Professional Documents
Culture Documents
Alatan Tangan Dalam Kerja Kayu
Alatan Tangan Dalam Kerja Kayu
Kerja Kayu
Isi Kandungan
1.
Penghargaan
2.
Pengenalan
3.
4.
19
5.
26
6.
61
7.
Kesimpulan
68
8.
Lampiran
69
9.
Rujukan
71
ALATAN TANGAN
DALAM
KERJA KAYU
1. PENGENALAN
Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu
dapat dikelompokan kepada :1.1. Alat Menanda dan Merancang Tanda
1.2. Alat mengapit dan Menyangga
1.3. Alat Memotong
1.4. Alat Memukul dan Memutar
1.5. Alat Menajam
ALAT MENANDA
DAN
MERANCANG TANDA
3.Pita Pengukur
Pita pengukur diperbuat daripada plastik atau keluli.Panjang pita
pengukur yang biasa dapat dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0
meter.Kegunaan pita pengukur ialah untuk mengukur jarak yang
pendek serta panjang.Pita pengukur juga boleh digunakan
untuk memindahkan ukuran. Lihat Rajah 3 di bawah.
4.Pisau Penanda
Pisau penanda ialah sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli
khas.Pisau penanda digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong
dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.Lihat rajah 4 di bawah.
5.Pensil Tukang
Mata dan badan pensil ini lebih lebar dan tebal. Permukaannya berbentuk
segiempat tepat.Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan
merancang tanda.
6. Pembaris Lipat
7.Aras Spirit.
Aras spirit ialah sejenis alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.Ia
dperbuat daripada kayu atau logam yang lurus dan rata pada kedua-dua
mukanya.Pada bahagian tengah serta hujungnya dipasangkan tabung spirit
atau air untuk mendapatkan aras atau kepugakan.Panjang Aras Spirit biasanya
diantara 300 milimeter (mm) hingga 1.5 meter (m).Lihat rajah 6 di bawah.
9.Sesiku Bergabung
Badan dan mata diperbuat daripada
keluli.Manakala matanya boleh
dilaraskan atau diubahsuaikan
kedudukan pada badannya.Badannya
mempunyai satu muka yang bersudut
90dan mukanya yang lain bersudut
45dengan matanya.Lihat rajah 8.
10.Tolok Penanda
Tolok penanda diperbuat daripada kayu.Tolok penanda mempunyai badan
dan pelaras.Mata terdapat pada kayu pelaras.Terdapat dua jenis tolok
penanda iaitu Tolok Penanda satu paku(mata) dan Tolok Penanda Tanggam
Puting(dua mata). Lihat rajah 9 di bawah.
ALAT MENGAPIT
DAN
MENYANGGA
a. Ragum Meja
1.Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam(Lihat Rajah 12 di bawah).
2.Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan
permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapit.
3.Rahang ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut (biasanya aluminium)
untuk menjaga permukaan kerja.
4.Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa ianya
dikerjakan.
5.Perhatian- Jangan menggunakan ragum meja sebagai andas.
d. Apit Panjang
Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium
dengan panjangnya ialah 0.6 meter, 0.9 meter, 1.2 meter, 1.5 meter, dan
1.8 meter.Apit panjang digunakan untuk proses pemasangan tanggam,
pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau
diglukan. Sila lihat rajah 14 di bawah.
e. Apit Rencong
Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi
tuangan.Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu
yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau dipakukan seperti
dalam kerja pemasangan kerangka gambar. Lihat rajah 15 di bawah.
f. Kakak Tua
Kakak tua digunakan untuk mengeluarkan paku,
memotong dawai, dan sebagainya.Kakak tua biasanya
bersaiz antara 125mm hingga 300mm.Kakaktua terdiri
daripada lengan, rivet,rahang, dan kuku.
ALAT MEMOTONG
DAN
MENAJAM
a. Jenis-jenis Ketam
Terdapat pelbagai jenis ketam tangan yang ada di dalam
bengkel.Ketam yamg sentiasa digunakan dalam proses
membuat kerja kayu dan perabut ialah:
1.ketam kasar
2.ketam pelicin
3.ketam golek
4.ketam lurah
5.ketam pangkas
6.ketam tetingkat
7.ketam pancaguna
8.ketam kasar sepanjang 500-750 mm.
1.Ketam Kasar
a-Ketam Kasar
-Terdiri daripada jenis kayu atau logam
-Digunakan untuk mengetam permukaan kayu osecara kasar
kepada saiz yang diperlukan dengan cepat
-Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam
semula dengan ketam pelicin kepada saiz yang tepat.
-Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm
2.Ketam Pelicin
-Sebagaimana juga ketam kasar, badan
ketam pelicin juga ada yang
diperbuat daripada logam dan kayu.
-Badannya terdapat yang berukuran 203228 mm.
-mata keluli yang tajam dan lurus selebar
37 mm hingga 62 mm.
-Kegunaannya ialah untuk mengetam
permukaan kayu selepas diketam dengan
ketan kasar kepada saiz yang lebih tepat.
3. Ketam Tetingkat
Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada
tepi atau hujung kepingan kayu.
Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk.
Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti
ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat mata hujung
dan ketam tetingkat mata tepi.
4.Ketam Pangkas
Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu
secara melintang ira.
Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atay
kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti
menyediakan kumai serong.
Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan
lebarnya 50 mm.
5.Ketam Lurah
Ketam lurah ini dibina dengan dengan mata yang seumpamanya bagi
membina lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan
jarak yang tertentu dari tepi kayu.
Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh
dilaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya.
6. Ketam Golek
Ketam golek digunakan untk mengetam bahagian tepi permukaan
kayu kecil yang cembong.
Ketam ini diperbuat daripada logam.
Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan
7. Ketam Pancaguna
Jenis-jenis ketam
b.Jenis-jenis Gergaji
Proses kerja-kerja di bengkel kerja kayu memerlukan gergaji
untuk memotong atau membelah kayu.Terdapat pelbagai jenis
gergaji.Proses memotong kayu mengikut urat selari memerlukan gaji
belah.Memotong kayu melintang urat kayu memerlukan gergaji kerat.
Perbezaan utama antara kedua dua gergaji ini ialah pada bentuk
giginya.saiz mata gergaji tangan ditentukan oleh panjang mata gergaji dari
hujung ke tumit dan bilangan giginya dalam 25 mm.Terdapat beberapa
jenis gergaji yang selalu digunakan, antaranya ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Gergaji Kerat
Gergaji Belah
Gergaji Puting
Gergaji Lengkung Halus
Gergaji Bajang
Gergaji Tebok
Gergaji Ekor Tikus
1.
Gergaji Kerat
Rajah
: Gergaji Kerat
2. Gergaji Belah
Gergaji belah digunakan khas untuk
membelah kayu yang telah
digergajikan mengikut atau selari
dengan ira kayu.
Gergaji belah mempunyai gigi yang
berbentuk serupa dengan mata pahat
dan tepi hadapannya bersudut tepat
denagn garis giginya.
Gergaji belah mempunyai bilangan gigi
antara 3 hingga 6 bilah bagi setiap 25
mm.
Gergaji ini mempunyai tiga jenis iaitu
jenis kecil, jenis sederhan, dan jenis
besar
Penggunaan gergaji ini bergantung
kepada ketebalan kayu yang hendak
dibelah.
Panjang gergaji kerat ini ialah antara
600 mm hingga 700 mm.
3. Gergaji Puting
Gergaji puting mempunyai mata yang nipis yang terpaksa diperkuatkan oleh
jalur logam ( patil keluli) di belakang matanya.
Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang halus sesuai untuk
memotong kayu-kayu yang kecil.
Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan menggunakan
gergaji puting.
Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat dan mempunyai mata kecil
anta 12 hingga 14 bilah bagi setiap 25 mm.
Kegunaannya adalah untuk mengerat secara lurus untuk membuat tanggam
seperti membuat puting dan lain-lain.
5. Gergaji Bajang
Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji puting tetapi
lebih kecil.
Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci.
Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang
pemasangannya lebih ketat dan tepat terutama dalam
membuat
6. Gergaji Tebok
Gergaji tebok bermata halus dan berbentuk tirus.
Panjangnya 300mm hingga 450 mm.
Gergaji tebok digunakan untuk memotong benda
kerja yang lurus dan melengkung di bahagian dalam.
c. Jenis-Jenis Pahat
Terdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu.Pahatpahat ini mempunyai fungsi yang berlainan dalam membuat
sesuatu kerja.pahat ini biasanya diperbuat daripada
keluli.Manakala bahagian pemegang atau hulu pula diperbuat
daripada kayu atau plasti yang tahan diketuk
Pahat-pahat tersebut ialah :
i.
ii.
iii.
ii.
iii.
iv.
v.
ii.
i.
ii.
iii.
ALAT MENUKUL
DAN
MEMUTAR
Alatan Memutar :
Pemutar Skru Jenis Alur dan Pemutar Skru Philip
Gerudi tangan
Gerudi Giarsala
A. Alatan Menukul
i.
Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)
-Tukul kuku kambing mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau besi
dan bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah
-Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2 kg.
-Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg
-Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.
ii.
iii.Gandin
Gandin kayu digunakn
untuk memahat dan
memasang atau
menanggalkan tanggam.
Kepala gandin berbentuk
selinder atau segi empat .
Gandin diperbuat
daripada kayu keras.
B.Alat Memutar
Alat memutar adalah alat yang digunakan untuk memasang
antaradua kayu dengan cara pusingan sama ada mengikut
arah jam atau lawan jam dengan menggunakan skru.
1.Pemutar Skru Jenis Alur dan Jenis Philip
-Terdiri daripada dua jenis iaitu jenis biasa atau pub bergear.
-Matanya dibuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung
samada kepala atau Philips.
-Panjang matanya antara 75mm hingga 300mm.
-Pemegangnya dibuat daipada kayu atau plastik.
-Kegunaan alat ini aialah untuk memasang atau menaggalkan
skru.
2.Gerudi
Gerudi terdiri daripada dua jenis :
-Gerudi bergear lebih ringan
-Gerudi jenis gear sal(engkol)
Kegunaan gerudi ialah untuk memudahkan kerja
melubang
Terdapat beberapa jenis mata antaranya
-Mata tengah
-Mata terlaras
-Mata paku
-Mata pulas
-Mata Froster
-Mata Pelubang benam
a. Gerudi tangan
b. Gerudi Engkol
Gerudi engkol digunakan untuk
menebuk lubang pada kayu.
Saiznya ditentukan pada hayunan
pemegangnya.
Bahagian utamanya ialah kepala,
pemegang, rangka, cincin sesondol,
gear sehala, bindu, dan rahang.
Gerudi engkol digunakan bersama mata
gerimit.
Saiz mata gerimit adalah lebih besar jika
dibandingkan dengan mata gerudi
pintal.
Ia tidak boleh membuat lubang pada
logam.
3. Senggerek
Senggerek digunakan untuk membuat
lubang kecil pada kayu.
Untuk membuat lubang, pusingkan mata
senggerek ke kanan dan ke kiri sambil
menekan.
d. Kikir Bulat
Kikir ini juga dikenali sebagai kikir ekor tirus.
Kikir ini digred dari pada kasar hingga gred halus.
Bentuk giginya lurus dan bersilang.
Kikir ini digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat
dan lubang melengkung.
Rajah : Kikir
Kesimpulan.
Penulisan tugasan ini amat berharga kerana memberi
pendedahan cara penggunaan alatan tangan yang betul.
Pengalaman ini akan kami gunakan nanti apabila bertugas di
sekolah nanti. Penulisan ini memberi penjelasan dan pemahaman
yang mantap tentang fungsi sesuatu alatan tangan.
Pengalaman ini mungkin tidak dapat diulangi di waktu dan
tempat yang lain. Kami juga dapat mengenali berbagai jenis alatan
kerja tangan dan ada yang kami tidak mengetahui nama dan
fungsinya. Penulisan kreatif ini dapat memberi kefahaman kepada
kami tentang fungsi alat kerja tangan.
lampiran
Gambarajah
:Gerimit
Gambarajah : Gandin
Bahan Rujukan
Asnul Dahar bin Minghat, Anuar bin Mohamad (2004). Teknologi
Kayu, Skudai : Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,UTM.
Shahnon Lim.Zainal A (2004), Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras
dan KMT) : Sasbadi, Petaling Jaya.
Walton, John. (1971), Pertukangan Kayu : Teori dan Amalan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Lazim Zakaria (2001). Bahan dan Binaan, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.