You are on page 1of 4

Teori Konstruktivisme

Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi
murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani
kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai
matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran
dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan muridmurid yang pelbagai kebolehan dan minat.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud
secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman
pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu
diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan
dan pengabstrakan.
Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime

merupakan

proses

pembelajaran

yang

menerangkan

bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama


dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan
universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan
daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu
pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada
usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid
sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan
menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui
murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea
dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil
kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan
dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka
baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan
konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang


bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.Rutherford
dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir
semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan
miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan
asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi
jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori
konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara
berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan
berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian,
penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan
mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid
meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan
berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan
daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep
daripada kaca mata murid.
Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme
Paradigma

pendidikan

masa

kini

adalah

kebanyakannya

merupakan

paradigma

objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan.


Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme
berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut
pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara
objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan
pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme
adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.
Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan
siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segalagalanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana
yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber

pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang
awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal
melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas.
Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam
menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi
dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka
menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid
bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada
proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid
bersama-sama

menetnukan

perkara

penting

yang

harus

dipelajari

dan

tujuan

mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh
seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi
Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam
bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini,
guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru
itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta
berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan
pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu
sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka
menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah.
Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk
menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah.
Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing.
Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan
dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu
murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk
murid. Murid yang membina fahaman sendiri.
Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam
pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang
dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama
dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan,
soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi
hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh
penggubal soalan sahaja. Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara

menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik


penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian
berpasukan.
Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli
objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus
kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi
individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap
penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan
peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka
pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan
diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa
guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali
menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada
guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan
sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di
samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya
kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi

You might also like