You are on page 1of 3

Sekolah Berprestasi Rendah

Sebanyak 1,919 buah sekolah rendah di seluruh negara telah dikenalpasti


sebagai 'sekolah berprestasi rendah' kerana pencapaian yang amat rendah iaitu di
bawah kelulusan 30% berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) Tahun 1999 lalu. Sumber daripada Jemaah Nazir
Persekutuan menyatakan faktor-faktor mengapa keadaan ini berlaku di
kalangan 'low performing schools' ini adalah kerana wujudnya sindrom himpunan,
perkembangan minda akademik tidak setimpal dengan keperluan peperiksaan,
kadar pembelajaran lambat berbanding pertumbuhan perhatian dan perasaan dan
pra-syarat kependidikan untuk mengambil peperiksaan tersebut tidak mencukupi.
Kesedaran dan komitmen yang tinggi mestilah ada bagi mengatasi keadaan prestasi
yang rendah ini agar dapat dipertingkatmajukan. Kita tidak wajar menunggu
saranan bahkan 'arahan' intervensi daripada pihak-pihak yang lebih atas
sebaliknya kita sendirilah selaku 'instructional leadership' di sekolah
melakukannya tanpa disuruh dan dikerah lagi.
Apakah indikator sekolah berprestasi rendah ini?
Sekolah-sekolah berprestasi rendah ini -- pada jangka masa panjang -- akan
melunturkan keyakinan masyarakat terhadap institusi persekolahan, memberi
kesan negatif kepada guru-guru dan kakitangan bukan guru, dan paling utama
menafikan pendidikan yang cemerlang yang sepatutnya diterima oleh murid-murid
sama seperti murid-murid di sekolah-sekolah berkesan dan cemerlang yang lain.
Ciri-ciri berikut boleh dijadikan panduan bahawa sesebuah sekolah berprestasi
rendah itu perlukan bantuan:
1. Kurangnya standard akademik: Tanpa standard yang jelas apa yang
setiap orang murid patut tahu dan patut boleh buat, adalah sukar sekolah
menentukan pencapaian murid "sudah cukup baik".
2. Prestasi rendah murid-murid: Di mana sebahagian besar murid-murid
berada atau berhampiran aras paling bawah skala ujian (yang sah) sangat
jelas memerlukan pertolongan.
3. Kurangnya peningkatan sekian lama: Sekolah-sekolah berprestasi rendah
tidak menunjukkan peningkatan dalam beberapa tahun kebelakangan.
4. Tinggi kadar kekacauan dan keganasan: Sekolah-sekolah yang gagal
sering pamerkan atmosfera yang kacau dan keliru; bilik darjah yang tidak
teratur, kurang disiplin, dan sering bergaduh.

5. Tinggi kadar ponteng sekolah: Murid-murid yang rasa tidak selamat


atau tidak bermotivasi lebih mudah tuang sekolah, kurang belajar, dan
mendapat markah yang rendah dalam ujian.
6. Tinggi kadar ketidakhadiran staf: Tinggi kadar ketidakhadiran di
kalangan staf gambarkan masalah tersembunyi - seperti kurangnya kawalan
disiplin - yang membawa kepada keadaan rendah morale di kalangan staf.
7. Kadar keciciran yang tingggi: Ini sebagai tanda putus hubungan murid
dengan sekolah dan berkaitan dengan pencapaian yang rendah.
8. Kadar perubahan staf yang tinggi: Sekolah yang berprestasi rendah ciri
ini amat ketara dan ditambah dengan pertukaran masuk staf baru dan tidak
berpengalaman.
9. Iklim sekolah yang negatif: Iklim sekolah-sekolah yang gagal sering
pamerkan ciri-ciri salah urus, sikap tidak peduli, dan terbiar.
Apakah ciri-ciri proses "redesign" sesebuah sekolah berkesan?
Menukarkan sekolah rendah prestasi kepada sekolah berkesan perlukan komitmen
dan sokongan semua pihak -- guru-guru, pentadbir, dan ibu bapa. Bagi
mencapai 'whole school reform and improvement' pendidik-pendidik hendaklah
menangani usaha-usaha pembangunan profesional, kurikulum kualiti tinggi dan
perubahan organisasi.
Ciri-ciri proses intervensi di dalam bidang-bidang kritikal mestilah:
1. Berdasarkan standard akademik yang tinggi.
2. Kuatkuasakan standard tingkah-laku yang tinggi.
3. Guna kriteria pengenalpastian sekolah rendah prestasi yang jelas dan
difahami oleh semua stakeholders.
4. Penuhi keperluan-keperluan setiap individu sekolah.
5. Disokong dengan kajian yang padu, dan
6. Libatkan staf dan bekalkan dengan pembangunan profesional, masa dan
sumber-sumber menjadikan mereka berkesan.
Di mana dan Ke mana kita selepas ini?
Masalah pendidikan dan pembentukan diri insan termasuk aspek-aspek dalam
pengurusan kurikulum, personel dan pengurusan fizikal sama sahaja tak kira di
bumi mana ianya dirujuk.
American Federation of Teachers (AFT) merumuskan: "The first essential step
in improving low-performing schools is to establish clear standards for what

students are expected to know and be able to do. Without clear standards,
substandard work is almost impossible to define, making it that much harder for
teachers to spot problems early, demand that students get the extra help they
might need, and hold students accountable."

You might also like