You are on page 1of 2

Refleksi Kendiri

Melalui Program BIG ini, saya telah mendapat tahu banyak kaedah
dan strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Objektif BIG kali ini
ialah meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan dalam diri guru
pelatih. Pada pendapat saya, guru cemerlang yang kami lawati di SK
Kemuning mempunyai profesionalisme yang sangat tinggi dan telah berjaya
memberi banyak cadangan yang dapat membantu saya dan guru pelatih lain
juga.
Selepas mendengar segala segala penceritaan dari beliau, saya
dapat mengetahui bahawa strategi dan kaedah yang sesuai dengan tahap
murid dan menarik minat murid untuk belajar adalah yang perlu di
titikberatkan. Sekiranya guru asyik menyampaikan pengetahuan tanpa
berpusatkan murid, murid akan berasa bosan. Yang paling saya ingat ialah
cara Mr Ong Sen Choo mengajar Bahasa Inggeris. Beliau memberi
penekanan kepada pelajar untuk membuat bahagian B iaitu essei dan teknik
yang beliau tekankan ialah drilling iaitu dengan mengingat essei yg terbaik
supaya dijadikan contoh.
Seperkara lagi yang saya ingat yang satu kaedah unik yang
dikemukakan oleh guru cemerlang iaitu menghasilkan buku kerja setiap tahun
untuk bacaan murid. Beliau menggabungkan semua hasil yang dikumpul
sama ada dari murid atau internet dan menghasilkan buku kerja atau buku
strategi beliau. Ini menampakkan kesungguhan dan profesionalisme beliau.
Saya berasa sangat kagum atas tindakan yang dilaksanakan.
Satu kekurangan yang saya dapati dalam program ini masalah bas.
Pada masa kami bertolak pada pagi tersebut, perjalanan kami lancar dan
tidak mempunyai apa-apa masalah. Tetapi, masalah timbul pada sebelah
petang, apabila kami telah selesai program dan kami mendapat makluman
tentang keadaan bas maktab kami telah rosak sewaktu dalam perjalanan
untuk mengambil kami di SK Kemumin. Kami terpaksa menunggu beberapa
jam untuk bas lain yang baru dari IPG untuk datang dan membawa kami
pulang. Secara kesimpulannya, saya berasa bersyukur kerana program ini

dapat dilaksanakan dengan dan berharap kelebihan dan kekurangan program


ini dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang.

You might also like