You are on page 1of 20

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

TOPIK 6

TOPIK 6

PENGETAHUAN ASAS DALAM


PERGERAKAN

PENGENALAN
Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya,
potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai
pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat pendidikan pergerakan dalam
konteks persekolahan (menengah dan rendah) adalah untuk menyediakan pengalamanpengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai
warga negara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat.
Pendidikan pergerakan juga merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah
perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiah pelajar tentang
keperluan-keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar berdasarkan kepada model wholistik
perkembangan kanak-kanak. Pendidikan pergerakan boleh diperhebatkan lagi
keberkesanan dengan menjadikannya sebagai alat pendidikan yang mendorong kepada
kegiatan-kegiatan penerokaan, kreativiti, proses-proses berfikir dan penyelesaian masalah
serta pembentukan konsep pembelajaran yang merangsang pembinaan keyakinan diri
dan pengukuhan imej kendiri yang utuh. Dalam hubungan ini matlamat dan prinsip
pendidikan pergerakan tidak akan menyimpang daripada landasan konsep kanak-kanak
total.
Pendidikan pergerakan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai tambahan kepada
kurikulum sekolah secara total. Ia sebenarnya merupakan suatu pendekatan ddalam
pendidikan kanak-kanak yang menyumbang ke arah perkembangan pelajar itu dengan
cara seperti berikut:
1.

membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor


kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot.

2.

memantapkan tahap kecerdasann fiizikal, pengetahuan dan sikap.

3.

memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalaman-pengalaman


pergerakan terarah.

4.

memupuk tatalaku sosial dan emosi yang disanjungi masyarakat.

5.

memantapkan perkembangan konsep akademik menerusi pengintergrasian konsep


bilik darjah dengan program aktiviti fizikal.

6.

meningkatkan minat beriadah menerusi aktiviti-aktiviti pergerakan yang mencabar


dan menyeronokkan.

Aktiviti-aktiviti pergerakan diperingkat sekolah rendah dan menengah yang terbahagi


kepada empat bidang kandungan utama, iaitu:
x

Permainan berunsur pendidikan

Pergerakan berunsur pendidikan

Sukan dan atletik

Kecergasan jasmani.

96

OUM

TOPIK 6

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

OBJEKTIF
Pada akhir topik ini, anda akan dapat:
1.

menjelaskan asas-asas pergerakan yang terdapat didalam pengajaran dan


pembelajaran;

2.

menyatakan kemahiran pergerakan yang akan diperolehi oleh pelajar apabila


mempelajari asas-asas pergerakan;

3.

menjelaskan jenis-jenis pendidikan pergerakan supaya dapat diaplikasikan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran;

4.

menyatakan
kepentingan
pendidikan
mempertingkatkan proses pengajaran; dan

5.

memahami unsur-unsur pergerakan.

pergerakan

kreatif

untuk

PETA MINDA

6.1

PERGERAKAN ASAS

Istilah pergerakan membawa erti yang agak baru dalam bidang pendidikan. Secara
literalnya istilah ini bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi
kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi
dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan
penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan
sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.

OUM

97

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

TOPIK 6

Pendidikan pergerakan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan


Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di bahagikan kepada dua kategori.
1.
2.

Pergerakan kreatif
Gimnastik

Setiap satu mempunyai fungsi yang unik dan penting dalam membentuk ketrampilan
pergerakan. Deskripsi pendidikan pergerakan yang serupa ini apabila diaplikasikan
kepada pengalaman-pengalaman pergerakan manusia, memerlukan semacam iringan
berirama yang boleh ditempatkan didalam kategori aktiviti berirama. Pengalamanpengalaman ini ada diterapkan di dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang terdiri seperti,
x

Pengalaman tidak berstruktur

Pengalaman separuh berstruktur

Pengalaman berstruktur

Terdapat juga pertindihan aktiviti-aktiviti pergerakan yang terdapat dalam pergerakan


kreatif dan gimanastik jika berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman diatas.
Program pergerakan atau aktiviti berirama ini dirangka secara seimbang antara KBSR dan
KBSM untuk memanfaatkan pelajar dengan pengalaman-pengalaman berkaitan dengan
memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut;
1.

ritma asas

2.

ritma kreatif

3.

lagu pergerakan

4.

permainan dan

5.

kemahiran gimnastik

Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan ialah
berjalan, berlari, berlompat, memintal, berpusing, meregang dan menguncup.
Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan melompat mengikut iringan muzik
merupakan bentuk pergerakan asas dalam tarian zapin dan joget.

Pergerakan Lokomotor
Bukan Lokomotor

98

Lokomotor

Membongkok

Berjalan

Meregang

Berlari

Memulas

Meloncat

Berpusing

Melompat

Mengangkat badan

Lari skip

Merebah

Galop

Menghayun

Meluncur

OUM

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

TOPIK 6

Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah ialah untuk membantu
kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara kemahiran yang perlu diajar
kepada mereka adalah kemahiran lokomotor. Kemahiran ini membolehkan mereka
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk
kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahirankemahiran yang berikut:
x

Berjalan

Berlari

Melonjak

Melompat

Hop

Melungsur

Gallop (berjalan seperti kuda)

Skip

Untuk membiasakan guru dengan cara menggunakan dan melaksanakan pergerakanpergerkan di atas, analisanya telah dibuat dalam bentuk penerangan ringkas. Diharapkan
penerangan ini dapat difahami oleh guru supaya konsep setiap pergerakan menjadi jelas.
Kata kunci dan frasa tertentu dicadangkan sebagai panduan pengajaran atau untuk tujuan
merangsang pembetulan.
(a) Kemahiran Lokomotor Asas
(i) Berjalan
Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak melakukannya
dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat yang
salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain, selain
kaki, dan juga menggunakan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh
dikurangkan. Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang
sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul.
Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan
memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Semasa
berjalan, hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi
bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garisan lurus.
Tangan melenggang bebas berselang-seli mengikut arah kaki melangkah.
Perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan sambil dapat pula
membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Terdapat ketikanya apabila
kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak
berpijak yang baru terhasil bagi menahan anggota badan daripada rebah.
Kedudukan badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang lega.
Frasa pengajaran penting:

OUM

Ayun langkah dari paras punggung

Berpijak di tumit dan biarkan berat badan beralih pantas di sepanjang


bahagian sisi luar tapak kaki sehingga ke hujung ibu jari.

Ibu jari kaki menghala lurus ke hadapan.

99

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

TOPIK 6

Berjalan dengan lembut

Muka dongak dan memandang lurus ke hadapan

Melenggangkan lengan dan tangan secara bersahaja

Cadangan untuk penelitian:

Berjalan tegak-tinggi , kemudian berjalan tegak berjengket yakni lebih tinggi

Jalan berundur kemudian ke hadapan

Berjalan seperti robot atau askar permainan.

Berjalan seperti gergasi

Berjalan seperti gorilla, gajah, anjing cedera di kaki

Berjalan seperti barang permainan berkuasa bateri

Berjalan seperti patung-patung kawalan tali

Berjalan bebas (tekankan imbangan yang baik)

Berjalan setempat, ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan bentuk


zig-zag

Berjalan mengikut gabungan mana-mana cara di atas

Berjalan berjengket, di atas tumit, mengangkat lutut tinggi, kaki jegang dan
berjalan seperti berkawat

Berjalan perlahan dengan langkah besar dan langkah kecil

Berjalan pantas dengan langkah besar dan langkah kecil

Berjalan perlahan sambil menurunkan dan meninggikan badan.

(b) Berlari
Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan.Yang berbeza ialah semasa berlari
ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota
terangkat daripada mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa kea rah
hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku sambil diayun kea rah hadapan dan
belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki.
Frasa Pengajaran Penting:
(i)

Berlari di atas bebola kaki.

(ii)

Bengkokkan siku dan lutut

(iii) Ayun tangan ke hadapan


(iv) Tegakkan kepala
(v) Berlari dengan gaya yang lembut
Cadangan untuk Penelitian:
(i)

Berlari setempat, ayun tangan ke hadapan.

(ii)

Berlari dengan perlahan, lutut diangkat tinggi

(iii) Berlari dengan ringan di atas bebola kaki.

100

OUM

TOPIK 6

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

(iv) Berlari kuat (dengan bunyi bising) kemudian beransur-ansur senyap.


(v)

Berlari pantas dan kemudian beransur perlahan-lahan.

(vi) Berlari dan berhenti apabla syarat diberi, kemudian berlari semula.
(vii) Berlari ke hadapan, berundur ke sisi.
(viii) Berlari mengikut seorang ketua.
(ix) Berlari mengikut pelbagai kelajuan.
(x)

Berlari mengikut hala zig-zag

(xi) Berlari berjengket


(xii) Berlari menendang ke belakang
(c)

Berlari serta Berlonjak (LEAP)


Berlari serta berlonjak hamper menyerupai pergerakan berlari , cuma ketika berlari
pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan
meninggi dapat dicapai. Semasa berlari, lutut di angkat ke hadapan dan kemudian
kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat
daripada tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjuran untuk bergerak maju.
Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki yang satu
lagi.Kebiasaanya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian
supaya mendapat lonjakan yang sempurna.
Frasa Pengajaran Penting:
(i)

Tolak ke atas, hulur dan jejak.

(ii)

Ayun tangan (lengan) ke atas dan ke hadapan

(iii) Lari, lari dan lompat (tekankan perkataan lompat untuk menandakan kekuatan
dalam pergerakan)
Cadangan untuk Penelitian
Berlari serta berlonjak (leap) adalah sukar bagi kanak-kanak. Beri latihan lompatan.
Variasi jarak dan ketinggian lompatan yang memandai perlu dikuasai:
(i)

Lari beberapa langkah dan kemudian melompat

(ii)

Melompat seperti rusa melompat pagar

(iii) Melompat seutas tali di atas lantai


(iv) Melompat tali yang ditinggikan sedikit
(v)

Melompat menyeberang dua utas tali yang menyerupai anak sungai

(d) Lompatan
Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat
berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada
diudara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki.
Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan.

OUM

101

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

TOPIK 6

Frasa Pengajaran Penting


(i)

mengayun tangan ke belakang dan kehadapan, dan kebawah dan ke atas

(ii)

membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat

(iii) hulur dan jejak


Cadangan untuk Penelitian
(i)

melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan

(ii)

melompat seperti pantulan berubah-ubah pantulan tinggi dan rendah

(iii) melompat dan capai pelbagai benda


(iv) melompat sambil bergerak kehadapan dan pelbagai arah.
(v)

melompat kedalam dan ke luar gelung rotan

(vi) Lompat untuk jarak


(vii) Melompat sambil mengubah ke arah lompatan
(viii) Melompat seperti kanggaru
(ix) Melompat anak sungai
(e) Melompat Ketingting
Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan
mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya
kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian
hujung tapak dan tumit di atas tanah.
Frasa Pengajaran Penting
(i)

ketingting keudara dengan sebelah kaki dan menurun dan mendarat semula
dengan kaki yang sama

(ii)

angkat tangan ke atas

(iii) kepala tegak


(iv) lutut bengkok
Cadangan untuk Penelitian
(i)

Ketingting setempat, tegak di atas sebelah kaki selama lima kiraan

(ii)

Ketingting dan pusingkan badan

(iii) Ketingting arah kehadapan, kebelakang dan ke kiri kanan.


(iv) Ketingting meliputi pelbagai jarak
(v)

Ketingting melintasi tali, atau gerisan

Latihan 6.1
Nyatakan perbezaan lokomotor dengan lokomotor?

102

OUM

TOPIK 6

6.1.2

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

Kemahiran Persepsi Motor

Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalah penting


bagi pembinaan pergerakan berkordinasi. Pelajar perlu mempunyai rasa kewujudan
dirinya dalam ruangan. Pelajar perlu mengenalpasti arah kiri dan kanan dan boleh
memahami perkaitan bentuk atau corak. Perkembangan persepsi motor juga memainkan
peranan dalam pencapaian akademik kanak-kanak. Kemahiran persepsi motor diperlukan
bagi membaca huruf isyarat (decoding) dan kemahiran ini merupakan suatu keperluan
awal bagi kemahiran membaca.
Berikut adalah kemahiran-kemahiran persepsi-motor:
x

Mengimbang

Kesedaran badan

Kesedaran ruang

Kesedaran hala datar (laterality)

Kesedaran arah (directionality)

Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata

(a) Mengimbang
Mengimbang boleh dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau
berjalan di atas palang pengimbang. Penggabungan aktiviti-aktiviti mengimbang
dengan permainan lebih menyoronokkan bagi pelajar. Pelajar berpeluang
membayangkan diri mereka sebagai ahli sarkas yang berjalan di atas tali atau
mengimbang di atas sebelah kaki di atas belakang kuda sarkas.
(b) Kesedaran Badan
Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri:
x

Saiz

Pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh badan serta perkaitannya di


antara satu dengan yang lain

Berupaya melakukan pergerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas


dan menggerakkan badan.

Perasaan timbul ketika berada dalam kedudukan yang berbeza-beza.

Kesedaran ini adalah penting bagi pemahaman pelajar tentang potensi


pergerakannya. Ada banyak cara bagi membina kesedaran tentang kewujudan diri.
Salah satu daripada caranya ialah melalui aktiviti yang melibatkan bahagian-bahagian
tertentu badan. Pelajar boleh disoal, Berapa carakah boleh anda gerakkan kepala
anda? atau Bolehkah anda menyentuh kaki kiri anda dengan tangan anda?
(c)

Kesedaran Ruang
Kita hidup di dalam ruangan dan tubuh badan kita mengisi ruangan tersebut. Apabila
kita bergerak, kita sebenarnya bergerak melalui ruang dan tubuh badan kita
memenuhi ruang seperti juga benda-benda lain yang berada dipersekitaran kita. Kita
juga menyedari tubuh badan kita serta perkaitannya di antara benda-benda disekitar.
Hal ini merupakan konsep asas yang perlu di terokai oleh pelajar supaya mereka
boleh menyedari tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya.

OUM

103

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

TOPIK 6

Pelajar digalakkan untuk menerokai persekitaranya. Guru menyuruh pelajar


melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua arah. Dengan
cara ini mereka akan lebih menyedari saiz ruang diri persendirian mereka semasa
tidak bergerak. Pelajar juga digalakkan untuk bergerak bebas di dalam ruang yang
wujud di luar persendirian mereka.
(d)

Kesedaran Hala Datar (Laterality)


Hal ini merupakan kesedaran tentang wujudnya arah kanan dan kiri di sisi tubuh
badan seseorang. Dengan ini seseorang dapat mengawal pergerakan daripada
kedua-dua belah bahagian tubuh badan secara serentak atau secara berasingan.
Sebarang latihan yang memerlukan kordinasi bahagian kiri dan kanan tubuh badan
atau pergerakan yang bertentangan iaitu tangan atau lengan kanan dan kaki kiri
bersama-sama digunakan akan menolong mengembangkan kesedaran hala datar
pelajar (sense of laterality). Permainan sperti Angels in the snow sesuai bagi tujuan
ini. Dalam permainan ini, pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan
kaki serta tangan membentuk gerakan membulat (circular movement) mengikut
arahan yang diberikan oleh guru.

(e) Kesedaran Arah


Kesedaran ini membolehkan seseorang menyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah
hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya.Kesedaran lauran arah ini
terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala-datar.
Pelbagai jenis penerokaan pergerakan dapat menggerakkan perkembangan
kesedaran arah ini. Umpamanya bergerak ke ahadapn, ke belakang, kekiri, ke kanan,
ke atas, dan kebawah boleh membina kesedaran arah. Melalui pergerakan
seumpama ini pelajar dapat membiasakan dan menyesuaikan pengalaman yang
diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan di dalam muka surat bercetak
iaitu semasa membaca.
(f)

Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata


Tujuan melakukan sesuatu pergerakan hanya akan tercapai jika kordinasi diantara
pergerakan bahagian-bahagian badan disempurnakan dengan baik. Interaksi ini
haruslah dilakukan dengan mudah, cekap dan tepat. Ini melibatkan interaksi yang
licin di antara kumpulan-kumpulan otot imbangan yang sempurna dan turutan
jangkaan yang betul
Permaian bola merupakan kordinasi tangan-mata yang amat baik. Pelajar
melambungkan dan menyambut dengan kedua-dua belah tangan atau
melambungkan dengan sebelah tangan dan menyambutnya dengan tangan yang
sebelah lagi. Permaian yang melibatkan sepakan pula adalah baik bagi kordinasi
kaki-mata. Pelajar boleh menyepak bola ke arah sasaran yang tidak bergerak atau ke
arah gawang gol.

6.1.3

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif alatan hendaklah dibina di peringkat umur yang lebih awal.
Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, menangani atau
mengawasi sesuatu objek.

104

OUM

TOPIK 6

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

Kemahiran manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan kemahiran diri


seseorang pelajar:
x

Membaling

Menyambut

Memukul

Menendang atau menyepak

menggelecek

Kesemua Kemahiran manipulatif di atas juga dapat mempertingkatkan perkembangan


kordinasi tangan-mata dan kaki-mata. Di samping itu kemahiran manipulatif ini dapat
memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar untuk menjadi untuk menjadi seorang
yang berjaya dalam menempuh kehidupannya.

6.2

PENDIDIKAN PERGERAKAN

Pendidikan dalam apa bidang sekalipun haruslah berbentuk pengalaman yang bermakna.
Pendidikan haruslah juga memberangsangkan dan menghasilkan kepuasan yang semerta
serta menimbulkan minat bagi mendapatkan pengetahuan seterusnya. Hal ini boleh
dicapai dengan menggunakan pergerakan sebagai media pembelajaran. Pembelajaran
melalui pergerakan bukanlah sesuatu yang baharu. Pendidkan pergerakan adalah suatu
kaedah pengajaran yang unik kerana apabila pelajar sedang belajar untuk bergerak
mereka juga belajar sambil bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir dan
merasi sesuatu secara langsung. Dia akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor,
kognitif dan afektif. Melalui pergerakan seperti ini pelajar akan dapat mempelajari tentang
dirinya sendiri;
x

Apa yang mampu dilakukannya

Bagaimana dia boleh mengawal diri

Bagaimana dia dapat mengawal sesuatu yang berada disekelilingnya

Bagaimana dia dapat menyesuaikan dan menghubungkan dirinya dengan alam


sekitar (ruang manusia dan lain-laian yang bernyawa dan yang tidak bernyawa) dan

Bagaimana dia dapat melahirkan perasaan dan ideanya.

Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh diri kanakkanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untuk belajar dan bergaul
diantara satu dengan lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan
persekitarannya juga turut berkembang melalui pelbagai pergerakan itu.
Pendidikan pergerakan dapat melatih kebolehan menghubungkaitkan kemahirankemahiran seperti berikut:

OUM

105

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

Kemahiran
Hubung kait motor-penglihatan

TOPIK 6

Contoh
Menangkap bola
Melambungkan bola melalui gelung rotan
Menggelecek bola hoki

Pemindahan motor-penglihatan

Mengulang seula sesuatu pergerakan


Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat
di dalam sesuatu gambar
Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang
terdapat di dalam sesuatu arahan

Hubung kait motor-pendengaran

Menari mengikut muzik


Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti pic
yang berbunyi rendah dan kuat yang digambarkan dengan
langkah yang kuat dan badan yang direndahkan.

Penukaran motor-pergerakan

Mendengar dan melakukan arahan


Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk atau mengetuk
mengikut irama

Hubung kait motor kinestatik

Aktiviti penyedaran tubuh badan


Aktiviti mengimbangkan badan.

Hubung kait motor-taktile

Memanjat (jungle gym)


Merangkak menerusi terowong.

Gimnastik Pendidikan
Gimnastik pendidikan dibahagikan kepada kategori pengalaman lantai, pengalaman atas
rumput, tikar getah atau permainanyang tidak banyak memerlukan peralatan untuk
meningkatkan cabaran. Pengalaman peralatan pula terdiri daripada perrgerakan yang
menggunakan alat-alat seperti bangku panjang, palang, alang, peti pelana dan peralatan
taman permainan. Pada peringkat awal, sebahagian besar latihan ditumpukan kepada
aktiviti-aktiviti lantai, tetapi apabila pelajar sudah mahir, sebahagian besar tumpuan
diialihkan pula kepada kegiatan-kegiatan pengalaman peralatan.
(a) Pengalaman Lantai
Apabila pelajar sudah dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas, tumpuan
seterusnya, secara keseluruhan hendaklah kepada usaha merapatkan seluruh
anggota menjadikannya satu bentuk paduan. Apabila setiap pelajar telah dapat
menguasai aksi-aksi dan mengekalkan bentuk-bentuk aksi itu, mereka bolehlah
menumpukan perhatian kepada lakuan lain seperti menggulingkan tubuh ke arah
yang berlainan.
Pengalaman-pengalaman pada tahap kawalan termasuk antaranya lakuan
mengguling daripada kedudukan berdiri kepada bergerak dan mengguling.
Imbangan-imbangan berbentuk bukan simetri dan imbangan terbalik boleh

106

OUM

TOPIK 6

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

diperkenalkan. Pembentukan konsep tetap (pegun) boleh diterangkan dengan


membandingkan perbezaannya dengan aksi mengguling. Boleh mencabar pelajar
untuk menggabungkan antara dua jenis kemahiran yang mudah tetapi berkaitan,
seperti bergerak dengan mengimbangkan badan dengan menggunakan dua anggota
dan seterusnya.
Urutan pergerakan yang lebih kompleks dan maju bukan sahaja menyeronokkan,
malah mencabar keupayaan pelajar. Peminadahan beban daripada bahagian
anggota kaki ke anggota tangan, meneroka imbangan badan yang tidak stabil dan
menerap sebahagian atau seluruh beban berat badan rakan, adalah antara cabarann
yang sesuai bagi setiap pelajar.
Konsep-konsep pemecutan, kukuh, apungan, terikat dan bebas adalah antara
konsep-konsep yang ditekankan pada tahap kecekapan. Mana-mana pelajar yang
telah mempelajari beberapa lakuan pergerakan gimnastik akan berasa seronok
dengan cabaran yang menekankan tumpuan kepada kualiti pelaksanaan. Kegiatan
memadan dan mencerminkan pergerakan rakan, mengulangi urutan beberapakapan.
(b) Pengalaman Peralatan
Selepas pelajar telah boleh menguasai aktiviti-aktiviti lantai, maka pelajar itu bolehlah
membuat gimnastik dengan menggunakan peralatan-peralatan gimnastik seperti
palang imbangan, palang selari, peti pelana dan gelang. Kebanyakan sekolah
menengah mempunyai peralatan seperti diatas tetapi tidak bagi kebanyakan sekolah
rendah. Yang mana pada lazimnya sekolah rendah hanya menggunakan bangku
panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangka-rangka panjat untuk
menerapkan pengalaman gimnastik menerusi pengunaan alatan.
Guru dilarang memaksa pelajar menggunakan sesuatu alat. Mana-mana pelajar yang
masih berada diperingkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara
berjalan-jalan di sepanjang alang atau bangku yang rendah, melompat dari atas
kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali atau bergerak disepanjang rangka
panjat. Ini secara tidak langsung membawa pelajar itu untuk membiasakan dirinya
dengan peralatan yang digunakan dalam latihan sebenar untuk membina keyakinan
diri.
Latihan-latihan permainan berhalangan yang mudah dengan menggunakan peralatan
seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelong rotan, tali, bongkah dan rotan sesuai
digunakan untuk mempelajari konsep-konsep seperti diatas iaitu menyimpang,
menerusi dan bawah.
Pelajar yang berada pada peringkat kawalan boleh mencuba menggunakan pelbagai
cara untuk bergerak diatas alang, bergayut di atas palang atau tali, melompat dari
meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian lain di atas
palang bertingkat. Setelah pelajar itu mahir menggunakan peralatan, anda bolehlah
menggalakkan mereka memindahkan kemahiran aktiviti lantai kepada aktiviti
menggunakan peralatan.
Apabila pelajar telah menjangkau tahap kecekapan mereka perlulah pula memberi
perhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara bergerak dan acar menyokong
beban anggota yang jauh lebih mencabar. Seperti pengalaman aktiviti lantai dalam
permainan gimnastik pelajar haruslakh digalakkan supaya memberi perhatian
terhadap kualiti pergerakan mereka dan mengadunkannya ke dalam suatu bentuk

OUM

107

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

TOPIK 6

urutan dengan sempurna. Tema-tema yang paling sesuai untuk gimnastik lpendidikan
ialah melompat dan mendarat, mengguling, membongkok, melentur, memusing dan
mengayun, kesedaran ruang dan kesedaran kinestetik.

Gimnastik Irama
Dalam gimnastik irama pelaksanaan kemahirannya dilakukan secara berannsur-ansur dan
kemudiaan diikuti dengan iringan irama muzik. Melalui latihan berirama ini pelajar bukan
sahaja berasa lebih gembira tetapi juga dengan sendirinya akan memantapkan
kemahiran-kemahiran merekaa yang kompleks dan mencabar itu.
Aktiviti gimnastik berirama ini biasanya dilakukan pada bentuk awalan dengan
menggunakan peralatan seperto bola, gelang, rotan, tali dan reben. Apabila pelajar itu
telah mahir menggunakan perlatan itu bolehlah ia menggabungkan pergerakan dengan
pola rutin yang mudah. Penggabung jalinan rutin-rutin seperti gimnastik bola berirama,
gimnastik gelang berirama atau gimnastik reben berirama dan lain-lain itu kedalam
program gimnastik .
Berikut adalah beberapa saranan untuk menjayakan sesi gimnastik berirama:
x

Gunakan muzik iringan semasa berlatih

Gunakan pelbagai ragam irama untuk meningkatkan kreativiti dan membangkitkan


minat.

Jarakkan kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan.

Beri penekanan pada penggunaan anggota-anggota tangan dan lulut secara serentak
semasa menangkap objek-objek.

Latihkan semua kemahiran kedua-dua bahagian tubuh.

Biarkan pelajar mencipta kemahiran dan rutin mereka sendiri.

Jenis-jenis peralatan untuk Gimnastik berirama:


x

Bola

Belantan

Gelung

Reben

Tali

Paling penting dalam gimnastik berirama ialah pergerakan yang betul dengan mengikut
muzik.
(a) Gimnastik Berirama (Bola)
Berikut adalah teknik-teknik asas dalam memanipulsikan bola seperti mengguling,
mengayun, dan melontar yang digubah mengikut muzik.

108

(i)

Letakkan bola di atas tapak tangan tanpa mencekamnya semasa melakukan


aktiviti.

(ii)

Lontarkan bola dengan hanya menggunakan gerakan bahu.

OUM

TOPIK 6

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

(iii) Tangkap bola dengan menggunakan hujung jari


(iv) Ayun dan gulingkan bola ke lantai dengan memegangnya dengan pergelangan
tangan.
(b) Gimnastik Berirama (Belantan)
Belatan yang digunakan adalah lebih kurang 3 kaki persegi panjang. Teknik-teknik
penggunaan belatan serta aktivitinya adalah seperti berikut: dengan muzik berentak
Waltz.
(i)

Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belatan. Gugurkan belantan kelantai


dengan sebelah hujungnya melantun dan cuba untuk menangkapnya.

(ii)

Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belatan. Lontar belantan ke udara dan
tangkapnya.

(iii) Berdiri tangan kanan memegang sebelah hujung belatan. Kedua-dua tangannya
disisi. Ayun belantan melintasi badan dan tangkapnya dengan tangan kiri.
(iv) Bertinggung. Cuba gunakan berbagai-bagai bentuk pergerakan lokomotor untuk
aktiviti-aktiviti di atas.
(c)

Gimnastik Berirama (Gelung)


Gelang yang digunakan berukuran 20-27 inci diameter dengan tapak tangan
menadah ke atas dan ke bawah untuk aktiviti-aktiviti gelang dengan muzik berentak
waltz.
(i)

Pegang gelang dengan sebelah tangan dan ayunkan gelang ke atas dan
kebawah.

(ii)

Pegang gelang

(d) Gimnastik Berirama (Reben)


Reben yang digunakan berukuran 10 15 kaki panjang dan muzik berentak Waltz.
Kibarkan reben dari satu bahagian ke satu bahagian lain dihadapan dalam pola
melengkung.
(e) Gimnastik Berirama (Tali)
Tali digunakan berukuran berdasarkan saiz dan ketinggian gimnas. Diukur dari tapak
kaki hingga ke bahagian ketiak gimnas.

Gimnastik Artistik
Untuk melaksanakan gimnastik artistik pelajar seharusnya telah boleh menguasai semua
asas gimnastik. Dimana tahap penggunaan dan kecekapan itu sudah boleh
memanipulasi tubuh mereka serta mempunyai asas pengalaman gimnastik seperti aksiaksi dirian tangan, roda kereta, gulingan, imbangan dan sebagainya. Bimbingan daripada
guru amatlah penting dalam pelaksanaan gimnastik berirama ini. Ketika ini ramai pelajar
meminati permainan gimnastik secara sendiri dengan mengikuti program yang dianjurkan
oleh kelab-kelab gimnastik dimana kelab-kelab ini mempunyai jurulatih yang bertauliah
yang mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk mengenadalikan program gimnastik
dengan baik.
Kelahiran kelab-kelab ini banyak merangsang ciptaan bentuk-bentuk kemahiran gimnastik
yang menarik oleh pelajar. Mana-mana pelajar yang telah memperolehi tahap kecekapan
patut meneruskan latihan dengan memberi tumpuan kepada aksi-aksi yang lebih

OUM

109

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

TOPIK 6

mencabar seperti mengimbangi badan, mencipta bentuk pergerakan yang baru,


mempelbagaikan cara berjalan atau bergerak, dan cara menyokong beban berat badan.
Mereka harus digalakkan memfokuskan tumpuan kepada kualiti artistik pergerakan
semasa membuat latihan-latihan pergerakan dan membuat penggabungan pergerakanpergerakan yang telah dipelajari ke dalam satu rangkaian yang kemas, licin dan teratur.
Dalam gimnastik artistik, guru perlulah membuat satu demontrasi sesuatu kemahiran itu
dengan betul supaya mudah diikuti oleh pelajar. Beberapa orang pelajar yang telah cekap
menguasai sesuatu aktiviti boleh dijadikan contoh untuk melakukan aktiviti-aktiviti supaya
dapat diikuti oleh pelajar yang lain.
Matlamat gimnastik artistik ini ialah untuk membolehkan pelajar melaksanakan kemahirankemahiran yang telah ditentukan melalui kaedah-kaedah yang khusus. Guru dikehendaki
membimbing pelajar untuk meningkatkan kebolehan mereka bergerak dalam
melaksanakan aktiviti, memupuk keyakinan diri dan kebolehan menginterpretasikan tugas
serta menentukan cara terbaik untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran.
Berikut adalah kegiatan gimnastik artistik bagi pelajar ditahap kecekapan:
(a) Guligan
Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota
yang lain disekeliling suatu paksi. Pelajar di tahap pengggunaan boleh meningkatkan
keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuan-lakuan mengguling ke dalam
aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan
mengguling. Mereka juga boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara
menjunam, atau mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar pergerakan yang
berbeza-beza.
Di tahap kecekapan, pelajar boleh belajar cara melakukan lakuan mengguling
sebagai sebahagian daripada kemahiran tambahan. Mereka harus bersedia untuk
menggunakan kemairan ini apabila berlaku kecemasan, seperti terjatuh dalam
permainan bola jaring, bola sepak dan sebagainya.
(b) Imbangan
Mengimbang bermaksud kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang
sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri kesepaduan
unsur-unsur estetik yang menarik.
Pelajar yang sudah mencapai keupayaan perlakuan asas, sama ada ditahap aplikasi
atau kemahiran, mampu menyokong beban berat mereka dengan kedua-dua belah
tangan dalam keadaan tetap, dalam keadaan kedua-dua kaki terlunjur ke atas,
punggung lurus selari dengan kedua-dua tangan buat selama tiga hingga lima saat..
Aktiviti yang dilakukan di tahap penggunaan ini termasuklah mengimbang dalam
persekitaran yang dinamik, memindah dan menukarkan bebanan menjadi tetap,
sambil pada masa yang sama melakukan imbangan dalam pelbagai kedudukan. Ini
adalah penting untuk membantu pelajar membuat keputusan menegenai gabungan
pergerakan disamping membolehkan memilih dan mencipta cara menjalinkan satu
jenis pergerakan dengan cekap.
Di tahap kecekapan, latihan imbangan dilakukan di atas lantai dan diatas sebarang
alatan dengan menggabungkan kemahiran imbangan dengan faktor masa, daya

110

OUM

TOPIK 6

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

tenaga, kuasa, tetap dan rasa keriangan untuk mengekpresikan kontras di antara
pelbagai unsur. Pelajar digalakkan memperhaluskan gaya pergerakan lantai mereka
daripada satu kedudukan kepada satu kedudukan serta membentuk cara lakuan
dengan baik dan menggunakan fokus sepenuhnya.
Memindah beban seperti aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat dan
meluncur merupakan antara lakuan memindahkan beban yang lazim. Tetapi lakuan
memindahkan beban yang paling kerap ialah dari kaki ke kaki seperti dalam berjalan.
Terdapat perbezaan yang ketara antara gimanstik pendidikan dengan gimnastik
artistik. Dalam gimnastik artistik matlamatnya adalah jelas. Pelajar dikehendaki
mempelajari cara melaksanakan kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan
mengikut kaedah yang khusus. Sementara itu hasilan daripada gimnastik pendidikan
tidak mudah diperjelaskan. Kemahiran-kemahiran yang hendak dipelajari itu tidak
ditentukan terlebih dahulu dan praktiknya tidak terikat kepada kaedah-kaedah
tertentu. Dalam hal ini guru akan bertindak sebagai pembantu kepada pelajar untuk
meningkatkan keupayaan mereka untuk bergerak sealiran dengan arus graviti,
membina keyakinan diri dan sifat berdikari, serta menginterpretasikan perlakuanperlakuan di samping menentukan cara terbaik untuk mempraktikkan kemahirankemahiran berkenaan.

6.3

PENDIDIKAN KREATIF

Latihan 6.2
Bagaimanakan kreativiti dapat meningkatkan kecerdasan minda pelajar?
Apakah kemahiran-kemahiran yang perlu mereka ada?

6.3.1

Interpretasi Idea

Para pelajar merupakan golongan yang kreatif. Kekreatifan mereka tidak mengenal
sempadan dalam proses mereka meneroka dan berangan-angan (fantasi) tentang
persekitaran mereka. Mengikut Albert Einstein, seorang ahli sains terkemuka, imaginasilah
penggerak kepada kreativiti.Namun setelah pelajar itu meningkat dewasa sifat kreatif ini
akan semakin berkurangan. Ini adalah disebabkan tekanan ke atas pelajar untuk mengikut
normal sosial dan pelbagai hukum dan peraturan yang ditetapkan agar boleh
menyesuaikan diri dan berfungsi dalam masyarakat.
Kreatif juga merupakan sebagai satu bentuk kecerdasan. Gardner 1978,
mengganggapnya sebagai salah satu daripada multiple intelligence yang meliputi
pelbagai fungsi otak. Mengikut Gardner 1993, kreativiti adalah aspek yang penting dalam
fungsi kognitif. Aspek kreatif otak ini boleh membantu menerang dan menterjemahkan
konsep-konsep abstrak dengan melibatkan kemahiran-kemahiran seperti ingin tahu,
penerokaan, penciptaan, kekaguman dan minat. Semua kualiti ini terdapat pada para
pelajar. Aspek ini boleh dimanfaatkan dan diperkembangkan agar pelajar boleh
memindahkan kreativiti dalam pembelajaran yang lain.
Pembelajaran bagi kanak-kanak adalah satu proses yang aktif dan melibatkan membuat
keputusan. Mereka perlu diberikan ruang dan masa untuk meneroka dan mencuba idea

OUM

111

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

TOPIK 6

dengan cara mereka tersendiri. Mengikut Torrance (1969), ciri-ciri berikut yang terdapat
pada para pelajar membantu untuk mereka belajar secara kreatif.
x

Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama

Keupayaan untuk menyusun

Melihat dari sudut atau perspektif yang berlainan

Meneroka sebelum pengajaran formal

Menggunakan silence dan hesitation

Melihat dengan lebih dekat

Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah

Bercerita dan menyanyi.

Justeru, setiap pelajar perlu diberi peluang yang sama dan akses yang sepenuhnya
kepada bidang-bidang kreatif dalam kurikulum. Namun demikian, bukan semua pelajar
akan memberi respon yang sama kepada kreativiti. Oleh itu sebagai guru amat penting
bagi kita untuk mempunyai konsep yang jelas mengenai kreativiti dan kriteria-kriteria yang
boleh digunakan sebagai kayu pengukur dalam menentukan kreativiti pelajar,

6.3.2

Perasaan dan Tanggapan Deria

Lowenfield dan Brittain (1982) mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan


kreativiti pelajar.
x

Peringkat scribbling dimana pelajar meneroka alam sekitar dengan menggunakan


panca inderayang dijelmakan melalui lakaran-lakaran secara rawak. Mereka
meneroka dengan warna, ruang dan bahan-bahan 3D. Lakaran ini kemudian menjadi
lebih sistematik dan terkawal.

Pra-skema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman mereka

Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola untuk menerangkan
perhubungannya dengan alam sekitar. Peringkat ini pelajar telah mula menggunakan
simbol.

Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan sosial. Menunjukkan


minat untuk bekerja dan boleh mengawal pearasaan dalam kumpulan yang tidak
dikawal oleh orang dewasa. Lukisan menjadi lebih realistik dalam menggambarkan
pengalaman sebenar.

Dalam melalui peringkat perkembangan ini pelajar mempelajari juga tentang diri mereka
melalui ekspresi yang dijelmakan atau yang dihasilkan. Sebagi guru, kita seharusnya
menggalakkan keunikan dan keaslian idea pelajar supaya mereka tidak beranggapan
bahawa mereka perlu meniru dan mempunyai idea yang sama dengan kanak-kanak lain.
Untuk itu kita perlulah menyediakan ruang dan masa bagi pelajar meneroka dan
menghasilkan idea-idea mengikut cara mereka sendiri. Kebebasan ini akan membantu
pelajar belajar berdikari dan bertanggungjawab terhadap proses pemebelajaran mereka
disamping meningkatkan keupayaan minda mereka.
Kreativiti pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea, perasaan, emosi dan
semua aspek ini sering dilihat apabila melihat pelajar bermain. Dengan bermain pelajar
berasa bebas untuk terlibat mengikut cara mereka tersendiri, menginterpretasi tugas

112

OUM

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

TOPIK 6

mengikut kefahaman mereka sendiri dan memberi peluang kepada mereka mencuba
langkah-langkah yang boleh mereka fikirkan tanpa batasan atau had yang ditetapkan oleh
guru.

Latihan 6.3
Nyatakan peringkat perkembangan kreativiti pelajar berdasarkan kepada
pendapat Lowenfield dan Brittain (1982)?

6.3.3

Unsur Pergerakan Tubuh Badan, Ruang, Masa dan Daya

Dalam pergerakan kreatif pelajar akan berasa bebas untuk bergerak untuk meluahkan
perasaannya. Dia tidak memerlukan orang dewasa untuk dijadikan contoh untuk dibuat
peniruan. Dengan itu pergerakan kreatif boleh berlaku dimana-mana sahaja. Antara
objektif pergerakan kreatif ialah;
x

Pergerakan yang bebas untuk menggerakkan anggota badan

Mendapat pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa, beban dan ruang serta
idea

Meningkatkan tahap kesediaan

Mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.

Untuk mengelolakan pergerakan kreatif adalah diharapkan agar pelajar dapat


memanafaatkan penggunaan otot kasar dan halus dalam mengadakan aktiviti-aktiviti
pergerakan itu. Otot-otot kasar dan halus perlu diperkembangkan dan dimatangkan
terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap kesediaan pelajar. Untuk memahami unsur
pergerakan dengan lebih baik disenaraikan dibawah komponen-komponen asas
pergerakan.
x

Imbangan badan

Tenaga yang digunakan untuk bergerak.

Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan.

Bahagian atas mencerminkan keringanan

Masa


Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masa

Pergerakan lambat banyak menggunakan masa

Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan

Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai rentak, beat
atau pulse.

Ruang


Merupakan lingkungan pergerakan samada lingkungan umum) personal


space)atau lingkungan kendiri (general space)

Aras: tinggi, sederhana dan rendah

Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah

OUM

113

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

TOPIK 6

Aliran

Pergerakan yang dilakukan itu samada bergerak secara bebas atau terkawal.

RUMUSAN
Topik ini memberi penekanan tentang pengetahuan asas tentang pergerakan yang
merangkumi pergerakan asas, pendidikan pergerakan dan pendidikan kreatif. Seperti
telah tersedia maklum penekanan kepada pergerakan banyak tertumpu kepada potensi
nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan
potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat
pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan rendah) adalah
untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar
untuk mencapai keupayaan sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan
penyumbang yang aktif dalam masyarakat.

GLOSARI
Artistik

Dikerjakan dengan perasaan seni dan mengandungi mutu seni serta


keindahan.

Lokomotor

Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti melompat,


berjalan berlari dan sebagainya.

Bukan
Lokomotor

Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk


manik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya.

Kreatif

Berkeupayaan mencipta atau menghasilkan sesuatu serta


berkebolehan menghasilkan sesuatu dengan memperhitung aspekaspek perasaan seperti yang terdapat dalam hasilan lukisan, muzik
dan pergerakan.

Kreativiti

Kebolehan dan kemahiran melakukan atau menciptakan bakat semula


jadi yang asli.

Kinestetik

Pergerakan yang dihasilkan oleh pergerakan anggota badan.

UJIAN 1
1.

Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalah


penting untuk pembinaan pergerakan berkordinasi.
(a) Nyatakan kemahiran-kemahiran persepsi motor yang perlu diperkembangkan
oleh pelajar untuk pembinaan kordinasi motor?
(b) Huraikan tiga kemahiran persepsi motor yang anda ketahui.

114

OUM

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

TOPIK 6

UJIAN 2
1.

Terdapat pelbagai jenis pendidikan pergerakan antaranya ialah pendidikan gimnastik.


(a) Senaraikan jenis-jenis pendidikan gimnastik
(b) Senaraikan jenis-jenis gimnastik berirama.
(c)

Bagaimanakah untuk menjayakan sesi gimnastik berirama?

RUJUKAN
Amabile, T.M (1987). The motivation to be creative. In S.G. Isaksen (Ed) Frontiers of
Creativity research, pp 223-254
Ayob, S. (1992) Pergerakan kreatif dan Pendidikan. Petaling Jaya, Flo Enterprise Sdn.
Bhd.
Beetlestone, F. (1998). Creative children, imaginative teacher. Buckingham: Open
University Press.
Gallahue, D.A. (1982). Developmental Movement Experiences for young Children. New
York, Wiley.
Pautz, M.P (1988). Creating the need for music inservices. Design for Arts in Education,
89 (3), 28-30.
Swanwick, K., and Tillman, J. (1986). The sequence of musical development: A study of
childrens composition. British Journal of Music Education, 3, 305-339.
Choksy Lois, (1991)Teaching Music Effectively In the Elementary School. Prentice Hall
Inc, New Jersey.
L. Choksy, R.M. Abramson, A. E. Gillespie and D. Woods (1986). Teaching Music In The
20th Century. Englewood Cliffs, U.S.A.

OUM

115

You might also like