You are on page 1of 2

SUDUT KARYA PELAJAR

Kesan Pembuangan Bahan-bahan Sisa Bertoksik


dan Bahan-bahan Yang Tidak Boleh Reput
Hasil Nukilan :
Kam Itt Theng (U6SP), SMJK Chung Hwa, KB.

Masalah pembuangan bahan-bahan sisa bertoksik dan bahan-bahan yang tidak


boleh reput seperti plastik, kaca dan aluminium melanda negara kita pada ketika ini.
Banyak impak yang dialami oleh penduduk tempatan dan kesan-kesan ini mungkin
berlarutan bagi tempoh masa yang panjang. Siapakah yang harus dipersalahkan?
Persoalan ini harus diketepikan buat sementara waktu, dan semua pihak harus berganding
bahu mengikhtiarkan jalan penyelesaiannya dengan secepat mungkin sebelum masalah
itu semakin serius.
Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran yang
semakin memburuk ini ialah mengadakan kempen kitar semula bagi bahan-bahan yang
tidak boleh reput seperti plastik dan lain-lain. Proses kitar semula ialah proses mengubah
bahan-bahan buangan atau bahan-bahan yang tidak digunakan lagi kepada bahan-bahan
baharu yang berguna dan bernilai di pasaran. Sebagai contoh, botol-botol kaca yang
terbuang dibersihkan, disteril dan digunakan semula. Dengan ini, bukan sahaja dapat
mengurangkan masalah pencemaran oleh bahan-bahan yang tidak boleh reput ini, malah
dapat menjimatkan sumber-sumber semulajadi yang digunakan untuk menbuat botol kaca
baru. Oleh itu, masalah pembuangan bahan-bahan tidak boleh reput dapat diatasi dengan
mengitar semula bahan-bahan tersebut menjadi bahan baru. Kerajaan harusmempergiat
kempen kitar semula di seluruh negara dengan menyediakan lebih banyak pusat
pengumpulan bahan-bahan untuk dikitar semula supaya rakyat lebih senang untuk
mengitar semula dan memberikan semanggat kepada orang ramai untuk mengitar semula.
Selain itu, kerajaan harus menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar dengan
lebih tegas, dan mengetatkan undang-undang itu dalam usaha mengatasi masalah
pembuangan sisa-sisa toksik. Bahan-bahan bertoksik ini boleh mendaratkan kesihatan
orang ramai dan mungkin menyebabkan pelbagai jenis penyakit barah.Oleh itu, perbuatan
membuang sisa-sisa toksik seperti ke dalam sungai adalah tidak boleh dimaafkan dan
hukuman yang setimpalnya harus dikenakan.Oleh itu, kerajaan harus menghukum
mereka yang tidak bertanggungjawab ini dengan seberat-beratnya supaya mereka tidak
berani untuk melakukan kesalahan ini. Hukuman seperti dendaan wang , penjara atau
penarikan lesen patur dikenakan agar mereka berasa gerun akan hukuman yang berat itu.
Di samping itu, bahan-bahan yang tidak boleh reput patut ditukar kepada bahan
yang boleh reput dalam kegunaan seharian. Pihak kerajaan harus menggalakkan
penggunaan beg kertas untuk menggantikan beg plastik dalam penggunaan seharian.
Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah bahan buangan yang banyak dan
tidak boleh reput , malah dikatakan mesra alam. Penggunaan bahan lain seperti kertas
harus diperluas menggantikan beg plastik seperti ketika membeli-belah di pasar raya,
pembungkusan dan lain-lain. Bakul-bakul rotan pula boleh digunakan semasa ke pasar.
Dengan itu, masalah pencemaran oleh bahan-bahan yang tidak mereput dapat
dikurangkan dalam penggunaan seharian.
Masalah pembuangan bahan-bahan sisa bertoksik juga boleh diatasi dengan
mengubah bahan-bahan yang bertoksik kepada bahan yang selamat sebelum didedahkan
kepada alam sekeliling. Punca berlakunya masalah ini ialah mereka tidak tahu bagaimana

ganos@smjk chung hwa

SUDUT KARYA PELAJAR


untuk menguruskan bahan-bahan yang bertoksik itu selepas selesai sesuatu proses seperti
yang berlaku di kilang-kilang. Oleh itu, kerajaan harus menjalankan penyelidikan supaya
bahan-bahan yang bertoksik dapat diproses atau ditukarkan menjadi bahan-bahan yang
tidak bertoksik dan lebih mesra alam, dan dapat diimplimentasikan oleh kilang-kilang
pemprosesan supaya masalah pembuanga sisa-sisa toksik dapat dikurangkan.Masalah
kesihatan orang ramai pun akan berkurangan. Dengan langkah ini masalah pencemaran
dapat diatasi.
Selain itu, masalah pembuangan bahan-bahan yang tidak boleh reput dapat diatasi
dengan mengubah bahan-bahan tersebut menjadi barang perhiasan yang mempunyai nilai
yang tinggi dalam bidang kesenian.Bahan-bahan buangan seperti botol kaca boleh
dibersihkan dan dilukiskan atau diserikan untuk menjadi pasu bunga atau barang
perhiasan dalam rumah atau pejabat Botol kaca yang terbuang dan yang dianggap sebagai
sampah masih boleh diubahsuai menjadi barang yang berharga dari segi keseniannya dan
bernilai di pasaran.Oleh itu, pembuangan botol kaca akan berkurang kerana masih boleh
digunakan untuk dijadikan bahan lain. Maka, masalah pencemaran oleh bahan-bahan
yang tidak mereput dapat diatasi.
Sebaga intiha, semua phak harus berganding bahu dalam usaha mengatasi
masalah pencemaran yang buruk ini.Semua pihak mempunyai peranan masing-masing
dan harus melaksanakannya dengan sempurna dalam menjamin kesejahteraan hidup masa
kini dan generasi pada masa akan datang. Langkah-langkah tersebut dijadikan rujukan
untuk mengatasi masalah ini dan masalah ini harus diselesaikan dengan secepat mungkin
bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.Oleh itu, kerjasama
dari pelbagai pihak amatlah dihargai dalam usaha mengatasi masalah ini. Selamatkan
alam sekitar kita!
****** *

ganos@smjk chung hwa

You might also like