You are on page 1of 16

Pengenalan

Kerja

berpasukan merupakan satu

cara kerjasama yang perlu

diamalkan di
sekolah

pada masa

kini untuk membantu meningkatkan

keupayaan

individu dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Pihak pengurusan telah lama mengamalkan kerja berpasukan di
sekolah tetapi
masih tidak begitu ketara dan terdapat

sebahagian guru masih kurang

memahami
konsepnya. Dekad ke-21 ini menampakkan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM)
amat menggalakkan amalan pengurusan yang

berkualiti

dalam

organisasi di bawahnya.
.
Antara penekanan yang diberikan adalah kerja berpasukan. Melalui
kerja berpasukan dalam semua sektor akan dapat meningkatkan produktiviti,
interaksi antara ahli dalam pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapat
bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks.
Definisi Kerja Berpasukan
Menurut Yeop Hussin Bidin (2006), kerja berpasukan bermaksud
kerjasama antara pengurus ataupun ketua jabatan yang bertanggungjawab
merancang, dan kakitangan yang menjalankan tanggungjawab mereka
dengan baik. Ini kerana segala masalah dapat diselesaikan dengan tolak
ansur dan muafakat.
Justeru, pengurus dan ketua jabatan perlu mempunyai pengetahuan
dan kemahiran mengurus kerja berpasukan. Mereka perlu didedahkan
dengan

ciri-ciri

kerja

berpasukan

dan

faedah

yang

bakal

diperoleh.

Sumbangan besar kerja berpasukan adalah muafakat dalam melaksanakan


tugas ataupun projek. Firman Allah S.W.T:

-1-

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan


dan bertakwa serta janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan
dosa dan pencerobohan.
( Surah al-Maaidah 5:2)
Menurut Abd. Aziz (2003) pula, kerja berpasukan

adalah gabungan

sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung


sama

ada dari segi keupayaan, kepakaran,

pengetahuan.

Mereka

masing-masing

kemahiran

dan

mempunyai akauntabiliti

dan

komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugas


yang mencabar.
Merujuk Zainal Ariffin (1998), pasukan kadangkala dikenali sebagai
kelompok atau kumpulan yang bekerjasama untuk mencapai matlamat
spesifik jabatan atau organisasi.
Merujuk Saari (1991), kerja

berpasukan

ialah sesuatu

kumpulan yang
melaksanakan

tugas bersama-sama,

ia berfungsi sebagai sebuah

pasukan dan
berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama.
Kerja berpasukan ini sangat penting di laksanakan di peringkat
sekolah. Guru-guru tidak boleh bekerja secara individu, terutamanya bagi
menyelesaikan kerja-kerja yang rumit. Melalui kerja berpasukan dapat
menggalakkan penyataan perasaan, inovasi dan perkembangan fikiran ke
arah

penciptaan

yang

lebih

kreatif. Malahan,

kerja berpasukan

juga

merupakan salah satu dimensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan


kualiti pendidikan.
Menurut Hadyn dan Mc Donnel (1996), pasukan yang efektif adalah
terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus
untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan
matlamat secara usahasama. Kerja

-2-

berpasukan merupakan suatu unit dalam organisasi yang berinteraksi untuk


berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu ahli-ahli pasukan
menjalankan tugas dalam ruang sempadan tanggungjawab yang ditetapkan.
Ia juga merupakan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan
yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi
input yang dilakukan secara

bersendirian. Melalui kerja berpasukan akan

membolehkan organisasi meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber.


Kerja

berpasukan

juga

akan

dapat

menyatupadukan

seluruh

kakitangan jabatan atau panitia dalam menjayakan peningkatan kualiti kerja.


Kerja berpasukan di sekolah terutamanya di kalangan Ketua Bidang dan
Ketua Panitia akan menentukan keberkesanan jabatan berkenaan dan
seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti kerja dan kualiti
pendidikan di kalangan guru serta memberi kepuasan kerja kepada mereka.
Kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran maklumat dan idea di
kalangan Guru Kanan dan Ketua Panitia, mewujudkan perasaan saling
mempercayai, mengukuhkan komunikasi dalam jabatan serta menuju ke arah
peningkatan kualiti yang berterusan dalam organisasi sekolah.
Kajian-kajian yang

lepas

telah membuktikan bahawa kerja

berpasukan boleh
memberi

input kepada organisasi sekolah untuk mencapai kejayaan

sekolah
berasaskan

visi

dan

misi

sekolah.

Contohnya,

kajian

Weller

(1998)

membuktikan peranan kerja berpasukan adalah menuju ke arah kejayaan


dalam organisasi sekolah. Manusia mengharapkan adanya
kerjanya, kerana kepuasan kerja dapat

kepuasan dalam

memberikan kesan yang positif

kepada produktiviti, perlakuan koperatif, kepuasan hidup, dan kesihatan


pekerja.
Menurut Whether dan Davis dalam Safrizal (2004), kepuasan akan
dapat ditingkatkan melalui kerja berpasukan yang berkesan. Salah satu faktor
yang dapat mempengaruhi kepuasan kerja guru adalah kepimpinan yang
efektif dalam kerja berpasukan, tetapi kualiti seseorang pemimpin tidak

-3-

menjamin memberi kepuasan kerja kepada orang bawahannya kerana ia


amat bergantung pada persepsi dan penerimaan gaya kepimpinan daripada
orang bawahannya.
Bagi membentuk pasukan kerja yang efektif merupakan satu
agenda yang
menjadi keutamaan pihak pengurusan sekolah. Isu-isu pendidikan tidak
lagi hanya berkaitan dengan sistem pendidikan dan persekolahan, tetapi
juga melibatkan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi kualiti
pendidikan. Oleh itu, pendekatan pengurusan sekolah haruslah bersifat
holistik, iaitu melibatkan semua pihak dan dibuat secara berterusan. Oleh
yang demikian, kerja secara berpasukan amat penting diamalkan di sekolah
untuk menentukan kejayaan sesebuah sekolah.
Keberkesanan kerja berpasukan bergantung kepada ahli pasukan
bersemangat untuk bekerjasama, menerima dan menggunakan kekuatan
yang ada pada setiap ahli dalam pasukan, dan sentiasa memberikan galakan
antara sesama mereka dalam menjalankan tugas masing-masing. Setiap ahli
perlu memberi perhatian yang sepenuhnya kepada matlamat yang telah
ditetapkan dan mereka perlu juga mengambil berat dan prihatin terhadap
sesama ahli dalam pasukan mereka. Selain daripada itu, aspek yang perlu
diberi perhatian ialah kepuasan kerja yang merupakan kesan daripada
keberkesanan kerja berpasukan.
Kepentingan Kerja Berpasukan
Maddux

(1993),

membuktikan

dalam

kajian

beliau

bahawa

peningkatan produktiviti semakin bertambah jika kerja dilakukan secara


berpasukan berbanding kerja secara individu. Kepentingan kerja berpasukan
dalam

jabatan

adalah

jelas

dan

tidak

boleh

disangkal

lagi

dengan

meningkatnya tugas dan tanggungjawab Ketua Jabatan, Panitia serta guru di


sekolah akibat pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan dalam sistem
pendidikan sekolah.

-4-

Menurut Ahmad Fadzli Yusof (2004), seseorang itu dianggap benarbenar cemerlang jika dia boleh mencipta situasi saling kebergantungan
antara satu sama lain. Dalam buku beliau juga memperkatakan kemahiran
kerja berpasukan yang mana menjadi salah satu jenis kerja dengan orang
lain yang paling popular dan berkesan.
Sudah banyak organisasi-organisasi besar dan pakar-pakar pengurusan
menekankan kepentingan kerja berpasukan kerana ia adalah penyumbang
terbesar kepada kejayaan gergasi korporat dan prestasi mengagumkan
pertubuhan-pertubuhan induk dunia. Antara kemahiran kerja berpasukan
yang perlu di terokai seperti komunikasi dalam pasukan, membuat keputusan
beramai-ramai, mengendalikan konflik, membina kreativiti, kepemimpinan,
memotivasikan, membuat penilaian,memberi ganjaran, dan sebagainya.
Kerja berpasukan yang berkesan penting dalam sesebuah organisasi
sekolah kerana ia menjadi panduan kepada setiap anggota tentang cara
bekerja yang paling baik. Contohnya, Jika jabatan atau panitia itu sentiasa
memberi perhatian kepada keperluan dan perasaan ahli, tiba-tiba ada
seorang ahli yang marah seorang ahli lain,setiap ahli dalam jabatan atau
panitia tidak akan dapat menerima kelakuan ini kerana kemarahan itu tidak
disebabkan oleh sesuatu perkara yang munasabah.
Dalam kerja berpasukan, setiap anggota tidak akan melambatkan
kerjanya. Jika ada seseorang ahli tidak menghabiskan kerjanya walaupun
masa yang secukupnya sudah diberi, tentulah ia tidak akan senang duduk,
kerana semua ahli dalam jabatan pasti akan melihatnya dengan pandangan
yang sinis. Selain itu, dalam kerja berpasukan, jika sifat tolong-menolong itu
sudah menjadi tradisi dalam jabatan, maka setiap ahli tidak akan segan
untuk bertanya sesuatu kepada siapa pun apabila ia ada masalah.
Sebaliknya, jika amalan tidak pernah dilaksanakan, sudah tentu masingmasing akan bekerja bersendirian.
Merujuk Jean (2002) dalam kajian beliau menghujahkan bahawa
kepentingan

kerja

berpasukan

melibatkan

sekumpulan

manusia

yang

mempunyai komitmen tinggi terhadap tujuan umum, berkemahiran tinggi

-5-

dan bersetuju kepada matlamat pencapaian yang khusus di mana semua ahli
pasukan saling bertanggungjawab dalam suatu organisasi.
Maka, kerja berpasukan yang berkesan perlukan visi, misi, wawasan
dan matlamat yang jelas dan ringkas. Matlamat ini mesti diketahui oleh
semua

ahli

pasukan

supaya

masing-masing

faham

dan

ketahui

tanggungjawab mereka. Semua ahli perlu tahu apa yang hendak dicapainya.
Chand et.al (1998) pula, dalam kajian mengenai kepentingan pasukan
kerja dan keberkesananya telah menyatakan bahawa cara yang paling
berkesan

untuk menyelaraskan

usaha dan kepakaran

bagi mencapai

keputusan yang dihasratkan ialah kerja berpasukan.


Banyak

pendapat tentang pentingnya kerja berpasukan kepada

organisasi sekolah dalam mengendalikan urusannya. Satu pendekatan yang


praktis untuk mendapatkan kerjasama tenaga ahli pasukan ialah dengan
melibatkan mereka dalam pengendalian urusan-urusan sekolah.
Faedah-faedah

yang

diperolehi

ahli

pasukan

termasuklah

perkembangan kefahaman yang lebih baik tentang matlamat organisasi,


penyelesaian masalah yang lebih efektif, galakan untuk menjadi kreatif,
motivasi dan moral yang meningkat, peluang untuk mengenal pasti dan
mengembangkan kepimpinan dan komunikasi yang lebih baik (Zaidatol,
1990).
Kerja berpasukan adalah penting kerana ia dapat membina semangat
kerja dalam kalangan Ketua Panitia yang akan menentukan keberkesanan
jabatan berkenaan dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti
pendidikan dan kualiti pembelajaran di kalangan ahli pasukan serta memberi
kepuasan kerja kepada mereka.
Semangat kerja berpasukan ialah unsur yang menyatupadukan seluruh
ahli

jabatan

dalam

menjayakan

peningkatan

kualiti.

Semangat

kerja

berpasukan ini boleh dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen di dalam


program-program peningkatan kualiti yang diperkenalkan oleh jabatan.

-6-

Semangat berpasukan di kalangan ahli pasukan boleh diperkukuhkan melalui


usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak pengurusan.
Tindakan-tindakan

yang

sesuai

diambil

bagi

tujuan

ini

ialah

menjalankan kempen kesedaran, mengadakan latihan, mewujudkan struktur


pasukan,

memberi

pengiktirafan

dan

memberi

lebih

kuasa

bertindak

(empowerment) kepada pasukan kerja. Semangat berpasukan adalah unsur


yang menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan atau panitia dalam
menjayakan peningkatan kualiti.
Semangat kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran maklumat
dan idea dalam kalangan ahli pasukan, mewujudkan perasaan saling
mempercayai di kalangan ahli, mengukuhkan komunikasi di dalam jabatan
atau panitia ke arah peningkatan kualiti yang berterusan dalam organisasi
sekolah.
Menurut Fields (1993), kualiti amat penting dalam sesebuah organisasi,
dan kualiti tidak wujud dengan sendirian, kualiti adalah perubahan budaya
yang

mengutamakan

proses

menambahbaik

dan

prinsip-prinsip

yang

berkualiti akan berkekalan.


Semangat

kerja

berpasukan

dapat

membendung

seseorang

itu

daripada terbabit dalam salah laku dan gejala negatif kerana segala urusan
pembangunan

ekonomi

dapat

diimbangkan

dengan

pembangunan

kemanusiaan seperti integriti, akauntabiliti dan ketelusan. Menurut beliau,


integriti yang kukuh dalam pasukan berupaya membendung kelemahan
dalam

pentadbiran,

perkhidmatan

dan

pengurusan

kewangan

serta

menjauhkan individu daripada perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah


guna kuasa. Beliau mahu nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati,
bekerjasama

serta

sentiasa

bermusyawarah

diterapkan

di

kalangan

kakitangan supaya satu pasukan bekerja yang lebih berkesan dapat dibentuk.
Kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa kerja berpasukan boleh
memberi input kepada mereka dan kejayaan sekolah berasaskan visi dan misi
sekolah serta matlamat sekolah. Recardo et.al, (1996), menyatakan bahawa

-7-

high involvement high performance dan penglibatan serta komitmen akan


memberi hasil yang memberangsangkan.
Kerja berpasukan akan dapat memberi peluang kepada ahli dan ketua
bekerja secara bersama dan berkesan demi kebaikan pelanggan. Pasukan
yang efektif adalah yang terdiri daripada dua atau lebih individu yang
mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara
aktif untuk merealisasikan matlamat

secara usahasama.

(Hadyn and

McDonnel, 1996).

Keberkesanan Kerja Berpasukan


Francis dan Young (1992) menyatakan bahawa, keberkesanan kerja
berpasukan mempunyai enam kekuatan iaitu:
i.

kelemahan seseorang individu dalam pasukan akan dineutralkan oleh

kekuatan
anggota pasukan lain.
ii.

kerja pasukan membina persetujuan dan komitmen kepada matlamat

organisasi.
iii. perhubungan pasukan merupakan motivasi yang paling kuat.
iv.

ahli pasukan dapat bekerja bersama dengan berkesan, berjaya dan

gembira.
v.

pasukan dapat mendisiplinkan ahli-ahlinya iaitu pemikiran negatif seolah-

olah tidak
wujud di kalangan ahli.
vi. kemahiran pasukan membolehkan ahlinya menyertai pasukan baru dan
mencapai
keberkesanan berpasukan dengan cepat.

-8-

Sehubungan dengan itu, Kazemark (1991) telah membangunkan Model


Komprehensif dengan menyenaraikan 10 kriteria kerja pasukan yang
berkesan iaitu:
1.

matlamat yang difahami dan dipersetujui

2.

konflik yang berlaku dapat ditangani dengan baik

3.

ahli berkongsi peranan kepimpinan

4.

keupayaan ahli digunakan sepenuhnya

5.

komunikasi terbuka dan penglibatan di mana ahli tahu apa yang berlaku
dalam pasukan

6.

ahli menyokong kawalan dan prosedur pasukan

7.

penglibatan dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan

8.

pengujian dan kreativiti digalakkan

9.

menilai fungsi dan proses dengan kerap

10.

setiap ahli memahami peranan dan tanggungjawab dan had kuasa

masing-masing.

Manakala, Archer (1996) juga telah menyenaraikan ciri-ciri kerja


berpasukan
yang berkesan iaitu:
1.

kepimpinan yang dinamik serta mendapat sokongan daripada organisasi

2.

ahli pasukan yang mempunyai wawasan bersama

3.

matlamat kerja berpasukan adalah jelas

4.

latihan yang mencukupi dan bersesuaian

5.

autoriti dan peluang membuat keputusan

6.

menghargai nilai konflik yang wujud.

7.

menghormati perbezaan individu dan menggunakannya sebagai refleksi

diri.
8.

berkomunikasi secara terbuka dan berkongsi sumber yang sedia ada

9 . kesanggupan menikmati kejayaan dan memikul beban bersama.

-9-

Keberkesanan

kerja

berpasukan

akan

memperlihatkan

sembilan

komponen yang disebut sebagai peta oleh McGregor, Likert dan Blake &
Mouton (1964) dalam Tengku Abd. Aziz (1999) iaitu nilai yang jelas dan
dikongsikan, tugas yang jelas, kepimpinan mengikut keadaan, bangga
dengan pasukan,

maklum balas dan kaji semula, sikap terus terang dan

ikhlas, membuat keputusan bersama dan penekanan pada tindakan.


Kajian Weller (1998) telah membuktikan peranan TQM dan kerja
berpasukan membawa kejayaan di peringkat sekolah dan organisasi sekolah.
Menurut beliau lagi, perkongsian maklumat, idea, inovasi dan bekerja secara
komited memberi tranformasi kepada sekolah ke arah sekolah berkualiti.
Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada
seseorang secara individu. Ini kerana masalah-masalah dalam proses
kerja adalah

bersifat

kompleks, melibatkan berbagai bahagian dan sistem. Oleh itu , lazimnya


penyelesaian masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. Dalam
keadaan yang demikian setiap pihak dalam jabatan perlu bertindak secara
berpasukan supaya segala kekuatan dan sumber yang ada dalam jabatan
dapat digemblengkan sepenuhnya.
Sekolah yang berkesan melahirkan murid, pekerja dan organisasi yang
berkualiti. Keberkesanan kerja berpasukan dalam jabatan menjadi salah
satu elemen kualiti menyeluruh yang dapat membantu pihak pengurusan
mencapai visi dan misi sekolah dengan cemerlang.
Konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau TQM (Total Quality
Management) telah diperkenalkan sejak tahun-tahun 1920an dan terus
mendapat sambutan selepas dipelopori semula oleh Edward Demings,
1950an dan tahun 1980an telah bangkit sebagai suatu cara peningkatan
kualiti dan kaedah pengurusan yang bersistematik dan berstrategi di seluruh
dunia. Salah satu daripada prinsip-prinsip yang menyokong pengurusan
kualiti menyeluruh ialah mengukuhkan semangat berpasukan.

- 10 -

Kerja berpasukan dalam konteks pendidikan ialah usaha meningkatkan


kualiti pendidikan. Dalam sektor pentadbiran semangat berpasukan bermula
dengan perkembangan budaya kerja kualiti dalam awal tahun 1990an
(Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bilangan 7 tahun 1991).
Kualiti menyeluruh (TQM) adalah di mana semua ahli kerja berpasukan
berusaha ke arah meningkatkan hasil atau perkhidmatan kepada pelanggan
dalaman dan luaran organisasi (Lussier, 1998), manakala TQM atau kualiti
menyeluruh pendidikan menurut Fields (1993) merangkumi komitmen semua
pihak dalam sistem pendidikan iaitu ibu bapa, guru, pelajar, masyarakat,
pemimpin dan kerajaan.
Bila wujud semangat kerja berpasukan, maka jabatan akan mencapai
matlamat dalam jangka masa yang singkat dan seterusnya mencapai kualiti.
Kerja berpasukan dapat mengenal pasti masalah kualiti, dapat mengkaji
masalah dan membuat cadangan serta boleh digantikan dengan Kumpulan
Meningkat Mutu Kerja (KMK).
Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan
kualiti kerja melalui kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan ahli kerja
berpasukan,mewujudkan semangat bekerja secara berpasukan, penyemaian
dan

penerapan

nilai

serta

etika

kerja

yang

positif.

Dengan

melalui

penglibatan dan minat terhadap kerja akan memberi dorongan kerja yang
tinggi kepada ahli pasukan dan mewujudkan kesedaran tanggungjawab
terhadap diri sendiri, pasukan, jabatan dan sekolah.
Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dari pelaksanaan KMK.
Di antaranya ialah mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan
pengurusan,memupuk kerjasama di kalangan pekerja dan memberi kepuasan
bekerja.

Begitu

keyakinan

juga,dengan

mengenai

dorongan

kebolehan

diri

untuk

ahli

bekerja

pasukan,

akan

memberi

mengasah

bakat

kepimpinan dan menggalakkan daya kreativiti dalam kalangan ahli pasukan,


memperbaiki sistem dan cara bekerja serta membina semangat kerja
berpasukan.

- 11 -

Kelebihan Kerja Berpasukan


Menurut Spiegel Cresencio Torres (1994) kerja berpasukan memberikan
banyak faedah kepada pasukan mahupun ahli dalam pasukan tersebut. Dari
segi faedah pasukan, ia akan meningkatkan produktiviti kerja, meningkatkan
kualiti kerja dan meningkatkan moral pekerja. Dari segi faedah individu pula,
ia dapat mengurangkan tekanan kerja dengan tanggungjawab dikongsi
bersama, mereka akan merasakan diri dihargai oleh ahli dalam pasukan,
kebolehan individu boleh dikongsi bersama dengan ahli pasukan dan
pengalaman setiap ahli pasukan boleh dijadikan panduan kejayaan. Dengan
itu, kejayaan akan dikongsi bersama ahli pasukan.
Selain

ini,

kerja

berpasukan

mempunyai

kelebihan

seperti

meningkatkan ransangan, mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan


antara pekerja, mengurangkan sebarang pergeseran, atau berpuak-puak
yang selalunya merupakan angkara yang tidak sihat dan mewujudkan
perasaan seronok bekerja. Ahli pasukan akan sentiasa suka menghasilkan
kerja yang paling baik dan mampu mewujudkan suasana yang intim. Mereka
juga akan meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi.
Pasukan kerja yang berjaya akan memiliki ciri-ciri tersendiri dengan
hasil yang menguntungkan semua pihak. Ciri-ciri am kerja berpasukan adalah
sempadan yang jelas, manfaat daripada kemahiran yang pelbagai, tugasan
yang jelas

untuk dipersembahan, mempunyai sasaran tarikh, bergantung

pada kerjasama, bilangan ahli yang tidak terlalu ramai, akauntabiliti individu
dan saling bergantung, kerja secara kolektif, aktif dalam penyelesaian
masalah, perbincangan secara terbuka, saling bergantung dan kepimpinan
berkongsi (Berk & Lintern, 2000).
Pasukan kerja yang efektif dianggap sebagai pemangkin yang terkuat
untuk melaksanakan perubahan organisasi (Katzenbeg dan Smith dalam
Tengku Abd Aziz, 1999). Pasukan kerja yang berkesan tidak akan wujud
secara kebetulan. Pasukan berkesan perlu dilahirkan dengan sengaja dan
diurus secara sistematik. Maka dalam konteks organisasi sekolah, pasukan
kerja yang diwujudkan adalah bertujuan dan memiliki matlamat yang jelas

- 12 -

(Tengku Abd. Aziz, 1999). Sebelum ditinjau lagi adalah wajar meninjau teoriteori pengurusan yang membicara kerja berpasukan.
Manfaat yang akan diperolehi oleh Jabatan Bahasa ( Panitia ) dengan
bertindak sebagai kerja berpasukan ialah berbagai bidang kepakaran,
pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan. Mereka bertindak
secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral kakitangan dan
kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan
masalah-masalah kualiti jabatan.
Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dan
bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan kerana cadangan
yang dibuat oleh kakitangan secara berpasukan akan lebih mudah untuk
dilaksanakan berbanding dengan cadangan yang dibuat oleh individu.
Apabila kakitangan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan
secara langsung boleh mengukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses
peningkatan kualiti iaitu pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih
meluas, semangat saling percaya-mempercayai dalam kalangan kakitangan
dan komunikasi yang lancar di dalam organisasi.
Ahli kerja pasukan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar
pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja melalui
kerja berpasukan. Pekerja ini akan meningkatkan kebolehan seseorang ahli
dalam pasukan mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi
mempertingkatkan kualiti kerja yang dijalankan. Dalam suasana kerja
berpasukan,

ahli

pasukan

mudah

menjalankan

perasaaan

percaya-

mempercayai sesama mereka. Dengan perasaan ini individu akan merasa


bebas dan lebih yakin untuk bertindak dalam menjalankan tanggungjawab
masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat membuat keputusankeputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan sempurna dan
mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing
bagi mengerakkan proses peningkatan kualiti.

- 13 -

Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan ahli pasukan itu


seterusnya akan memudahkan proses komunikasi di dalam jabatan. Dengan
ini, di dalam jabatan bebas berhubung antara satu sama lain untuk berkongsi
data dan maklumat serta sumber-sumber lain. Ini seterusnya memupuk
kerjasama dan keadaan saling bergantungan di antara jabatan, yang mana
akhirnya boleh membantu memantapkan prestasi jabatan.

Penutup
Keberkesanan kerja berpasukan dalam jabatan di sesebuah sekolah
amat

penting.

Ini

disebabkan

kerja

berpasukan

yang

berkesan

mengutamakan kualiti kerja dan produktiviti seterusnya membina kepuasan


kerja lalu dapat membina inovasi dan kreatif di kalangan Ketua Panitia dalam
jabatan. Kerja berpasukan yang berkesan juga akan mengurangkan masalah
pembaziran tenaga dan meningkatkan semangat dan daya motivasi di
kalangan ahli pasukan dalam jabatan .

RUJUKAN

Abd. Aziz Yusof,(2000). Pengurus dan Gelagat Organisasi di Abad ke-21. Kuala
Lumpur:

- 14 -

Prentice Hall.
Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Petaling Jaya:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan. Dari
Dimensi
Kemanusiaan. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Ahmad Fadzli Yusof (2004). Mengurus Kerja Berpasukan. PTS Publications &
Distributors Sdn.Bhd.
Berk, M.&Lintern,S. (2000). What Is Team Work. University of South
Austrralia:
Flexible Learning Centre.
Chand, Sunil; Holm, Maudie, L. (1998). Managing for Result Through Teams.
Community College Journal of Research & Practise: 22.4. 363-380.
Fields.J.C.(1993). Total Quality For Schools: A Suggestion for American
Schools.
Wisconsin: ASQC Quality Press.
Hadyn.Ingram and McDonnel.B. (1996). Effective Performance ManagemantThe
Teamwork Approach Consider. Managing Service Quality.6(6). 38-42.
Kazemark, E. (1991). Ten Criteria for Effective Team Building. Health Care
Financial Managemant.
Maddux Robert. B.(1993). Membina Semangat Berpasukan: Latihan
Kepimpinan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

- 15 -

Recardo R.J., David., Mention III, A.Charles, Jennifer.J(1996). Teams Who


Needs
Houston. Texas: Gulf Publishing Company.
Spiegel, J. and Torres, C (1994). Manager's Official Guide to Team Working.
California: Pfeiffer & Co.
Weller.D.L.(1998). Unlocking the Culture for Quality Schools:Reengineering.
International Journal of Education Management.12/6. 250-259.
Zainal Ariffin Ahmad (1998). Perlakuan Organisasi. Shah Alam: Fajar Bakti.

- 16 -

You might also like