CACAT
PENGLIHATAN
Kecacatan penglihatan atau buta adalah sejenis kecacatan fizikal di mana
sebahagiannya daripada alat-alat pacaindera telah rosak samada rosak teruk atau
mengalami kehilangan yang sedikit sehingga meninggalkan kesan yang negatif
terhadap pertumbuhan seseorang kanak-kanak.
Pada tahun 1934, Persatuan Perubatan Amerika menerima pakai istilah buta seperti
yang berikut:
"Ketajaman pandangan pusat pada 20/200 atau kurang pada mata terbaik
dengan kanta pembetulan atau ketajaman pandangan pusat lebih dari 20/200
sekiranya terdapat kecacatan medan penglihatan di mana pandangan sisi kucup
pada tahap di mana keratan rentas terlebar dari mana luas medan penglihatan
tidak melebihi 20 darjah pada mata terbaik.
Menurut Penilaian semula ke 10 Pengkelasan Statistik Antarabangsa, Kecederaan dan
Punca Kematian WHO, Penglihatan lemah ditakrifkan sebagai ketajaman penglihatan
kurang dari 6/18, tetapi lebih baik atau bersamaan dengan 3/60, atau bersamaan
kehilangan medan penglihatan kepada kurang daripada 20 darjah, dalam mata terbaik
dengan pembetulan terbaik. Buta ditakrifkan sebagai ketajaman penglihatan kurang dari
3/60, atau bersamaan kehilangan medan penglihatan kurang daripada 10 darjah, pada
mata terbaik dengan pembetulan terbaik.(Wikipedia)
Dari aspek pendidikannya bermasalah penglihatan bermaksud :
i) Cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk
membaca dan melihat huruf biasa.
ii) Buta ialah mereka yang langsung tidak dapat melihat dan perlu
menggunakan kod braille untuk membaca.

SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
2

Oleh yang demikian bagi kanak-kanak yang cacat penglihatan, mereka juga terlibat
dengan beberapa masalah dalam aspek pembelajaran kerana pertumbuhan deria
pacaindera mengalami masalah seterusnya sedikit sebanyak memberi kesan
kepada perkembangan mental. Maka tidak hairanlah ada segelintir daripada mereka
mengalami proses perkembangan yang lambat seperti respondan yang boleh
dikatogerikan sebagai multiple handicap. Ini bermaksud kanak-kanak tersebut
mengalami cacat penglihatan (B2) dan perkembangan lambat.
Kanak-kanak dikatakan akan memperolehi bahasa bila tiba masa perkembangan
umurnya, sama seperti kebolehan berjalan dan lain-lain lagi. Kebiasaannya kanak-
kanak perlu dilatih, diajar dan diberi ransangan bagi mempelajari bahasa. Keperluan
berbahasa memerlukan kebolehan berfikir semulajadi dan pendedahan dalam
keupayaan bahasa itu. Pendedahan kanak-kanak cacat penglihatan kepada bahasa
membolehkan proses pembelajaran berlaku menurut konteks kebudayaannya.
Ibubapa perlu menyedari bahawa kanak-kanak perlu diberi pendedahan terhadap
bahasa sejak mereka kecil lagi. Kanak-kanak cacat penglihatan biasanya
mempelajari bahasa dengan lebih berkesan dengan mencontohi model bahasa ibu
bapanya. Walau sekalipun tahap keupayaan mental mereka rendah tetapi pengaruh
persekitaran memainkan peranan yang sangat penting sebagai pendorong
meningkatkan asas perkembangan bahasa mereka. Antara faktor yang
mempengaruhi masalah kecacatan ini termasuklah:
1) Kecacatan semula jadi , sama ada yang berkaitan dengan baka atau penyakit
yang berlaku pada peringkat bayi lagi .

2) Perintal , iaitu dari 28 minggu sehingga satu minggu selepas bayi dilahirkan .
Umpamanya , bayi yang dilahirkan lemas ( perinatal Asphyxia ) akan mengalami
kerosakan otak , jangkitan , penyakit kuning yang serius dan sebagainya .

3) Bayi dilahirkan normal tetapi kecacatan berlaku akibat penyakit , kecederaan
atau kemalangan
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
3

.
1.1 BAHASA
Bahasa merupakan satu alat perhubungan atau komunikasi yang dapat membentuk
perkembangan individu dengan lebih berkesan. Mengikut definisi yang diberi oleh
Atan Long (1988):
..............bahasa adalah lambang suara yang digunakan dikalangan manusia
sebagai alat perhubungan di antara satu sama lain dan juga sebagai alat pemikiran
di dalam diri seseorang
Kebolehan untuk berbahasa dengan erti kata yang sebenarnya ialah dengan
menggunakan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau sesuatu
bahasa yang mempunyai makna dan difahami. Oleh itu ahli-ahli psikolinguistik
moden mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang unik yang
dapat dimanipulasikan oleh manusia yang menghasilkan sejumlah kalimat yang
tidak terbatas supaya difahami oleh manusia sebagai alat komunikasi dan
mengumpul ilmu pengetahuan.
Penguasaan bahasa amat penting untuk individu berinteraksi dalam kehidupan
seharian. Kajian ini menekankan kepentingan bahasa kepada kanak-kanak
bekeperluan khas sebagai alat komunikasi. Bahasa dianggap sebagai:
Alat yang digunakan oleh anggota sesuatu masyarakat untuk berhubung.
Keupayaan berbahasa adalah satu kebolehan asasi manusia.....
( Kamarudin Husin, 1993)
...Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenangnya
dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi....
(Bloom, 1988)
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
4

Dari definisi di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang
pertuturan yang dikeluarkan secara simbolik yang boleh difahami oleh semua...
1.2 DEFINISI MASALAH BAHASA
Masalah bahasa adalah kelemahan dan pemahaman, lisan, dan tulisan. Masalah
ini mungkin melibatkan kelemahan dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa, dan
pragmatik bahasa.
Kelemahan-kelemahan ini mungkin terjadi dalam satu atau lebih komponen bahasa
disebabkan bahasa adalah satu set tingkahlaku yang paling rencam yang ditujukan
oleh manusia. Bahasa juga melibatkan ingatan pembelajaran, menerima dan
memproses mesej dan juga kemahiran pemikiran.
1.3 KOMPONEN BAHASA
Kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dikatakan gagal menguasai salah
satu komponen bahasa atau lebih yang terdiri daripada masalah:
1) Fonologi merupakan penggunaan bunyi-bunyi untuk menghasilkan suku kata
dan perkataan.
2) Morfologi merupakan proses pembentukan perkataan daripada unsur makna
yang paling asas.
3) Sintaksis adalah susunan perkataan yang membentuk ayat yang boleh dibina
untuk menentukan susunan perkataan dalam ayat.
4) Semantik ialah peraturan-peraturan yang menentukan makna perkataan dalam
komunikasi
5) Pragmatik adalah penggunaan kemahiran kominukasi dalam konteks sosial atau
cara bahasa digunakan.


SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
5


2. KEPENTINGAN MENGUASAI KEMAHIRAN BAHASA BAGI KANAK-KANAK
CACAT PENGLIHATAN.
Bahasa merupakan satu elemen yang penting dalam komunikasi dua hala. Oleh yang
demikian apa pun kecacatan yang di alami oleh seseorang individu perlu menguasai
kemahiran tersebut agar dapat bersosiolisasi dalam masyarakat dengan penuh
keyakinan . Berikut adalah antara kepentingan menguasai bahasa bagi kanak-kanak
cacat penglihatan:
1. Sebagai saluran untuk memenuhi kehendak individu.
2. Memberi keyakinan dalam pertuturan dan penulisan
3. Dapat berinteraksi dengan jelas dan berkesan
4. Boleh menjalinkan perhubungan sosial dengan baik
5. Memberi dan menerima arahan dengan jelas
6. Menyampai dan mentafsi maklumat dengan tepat
7. Menimba ilmu dari pelbagai media dan sumber
8. Dapat berurusan dalam pelabagai bidang dengan lancar serta bermakna







SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
6

3. LATAR BELAKANG SAMPEL






Nama : Qurattun Ain bt Abd RAzak
Umur : 12 Tahun
Jantina : Perempuan
Tarikh lahir : 03/09/96
Keturunan : Melayu
Nama bapa : Abd Razak b Abd Hamid
Pekerjaan bapa: Pekerja Am Rendah
Nama Ibu : Maimunah bt Kadir
Pekerjaan Ibu: Suri rumah tangga
Bil. Adik beradik: 5 orang
No. Kad OKU: B 071245
Jenis ketidakupayaan: Cacat penglihatan (multiple handicap)
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
7

Kanak-kanak ini boleh dikatogerikan cacat penglihatan B2 yang bermaksud
mempunyai sedikit penglihatan dimana di kedua matanya mempunyai tahap
penglihatan 6/24 dan memerlukan rawatan susulan seumur hidupnya. Qurattun Ain bt
Abd Razak dilahirkan pada 3hb September 1996 di Hospital Besar Kota Bharu. Kedua
ibubapanya bekerja sebagai Pembantu Rendah Am di Bekalan Air Pahang.
Mempunyai lima orang adik beradik yang kesemuanya normal dan tidak menghadapi
masalah dalam pelajaran. Kecacatannya dikesan sebaik kelahiran dan disahkan oleh
doktor mempunyai sejenis yang penyakit yang menyebabkan kedua biji mata seakan
tidak seimbang dengan tahap penglihatan yang rendah. Selain daripada itu kanak-
kanak ini mempunyai masalah perkembangan lambat dari segi pembelajarannya.
Ternyata beliau adalah seorang multiple handicap.
3.1 Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat pada masalah beliau
1. Sikap ibu bapa yang terlalu bimbangkan akan kesihatan anak mereka. Ibu bapa
terlalu resah dan cuba melindungi anak mereka setiap saat sampai ke tahap
yang keterlaluan, menyebabkan kanak-kanak rasa terkongkong. Kadang kala
keadaan ini menyebabkan anak menjadi terlalu manja, tidak tahu berdikari,
sentiasa bergantung kepada ibu bapa dan kurang keyakinan diri.
2. Kekurangan dalam satu bahagian lain akan memberi kesan kepada
kesempurnaan perkembangan bahagian lainnya. Chess (1974) berpendapat
bila ada salah satu pancaindera yang mengalami kecacatan, hal ini
kemungkinan akan mempengaruhi daya guna pacaindera lain.
3. Kemampuan persepsi,asosiasi,dan daya ingatannya adalah lemah bergantung
kepada tahap dan kepelbagaian kecacatannya.
4. Keterbatasan pergaulan sosialnya kerana konsep ruang yang terhad dan rasa
rendah diri.
5. Sukar membezakan fantasi dan keadaan realiti, sukar untuk mengumpul dan
membandingkan pengalaman yang berbeza tentang sesuatu situasi atau
kejadian, lemah dalam memenuhi konsep yang secukupnya, mencari arah atau
punca berpandukan gema, perlu mengambil masa yang panjang untuk
memahami objek dengan mengaitkannya dengan anggota badan mereka,
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
8

bersifat animism, dan lebih gemar melahirkan perasaan kepada objek-objek
yang inanimate. Pendapat ini disokong oleh Slavin (2003) yang mengutarakan
perihal psikologi kanak-kanak yang mempunyai perkaitan dengan tahap
kanak-kanak cacat penglihatan.
6. Kanak-kanak cacat penglihatan mengalami perkembangan yang lewat tentang
membentuk konsep seperti konsep arah; di depan, di belakang, di tepi, diantara.
Mereka juga mengalami kesukaran memahami konsep abstrak seperti tinggi dan
warna. Kemungkinan ini berlaku adalah disebabkan oleh limitasi dalam
pengalaman mengenal bentuk dan permukaan. Perkara ini akan mendatangkan
kesan dalam perkembangan kemahiran mengklasifikasi bagi kanak-kanak cacat
penglihatan ini.

4. METODOLOGI KAJIAN
Sampel kajian ini terdiri daripada kanak-kanak cacat penglihatan di Sekolah
Kebangsaan Indera Mahkota, Kuantan yang mempunyai program integrasi cacat
penglihatan. Di sekolah tersebut terdapat berbagai tahap cacat penglihatan iaitu
buta / rabun tetapi boleh belajar secara normal dan buta/rabun tetapi mempunyai
pelbagai masalah seperti perkembangan lambat , hyper aktif dan terencat akal
minima. Guru-guru juga dipilih sebagai sampel kajian seramai 5 orang bagi mengkaji
masalah bahasa yang mereka alami sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran.
Beberapa instrument kajian telah termasuk soal selidik, pemerhatian, temubual
dengan guru, murid dan ibu bapa bagi mendapatkan maklumat dan latar belakang
kanak-kanak yang terlibat. Kesemua instrument yang berkaitan disertakan dalam
lampiran.
Hasil kajian telah menunjukkan beberapa masalah perkembangan bahasa yang
dialami oleh kanak-kanak tersebut dan beberapa kesukaran bagi guru
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana kepelbagaian
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
9

kecacatan yang ada. Sebahagian ibu bapa juga menghadapi masalah yang sama
dan mereka tidak mengetahui cara atau kaedah berhubung dengan anak mereka
serta tidak mendapat panduan dari sesiapa. Merujuk kepada Model Behavioral
yang dikaji oleh Skinner menekankan kepentingan persekitaran dalam
pembelajaran berlandaskan pelaziman. Mengikut teori ini sesuatu perlakuan
yang awalnya berlaku secara kebetulan dan jika dilakukan secara berulangkali
akan menghasilkan sesuatu perlakuan yang baik. Oleh yang demikian dari
dapatan kajian dapat dirumuskan bahawa kurang pengetahuan dan pengalaman
dari ibu bapa membantu meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak ini
sedikit sebanyak menjadi faktor utama permasalahan yang timbul. Mereka
memasuki ke alam persekolahan dengan perasaan ragu dan tidak yakin untuk
berkomunikasi dengan persekitaran.
5. KEPENTINGAN KAJIAN.
Kajian yang berkaitan dengan masalah perkembangan bahasa kanak-kanak cacat
penglihatan ini tidak banyak dilakukan diperingkat persekolahan. Oleh itu adalah
diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada maklumat gaya pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak cacat penglihatan. Kajian ini juga sangat penting bagi
mengetahui tahap pencapaian akademik kanak-kanak ini selari dengan pencapaian
kemahiran bahasa bagi mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa dalam
pembelajaran.
Kajian ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada semua guru dan
masyarakat keseluruhannya bahawa mereka ini boleh cemerlang sekiranya diberi
peluang dan diberi bimbingan dengan berkesan. Adalah diharapkan mereka juga
akan menjadi insan yang berguna kepada dunia pendidikan dan masyarakat.




SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
10



6. ANALISA DAPATAN:
Data yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan Ujian Diagnostik Awal
Bacaan, Rancangan Pengajaran Individu, Rancangan Pendidikan Individu ,
temubual dan pemerhatian yang telah dilaksanakan terhadap kanak-kanak cacat
penglihatan ini.
JADUAL 1
BIL KEMAHIRAN MENGUASAI MENGUASAI
DENGAN
BANTUAN
TIDAK
MENGUASAI
1. Boleh berkomunikasi dua hala /
2. Boleh bertutur dengan baik /
3. Boleh mendengar dengan baik /
4. Boleh melihat dengan baik /
5. Boleh mengenal huruf a-z /
6. Boleh membunyikan huruf vokal /
7. Boleh membunyikan huruf
konsonan
/
8. Boleh membunyikan sukukata
terbuka
/
9. Boleh membunyikan sukukata
tertutup
/
10 Boleh membaca sukukata diftong
dan geluncuran
/
11 Boleh membaca ayat pendek /
12. Boleh membina ayat mudah /
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
11

Berdasarkan Jadual 1 adalah hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas kanak-
kanak cacat penglihatan mengenai kemahiran bahasa yang dijalankan di dalam
kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan serta temubual
dengan guru yang terlibat. Antara masalah yang dapat dikenalpasti ialah:
1.Komunikasi yang kurang berkesan
2. Sebutan yang kurang jelas.
3. Kurang perbendaharaan kata
4. Dailek ( pengguguran / penambahan)
5.Kesalahan ejaan dan kurang pemahaman

Sesi pengajaran telah djalankan bagi mengukuhkan lagi hasil pemerhatian diatas.
Rancangan Pengajaran Harian telah dibina dan dilaksanakan bagi sesi pengajaran
Bahasa Melayu. (rujuk lampiran). Selepas sesi tersebut didapati murid ini didapati
mempunyai masalah seperti berikut:
1) Kenal huruf tetapi belum boleh membaca dengan lancar
2) Hanya boleh membaca perkataan dengan dua suku kata.
3) Kelihatan seakan-akan boleh membaca.
4) Membaca dengan mengeja terlalu lambat.
5) Tidak boleh membaca perkataan yang sukar seperti 'eksklusif',
'infrastruktur''atau 'penyelesaian'
6) Tidak boleh membaca perkataan yang tidak dikenali.


SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
12


7. LAPORAN KAJIAN.
MASALAH PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK CACAT
PENGLIHATAN.
Kanak-kanak cacat penglihatan belajar menggunakan bahasa menggunakan deria
pendengaran bagi mewujudkan perkembangan pertuturan dan kefahaman
berbahasa. Kanak-kanak ini sentiasa terdedah kepada bunyi-bunyi pertuturan di
sekitar mereka. Perkembangan berbahasa mereka bergantung kepada kebolehan
minda memproses maklumat yang diterima dan ditafsirkan mengikut kefahaman
mereka dan kebolehan deria lain berfungsi dengan baik. Kanak-kanak cacat
penglihatan sangat bergantung kepada sumbangan deria lain seperti mendengar,
rasa, bau, sentuh dan sebagainya bagi membantu perkembangan bahasa mereka.
Seorang kanak-kanak yang cacat penglihatan yang teruk mengalami masalah dalam
penguasaan bahasanya sekiranya ada gangguan semasa proses mentafsir
maklumat yang diterima. Kanak-kanak tersebut belajar berbahasa melalui
pendengaran maka tidak hairanlah sekiranya mereka tidak dapat membuat
perbandingan terutama dari aspek perbendaharaan kata, struktur bahasa serta
masalah yang berkaitan dengan artikulasinya. Perkembangan bahasa mereka akan
terjejas sekiranya mereka membuat andaian dan mentafsir mengikut kefahaman
mereka sahaja.
Mengikut kajian kanak-kanak normal dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
semasa ketika berkomunikasi. Mereka menerima dan memberi maklumat kepada
orang disekitar mereka. Interaksi semulajadi merupakan satu fenomena yang boleh
membantu perkembangan bahasa dan interaksi sosial . Berbeza pula dengan
kanak-kanak cacat penglihatan yang menggunakan bahasa untuk menyatakan
sesuatu tetapi tidak boleh menghayati sesuatu yang lebih abstrak. Oleh yang
demikian guru yang bertanggungjawab mengajar kanak-kanak bermasalah
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
13

penglihatan perlu memahami keperluan mereka . Mereka perlu dibenarkan
melakukan sesuatu melalui pengalaman dan melakukan dengan sendiri .
Penyampaian maklumat adalah secara perlahan agar mereka dapat memahami
dengan baik. Kanak-kanak cacat penglihatan tidak dapat belajar cara yang sama
dengan kanak-kanak normal. Sungguhpun mereka menggunakan sepenuhnya deria
lain tetapi masih tidak mampu memberikan maklumat yang tepat.
Hasil temubual dengan ibu bapa dan beberapa orang guru yang mengajar kanak-
kanak cacat penglihatan serta proses pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan maka kita dapat merumuskan beberapa masalah perkembangan bahasa
yang berkaitan dengan mereka:(rujuk lampiran).Keseluruhan masalah bahasa yang
dihadapi oleh kanak-kanak cacat penglihatan bolehlah dilihat aspek berikut:
1) FONOLOGI DAN MORFOLOGI
Bagi sesetengah kanak-kanak cacat penglihatan yang kurang pengetahuan
berkomunikasi dan tidak dilatih bertutur dengan lancar akan menghadapi
masalah memasuki alam persekolahan. Ini kerana penerimaan, penyimpanan
dan pernyataan idea mereka adalah sangat kurang. Dalam perkembangan
bahasa kanak-kanak normal akan dapat mempelajari peringkat demi peringkat
berkomunikasi dan dapat mendiskriminasikan bunyi dan sebutan. Lama
kelamaan kanak-kanak tersebut akan memahami bunyi sebutan itu sebelum
mengeluarkan pertuturannya dengan yakin. Kesukaran membunyikan huruf-
huruf yang sama bentuk seperti b, d, p, c, s m, n dan r
menyebabkan kesukaran mengeja perkataan dan membunyikan perkataan .
Namun bagi kajian kes ini masalah sebutan yang tidak jelas ini adalah
disebabkan oleh pelat. Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka pelat bermaksud
tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul dan tepat. Contoh
seperti makan jadi akan , cikgu jadi egu dan sebagainya. Dalam kes ini
kanak-kanak mengalami kesukaran dalam proses-proses tertentu. Pelat terjadi
kemungkinan kerana kanak-kanak tersebut mengalami masalah kawalan alat
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
14

pertuturan(artikulasi) yang tidak dapat dikesan pada peringkat awal lagi.
Pengaruh persekitaran termasuk ibubapa dan adik beradik mungkin berbahasa
pelat juga agar mudah difahami oleh kanak-kanak tersebut. Ini secara tidak
langsung turut mempengaruhi bahasa pertuturan kanak-kanak tersebut. Masalah
yang ketara ialah ada beberapa sukukata atau sebutan itu terdiri daripada
kesengauan suara dimana tidak boleh menyebut dengan jelas sesetengah vokal
dan konsonan.
Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan sengau sebagai keadaan atau sifat
bunyi yang dikeluarkan dari hidung: huruf ~huruf yg diucapkan melalui
rongga hidung (spt n, ng dll). Masalah yang berlaku ini sedikit sebanyak
menganggu pengucapan-pengucapan yang berkaitan dengan fonetik.
Penyebutan kata dan susunan bunyi pertuturan menjadi sengau dalam
perbualan harian. Bila berada di alam persekolahan kanak-kanak terpaksa
menyesuaikan diri dengan keadaan yang mempengaruhi emosi dan keyakinan
diri berhadapan dengan situasi baru.
2) SINTAKSIS
Berkaitan dengan semua permasalahan diatas kanak-kanak ini biasanya akan
menulis mengikut apa yang disebut dan didengar. Banyak kesalahan ejaan berlaku
semasa menulis . Ini semua disebabkan oleh masalah dailek, pelat , sengau dan
kurang kefahaman semasa berkomunikasi. Kanak-kanak yang terlibat dengan
perkembangan lambat sangat ketara kesalahan yang dilakukan oleh mereka dalam
aspek penulisan. Kebanyakan mereka ini membaca dengan sangat lambat,
memerlukan tulisan yang besar dengan menggunakan alat bantuan bagi meningkat
kefahaman. Kesalahan ejaan sangat ketara kerana kanak-kanak rabun ini menulis
mengikut apa yang didengar. Berlaku pengabaian sukukata dan penambahan
mengikut kefahaman mereka sahaja. Mereka tidak boleh menyusun sukukata-
sukukata bagi menjadi satu perkataan yang bermakna dengan tulisan tangan yang
sangat tidak kemas.
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
15


3) SEMANTIK DAN PRAGMANTIK
Perkara yang sering berlaku dalam perkembangan bahasa bagi kanak-kanak cacat
penglihatan ini ialah kesukaran mereka mengikuti dan menggunakan bahasa
berdasarkan aspek bahasa yang sepatutnya. Semantik menyentuh perkara-perkara
yang berkaitan dengan maksud atau erti sesuatu perkataan. Kemampuan kanak-
kanak ini memahami sesuatu maksud perkataan bergantung kepada ciri-ciri sesuatu
perkataan tersebut samada ianya melambangkan objek yang konkrit atau abstrak.
Contohnya perkataan angin dan peranginan. Ini memerlukan kanak-kanak
tersebut membuat andaian bagi dengan maksud yang sebenarnya. Adalah satu
cabaran yang sukar bagi kebanyakkan kanak-kanak cacat penglihatan dengan
pelbagai kecacatan ini memahaminya. Mereka dapat merasakan angin kerana
mereka mempunyai deria lain tajam tetapi bagaimana mereka dapat
membayangkan peranginan itu dengan masalah sebutan yang tidak jelasnya.
Ketidakupayaan inilah menyebabkan mereka kurang mampu berkomunikasi dengan
sepenuhnya. Kesukaran membaca dengan lancar menyebabkan mereka
mempunyai pengetahuan yang terhad dalam bahasa dan dalam keterbatasan itu
menyebabkan mereka menggunakan sukukata-sukukata yang mudah sahaja.
Bahasa dan pertuturan adalah satu alat yang digunakan untuk tujuan komunikasi.
Komunikasi atau proses interaksi dapat dilakukan dengan menggunakan lima deria
yang utama:
i. Pendengaran/pertuturan
ii. Penglihatan
iii. Sentuhan
iv. Hiduan/bau
v. Rasa
Keupayaan berkomunikasi di antara satu sama lain membolehkan penyampaian
idea yang kompleks dengan menggunakan satu sistem perhubungan yang tersusun.
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
16

Ianya bukan sahaja dapat menggalakan perhubungan sosial tetapi dapat juga
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kognitif . Komunikasi
memerlukan sebarang maklumat yang bermakna dan memahami maklumat yang
diterima. Ketidakupayaan seseorang itu dalam berkomunikasi terutama menerusi
percakapan, pendengaran, bacaaan dan tulisan akan menyebabkannya kurang
mampu untuk berkomunikasi sepenuhnya.
Bagi kajian kes ini , masalah penglihatan mungkin dianggap sebagai masalah
utama yang memberi kesan kepada perkembangan kognitif mereka. Ada
pendapat mengatakan masalah penglihatan ini telah menghadkan pengalaman dan
memahami pengalaman itu dalam dunia penglihatan sekiranya mereka tidak diberi
bimbingan yang seawal mungkin termasuk dalam perkembangan bahasa. Mereka
rasa kurang keyakinan diri dalam berinteraksi dengan golongan yang dapat melihat.
Lebih ketara lagi mereka mengalami masalah bahasa dalam pertuturan. Biasanya
masalah ini melibatkan kanak-kanak yang tergolong dalam masalah pembelajaran
dan lembam . Urutan perkembangan bahasa kanak-kanak cacat penglihatan ini
adalah sama dengan kanak-kanak normal, tetapi pencapaian mereka agak lewat
sedikit. Ini kerana kanak-kanak ini menghadapi masalah perkembangan bahasa
yang lembab dan agak ketinggalan ke belakang. Situasi ini juga dipengaruhi oleh
tekanan emosi kerana perkembangan sosial yang sangat terbatas.
Mengikut teori Behaviorisme, pembelajaran terjadi melalui ulangan sesuatu
perlakuan. Begitu juga dengan komunikasi dan bahasa adalah satu perlakuan yang
menyebabkan mereka kurang bercakap dengan rakan sebaya atau orang lain. Ini
menyebabkan mereka tidak dapat menyusun bait-bait perkataan dengan betul dan
dilafazkan dengan baik bagi tujuan pertukaran idea . Justeru itu perkembangan
bahasa menjadi ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak
yang sebaya dengannya. Selain daripada itu gangguan perkembangan sosial dan
gangguan emosi menjadikan kanak-kanak ini mempunyai perkembangan bahasa
yang terhad.
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
17

Dewan Bahasa dan Pustaka mengatakan dialek/loghat adalah bahasa daerah atau
bahasa setempat yang digunakan seharian. Loghat ini digunakan pada semua isi
rumah kerana mudah difahami dalam komunikasi. Walaubagaimanapun masalah
akan timbul sekiranya kanak-kanak tersebut tidak dapat membezakan antara
bahasa loghat ini dengan penggunaan bahasa buku. Sebutan-sebutan yang dasar
yang sebenarnya. Sebagai contoh ikan menjadi ikang, padang menjadi
padam, dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan saling berkait dengan
perbendaharaan kata yang selalu digunakan dengan sebutan yang kurang jelas,
termasuk pelat dan sengau. Masa mereka lebih lama dirumah merupakan punca
pengaruh dailek ini sukar diperbetulkan. Gangguan persekitaran dengan berbagai
bahasa dailek akan cepat mempengaruhi mereka kerana mereka suka dengan
perkataan yang mereka rasa mudah disebut dan mereka fahami sendiri. Bahasa
mereka kadangkala sukar difahami tetapi kebanyakan mereka boleh berkomunikasi
dengan rakan sebaya dengan bahasa mereka sendiri.


8. PENILAIAN DAN INTERVENSI
Langkah-langkah atau kaedah-kaedah untuk penilaian bahasa dan intervensi bagi
kanak-kanak cacat penglihatan adalah pelbagai. Walau bagaimanapun intervensi yang
akan dibincangkan ini adalah ditujukan kepada kanak-kanak yang berada di dalam
golongan multiple disiblities (pelbagai kecacatan). Beberapa cadangan telah dibuat
untuk memenuhi kehendak kanak-kanak yang bermasalah dalam bahasa. Program
intervensi perlu dijalankan seawal mungkin supaya masalah dapat diatasi mengikut
keperluan semasa kanak-kanak. Penglibatan ibubapa adalah diperlukan sepanjang
masa dari peringkat mengenalpasti sehingga ke peringkat intervensi.


SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
18

8.1 Cadangan Intervensi:
Masalah komunikasi yang kurang berkesan.
Perkembangan komunikasi sangat dipengaruhi oleh kematangan intelek dan
mental,umur,persekitaran dan alat pertuturan. Ibubapa dan guru adalah agen utama
yang boleh melatih kanak-kanak ini melalui proses-proses yang tertentu. Oleh yang
demikian mereka perlu dilatihtubi berulangkali dengan penuh kesabaran dan keyakinan
tanpa rasa jemu terutama bersama ahli keluarga. Mereka perlu berinteraksi secara
lebih kerap dan menggunakan semua deria utama yang ada sehingga menimbulkan
rasa ingin maju dan terus mencuba. Secara semulajadinya sikap positif atau negatif ibu
bapa memberi kesan yang hebat terhadap perkembangan kanak-kanak cacat
penglihatan. Samada di rumah atau sekolah yang paling penting ialah kanak-kanak
tersebut membesar dengan perkataan atau frasa-frasa yang selalu didengar dan
menggunakannya pada situasi yang betul. Contohnya seperti pengucapan selamat
pagi , terima kasih dan sebagainya. Dalam perbualan harian mereka perlu dibantu
dengan mengembangkan perbendaharan kata mengenai benda-benda
dipersekitarannya. Walaupun tidak dapat melihat / rabun kita galakkan mereka
meneroka dengan menggunakan deria lain seperti sentuh, bau ,rasa dan dengar.
Berikut adalah aktiviti yang boleh dikongsi bagi menggalakan mereka berkomunikasi
dengan yakin.
1. Membacakan buku cerita di waktu senggang.
2. Galakan mereka bermain dengan rakan sebaya supaya mereka dapat
meluahkan dan berkongsi perasaan .
3. Menonton dan mendengar rancangan kegemaran bersama.
4. Melihat buku-buku bergambar atau buku skrap yang boleh diubah suai mengikut
tahap kecacatan mata.
5.2 Masalah sebutan yang kurang jelas dan kurang perbendaharaan kata
Masalah ini dikaitkan dengan pelat atau sengau. Oleh yang demikian latihtubi perlu
dijalankan dan memerlukan masa yang panjang bagi membetulkan masalah sebutan
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
19

tersebut. Masalah menjadi lebih berat kerana kanak-kanak ini mempunyai pelbagai
kecacatan. Pelbagai kaedah perlu dijalankan termasuk latihtubi sebutan atau
mendengar pita rakaman dengan menggunakan kad imbasan atau melalui cctv serta
kanta pembesar. Masalah ini juga dapat diatasi dengan meningkatkan pergaulan
dengan rakan sebaya agar mereka dapat berkomunikasi dengan sebutan yang
betul.Ibu bapa digalakkan berjumpa dengan pakar pertuturan agar kanak-kanak ini
dapat melalui proses terapi yang sesuai.
Guru juga digalakan menggunakan perkataan yang mudah difahami pada peringkat
permulaan dan secara beransur menggunakan penambahan-penambahan yang sesuai
yang mudah dengan gambaran yang jelas. Juga dicadangkan membawa kanak-kanak
ini meneroka ke sesuatu tempat atau benda dengan menggunakan semua deria yang
ada.
Pengaruh dailek atau loghat daerah
Persekitaran di rumah sangat mempengaruhi perkembangan bahasa dan pertuturan
kanak-kanak. Mereka membesar dan belajar bertutur dan mengenal bahasa melalui
ibubapa. Maka tidak hairanlah apa yang dipertuturkan dan apa yang di dengar setiap
hari akan mempengaruhi mereka. Oleh yang demikian mereka akan datang ke sekolah
dengan pengetahuan bahasa yang telah mereka pelajari di rumah. Maka akan
kedengaranlah sepertimakang ikangpemadangdan sebagainya. Bunyi-bunyi ini lah
yang harus diperbetulkan dengan kaedah-kaedah yang sesuai dalam pengajaran
bahasa Malaysia termasuklah kaedah fonetik, kaedah abjad, sukukata dan sebagainya.
Salah satu kaedah tersebut jika dilakukan secara latihtubi dan berterusan akan
memberi impak yang positif. Kanak-kanak juga boleh dibekalkan dengan kad-kad
imbasan yang mengandungi perkataan yang perlu dilatihtubi dengan ejaan dan sebutan
yang betul untuk dibaca di rumah bersama keluarga.
Masalah kesalahan ejaan dan kurang pemahaman.
Kanak-kanak cacat penglihatan/rabun mempunyai masalah untuk menulis dan
membaca dengan cepat, pergerakan mereka sangat terbatas dan sangat lambat. Maka
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
20

tidak hairanlah mereka memerlukan alat yang sesuai untuk membaca dan menulis
dengan jelas. Meskipun menggunakan alat kebolehan menulis dan membaca tetap
lambat kerana mereka terdiri dalam katogeri perkembangan lambat. Mereka menulis
berpandukan apa yang mereka sebut, jika pelat maka akan banyaklah kesalahan
ejaannya dan mereka tidak faham apa yang mereka tulis.Antara cadangan yang boleh
membantu ialah:
1) Bagi masalah ini guru boleh menggunakan huruf-huruf yang besar agar lebih jelas
ejaannya dan dapat ditulis dengan betul.
2)Bahan-bahan seperti kad-kad bacaan bergambar perlu disediakan dengan saiz yang
besar.
3) penggunaan beberapa alat yang sesuai seperti JAWS iaitu komputer bersuara,
embroser,mesin braille, kanta pembesar dan cctv serta alatan-alatan yang bersesuaian
dengan tahap kecacatan mereka.
9.RUMUSAN
Kecacatan penglihatan (B1 dan B2) mempunyai impak yang besar terhadap
penyesuaian sosial dan peribadi kanak-kanak. Masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak ini ialah lemah dalam komunikasi, sebutan yang tidak jelas, kurang
kelancaran,bahasa dailek dan kesalahan ejaan. Intervensi awal perlu dijalankan agar
mereka tidak akan jauh ketinggalan dari kanak-kanak normal terutama dalam
pemerolehan bahasa. Masalah ini akan merupakan penyebab kepada terjejasnya
pencapaian mereka dalam aspek pembelajaran. Penglibatan ibu bapa dan persekitaran
sangat penting dalam memberi sokongan dan bimbingan terhadap perkembangan
bahasa mereka. Mereka perlu sentiasa berintraksi dan bersosiolisasi bagi
menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Ibu bapa merupakan faktor dalam
menentukan laluan pendidikan mereka dengan mengubah sikap dan sentiasa
berhubung dengan pihak sekolah.
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
21

Meskipun pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak sekolah dan kerajaan ,
keberkesanannya akan menjadi kabur sekiranya tidak ada komitmen dari dalam diri
kanak-kanak tersebut, guru dan ibu bapa. Terutamanya bagi kanak-kanak cacat
penglihatan dengan pelbagai kecacatan. Keadaan akan menjadi lebih sukar dan rumit
kerana perkembangan mental mereka jauh ketinggalan ke belakang.
Berdasarkan beberapa ujian yang telah dijalankan termasuk pemerhatian dan
temubual saya dapati kanak-kanak yang begini memerlukan masa yang panjang untuk
menunjukkan potensi diri. Merujuk kepada pencapaian prestasi akademik bolehlah
dikatakan kanak-kanak ini berada didalam kelompok sederhana .
Dari kajian yang telah saya jalankan saya dapat merumuskan bahawa terdapat
beberapa masalah yang berkaitan dengan perkembangan bahasa bagi kanak-kanak
cacat penglihatan (B2) dengan pelbagai kecacatan:
1.Komunikasi yang kurang berkesan
2. Sebutan yang kurang jelas.
3. Kurang perbendaharaan kata
4. Dailek ( pengguguran / penambahan)
5.Kesalahan ejaan dan kurang pemahaman
Setelah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu
menggunakan keseluruhan deria yang mereka ada seperti:
1. Pendengaran/pertuturan
2. Penglihatan (baki yang ada)
3. Sentuhan
4. Hiduan/bau
5. Rasa
SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
22

Berbagai teknik dan kaedah yang perlu dijalankan bagi memotivasikan mereka.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Membacakan buku cerita di waktu senggang.
2. Galakan mereka bermain dengan rakan sebaya supaya mereka dapat
meluahkan dan berkongsi perasaan .
3. Menonton dan mendengar rancangan kegemaran bersama.
4. Melihat buku-buku bergambar atau buku skrap yang boleh diubah suai mengikut
tahap kecacatan mata.

Antara alatan yang biasa digunakan dalam kelas:
1. Mesin braille
2. JAWS
3. Emboser
4. Kanta pembesar
5. Cctv
6. Buku braille
7. Kad-kad imbasan yang timbul
8. Radio, tv,perakam video






SUPIAH MAT YUSOF
PGSRPK
23

10. PENUTUP:
Masalah bahasa yang dialami oleh kanak-kanak cacat penglihatan bukanlah satu
perkara yang luar biasa. Semua kanak-kanak yang normal turut mengalami masalah
yang sama. Walaubagaimanapun kekurangan satu deria penglihatan bukanlah
penyebab utama kelemahan bahasa yang mereka alami. Ini turut dibantu oleh
perkembangan kognitif dan tahap keupayaan individu tersebut. Banyak faktor-faktor
yang turut mempengaruhi antaranya ialah:
1) Penggunaan bahasa di rumah, sekolah dan masyarakat setempat.
2) Tahap kecekapan dan kebolehan mental sedia ada.
3) Tahap keyakinan dan kesungguhan yang ada dalam diri
4) Kemudahan dan infrastruktur yang membantu terhadap perkembangan bahasa.
Kelemahan ini dapat diatasi dengan menggunakan keseluruhan deria yang ada
dan dibantu dengan strategi-strategi dan pendekatan yang dirancang bagi
meningkatkan kefahaman serta memotivasikan mereka dalam pelbagai aspek.

You might also like