You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

SATU BANGSA SATU NEGARA SATU MATLAMAT


PERSEDIAAN PERTANDINGAN PERGERAKAN KREATIF
SK TABUAN HILIR BAGI SESI 2013.

1.

P ENGENALAN
SKTH telah beroperasi secara rasminya pada 1 Januari 2003 dan upacara perasmian telah

disempurnakan oleh Y.A.B Perhin Sri Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud merupakan Ketua Menteri
Negeri Sarawak pada 15 Mac 2003. Sekolah ini mula beroperasi dengan hanya empat buah
bangunan sekolah iaitu tiga bangunan kelas, manakala satu bangunan kantin. Mempunyai
keluasan keseluruhan sekolah seluas 7.9 ekar bersamaan 3.2 hektar dan no. Lot tanah ialah 1143
dalam kawasan Blok 11. Sekolah ini terletak dalam kawasan Kg. Tabuan Melayu, di bawah daerah
pentadbiran Kuching, dalam kawasan Parlimen Santubung ( P193 ), dalam kawasan Dewan
Undangan Negeri Demak Laut ( N04 ), dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS
). Jarak sekolah ini daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuching ialah sejauh 8 kilometer.

2.

TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA


Merancang kareografi bagi persembahan yang akan dipertandingkan serta menetapkan

jenis persembahan.

3.

RASIONAL DAN OBJEKTIF PEMBINAAN KERTAS KERJA


Rasional dan objektif pembinaan kertas kerja ini adalah untuk membina semangat

cintakan ilmu pengetahuan dan merancang persembahan yang berteraskan perpaduan di


kalangan masyarakat di Malaysia.

4.

MASA PERSEMBAHAN
15 minit

5.

OBJEKTIF KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF


Murid akan dapat ;
5.1

Objektif Kognitif

Murid dapat menyatakan definisi pergerakan kreatif yang melibatkan


ketangkasan dalam tarian dan pergerakan 1 Malaysia.

Murid

dapat

mengenalpasti

sekurang-kurangnya

tiga

aktiviti

yang

melibatkan pergerakan.

Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya tiga aspek keselamatan


semasa melakukan pergerakan.

Murid dapat menamakan sekurang-kurangnya tiga jenis pergerakan dan


otot-otot yang terlibat semasa melakukan pergerakan.

5.2

Objektif Psikomotor

Murid dapat melakukan sekurang-kurangnya tiga aktiviti pergerakan untuk


melakukan pergerakan dengan teknik yang betul dan selamat.

5.3

Objektif Afektif

Murid dapat bekerjasama semasa melakukan pergerakan kreatif.

Murid dapat mematuhi arahan guru semasa melakukan aktiviti.

Murid dapat menghormati kebolehan orang lain dalam melakukan


pergerakan.

6.

JUMLAH MURID
10 orang yang terdiri dari pelbagai kaum.

7.

ALATAN / PROPS / COSTUME


7.1

Alatan /Props

Alatan yang digunakan dalam persembahan ini ialah seperti berikut ;


1. Reben ( perlambangan untuk masyarakat Cina )
2. Bola ( perlambangan untuk masyarakat Melayu-sepak raga )
3. Kayu berwarna ( perlambangan untuk masyarakat India )

4. Bendera Malaysia

( Untuk masyarakat peribumi Sabah dan

Sarawak )

7.2

Costume

Baju 1 Malaysia dalam bentuk baju sukan bagi memudahkan pergerakan


yang mengandungi warna putih, merah, kuning dan biru.

8.

Kasut sukan.

Murid Islam bertudung putih.

Murid pelbagai bangsa menggunakan skarf putih.

LATAR BUNYI / IRAMA / LAGU YANG AKAN DIGUNAKAN


8.1

Set Induksi ( 3 minit )

Lagu Saya Anak Malaysia

http://www.youtube.com/watch?v=G5h6KrRkbzc
8.2

Fasa Perkembangan ( 4 minit )

Lagu Warisan

http://www.youtube.com/watch?v=QO-LbAWYAIk
8.3

Fasa Kemuncak ( 4 minit )

Lagu Satu Bangsa Satu Negara Satu Matlamat

http://www.youtube.com/watch?v=ONrDmr9Br0Y
8.4

Penutup

Lagu Satu Malaysia For Youth ( 1M4U )

http://www.youtube.com/watch?v=RN7E0Ju8HsU
9.

ASPEK KESELAMATAN YANG HARUS DIUTAMAKAN


9.1

Murid menguasai penggunaan alatan dan tidak menyebabkan berlakunya


kemalangan ke atas rakan yang lain.

9.2

Murid mengikuti arahan ketua kumpulan dengan akur supaya setiap pergerakan

dapat dilakukan tanpa menyebabkan kecederaan kepada rakan lain terutamanya


pergerakan yang berlaku dalam fasa kemuncak.
9.3

Murid mengambil kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktiviti pergerakan.

9.4

Murid mematuhi arahan guru dan melakukan aktiviti secara sistematik.

9.5

Murid melakukan aktiviti mengikut giliran masing-masing.

9.6

Murid melakukan aktiviti regangan otot dengan teknik yang betul untuk
mengurangkan risiko kekejangan dan kecederaan.

9.7

Guru memastikan murid yang terpilih mempunyai saiz badan yang sepadan bagi
aktiviti pergerakan kreatif ini.

10

HURAIAN KAREOGRAFI MENGIKUT SEGMEN


10.1

Set Induksi ( 3 minit )


a.

Pergerakan

Menggunakan pergerakan keseluruhan tubuh badan iaitu kaki, tangan dan


badan.

b.

Tema dan unsur pergerakan

Tema 1 : Kesedaran Tubuh Badan ; aktiviti lokomotor ( unsur bergerak dari


satu tempat ke tempat yang lain )

Tema 5 : Penyesuaian terhadap rakan ; kerja berkumpulan ( unsur bergerak


mengikut kebudayaan masing-masing )

Tema 15 : Formasi-formasi dalam Kumpulan ; formasi tidak sebentuk


( unsur bergerak membentuk dua gerakan iaitu unsur pertama bentuk bulat
bebas dan unsur kedua dalam bentuk formasi lurus ).

c.

Masa mengikut segmen

Murid bergerak menggunakan tarian Melanau ( masyarakat peribumi


Sarawak ) yang menggunakan pergerakan seperti berikut ;
Pergerakan kaki :

Dua langkah ke kanan dan dua langkah ke kiri yang bergerak dari
belakang pentas.

Pergerakan tangan :
-

Tangan diletakkan di belakang punggung sambil memegang alatan


sehingga sampai di hadapan pentas.

Murid ABCDE berada di depan manakala murid FGHIJ berada di bahagian


belakang seperti rajah berikut ;

Pergerakan seterusnya bergerak menggunakan tarian Sumazau bagi murid


IJDE dan FA ( Cina ), GB ( Melayu ) dan HC ( India ) seperti rajah berikut;

10.2

Fasa perkembangan ( 4 minit )


a.

Pergerakan

Menggunakan pergerakan tubuh badan, ruang, daya dan beban dan juga
gabungan pergerakan.

b.

Tema dan unsur pergerakan

Tema 16 : Kualiti-kualiti Ekspresif dalam Pergerakan ( unsur bergabung


membentuk idea atau perasaan, perkaitan dan perbezaan budaya di
Malaysia ). Ransangan bunyi digunakan untuk membentuk penceritaan
dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

Tema 5 : Penyesuaian terhadap rakan ; kerja berkumpulan ( unsur bersatu


membentuk formasi yang melibatkan penceritaan ).

Tema 11 : Orientasi ruang ; melibatkan kesedaran ruang iaitu atas dan


bawah; kiri dan kanan ; hadapan dan belakang ( unsur bergerak mengikut
ruang yang bersesuaian ).

c.

Masa mengikut segmen

Murid bergerak dengan perlahan seperti tarian Melanau dan meletakkan


alatan di tepi pentas bagi melakukan teknik pergerakan seterusnya dan
murid terpilih memasuki tengah pentas menggunakan tarian sama dan
membentuk pergerakan Ekspresif. Manakala murid lain melakukan formasi
lurus sementara menunggu giliran.

Teknik penceritaan bermula dengan pergerakan daripada lakonan bisu yang


menceritakan setiap bangsa menentang penjajah bagi membebaskan
Tanah Melayu daripada dijajah dan dilakukan seperti berikut ;
-

Dua orang penjajah mengerah penduduk bekerja dengan kasar.

Beberapa bangsa lain menentang dengan bersatu hati lalu menghalau


penjajah tersebut dari Tanah Melayu.

Apabila Tanah Melayu bebas dari jajahan British, penduduk bersatu hati
dengan bergembira menyambut kemerdekaan Tanah Melayu yang
menjadi warisan kepada mereka.

Pergerakan di sini agak bebas dan penuh emosi.

10.3

Fasa Kemuncak ( 4 minit )


a.

Pergerakan

Pergerakan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan penggunaan


ruang.

b.

Tema dan unsur pergerakan

Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat ; menggunakan gerak


isyarat ( unsur bergerak menggunakan keseluruhan badan bergerak )

Tema 7 : Lapan lakuan daya asas ; menggunakan pergerakan lejang


( pantas ), apung ( lemah-lembut ), luncur ( licin, tenang dan halus ) serta
ketis dan renjis ( menggunakan jari ).

Tema 10 : Transisi lapan daya asas ; perubahan beransur ( unsur bergerak


berdasarkan aspek masa )

Tema 11 : Orientasi ruang ; atas dan bawah, kiri dan kanan, hadapan dan
belakang ( unsur bergerak mengikut ruang ).

Tema 12 : Gabungan bentuk dan daya dalam pergerakan ( unsur


menggunakan rangkaian daya mengikut corak ).

c.

Masa mengikut segmen

Murid bergerak dalam barisan lurus secara berpasangan dengan tangan


berpegangan ( berjalan pantas ).

Di sini tema penceritaan melambangkan masyarakat di Malaysia pada masa


kini.

Dua barisan terbentuk dengan 5 di sebelah secara berpasangan. Murid


disebelah

kanan

kemudian

berhadapan

dengan

pasangan

sambil

membentuk pergerakan atas dan bawah secara berselang-seli.

Seterusnya

mereka

berdiri

dan

menghayunkan

tangan

ke

arah

bertentangan secara berselang-seli.

Kemudian murid membentuk luncur dan lejang serta melompat dalam dua
arah bertentangan lalu membentuk bulatan.

Kelapan-lapan peserta duduk mencangkung sambil membentuk tangan


bersatu manakala dua orang lagi menaiki tangan tersebut bagi membentuk
tugu Malaysia yang menunjukkan rakyat yang bersatu padu dan
kepelbagaian kaum.

10.4

Penutup ( 4 minit )
a.

Pergerakan

b.

Menggunakan teknik peniruan lakuan.


Tema dan unsur pergerakan

Tema 14 : Kesedaran Kumpulan ; meniru lakuan kumpulan ( unsur


menggunakan kesedaran bagi kumpulan yang pasif yang meniru lakuan
dalam sesuatu situasi ).

Tema 15 : Formasi-formasi dalam Kumpulan ; formasi tidak sebentuk


( unsur berfokus kepada pergerakan pemimpin ).

c.

Masa mengikut segmen

Formasi yang hendak dibentuk pada segmen ini ialah berbentuk perpaduan
kaum di Malaysia yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri. Formasi
yang dimaksudkan ialah formasi padat.

Fasa pertama pembentukan melibatkan pergerakan bebas iaitu bermula


dengan formasi lurus yang diketuai oleh seorang pemimpin. Berdiri di
belakang rakan dan memegang baju rakan sambil berjalan mengelilingi
pentas dengan tempo kaki ke kiri dan kanan.

Fasa kedua formasi berbentuk bulat dengan meniru gaya bebas oleh
pemimpin. Pada ketika ini ketua berada di tengah-tengah. Tangan ahli yang
lain saling berpegangan dan bersama-sama melakukan posisi yang di tiru
daripada ketua. Keadaan seperti bunga teratai apabila berada dalam
keadaan kuncup dan kemudian merekah.

Posisi terakhir ialah apabila murid-murid mengelilingi ketua mereka dengan


padat dan kemudian meregang kemudian mengangkat ketua tersebut ke
udara menggunakan tangan dan di sini berakhirnya persembahan ini
sebagai penutup persembahan.

11

PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar program yang dirancang dalam kertas kerja ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan memberikan pengalaman yang menyeluruh dan berguna ke
atas para pelajar dan berupaya untuk melahirkan pelajar yang mantap dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial seperti yang dinyatakan oleh Hoe ( 2009 ) iaitu konsep menyeluruh ini
memberikan sumbangan kepada perkembangan-perkembangan dan pembangunan keseluruhan
pelajar melalui pengalaman-pengalaman pergerakan. Dengan adanya kertas kerja ini juga dapat
membantu guru melatih murid dengan pergerakan yang betul kerana pergerakan yang betul akan
membentuk pengetahuan dan pemahaman tentang pergerakan yang membenarkan individu
mengadaptasi dan memodifikasi pergerakan untuk mencapai matlamat pergerakan yang lebih
spesifik dan kompleks seperti yang dijelaskan oleh Mazuki Mohd Yassim dan rakan-rakan
( 2013 ). Howton ( 2010 ) juga menjelaskan bahawa melalui asas latihan pergerakan yang betul,
proses pembelajaran kemahiran pelajar akan menjadi lebih cepat dan berkesan. Dengan adanya
pertandingan ini dapatlah mencungkil potensi pelajar dalam memperkembangkan kemahiran
mereka melalui pelbagai corak pergerakan fizikal sesebuah kemahiran dalam aktiviti harian dan
sukan. Atas kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak dapatlah kita bersama-sama
meningkatkan mutu sukan negara kita dengan menanam semangat kesukanan yang tinggi dalam
diri seseorang pelajar tersebut

Disediakan Oleh;

Disemak Oleh;

.................................................

..........................................

( UMIKALSUM ABU BAKAR )

( SAJALI BIN HJ. OJEK )

Guru Sukan

Guru Besar

SK Tabuan Hilir ( SKTH ), Kuching

SK Tabuan Hilir ( SKTH ), Kuching

Tarikh : 21 April 2013

s.k.

1. Fail sekolah
2. Fail ppd

You might also like