You are on page 1of 12

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling

popular bagi masyarakat Melayu1. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Alat muzik ini
berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika
zaman Kesultanan Melayu Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui masyarakat Jawa pada
abad ke-13 oleh pedagang Arab. Mereka menggunakannya untuk menarik perhatian pembeli seperti
mana yang dilakukan oleh penjual ubat pada masa kini. Di sinilah kemungkinannya, ahli-ahli
masyarakat tempatan mencontohi permainan ini dan seterusnya berkembang hinggalah sekarang 2.
Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga
diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah ada juga diperbuat daripada getah sintetik. Pada
kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu
bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung
plastik turut digunakan kerana gelung plastik mudah untuk di perolehi dan juga boleh digunakan
dalam tempoh masa yang lama. Terdapat beberapa jenis kompang yang terdapat di Malaysia
antaranya jenis-jenis muzik yang dimainkan adalah jenis Hadrah iaitu lagu-lagu yang memuji
kebesaran Allah dan rasul-Nya, dan juga lagu-lagu yang berunsur nasihat. Selepas itu muzik
kompang ini berkembang ke serata negeri di seluruh Malaysia dan pelbagai Kumpulan dan
persatuan ditubuhkan untuk menarik minat para belia dan remaja untuk melibatkan diri dalam
masyarakat selain mengekalkan kemasyhuran muzik kompang ini. Kumpulan kompang terdiri
daripada pelbagai mazhab, sama ada moden atau tradisi. Di antaranya yang paling dikenali adalah
kompang Ezhar, Hadrah, Kelalang, Sinar 12 dan banyak lagi. Bagi seni pukulan moden pula
terdapat Kompang Irama, dan Kompang Keretapi. Perbezaan di antara mazhab ini adalah seni
pukulannya, tempo dan keunikan lagu-lagunya yang jarang sekali didengari pada zaman era
globalisasi ini.

Kewujudan kumpulan kompang di Kampung Sungai Kerawai pada tahun (2000) hinggalah
sekarang3.Untuk makluman anda, saya adalah salah seorang penduduk tetap dan berasal daripada
Kampung Sungai Kerawai, dan saya juga adalah salah seorang ahli kumpulan kompang yang terdapat
di Kampung Sungai Kerawai tersebut. Menurut Wan Mohd Salleh Bin Mahrawi iaitu selaku penyelia
bagi kumpulan kompang tersebut mengatakan bahawa pada masa ini kumpulan kompang di Kampung
Sungai Kerawai tersebut, sudahpun diwarisi oleh anak-anak mereka yang terdiri daripada ahli-ahli
kompang itu sendiri4. Melalui pemerhatian tentang kajian saya ini, pada setiap hari jumaat malam sabtu
selepas selesai solat isyak, kumpulan kompang ini akan membuat latihan dan bermain secara beramairamai supaya ilmu yang telah dipelajari daripada orang-orang tua itu dapat dipertingkatkan lagi dari
masa ke semasa. Kumpulan kompang ini, boleh dikatakan sering kali mendapat tempahan pada setiap
hujung minggu, melalui tempahan ini sekaligus ahli kepada kumpulan kompang ini juga dapat
memperoleh keuntungan ataupun menambahkan lagi duit poket mereka. Dengan cara ini, orang awam
akan tertarik tentang keunikan dan kelainan paluan kompang daripada etnik masyarakat jawa ini
sekaligus orang awam mempunyai niat keinginan untuk mempelajari ilmu bermain kompang ini. Ini
bermakna kumpulan kompang yang ada di Kampung Sungai Kerawai tersebut telah diwarisi turuntemurun sejak dari dahulu lagi dan telah pun mempunyai dua kumpulan iaitu yang terdiri daripada
golongan-golongan veteran yang asal dan golongan muda. Kumpulan pewaris kompang di Kampung
Sungai Kerawai telah diberi nama tersendiri iaitu Kelab Warisan Seni Kompang Kampung Sungai
Kerawai. Melalui pemerhatian yang saya lakukan, kumpulan kompang ini telah pun mempunyai ahli
seramai 30 orang setakat ini. Kebanyakkan masyarakat yang tinggal di Kampung Sungai Kerawai
hampir (90%) tersebut terdiri daripada masyarakat etnik jawa yang hanya bekerja sebagai petani di
sekitar kawasan kampung tersebut. Pada zaman yang serba moden ini, alat muzik seperti kompang ini
telah semakin dilupakan dan tidak lagi diminati oleh golongan-golongan muda tetapi orang-orang tua
di kampung Sungai Kerawai ini telah mengambil keputusan yang sangat bagus iaitu menurunkan
segala ilmu-ilmu mereka supaya dapat mengajar bagaimana cara untuk bermain kompang tersebut

kepada anak-anak mereka itu sendiri mahupun kepada golongan muda yang masih lagi tinggal di
kampung. Dengan cara ini, warisan kompang di Kampung Sungai Kerawai akan kekal hingga akhir
zaman hendaknya. Jenis kompang yang dimainkan oleh kumpulan kompang Kampung Sungai Kerawai
ialah permainan kompang jenis hadrah iaitu memukul kompang sambil menyanyikan lagu-lagu yang
memuji nama-nama rasul dan nabi yang dibaca melalui kitab berzanji. Ada juga lagu yang telah di
modenkan seperti lagu Wali Band, Selamat Pengantin Baru, dan Renjis-renjis Di Pilis, tetapi masih lagi
kekalkan pada prinsip asasnya yang menggunakan alat-alat yang sama.
Antara ciri

kompang yang pertama ialah terdapat dua bahagian iaitu bahagian muka

mempunyai kulit dipanggil belulang manakala, bahagian badan kayu dipanggil baluh. Baluh kompang
biasanya diperbuat daripada kayu cengal, halban, dan nangka 5. Belulangnya pula diperbuat daripada
kulit kambing betina kerana ia agak nipis supaya dapat mengeluarkan bunyi yang nyaring dan bergema.
Menurut Wak Tukiran Bin Sulaiman menyatakan bahawasanya, semasa proses membuatnya, kulit
kambing itu akan direndam semalaman di dalam air kapur untuk menghilangkan baunya 6. Kemudian
kulit itu dipakukan pada perentang supaya tegang dan dijemur sehingga kering sebelum dilakukan
proses memasang kulit pada baluh.
Ciri kedua bagi kompang pula ialah, permukaan kompang dilaras ketegangannya dengan
menggunakan sedak yang berupa seutas rotan bersaiz kecil atau wayar yang diletakkan antara belulang
dan baluh, sedak ini diletakkan mengunakan penyedak bertujuan untuk menegangkan bahagian
belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu. Penyedak diperbuat daripada kayu atau
rotan bersaiz besar yang berbentuk tirus tetapi tidak tajam. Penyedak ini bertujuan untuk memasukkan
sedak tersebut kedalam antara baluh dan belulang dengan mudah dan tanpa melakukan kesilapan atau
kerosakan pada kulit kompang tersebut. Kompang mempunyai bermacam-macam ukuran. Ukuran
tebalnya antara 2.5 hingga 5 inci manakala ukuran garis pusatnya antara 8 hingga 15 inci. Ia tergolong
dalam kumpulan gendang atau diklasifikasikan dalam keluarga membranofon. Membranofon adalah

alat musik yang menghasilkan suara dengan memukul selaput atau kulit7. Bunyi pada alat musik ini
ditimbulkan oleh getaran kulit yang dipukul. Sekarang ini alat musik tersebut dikenal
sebagai gendang(drum). Bentuk gendang Jawa kuno pertama kali ditemukan pada lukisan pahat Candi
Borobudur, Candi Siswa (kompleks Prambanan) dan di Candi Panataran. Jika kompang itu tidak
digunakan sedak tersebut perlulah di buka supaya kulit kompang boleh bertahan lama dan tidak mudah
rosak. Kompang mestilah disimpan dengan rapi dan pada tempat yang selamat ketika sudah digunakan
contonya simpan kompang di dalam guni kanvas supaya tidak terdedah pada cuaca yang tidak
menentu. Kompang juga mempunyai pantang larang iaitu semasa kompang digunakan pemain
kompang itu perlu berhati-hati kerana kulit pada kompang tersebut tidak boleh terkena air, jika terkena
air berkemungkinan besar kompang tersebut boleh rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Melalui cara
ini kulit pada kompang tersebut akan kekal terjamin selamat jika digunakan melalui dengan cara yang
betul dan digunakan oleh orang lain. Ada juga masyarakat melayu berpendapat percaya bahawa
kompang tidak boleh diletakkan merata-rata tempat ,di langkah atau di pijak. Jika perkara tersebut
dilanggar, mereka akan naik syeikh dan tidak sedarkan diri ketika memalu kompang. Paluan akan
terus dilakukan sehinggalah tangan mereka tercedera.
Fungsi-fungsi kompang ialah waktu kini, muzik kompang ini dimainkan dalam adat-adat
melayu, perkahwinan, pertandingan, sebagai alat sorakan dalam sukan dan sebagainya. Lagu-lagu yang
dimainkan juga telah diimprovise ataupun transformasi kepada muzik moden yang lebih rancak dan
sebagainya. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan
sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain. Permainan kompang dipersembahkan secara
beramai-ramai dan boleh dimainkan sama ada secara duduk, berdiri atau berarak. Persembahan secara
duduk biasanya dilakukan di rumah pengantin iaitu di malam berinai. Persembahan ini boleh
berlanjutan hingga ke tengah malam bergantung kepada kehendak tuan rumah dan kesanggupan
pemain-pemain itu sendiri. Persembahan secara duduk sama ada bersila atau duduk di atas kerusi

membolehkan pemain-pemainnya bermain dengan lebih selesa serta mampu memainkan lagu-lagu
yang panjang dengan merujuk kepada kitab-kitab berzanji yang dibawa. Istimewanya kompang jawa
ini adalah mempunyai disusuli dengan paluan gendang ibu yang berukuran diameter 1 kaki. Ianya
berfungsi sebagai seumpama (drum base) bagi menyedapkan lagi paluan kompang semasa dimainkan..
Persembahan secara berdiri pula dibuat sekiranya majlis itu memerlukan perarakan dari satu tempat ke
satu tempat yang lain seperti mengarak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan atau
mengiringi seorang pembesar dalam sesuatu majlis atau keramaian. Para pemain akan menyusun
barisan dengan kemas dan teratur dan mempersembahkan permainan sambil menyanyi lagu-lagu
yang sesuai atau boleh juga dimainkan secara instrumental. Selain daripada majlis perkahwinan,
persembahan kompang juga dimainkan dalam majlis-majlis bercorak keagamaan seperti menyambut
hari keputeraan Nabi Muhamad s.a.w. Pada masa kini, fungsi permainan kompang telah diperluaskan
dan tidak hanya dimainkan dalam majlis keagamaan dan perkahwinan sahaja tetapi juga telah
dimainkan dalam majlis-majlis keramaian seperti mengiringi persembahan nyanyian solo atau nasyid,
perarakan Hari Kebangsaan dan juga dimainkan untuk memberi semangat dan sokongan kepada
pasukan pilihan semasa perlawanan atau permainan sukan. Jika dahulu permainan ini hanya terkenal di
peringkat kampung sahaja, kini permainan kompang telah mula digemari secara menyeluruh sama ada
di kampung mahu pun di bandar. Perkembangan ini telah menimbulkan pembaharuan dalam
persembahan muzik tradisional ini. Umpamanya jika dahulu rentak pukulannya hampir sama sahaja
tetapi dengan pembaharuan yang telah dibuat maka telah wujud pelbagai rentak baru seperti joget,
masri, zapin dan kuda kepang. Terdapat juga rentak-rentak tradisional yang telah diperbaharui dan
diimprovisasikan bagi menyesuaikannya dengan selera dan kehendak masyarakat masa kini. Kompang
dimainkan dengan cara dipalu. Kompang menghasilkan dua jenis timbre iaitu bunyi pak dan bunyi
bong. Bunyi pak dihasilkan apabila bahagian tengah permukaan kompang dipalu dengan tapak
tangan8. Kelima-lima jari hendaklah dalam keadaan terbuka dan paluan dibuat secara memantul
(sembat). Kekuatan bunyinya datang dari pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang padu,

sentuhan tapak jari ibu dan jari anak mendahului jari-jari lain semasa memalu. Bunyi bong pula
dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang dipalu dengan keadaan semua jari dirapatkan.
Paluan ini juga dibuat secara memantul. Pukulan untuk bunyi pak mestilah lebih kuat daripada
pukulan untuk bunyi bong.
Dalam sesebuah Ensembel Kompang, tiga kumpulan paluan digabungkan untuk menghasilkan
bunyi berharmoni yang dinamakan rentak terhasil. Tiga kumpulan paluan tersebut adalah kumpulan
melalu, menyilang (juga diistilahkan sebagai menyelang) dan meningkah. Pemain dalam kumpulan
melalu akan memukul bit dasar (down beat). Kumpulan ini lazimnya mempunyai bilangan pemain
yang paling ramai kerana pukulan melalu akan menjadi panduan kepada kumpulan menyilang dan juga
meningkah. Pemain-pemain dalam kumpulan melalu akan membuat pukulan serentak dan berperanan
untuk mengawal tempo lagu supaya sekata sepanjang persembahan lagu tersebut.
Menurut Encik Mad Ror Bin Selamat mengatakan, jelaslah bahawa, kumpulan kompang Kelab
Warisan Seni Kompang Kampung Sungai Kerawai ini telah bertahan selama 13 tahun sejak daripada
kewujudannya9. Ini menunjukkan keazaman yang tinggi dan positif telah ditunjukkan oleh pendudukpenduduk Kampung Sungai Kerawai semata-mata demi untuk mempertahankan alat muzik tradisional
kompang ini supaya tidak luput ditelan zaman. Bak kata pepatah biar mati anak, jangan mati adat.
Orang-orang tua yang ada di kampung Sungai Kerawai itu sanggup menghabiskan tenaga dan masa,
yang penting orang-orang tua ini dapat mengajar dan menurunkan ilmu-ilmu mereka kepada pelapispelapis yang akan datang sebelum mereka kembali ke rahmatullah katanya. Orang-orang muda ataupun
pelapis-pelapis perlu menghargai dan menyanjung tinggi terhadap jasa pengorbanan mereka yang telah
dilakukan itu.

Keistimewaan kompang kepada masyarakat adalah, selain daripada majlis marhaban, majlis
perkahwinan, dan majlis-majlis keramaian yang lain-lain, peranan kompang dalam kehidupan

masyarakat masa kini, telah menjadi begitu penting khususnya untuk meraikan majlis perkahwinan
atau menyambut pembesar-pembesar negara. Kini permainan Kompang telah mula diajar di sekolahsekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi kerajaan. Usaha yang dilakukan ini, adalah
bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang ciri keistimewaan yang terdapat pada
kompang tersebut demi mengekalkan adat resam nenek moyang kita sendiri dan mengekalkan kesenian
alat muzik tradisional kompang ini terhadap orang ramai. Bukan itu saja, malalui permainan kompang
ini kita juga dapat merasai semangat kekitaan dan dapat juga mengeratkan lagi silaturahim di antara
terhadap penduduk setempat dalam sebuah kampung tersebut. Melalui cara ini, kita juga dapat
mempelajari tentang amalan hormat-menghormati di antara satu sama lain. Banyak usaha yang telah
dilakukan oleh kerajaan supaya alat muzik tradisional yang terdapat di Malaysia ini dapat dikekalkan
demi menunjukkan kepada orang luar bahawa Malaysia juga mempunyai sejarah yang tersendiri
berkenaan tentang alat-alat muzik tradisional ini.

Dalam konteks persembahan kumpulan kompang terdiri daripada tiga kumpulan mengikut peranannya.
Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa orang pemain yang akan bertindak sebagai "Pembolong"
menggunakan istilah lokaliti untuk memainkan pola paluan yang khusus serta spesifik secara seragam
iaitu "in unison" sebagai pukulan dasar10. Kumpulan kedua bertindak sebagai Peningkah lazimnya
terdiri daripada seorang sahaja ketua dalam permainan tersebut dan kumpulan ketiga akan bertindak
sebagai penyilang yang memainkan rentak hias sebagai unsur pelengkap kepada keseluruhan pola
paluan yang terjalin supaya rentak yang terhasil sedap di dengar dan kehasilan bunyi yang unik dapat
tercetus.
Terdapat kebaikan mempelajari ilmu bermain kompang ini antaranya adalah masyarakat tidak
rugi jikalau kita mempelajari sesuatu ilmu tersebut kerana menimba ilmu tiada batasanaya. Ianya juga
dapat meningkatkan kesejahteraan ukhwah dikalangan kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua
terhadap ahli kumpulan kompang tersebut. Disamping itu juga, anak-anak muda pada masa kini dapat
mengenal budaya permainan kompang secara tradisional. Selain itu juga, dengan tertubuhnya
kumpulan ini sedikit sebanyak dapat memberikan aktiviti yang berfaedah kepada golongan masa kini
supaya tidak terjebak kepada gejala sosial yang kian menular. Permainan kompang ini juga dapat

membuka mata masyarakat bahawasanya aktiviti permainan kompang ini tidak lapuk ditelan zaman.
Masyarakat juga dapat meneruskan kesinambungan alat muzik tradisional ini terutamanya terhadap
peningkatan penceburan oleh golongan orang muda dalam bidang permainan kompang ini. Seterusnya
ialah masyarakat akan berasa gembira kerana mereka dapat mempelajari dan mengamalkan kesenian
warisan kompang ini terutamanya terhadap golongan muda. Dari segi sejarah kompang satu permainan
muzik tradisional melayu yang mempunyai sejarah lebih daripada 100 tahun lamanya berasal dari
Timur Tengah, khususunya dari negara Parsi yang dibawa oleh pedagang-pedagang Islam ke Nusantara
mula bertapak di Pulau Jawa, kemudian ke Selatan Semenanjung dan menyusur ke utara. Di Timur
Tengah, kompang dimainkan untuk menyambut kedatangan Nabi Muhammad S.A.W dan juga
dimainkan untuk memberi semangat kepada tentera Islam menghadapi musuh mereka.dengan kata lain
kompang mempunyai hubungan dengan dunia Islam dan Arab. Apabila kompang dibawa ke Nusantara,
permainanya disesuaikan dengan persekitaran baru.

Kompang dipukul gendang dipalu, menitis air peluh jatuh ke bumi, selawat ke atas nabi tiada
hentinya, dalam hati ini mempunyai jati diri, itulah kompang warisan seni. Warisan seni kompang
tiada tolok bandingnya dengan sejarah dahulu ianya seiringan dengan arus kemodenan masa kini.
Justeru itu, golongan muda haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan warisan
seni kompang yang kian luput ditelan arus pemodenan yang kian rancak. Warisan seni kompang ini
haruslah diangkat martabatnya kerana ia adalah warisan nenek moyang kita. Oleh yang demikian,
pihak kesenian dan kebudayaan kerajaan mahupun swasta membuka mata membantu untuk membawa
warisan seni kompang ini ke tahap yang lebih tinggi lagi dimana pihak yang terlibat membuat aktiviti
seperti pertandingan kompang antara satu negeri dengan negeri yang lain. Apabila mereka langsung
tidak mengenali akan adat resam yang telah diamalkan oleh genarasi sebelum-sebelum mereka apakah
yang akan terjadi? kerana mereka langsung tidak pernah terdedah dengan hal-hal tentang adat resam

mereka itu sendiri kerana sibuk dengan hal mereka sahaja iaitu hanya mencari kekayaan di dunia
semata-mata saja dan melupakan segala warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang itu dahulu.
Melalui kajian yang saya lakukan ini, secara rumusan dan keseluruhannya, saya dapat
mengetahui atau mempelajari dengan lebih mandalam lagi tentang kewujudan asal-usul kompang dan
sedikit sebanyak tentang tercetusnya budaya mengamalkan permainan kompang ini kepada masyarakat
Jawa yang tinggal di Kampung Sungai Kerawai. Selain itu, saya juga dapat mempelajari tentang
keistimewaan ciri-ciri kompang ini sekaligus menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya ini kepada
tahap yang lebih baik. Jika permainan kompang ini ditinggalkan begitu saja tiada pengganti seterusnya
kemungkinan besar generasi yang akan datang tidak tahu tentang apa itu alat muzik tradisional
kompang ini. Fikirkanlah dan renung-renungkannya apa yang akan terjadi kepada genarasi yang akan
datang. Tepuk dada, tanya selera. Memang benar kata orang-orang tua di situ, belajarlah tentang ilmu
apa sekalipun asalkan apa yang dipelajari itu sentiasa diredai dan dirahmati oleh Allah S.W.T dan
belajarlah sehingga ke liang lahat. Dengan kata-kata sebegitu ianya mampu membakar semangat
kepada golongan-golongan muda ini untuk menjadi seorang insan yang berguna pada suatu hari nanti.
Melalui kajian ini, saya juga dapat memahami dan menggunakan kompang tersebut dengan cara dan
fungsi yang sebenar-benarnya. Dalam hal ini, pihak kerajaan harus memainkan peranan yang penting
supaya kesenian alat muzik tradisional kompang ini dapat diteruskan hingga persada dunia lagi oleh
golongan genarasi yang akan datang. Bukan itu saja, pihak yang berwajib juga harus banyak
memberikan kempen kesedaran terhadap masyarakat termasuklah golongan muda ini bahawa
pentingnya alat muzik tradisional terhadap kehidupan mereka di dunia ini supaya warisan seni
kompang yang ada pada Malaysia ini dapat dikekalkan dan dimartabatkan hingga ke akhir zaman.

1 Kamus Dewan edisi ke-4


2 http://duniamuzzikku.blogspot.com/p/nota-muzik.html
3 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Kerawai .
4 Wan Mohd Salleh Bin Mahrawi, penyelia ahli kumpulan kompang tersebut, jam 3.00
petang, pada 20 Mac 2013
5 http://duniamuzzikku.blogspot.com/p/nota-muzik.html
6 Wak Tukiran Bin Sulaiman seorang pembuat kompang di kampung Sungai Kerawai, jam
3.00 petang, pada 21 Mac 2013
7 http://id.wikipedia.org/wiki/Membranofon
8 http://duniamuzzikku.blogspot.com/p/nota-muzik.html
9 Encik Mad Ror Bin Selamat seorang yang berpengalaman bermain kompang ini, jam
3.00 petang, pada 22 Mac 2013
10 http://duniamuzzikku.blogspot.com/p/nota-muzik.html

KELAB WARISAN SENI KOMPANG KAMPUNG SUNGAI KERAWAI

MENYUSUN AHLI KUMPULAN DALAM BENTUK BULATAN SEBELUM MEMULAKAN


PERMAINAN

You might also like