Aktiviti mengajar perlu meransang pemikiran murid, mengalakkan penglibatan murid, mengambil kira pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran individu. Pembelajaran Koperatif merupakan salah satu komponen kurikulum yang sangat dititikberatkan kerana ia merupakan strategi pembelajaran yang memenuhi ciri-ciri di atas. Secara umum, strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. Menurut Johnson dan Holubec (1990), Kagan (1992) dan T. H. Gan & Wong (1995), mereka mendapati bahawa STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIF membawa kesan positif sama ada dari segi pencapaian akademik mahupun dari segi sikap, minat, motivasi dan kemahiran sosial di kalangan murid. PK merupakan aktiviti pembelajaran dalam kumpulan yang berstruktur dimana pembelajaran adalah bergantung kepada pertukaran maklumat secara sosial antara ahli-ahli kumpulan, setiap murid adalah bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan juga ahli kumpulannya. KAGAN & OLSEN (1992) PK sebagai pembelajaran dalam kumpulan kecil yang terdiri dari dua hingga empat orang murid yang bersifat heterogen untuk memaksimakan pembelajaran setiap ahli kumpulan bagi mencapai matlamat bersama. Johnson dan Holubec (1993) Walaubagaimana pun, PK bukan setakat mengumpulkan murid dalam kumpulan kecil untuk duduk bersama-sama, mereka hendaklah berkongsi bahan pembelajaran dan berinteraksi sambil menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. PK berlandaskan dua perspektif utama iaitu ; Perspektif Motivasi. Perspektif Kognitif.
Perspektif motivasi berfokus pada kesan struktur ganjaran dan matlamat kumpulan. Murid perlu didorong untuk bermotivasi untuk mencapai matlamat kumpulan. Bermaksud, beliau hanya akan mencapai matlamat apabila kumpulannya mencapai matlamat.
Menekankan kesan dari interaksi antara murid dalam proses menyiapkan tugasan bersama. Interaksi antara rakan sebaya dapat meningkatkan kebolehan seseorang murid memproses maklumat sekaligus meningkatkan penguasaan pemikiran kritik. Interaksi dalam kumpulan kecil membantu murid menganalisis, berbincang dan bersintesis idea untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman murid.
Hubungan saling bergantung yang positif. Akauntabiliti individu. Interaksi bersemuka. Kemahiran sosial. Pemprosesan kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai persepsi saling bergantung antara satu sama lain. sink or swim together Ahli kumpulan perlu mempunyai peranan masing-masing. Contohnya Kapten, Pelaksana, Penyokong dan Pemeriksa. Setiap ahli kumpulan perlu bertanggungjawab menunjukkan pencapaian pembelajaran. Penilaian berterusan perlu dilakukan bagi melihat pencapaian murid. Dilakukan secara rawak mengikut kumpulan atau kepada semua murid. Ahli kumpulan perlu berinteraksi antara satu sama lain seperti berbincang, berkongsi maklumat dan memberi sokongan kepada usaha ahli kumpulan. Kedudukan antara ahli kumpulan perlu dititikberatkan mengikut keselesaan dan fungsi setiap ahli. Kemahiran interpersonal penting untuk menjayakan PK. Kemahiran sosial juga adalah amat penting untuk mewujudkan interaksi yang berkesan antara ahli kumpulan dari etnik dan budaya yang berbeza. Kemahiran berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin, membuat keputusan, mendengar, memberi galakan dan mengikut giliran. Ahli kumpulan perlu menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian matlamat.
Ini membolehkan ahli kumpulan mendapat maklumbalas terhadap sumbangan masing- masing dan berusaha memperbaiki kemahiran sosial.
K Keep with the group (Sentiasa dalam pasukan) I Include everyone (libatkan semua ahli elakkan passenger) S Share ideas and feelings (sedia berkongsi idea dan perasaan) S Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang diberi) E Encourage others (Memberi galakan kepada rakan sebaya) S Six inch Voices (perbincangan mesra kumpulan berdua /berempat dalam jarak lebih kurang 6 inci.)
1. Think pair share.
Pelajar akan diberi satu soalan dan diberi masa untuk memikirkan jawapannya secara bersendirian untuk jangkamasa tertentu. Kemudian, secara berpasangan, mereka akan membandingkan jawapan- jawapan mereka dan mempersembahkannya di dalam kelas. 2. Round Robin
Di dalam struktur ini, setiap pelajar memberikan idea setiap kali sampai giliran mereka.
3. Pembahagian tugas (Assigning Roles).
Di dalam struktur ini, setiap ahli diberikan peranan masing-masing, contohnya, pencatat idea, memanjangkan idea kumpulan kepada kumpulan lain dan sebagainya. Rumusan yang dibuat oleh D. W. Johnson dan R. T. Johnson (1989) dari 375 kajian luar negeri yang dijalankan dalam jangka masa 90 tahun mendapati pendekatan PK adalah paling berkesan dalam situasi yang memerlukan pemikiran aras tinggi, idea-idea kreativiti, aplikasi dalam dunia sebenar dan melibatkan banyak penyelesaian masalah.