You are on page 1of 47

1

ISLAM DALAM TAMADUN


MELAYU SERTA
PERANANNYA DALAM
PEMBINAAN TAMADUN
MALAYSIA

Pendahuluan
2

Islam mempunyai kaitan yang rapat


terhadap perkembangan tamadun
manusia termasuklah di Malaysia.
Perkataan Islam itu sendiri berasal
daripada perkataan Arab salima bererti
selamat sentosa atau kedamaian.
Dari perkataan salima ini lahir perkataan
aslama yang bermaksud terpelihara dalam
keadaan selamat sentosa. Ia juga bererti
menyerah diri, tunduk patuh dan taat.

Islam secara umumnya adalah sejahtera di


mana sistem Allah s.w.t. adalah seimbang
dan sejahtera. Seluruh makhluk Allah s.w.t.
mengikut dengan patuh terhadap sistem
Allah s.w.t. seperti firmanNya di dalam surah
al-'Imraan ayat 83 yang bermaksud:
"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima
perjanjian) itu mereka mencari lain daripada
agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk
(taat) sekalian makhluk yang ada di langit
dan di bumi, sama ada dengan sukarela
ataupun dengan paksa, dan kepadaNyalah
mereka dikembalikan"

PANDANGAN SEMESTA DAN


TAMADUN ISLAM

Menurut Lucien Goldmann, unsur utama


yang membezakan antara sesebuah
tamadun dengan tamadun yang lain ialah
pandangan semesta (worldview /
weltanschauung) yang mendasarinya.
Ibn Khaldun mengatakan bahawa
suasana persekitaran merupakan unsur
terpenting dalam membentuk pandangan
semesta sesebuah masyarakat.

Pandangan semesta
5

Secara umumnya, pandangan semesta merupakan


satu konsep mengenai alam semesta secara
keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut
pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai
tertentu.

Syed Naquib al-Attas : pandangan semesta Islam


merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek
dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat.
Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam
ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang
terjelma dari mata hati manusia mengenai
kewujudan seluruh alam.

Sifat-sifat Tamadun Islam


6

1.
2.
3.
4.

5.
6.

Kesejagatan
Keterbukaan
Sepanjang zaman
Toleransi Terhadap Agama Dan Budaya
Lain
Kesatuan Dalam Kepelbagaian
Keseimbangan Antara Rohani Dan
Jasmani

CIRI-CIRI KHUSUS
TAMADUN ISLAM

1.
2.
3.
4.

Rabbani
Sempurna dan menyeluruh
Umum
Idealistik dan realistik

MATLAMAT TAMADUN ISLAM


8

Matlamat umum : mewujudkan


perhubungan yang sejahtera sesama
manusia dan alam
Matlamat khusus : mewujudkan
hubungan dengan Pencipta iaitu Allah
s.w.t. iaitu beribadat mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Allah
s.w.t. dan Rasulnya Nabi Muhammad
s.a.w.

Hubungan manusia dengan Allah s.w.t.


9

Hubungan antara manusia dengan


Allah s.w.t. bersifat hubungan antara
hamba dengan Penciptanya.
Hubungan tersebut merupakan
hubungan paling tinggi dan paling
mulia dalam kehidupan manusia,
mengatasi hubungan yang wujud
antara manusia tersebut dengan
mana-mana manusia atau makhluk
lain.

Hubungan manusia
dengan manusia
10

Masyarakat muslim adalah masyarakat yang


terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah.
Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah
masyarakat yang berbentuk sejagat, tidak bersifat
perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak
terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan
politik.

Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang


mendapat tempat di sisi Allah Yang Maha
Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, di samping
berbuat baik kepada sesama manusia.

Hubungan manusia dengan alam


11

Allah s.w.t. telah mencipta alam semesta ini


untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya
Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka
bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk
memelihara alam ini.

Allah s.w.t. telah memberikan panduanNya


kepada manusia berhubung dengan hubungan
yang sepatutnya antara manusia dengan alam.

12

"Dan tiada satu pun di antara haiwan


melata di bumi atau pun burung
terbang dengan dua sayapnya
melainkan mereka juga umat-umat
seperti kamu; tiada satu pun yang
Kami lupakan di dalam Kitab,
kemudian kepada Tuhannya mereka
dikumpulkan.
(al-Anaam, 6 : 38)

13

Memberikan makanan dan minuman kepada


haiwan, khususnya yang dipelihara, apabila
diperlukan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan
dikasihani"
Mengasihani haiwan. Sabda Rasulullah s.a.w.
apabila
baginda
melihat
beberapa
orang
menjadikan burung sebagai sasaran panah
mereka:
"Allah melaknat orang yang menjadikan sesuatu
yang
mempunyai roh sebagai sasaran"


14

Tidak menyiksa binatang dengan apa


cara sekalipun. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Seorang perempuan dimasukkan
ke dalam neraka disebabkan
seekor
kucing yang dikurungnya
hingga
mati, perempuan itu akan masuk
neraka kerana kucing itu
tidak diberi
makan, tidak diberi
minum
dan
tidak dibiarkan
memakan binatangbinatang
tanah".
(Bukhari)

SUMBER TAMADUN ISLAM


15

Sumber utama tamadun Islam ialah al-Quran


dan al-Sunnah.
Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas,
kemudian dijelas dan diperincikan oleh alSunnah.
Kedua-duanya
ini
merupakan
sumber
inspirasi umat Islam untuk membentuk,
membangun dan mengembangkan tamadun
mereka.

TUJUAN TAMADUN ISLAM


16

Tujuan utama tamadun Islam ialah


memelihara
keperluan
manusia
yang lima iaitu:
1.

2.
3.
4.
5.

menjaga
menjaga
menjaga
menjaga
menjaga

agama
jiwa
keturunan
akal
harta

al-Dharuriyyat
17

al-Dharuriyyat ialah perkara yang mesti wujud


bagi mendirikan maslahah-maslahah (kebaikankebaikan) terhadap al-din (agama) dan dunia.

Ketiadaannya akan menyebabkan maslahah


dunia tidak berada dalam keadaan stabil bahkan
mendatangkan kerosakan dan huru hara serta
musnahnya kehidupan atau dengan kata lain,
luputnya keselamatan dan kenikmatan sehingga
membawa kerugian yang amat besar.


18

al-Hajiyyat bermaksud keperluan kepada


perkara yang membawa kelegaan dan mampu
menghilangkan kesusahan dan masyaqqah
(kesulitan).

Apabila luputnya perkara al-hajiyyat akan


membawa individu atau masyarakat kepada
kesukaran walaupun tidaklah sampai kepada
kesukaran yang amat sangat seperti tahap aldaruriyyat yang boleh membinasakan.

Hal ini juga melibatkan soal ibadat (khusus),


adat kebiasaan, muamalat dan juga jenayah.

al-Tahsiniyyat
19

al-Tahsiniyyat
pula
bermaksud
mengambil perkara-perkara yang
selayaknya
menerusi
kebaikankebaikan dan menjauhi perkaraperkara dipandang keji oleh akal
yang rasional.
Hal ini terangkum dalam maksud
kemuliaan akhlak.

ISLAM
DALAM TAMADUN MELAYU
20

Islam merupakan suatu elemen yang


sangat penting dan signifikan dalam
membincangkan tamadun Melayu.
Ini kerana, Islam banyak mempengaruhi
perkembangan tamadun Melayu. Kesan
dan nilai Islam dapat ditemui pada hampir
segenap aspek dalam kehidupan
masyarakat dan tamadun Melayu.

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE


ALAM MELAYU
21

Beberapa teori telah dikemukakan :

Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawa kedatangan


Islam ke Alam Melayu bermula pada abad ke lapan
Masehi dan ada yang berpandangan bahawa kedatangan
Islam ke Alam Melayu adalah pada abad ke sembilan
Masehi.

Dari segi sumbernya, ada mengatakan Islam datang


secara langsung dari negeri Arab, ada yang mengatakan
dari India dan ada yang mengatakan dari China.

KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM


TAMADUN MELAYU
22

Kedatangan Islam telah banyak mencorakkan


suasana masyarakat di Alam Melayu.
Kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun
Melayu dapat dilihat dalam beberapa aspek,
antaranya:

Akidah
Politik
Sosial
undang-undang
Ekonomi
Kebudayaan
Bahasa dan sastera
Kesenian
Pendidikan dan Ilmu Syariah

Islam dan Pembentukan


Tamadun Melayu
23

Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang


dibentuk oleh sekelompok manusia yang
dogolongkan secara luas sebagai kumpulan
orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah
di Asia Tenggara yang dikenali dengan
pelbagai
nama
seperti
Alam
Melayu,
Nusantara, Tanah Jawi, Gugusan Kepulauan
Melayu dan sebagainya.
Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitu
bahasa Melayu sebagai lingua franca dan
agama
Islam
sebagai
anutan
majoriti
penduduknya.

24

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah


memantapkan keseluruhan pandangan semesta
Melayu dan berlaku pentakrifan semula tentangnya.

Pandangan semesta Melayu yang berpusatkan


manusia Melayu (man-centered) dan kesedaran
bahawa seluruh hidup terfokus ke arah tuhan (godcentered) membuatkan manusia Melayu menyedari
serta meyakini bahawa Allah Yang Maha Berkuasa,
Maha Mengasihani.

Ini seterusnya menjadikan pandangan semesta


Melayu juga dibentuk berasaskan hubungan manusia
dengan Allah (hablum minalLah) dan hubungan
dengan sesama manusia (hablum minannas).

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan

25

Kedudukan agama Islam yang telah menjadi sebati dengan


kehidupan masyarakat Melayu khususnya di Negeri-negeri
Melayu hanya berubah selepas kedatangan British ke Tanah
Melayu bermula dengan Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang,
Melaka dan Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri
Borneo (Sabah dan Sarawak).
Undang-undang Inggeris dilaksanakan di negeri-negeri Melayu
melalui piagam Keadilan I (1807), Piagam Keadilan II (1826)
dan Piagam Keadilan III (1855).
Residen-residen Inggeris juga dilantik untuk menasihati para
Sultan di dalam perkara-perkara pentadbiran kecuali dalam
perkara-perkara mengenai agama dan adat istiadat Melayu.


26

Dalam konteks perlembagaan


Malaysia pada masakini, dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
jelas memberitahu bahawa :
Islam adalah agama rasmi
persekutuan, tetapi agama lain boleh
diamalkan dengan bebas di dalam
aman dan harmoni di dalam manamana bahagian jua di dalam
persekutuan ini.

27

Menurut Perkara 3(1), Islam telah


dinyatakan sebagai agama rasmi
persekutuan Malaysia. Dalam masa
yang sama, agama-agama lain juga
bebas dipraktikkan dan diamalkan.
Kesan daripada peruntukan
Perlembagaan Persekutuan ke atas
agama Islam dalam perkara 3(1) iaitu
agama Islam sebagai agama
Persekutuan ialah :

28

Bahawa seorang Melayu itu adalah seorang yang


beragama Islam, lazimnya bercakap di dalam
Bahasa Melayu dan mengikut istiadat Melayu.
Melayu dan Islam adalah unsur yang bercantum
dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undangundang dan Perlembagaan.
Yang DiPertuan Agong dikalangan raja-raja di
negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan
negeri termasuk Perlembagaan Negeri Johor.
Mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan
berketurunan raja.


29

Di dalam sumpah memegang jawatan


Yang
DiPertuan
Agong
baginda
mengangkat sumpah dengan didahului
dengan lafaz Wallahi, Wabillahi dan
Watallahi
yang
merupakan
lafaz
sumpah yang dikehendaki dalam
agama Islam.
Yang DiPertuan Agong adalah ketua
agama Islam di negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan iaitu negeri yang tidak
mempunyai Raja.

30

Raja dan Sultan di negeri-negeri beraja ialah


ketua agama Islam bagi negeri masingmasing.
Dalam menjalankan tugas sebagai ketua
agama mereka mempunyai budi bicara dan
tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat
Negeri.
Sultan dari segi praktikalnya
semasa
bertugas dibantu dan dinasihati oleh Majlis
Agama Islam Negeri.


31

Walaubagaimanapun, sebagai satu


perlindungan tambahan terhadap
status agama Islam sebagai agama
rasmi Malaysia, Perkara 11(4) ada
menegaskan bahawa Undang-undang
Negeri dan Undang-undang
Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan
dan Labuan, boleh menjalankan dan
menguatkuasakan pengawalan dan
penghalangan terhadap apa-apa
seruan, dakwah mahupun sebaran
agama-agama lain keatas penganutpenganut Islam.


32

Perkara 38(2)(b) pula memperuntukkan bahawa


Sultan di dalam Majlis Raja-Raja adalah ketuaketua agama Islam dan bertanggungjawab ke atas
adat istiadat Islam.
Perkara 3(2) pula menegaskan bahawa Yang diPertuan Agong menjadi ketua agama bagi negerinegeri yang tidak mempunyai Sultan. Kedudukan
Islam sebagai agama rasmi Malaysia seperti mana
di dalam Perkara 3(1) di atas adalah amat jelas,
diperkuatkan dengan Perkara 11(4) yang
menghalang sebarang penyebaran agama lain
kepada orang-orang Islam.

33

Walaubagaimanapun, maksud Islam sebagai


agama rasmi negara disini haruslah
diperjelaskan. Ini ialah kerana, agama rasmi di
sini bukanlah bererti Islam dan segala prinsipprinsipnya yang terkandung di dalam al-Quran,
as-Sunnah dan sumber-sumber lain
diaplikasikan secara menyeluruh di dalam
segenap pelusuk hal ehwal kenegaraan
sebagaimana definisi Islam mengikut syarak.

34

Sebaliknya, kedudukan Islam sebagai agama


rasmi dalam Perkara 3(1) adalah dalam bentuk
yang lebih kecil dan terbatas kepada beberapa
aspek kehidupan seperti, aqidah iaitu
kepercayaan, ibadah khusus seperti sembahyang,
puasa, zakat, haji serta beberapa aspek khusus
kehidupan masyarakat Islam seperti pernikahan,
penceraian, waqaf, harta pusaka serta beberapa
kesalahan lain seperti berzina, minum arak dan
lain-lain.

Keterbatasan
35

Hakikat bahawa maksud agama rasmi di dalam Perkara


3(1) hanya terbatas kepada beberapa perkara tertentu
sahaja dapat dibuktikan seterusnya melalui Perkara 160
yang jelas tidak memasukkan Undang-Undang Syarak di
dalam definisi dan undang-undangnya.
Kedudukan Islam menurut Perkara 3(1) perlembagaan
hanya terhad kepada perlaksanaan Islam di dalam
beberapa aspek kemasyarakatan umat Islam sahaja
seperti hal kekeluargaan, hal ketuhanan dan keimanan
dan beberapa aspek lain sahaja.

36

Jadual kesembilan di dalam senarai


keduanya yang mendefinisikan bidang
kuasa Badan Penggubal Undangundang Negeri (State Legislature)
juga telah menyenaraikan aspek-aspek
lain yang mana badan penggubal
undang-undang negeri boleh mengubal
Undang-undang atau Enakmenenakmen hukum syarak di negerinegeri masing-masing.


37

Makna agama Islam sebagai agama rasmi


Persekutuan juga jelas terbatas daripada
perlaksanaan Sistem Perundangan Malaysia yang
jelas sebagai ambilan daripada sistem
Perundangan Negara-negara lain seperti England
dan Australia.
Banyak di antara undang-undang negara ini yang
mengambil contoh undang-undang di England
seperti pengamalan Undang-Undang Common
Law (undang-undang Lazim) dan Equity.

38

Ini bermakna kejelasan penggunaan hukum


syarak tidak wujud dalam undang-undang dan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahkan
ambilannya adalah dari sistem Perundangan
negara-negara Sekular.
Selain itu, terdapat Akta-Akta Persekutuan
yang bertentangan dengan hukum syarak
seperti Trustees Act, Age of Majority Act, dan
sebagainya yang masih lagi terpakai kepada
orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.
Bidang kuasa Mahkamah Syariah pula masih
lagi terhad kepada kes di mana kedua-dua
pihak adalah Islam dan tidak berkuasa ke atas
orang bukan Islam.

PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM


PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

39

Malaysia kini adalah sebuah negara bangsa


berbentuk persekutuan yang terdiri daripada
komponen 14 buah negeri.
Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa
sebenarnya
merupakan
lanjutan
daripada
kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu lebih awal.
Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut juga merupakan
kesinambungan daripada beberapa buah kerajaan
atau pusat tamadun Melayu yang pernah wujud di
Alam Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan
Melayu Melaka, Kesultanan Johor Riau-Lingga dan
sebagainya.

Sistem Perundangan Tradisional

40

Melaka : Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka.


Johor : Undang-undang Johor, Undang-undang Tubuh Negeri Johor
1895.

Pahang : Undang-undang Pahang.

Kedah : Undang-undang Kedah.

Perak : Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Keturunan


Daripada Turun Negeri Perak.

Terengganu : Perlembagaan Negeri Terengganu, 1911.

Negeri Sembilan : di Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu.

Agama Islam dan Adat-adat


Istiadat Melayu

41

Islam merupakan elemen penting dalam tamadun Melayu.

Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satu struktur
terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia.

Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling


melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah kemelayuan. Islam
terus menjadi teras bagi identiti Melayu.

Dalam perlembagaan, orang Melayu didefinisikan sebagai orang


yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan
beragama Islam.

Agama Islam dan Adat-adat


Istiadat Melayu

42

Agama Islam dijadikan salah satu


daripada asas bagi mengiktiraf
seseorang sebagai berbangsa Melayu.
Begitu juga dengan perlantikan sultan
bagi setiap negeri, sultan dimestikan
beragama Islam.
Sultan juga diberikan peranan yang
besar dalam mengetuai agama Islam di
setiap negeri di Tanah Melayu.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu


dan Bumiputera
43

Keistimewaan orang Melayu juga telah menjadi satu


asas dalam perkembangan ketuanan orang Melayu
penerajuan dan pemilikan negara Malaysia.
Keistimewaan ini telah diperuntukan dalam
perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Perkara
153.
Di samping peruntukan perlembagaan memberikan
keistimewaan orang Malayu, perlembagaan Malaysia
juga memberikan perakuan dan pengiktirafan terhadap
undang-undang adat yang dilaksanakan di kalangan
orang Melayu.
Namun demikian undang-undang adat ini tidak dapat
mengatasi atau melangkah kuasa Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.

Semangat Kebangsaan
dan Jati Diri Kebangsaan
44

Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan


pegangan terhadap agama Islam sebenarnya telah
banyak memberikan sumbangan kepada semangat
juang di kalangan cendikiawan-cendikiawan Melayu
dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan juga
kebebasan
Tanah
Melayu
daripada
belenggu
penjajahan.
Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaan
untuk berjuang mempertahan dan membebaskan tanah
Melayu telah bermula seawal 1900 dengan diketuai oleh
beberapa orang pemikir dan cerdik pandai yang
memperolehi pendidikan tinggi dalam bidang pengajian
Islam daripada Universiti Al-Azhar Mesir dan juga
daripada beberapa universiti di Timur Tengah yang lain.
Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai
wahana dalam menyampaikan buah fikiran dalam
beberapa majalah dan akhbar seperti al-Imam, Neracha
dan al-Ikhwan.

Penerapan Nilai-nilai Islam dan


kesan-kesannya
45

Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akar


umbi kawalan terhadap semua dasar dan polisi yang
dijalankan oleh kerajaan telah menampakkan lagi
kepada kita peranan agama Islam dalam
pembentukan negara Malaysia.
Nilai-nilai Islam yang suci dan universal telah dapat
diterima oleh semua bangsa majmuk yang tinggal
dalam negara ini.
Nilai-nilai Islam yang berasaskan tauhid dan
mencakupi semua aspek hidup manusia telah menjadi
satu mekanisme kawalan dan panduan bagi
kakitangan kerajaan dalam menjalankan tugas
mereka. Keistimewaan agama Islam yang menjadi
identiti bangsa Melayu telah menjadikan tamadun
Melayu sebagai asas tamadun Malaysia.

Pendekatan Sistem Perbankan


Islam dalam Era Globalisasi
46

Dalam menghadapi era globalisasi masakini


pendekatan ekonomi negara dimantapkan lagi
dengan sistem Perbankan Islam yang dimulakan
pada 1983.

Sekalipun sistem konvensional tetap wujud di


Malaysia, namun Sistem Perbankan Islam kini
semakin popular termasuk juga kepada golongan
bukan Islam.

PENUTUP
47

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk


wajah baru dan memperkukuhkan identiti Melayu
yang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen yang
rapuh dan tidak kekal.
Dengan berindentitikan Islam, bangsa Melayu akan
dapat menjayakan pepatah tidak Melayu hilang di
dunia.
Kejituan tamadun Melayu yang berasaskan agama
Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu
lakaran perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayu
terutama di Malaysia.

You might also like