You are on page 1of 30

PIAWAIAN DAN KELAYAKAN LATIHAN

KAUNSELOR
LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA

BAHAGIAN 1
KERANGKA PIAWAIAN
1.1

Kriteria Umum

Kriteria umum Piawaian Program Latihan Kaunselor meliputi aspek nama Ijazah
yang dianugerahkan, peringkat pengajian, bahasa pengantar, tempoh pengajian,
pecahan kursus, cara mengira nilai kredit, dan syarat kemasukan ke program
pengajian.
I.

Nama Ijazah
Nama

Ijazah

hendaklah

menggambarkan

bahawa

pengajian

itu

mengkhusus dalam bidang kaunseling sama ada di peringkat Ijazah


Sarjana Muda atau Sarjana.
Nama-nama panggilan seperti berikut bolehlah dipakai untuk maksud
tersebut;
Contoh nama Ijazah untuk Ijazah Sarjana Muda

Sarjana Muda Kaunseling

Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Sarjana Muda Sastera (Kaunseling)

Sarjana Muda Pendidikan Kepujian (Bimbingan dan Kaunseling)

Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Contoh nama Ijazah untuk Ijazah Sarjana

Sarjana Kaunseling

Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Sarjana Sains (Bimbingan dan Kaunseling)

Sarjana Sastera (Kaunseling)

Sarjana Sains (Kaunseling)


2

II.

Master Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Master Sains (Bimbingan dan Kaunseling)

Sarjana Psikologi Kaunseling

Peringkat Pengajian Minimum


Peringkat pengajian minimum yang diiktiraf sebagai memenuhi keperluan
piawaian ialah di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kaunseling
atau Sarjana Muda dalam bidang bukan kaunseling yang diikuti dengan
pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang kaunseling.

III.

Bahasa Pengantar
Bahasa pengantar program pengajian hendaklah dalam Bahasa Melayu
atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya.

IV.

Bilangan Jam Kredit


Program pengajian di peringkat Sarjana Muda hendaklah mengandungi
minimum 81 jam kredit komponen kursus-kursus kaunseling yang meliputi
kursus teras, latihan amali atau praktikum, internship dan elektif.
Program pengajian di peringkat Sarjana hendaklah mengandungi
minimum 48 jam kredit kursus-kursus dalam bidang kaunseling. Di
peringkat Sarjana diperlukan minimum 48 jam kredit sahaja, untuk
diselaraskan dengan piawaian antarabangsa. Pada dasarnya program
Sarjana diikuti oleh pelajar yang lebih matang dan lebih berpengalaman
kerana telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda. Kursus Pasca Ijazah
melibatkan proses penganalisisan dan kajian yang lebih padat dan
mendalam.

V.

Pecahan Kursus
Pecahan kursus untuk Ijazah Sarjana Muda hendaklah seperti berikut:

Komponen

Jumlah Jam Kredit

1. Teras

66

2. Latihan Amali Atau


Praktikum

3. Internship

4. Elektif/Projek Penyelidikan

Jumlah

81

Pecahan kursus di peringkat Ijazah Sarjana hendaklah seperti berikut:


Komponen

Ijazah Sarjana
(Jumlah Jam Kredit)

1. Teras

33

2. Latihan Amali Atau


Praktikum

3. Internship

4. Elektif/Projek
Penyelidikan

Jumlah

VI.

48

Kredit dan Beban Pembelajaran Pelajar


Kredit ialah ukuran kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran
atau beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu.
Beban pembelajaran ialah ukuran kuantitatif semua aktiviti pembelajaran
yang diperlukan untuk mencapai satu set hasil pembelajaran. Aktiviti ini
4

termasuklah kuliah, toturial, seminar, praktikal, pembelajaran kendiri,


pencarian maklumat, kajian, kerja lapangan serta persediaan dan
menduduki peperiksaan. Empat puluh (40) jam pembelajaran nasional
dinilai sebagai satu kredit.

VII.

Pengiraan Nilai Jam Kredit


Nilai 1 jam kredit dikira mengikut formula berikut:
Perkara

Formula

Kuliah

1 jam kredit = 1 jam seminggu x 14 minggu

Tutorial/Makmal

1 jam kredit = 3 jam seminggu x 14 minggu

Latihan Amali
atau Praktikum
dan Internship

1 jam kredit = 6 jam seminggu x 14 minggu di


tempat latihan

Jumlah kredit minimum komponen kaunseling untuk peringkat Sarjana


Muda dan Sarjana yang perlu diambil seperti berikut:

Peringkat

1.2

Nilai Kredit Minimum

Ijazah Sarjana Muda

81

Ijazah Sarjana

48

Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada kakitangan yang dilantik oleh universiti
sebagai pensyarah.
5

Piawaian tenaga pengajar dilihat dalam dua aspek iaitu nisbah tenaga pengajar
dengan pelajar, dan taraf kelulusan dan pengalaman tenaga pengajar.
i.

Nisbah bilangan tenaga pengajar yang berkelulusan dalam bidang


kaunseling dengan bilangan pelajar hendaklah pada kadar 1:15.
Nisbah ini adalah nisbah yang dianggap sesuai untuk keefisienan
dan keberkesanan pengajaran, penyeliaan internship, latihan amali
atau praktikum dan projek penyelidikan.

ii.

Taraf kelulusan minimum tenaga pengajar


Tenaga pengajar yang mengajar kursus kaunseling mestilah
berdaftar dengan lembaga kaunselor dan mempunyai kelayakan
berikut:
a.

Berkelulusan sekurang-kurangnya di peringkat Sarjana yang


diiktiraf dalam bidang kaunseling.

1.3

b.

Pengalaman dalam bidang pendidikan kaunseling diutamakan.

c.

Mempunyai pengalaman dalam penyelidikan kaunseling.

Kursus Pengajian (Mata Pelajaran)

Piawaian minimum kursus pengajian yang ditawarkan meliputi bidang-bidang


berikut :
I.

Bidang Kursus Pengajian


Bidang kursus pengajian di tahap Sarjana Muda hendaklah mengandungi
komponen berikut dengan jumlah kredit yang dinyatakan:

Komponen

Jumlah Jam
Kredit

Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

12

Perhubungan Menolong

15

Kepelbagaian Sosial dan Budaya

Kerja Kelompok

Perkembangan Kerjaya

Pengujian dan Pengukuran Psikologi

Penyelidikan dan Penilaian Program

12

Isu-Isu Profesional dalam Kaunseling dan


Psikologi

Latihan Amali atau Praktikum Kaunseling

Internship

Kursus-Kursus Elektif yang Berkaitan


dengan Bidang Kaunseling
atau Projek Penyelidikan

Jumlah

81

Bidang kursus pengajian di tahap Sarjana hendaklah mengandungi


komponen berikut dengan jumlah kredit yang dinyatakan:

Komponen

Jumlah Jam
Kredit

Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

Perhubungan Menolong

Kepelbagaian Sosial dan Budaya

Kerja Kelompok

Perkembangan Kerjaya

Pengujian dan Pengukuran Psikologi

Penyelidikan dan Penilaian Program

Isu-Isu Profesional dalam Kaunseling dan


Psikologi

Latihan Amali atau Praktikum Kaunseling

Internship

Kursus-Kursus Elektif yang Berkaitan


dengan Bidang Kaunseling
atau Projek Penyelidikan

Jumlah

48

II.

Penggubalan Kursus
Berikut adalah panduan penggubalan kursus:
a.

Penggubalan kursus hendaklah berdasarkan garis panduan


Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor terkini oleh Lembaga
Kaunselor.

b.

Pihak yang terlibat dalam penggubalan kursus hendaklah terdiri


daripada

tenaga

pengajar

yang

berkepakaran

dan

berpengalaman.
c.

Perlu ada prosedur penilaian atau semakan berkala mengenai


keberkesanan dan perlaksanaan kurikulum.

III.

Kelayakan Tenaga Pengajar Bagi Setiap Kursus Pengajian


Kelayakan minimum tenaga pengajar untuk kursus kaunseling adalah
seperti dalam perkara 2.2. Kelayakan minimum tenaga pengajar untuk
kursus bukan kaunseling pula ialah Ijazah Sarjana dalam bidang yang
diajar.

IV.

Cara Pengajaran:
Kaedah pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan. Walau
bagaimanapun, kursus-kursus berikut hendaklah diajar bersemuka secara
keseluruhan: Makmal Kaunseling, Teknik Kaunseling, Kaunseling Individu,
Kaunseling Kelompok, Kaunseling Keluarga, Pengujian dan Pengukuran,
Latihan Amali atau Praktikum, Internship, dan Projek Penyelidikan (Jam
kontak bersemuka merujuk kepada perkara 1.1(vi)).

V.

Kandungan Kursus Pengajian


Kandungan kursus pengajian hendaklah menepati perkara seperti dalam
Bahagian 2 Kurikulum Latihan Kaunselor.

1.4

Kemudahan Fizikal

Institusi yang menawarkan latihan dalam bidang kaunseling perlulah mempunyai


kemudahan fizikal seperti berikut :
9

i.

Bilik pengajaran

ii.

Makmal individu dan kelompok yang mempunyai kemudahan


rakaman dan bilik pemerhatian.

iii.

Peralatan elektronik yang diperlukan untuk membuat rakaman.

iv.

Kemudahan rujukan dan sistem maklumat yang meliputi koleksi


buku, jurnal, bahan elektronik, kemudahan mengakses maklumat
dan sebagainya dalam bidang kaunseling, psikologi dan psikoterapi.

v.
1.5

Senarai tempat latihan praktikum/internship


Sistem Pengurusan Program Kaunseling

Pengurusan program kaunseling hendaklah dikendalikan secara sistematik dan


berkualiti yang meliputi perkara berikut:
i.

Pentadbiran dan penyimpanan rekod

ii.

Pengawalan dan penggunaan bahan pengajaran

iii.

Pengurusan penjadualan pengajaran seperti kuliah, makmal,


praktikum dan sebagainya

iv.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap penilaian dan penambahbaikan kurikulum

v.

Personelia pelajar

vi.

Program perkembangan profesional staf akademik

10

vii.

Sistem penilaian progam termasuk sistem penilai dalaman dan


penilai luaran

1.6

Sumbangan

Institusi

Latihan

Terhadap

Perkembangan

Ilmu

Kaunseling
Institusi juga dinilai dari segi sumbangannya kepada bidang kaunseling seperti
penyelidikan, perkhidmatan kaunseling, penganjuran konvensyen, seminar,
bengkel, dan sebagainya.

11

BAHAGIAN 2
KURIKULUM LATIHAN KAUNSELOR
Bahagian ini mengandungi bidang yang perlu dalam kurikulum latihan kaunselor.
2.1

Identiti Profesional

Kursus dalam bidang ini hendaklah meliputi kefahaman tentang semua aspek
kefungsian profesional termasuk sejarah, peranan, struktur organisasi, etika,
perundangan, pensijilan, perlesenan, kepiawaian dan pengakreditasian.
Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:
i.

Sejarah dan falsafah profesion kaunseling

ii.

Peranan, fungsi dan perhubungan profesional dengan perkhidmatan


kemanusiaan yang lain.

iii.

Kemahiran asas menggunakan ICT dalam perkhidmatan kaunseling.

iv.

Kepentingan dan fungsi lembaga kaunselor di bawah Akta Kaunselor


1998 (Akta 580). Peranan dan kepentingan organisasi profesional
berkaitan amalan kaunseling.

v.

Pengiktirafan profesional termasuk pensijilan, pendaftaran dan


perlesenan, amalan pengakreditasian, kepiawaian dan kesan polisi
awam ke atas isu ini. Penekanan diberikan terhadap peranan
Lembaga Kaunselor.

vi.

Proses polisi awam dan swasta seperti peranan kaunselor


profesional dalam menjaga kewibawaan profesion.

12

vii.

Proses membantu klien dan pengamal yang menghadapi halangan


institusi dan sosial daripada memperolehi perkhidmatan, kejayaan,
dan kemajuan.

viii.

Piawaian etika kaunselor dan hal yang berkaitan, dan aplikasi


pertimbangan etika dan perundangan dalam profesion kaunseling.

Contoh Tajuk Kursus:


a. Etika dan Perundangan Kaunseling
b. Amalan Profesionalisme Kaunseling
c. Falsafah dan Etika Kaunseling
d. Isu Etika dan Profesionalisme Kaunseling
e. Isu Etika dan Perundangan Kaunseling
2.2

Kepelbagaian Sosial dan Budaya

Kursus dalam bidang ini bertujuan memberi kefahaman tentang kepelbagaian


konteks sosial dan budaya seperti aspek perhubungan, isu dan tren dalam
masyarakat majmuk dan berbilang budaya.
Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:
i.

Tren pelbagai budaya dan masyarakat majmuk seperti ciri dan


kepekaan sesuatu kumpulan dan antara kumpulan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

ii.

Sikap, kepercayaan, kefahaman dan pengalaman seperti aktiviti


pembelajaran melalui pengalaman khusus berkaitan faktor budaya,
etnik, keturunan, umur, gender, orientasi seksual, ciri mental dan
fizikal, pendidikan, nilai keluarga, nilai agama dan kepercayaan,
status sosio-ekonomi dan keunikan individu, pasangan, keluarga,
dan komuniti.

13

iii.

Teori kaunseling pelbagai budaya, pembangunan identiti dan


keadilan sosial.

iv.

Strategi perhubungan individu, pasangan, keluarga, kumpulan


dan komuniti dalam masyarakat majmuk.

v.

Peranan kaunselor dalam memupuk keadilan sosial, advokasi


dan resolusi konflik, kesedaran swadiri dalam konteks budaya. Juga,
peranan

kaunselor

dalam

menangani

sifat

prejudis,

proses

penindasan serta diskriminasi yang disengaja dan tidak disengajakan


serta tingkah laku lain yang didukungi oleh budaya yang merugikan
perkembangan semangat, fikiran atau jasmani manusia.
vi.

Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:


a. Kaunseling Pelbagai Budaya
b. Kaunseling Silang Budaya
c. Psikologi Sosial
d. Individu dan Masyarakat
e. Antropologi dan Sosiologi Budaya
f. Budaya dan Masyarakat
2.3

Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

Kursus dalam bidang ini bertujuan memberi kefahaman tentang pertumbuhan


dan perkembangan manusia.
Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:
i.

Teori pertumbuhan dan perkembangan individu dan keluarga yang


merentasi kehidupan sepanjang hayat.

14

ii.

Teori pembelajaran dan perkembangan personaliti.

iii.

Tingkah

laku

manusia

merangkumi

kefahaman

tentang

perkembangan krisis, ketidakupayaan, psikopatologi, faktor alam


sekeliling dan situasi yang mempengaruhi tingkahlaku normal dan
bilazim.
iv.

Strategi yang memudahkan perkembangan kehidupan sepanjang


hayat.

v.

Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:

2.4

a.

Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

b.

Teori Personaliti

c.

Psikologi Bilazim

d.

Teori Pembelajaran

e.

Perkembangan Peringkat Dewasa

f.

Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja

Kerjaya dan Cara Gaya Kehidupan

Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman perkembangan kerjaya dan faktor
yang berkaitan dengan kehidupan.
Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:
i.

Teori perkembangan kerjaya dan model membuat keputusan kerjaya.

ii.

Kerjaya dan kerja sampingan, sumber maklumat pasaran buruh,


media visual dan cetak tentang kerjaya, sistem maklumat kerjaya
berasaskan komputer, dan media elektronik lain.

15

iii.

Program

perancangan

perkembangan,

kemajuan

pengurusan

dan

kerjaya

dan

pentadbiran,

pendidikan,
pelaksanaan,

penempatan, susulan, dan penilaian kerjaya.


iv.

Perhubungan di antara kerja, keluarga dan cara gaya kehidupan,


peranan kehidupan yang lain termasuk faktor kepelbagaian gender
berkaitan dengan perkembangan kerjaya.

v.

Perancangan kerjaya dan pendidikan, penempatan, susulan dan


penilaian.

vi.

Teknik dan alat penaksiran yang berkaitan dalam membuat


perancangan dan keputusan kerjaya.

vii.

Strategi, aplikasi dan perkembangan kerjaya berasaskan teknologi


termasuk sistem maklumat dan bimbingan kerjaya berkomputer dan
cara melayari laman web yang berkaitan dengan kerjaya.

viii.

Proses, teknik dan sumber kaunseling kerjaya, termasuk yang boleh


diaplikasikan kepada populasi yang khusus.

ix.

Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus :


a.

Kaunseling Kerjaya

b.

Teori Perkembangan Kerjaya

c.

Kerjaya dan Cara Gaya Kehidupan

d.

Kaunseling Kerjaya dan Perkembangan Personel

e.

Perkembangan Kerjaya

f.

Maklumat dan Perkembangan Kerjaya

16

2.5

Kemahiran Perhubungan Menolong

Kursus dalam bidang ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kemahiran
dalam perhubungan menolong dan perundingan dalam proses kaunseling.
Kursus ini juga dapat membantu pelajar meningkatkan kesedaran kendiri bagi
mewujudkan hubungan terapeutik kaunselor-klien yang efektif serta memelihara
sempadan profesional.
Kursus dalam bidang ini hendaklah meliputi sekurang-kurangnya :
i.

Ciri dan tingkahlaku kaunselor yang mempengaruhi proses


kaunseling dan perundingan seperti umur, jantina, perbezaan ras,
tingkahlaku lisan dan bukan lisan, ciri, orientasi teori dan kemahiran
kaunselor.

ii.

Kemahiran temubual dan kaunseling supaya pelajar dapat


mewujudkan perhubungan terapeutik untuk membina matlamat
kaunseling yang sesuai, mengkonseptualisasi kes, merangka strategi
tindakan, menilai hasil kaunseling dan menamatkan perhubungan
kaunseling dengan berkesan.

iii.

Teori kaunseling yang membantu pelajar menggunakan model


yang tekal untuk memahami masalah klien dan memilih tindakan
kaunseling yang sesuai. Pengalaman yang diperolehi pelajar
hendaklah meliputi sejarah perkembangan

teori kaunseling, dan

penerokaan teori afektif, kognitif dan tingkahlaku. Pelajar wajar


diberikan peluang untuk menerapkan teori tersebut dalam kajian kes
di

samping

didedahkan

kepada

model

kaunseling

mutakhir

berdasarkan penyelidikan dan amalan terkini serta digalakkan


membina model kaunseling sendiri.
iv.

Perspektif sistem untuk membantu pelajar memahami sistem


keluarga dan teori sistem yang lain serta model utama intervensi
17

keluarga dan intervensi yang berkaitan. Pelajar juga hendaklah


didedahkan kepada rasional memilih teori keluarga dan teori sistem
lain sebagai modaliti yang sesuai untuk penaksiran dan kaunseling
keluarga.
v.

Penyediaan

kerangka

umum

untuk

memahami

dan

mengamalkan perundingan dalam kaunseling. Pelajar dikehendaki


meneliti sejarah perkembangan perundingan, penerokaan peringkat
dan model utama perundingan dan menerapkan teori dalm
pembentangan

kes.

Pelajar

digalakkan

membina

model

perundingannya sendiri.
vi.

Pengintegrasian strategi teknologi serta penggunaannya dalam


proses kaunseling dan perundingan.

vii.

Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:


a. Kaunseling Individu,
b. Kemahiran Menolong
c. Proses Kaunseling
d. Perundingan dalam Kaunseling
e. Kaunseling Keluarga
f. Teknik Kaunseling
g. Teori Kaunseling dan Psikoterapi

2.6

Kerja Kelompok

Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang tujuan, perkembangan dan
dinamika kelompok, teori, kaedah dan kemahiran kaunseling kelompok serta
pendekatan kelompok yang lain.
Bidang ini meliputi komponen berikut:
18

i.

Prinsip dinamika kelompok, termasuk tahap proses kelompok,


teori tahap perkembangan, peranan dan tingkahlaku ahli kelompok
dan faktor terapeutik dalam kelompok.

ii.

Cara gaya dan pendekatan kepemimpinan kelompok termasuk


pelbagai jenis pemimpin kelompok dan gaya kepemimpinan.

iii.

Teori kaunseling kelompok merangkumi aspek persamaan dan


aspek yang membezakan antara teori itu serta penyelidikan dan
bahan bacaan yang berkaitan.

iv.

Kaedah

kaunseling

kelompok

termasuk

orientasi

dan

tingkahlaku pemimpin, kriteria dan kaedah saringan, pemilihan ahli


serta cara menilai keberkesanan kelompok.
v.

Pendekatan yang digunakan untuk jenis kelompok yang lain


termasuk

kelompok

petugas,

kelompok

terfokus,

kelompok

sokongan, kelompok pencegahan, kelompok psiko-pendidikan dan


kelompok terapi.
vi.

Piawai latihan pemimpin kelompok.

vii.

Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:


a. Kaunseling Kelompok
b. Prosedur Kelompok
c. Teori dan Teknik Kelompok
d. Dinamika dan Proses Kelompok
e. Kelompok dan Komunikasi Kelompok

19

2.7

Pengujian dan Pengukuran Psikologi

Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang pendekatan individu dan
kelompok dalam penaksiran dan penilaian.
Bidang ini perlu meliputi komponen berikut:
i.

Perspektif sejarah berkaitan sifat dan makna penaksiran.

ii.

Konsep asas berkaitan piawaian dan bukan piawaian alat ukuran dan
teknik penaksiran lain termasuk penaksiran rujukannorma dan
rujukankriteria,

penaksiran

persekitaran,

penaksiran

prestasi,

kaedah inventori dan ujian individu dan kelompok, pemerhatian


tingkahlaku dan kaedah yang diurus dan dibantu komputer.
iii.

Konsep

statistik

termasuk

skala

pengukuran,

pengukuran

kecederungan memusat, penanda variabiliti, bentuk dan jenis


taburan dan korelasi.
iv.

Kebolehpercayaan:

Teori

keralatan

pengukuran,

model

kebolehpercayaan dan penggunaan maklumat kebolehpercayaan.


v.

Kesahan: Bahan bukti kesahan, jenis kesahan dan hubungan antara


kebolehpercayaan dan kesahan.

vi.

Penaksiran tentang umur, gender, orientasi seksual, kaum, bahasa,


ketidakupayaan, budaya, spiritualiti, dan faktor lain berkaitan
penaksiran dan penilaian individu, kelompok dan populasi tertentu.

vii.

Strategi untuk memilih, mengendali, dan menginterpretasi alat


penaksiran

dan

penilaian

serta

teknik

dalam

kaunseling.

Penggunaan bahan penaksiran mesti ditumpukan kepada bahan


ujian atau inventori yang piawaian dan telah diterima pakai secara
20

sejagat mengikut piawaian akademik dan diterbitkan di dalam jurnal


berwasit yang diiktiraf dalam bidang berkaitan.
viii.

Kefahaman

mengenai

prinsip

umum

dan

kaedah

membuat

pengkonsepsian kes, penaksiran, dan/atau membuat diagnosis


status mental dan emosi.
ix.

Pertimbangan etika dan perundangan.

Nota: Pengendalian, pentadbiran, penginterpretasian ujian dan inventori


hendaklah dikendalikan oleh individu yang terlatih dalam
penggunaan ujian dan inventori tersebut.
Contoh Tajuk Kursus:
a. Ujian dan Pengukuran dalam Kaunseling
b. Analisis Individu dan Kelompok dalam Kaunseling
c. Penaksiran dalam Kaunseling
d. Penaksiran dalam Kesihatan Mental
e. Ujian dan Pengukuran Psikologi
2.8 Penyelidikan, Projek Kajian atau Penilaian Program
Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang kaedah penyelidikan,
analisis statistik, keperluan dan penilaian program. Pelajar didedahkan kepada
kepentingan, peluang dan masalah penyelidikan dalam profesion kaunseling.
Pelajar dikehendaki menjalankan penyelidikan/projek kajian/penilaian program
dalam bidang kaunseling.
Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:
i.

Kepentingan penyelidikan dalam memajukan profesion kaunseling.

21

ii.

Kaedah penyelidikan seperti kuantitatif, kualitatif, reka bentuk kajian


kes, penyelidikan tindakan dan penyelidikan menguji keberkesanan.

iii.

Penggunaan teknologi dan kaedah statistik dalam menjalankan


penyelidikan dan penilaian program serta kemahiran asas analisis
perisian statistik.

iv.

Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan, penilaian program dan


penggunaan dapatan kajian untuk pengubahsuaian program.

v.

Penggunaan penyelidikan untuk menunjukkan amalan berdasarkan


bukti.

vi.

Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:


a. Penyelidikan dalam Kaunseling
b. Statistik dalam Kaunseling
c. Projek Penyelidikan/Kajian dalam Bidang Kaunseling
d. Kaedah Penyelidikan Kaunseling
e. Kaedah Kuantitatif dan Kualitatif dalam Penyelidikan Kaunseling

22

BAHAGIAN 3
PIAWAIAN LATIHAN AMALI ATAU PRAKTIKUM
Bahagian Ini menyediakan garis panduan mengenai pelbagai aspek yang mesti
dipenuhi bagi mencapai piawaian praktikum.
3.1

Latihan Amali atau Praktikum

Latihan Amali atau Praktikum bermakna pengalaman klinikal yang diselia dengan
tujuan untuk membolehkan pelajar membina dan mengembangkan kemahiran
asas kaunseling dan mengintegrasikan pengetahuan profesional semasa
pengajian. Pengalaman klinikal ini merangkumi pengalaman mengendalikan
kaunseling dan juga aktiviti berkaitan dengan kaunseling. Latihan Amali atau
Praktikum biasanya dijalankan di dalam kampus dan hendaklah disempurnakan
sebelum internship.
3.2

Pelajar Latihan Amali atau Praktikum

Pelajar yang hendak mendaftar kursus latihan amali/praktikum hendaklah


sekurang-kurangnya telah lulus kursus-kursus berikut :

3.3

Teori Kaunseling

Teknik Kaunseling

Kerja Kelompok

Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

Perkembangan Kerjaya

Penyelia Latihan Amali atau Praktikum

Penyelia Praktikum ialah seseorang yang telah dilantik oleh insitusi sebagai
penyelia yang sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang
kaunseling. Penyelia tersebut hendaklah kaunselor berdaftar dan mempunyai
Sijil Perakuan Amalan. Penyelia boleh dibantu oleh kaunselor berdaftar yang

23

mempunyai Sijil Perakuan Amalan dan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah


Sarjana Muda dalam bidang kaunseling.
3.4

Tempat Latihan Amali atau Praktikum

Tempat latihan amali atau praktikum hendaklah mempunyai kemudahan dan


peralatan yang sesuai bagi tujuan memberi latihan klinikal serta mempunyai
prosedur tetap bagi menjamin kerahsiaan dan melindungi hak-hak klien mengikut
undang-undang. Tempat itu juga harus menyediakan peluang seluas-luasnya
untuk pelatih membiasakan diri dengan pelbagai aktiviti profesional seperti
penyimpanan rekod, penyeliaan, perkhidmatan maklumat dan menghadiri
mesyuarat staf. Tempat itu juga hendaklah mempunyai:
i.

Prasarana untuk melaksanakan kaunseling individu dan kelompok


yang menjamin kerahsiaan.

ii.

Ruang yang mencukupi untuk penggunaan peralatan pandang dengar.

iii.

Staf

sokongan

seperti

pembantu

teknik

bagi

penjagaan

dan

pengendalian alat pandang dengar.


3.5

Tempoh Latihan Amali atau Praktikum

Tempoh minimum latihan amali atau praktikum adalah 252 jam yang bernilai 3
jam kredit di mana 96 jam daripadanya diperuntukkan untuk perhubungan
bersemuka dengan klien (kaunseling individu, kelompok, keluarga atau
perkahwinan).
3.6
I.

Prosedur Pentadbiran dan Penyeliaan Latihan Amali atau Praktikum


Syarat dan Peraturan Latihan Amali atau Praktikum
i.

Pelajar perlu mendaftar dalam kursus latihan amali atau


praktikum.

24

ii.

Pelajar

perlu

mendapat

pengalaman

mengendalikan

proses

kaunseling dari tahap awal sehingga tahap sesi penutup.

iii.

Pelajar perlu diselia sepenuhnya.

iv.

Pelajar perlu menjalankan latihan amali atau praktikum di


tempat yang memenuhi syarat dalam perkara 3.4.

v.

Pengendalian,

pentadbiran

dan

penyeliaan

perlu

memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam piawaian dan


kelayakan latihan kaunselor.
II.

Aspek Penilaian Pengendalian Kaunseling


Penilaian hendaklah berasaskan kriteria berikut:

III.

i.

Penerapan teori

ii.

Penggunaan kemahiran dan teknik kaunseling

iii.

Konseptualisasi masalah

iv.

Perancangan dan strategi rawatan

v.

Kepatuhan kepada etika

vi.

Refleksi

Aspek Pengurusan Rekod


Pengurusan rekod merangkumi perkara berikut:
i.

Penyimpanan rekod aktiviti harian dalam buku log

ii.

Laporan perancangan rawatan

iii.

Laporan sesi kaunseling

iv.

Rekod penggunaan dan pentadbiran ujian


25

v.

Dokumen lain yang berkaitan

Bahagian 4
Piawaian Internship
Bahagian ini menyediakan garis panduan mengenai pelbagai aspek yang mesti
diberi pertimbangan bagi mencapai piawaian internship.
4.1

Internship

Internship ialah pengalaman klinikal pasca praktikum yang diselia dengan tujuan
untuk

membolehkan

pengaplikasian

pelajar

menghalusi,

meningkat

dan

memantapkan

pengetahuan dan kemahiran kaunseling di tempat latihan

profesional. Latihan internship hendaklah dilaksanakan di

premis

di mana

perkhidmatan kaunseling profesional dijalankan.


4.2

Pelajar Internship

Pelajar internship ialah pelatih yang telah menyempurnakan kesemua kursus


dan praktikum yang ditetapkan dalam program ijazahnya. Pelajar hendaklah
mendaftar dalam kursus internship.
4.3

Penyelia Internship

Penyelia internship terbahagi kepada dua kategori:


i.

Penyelia Akademik

ii.

Penyelia Lapangan

Penyelia akademik hendaklah seorang yang telah dilantik oleh institusi sebagai
penyelia dan sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang
kaunseling. Penyelia tersebut hendaklah kaunselor berdaftar yang mempunyai
Sijil Perakuan Amalan.
26

Penyelia lapangan pula hendaklah seorang yang telah dilantik bersama oleh
institusi dan organisasi di mana pelajar tersebut menjalankan internship.
Penyelia lapangan juga hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah
Sarjana Muda dalam bidang kaunseling. Penyelia tersebut hendaklah kaunselor
berdaftar yang mempunyai Sijil Perakuan Amalan.
4.4

Tempat Internship

Internship hendaklah dijalankan di organisasi, institusi atau klinik yang


menyediakan khidmat kaunseling profesional seperti pusat perkhidmatan
kaunseling di institusi pengajian tinggi, hospital, sekolah, pusat komuniti, pusat
pemulihan, penjara, jabatan kebajikan masyarakat, pusat diagnostik, jabatan
sumber manusia, jabatan agama, badan korporat dan institusi/organisasi lain.
Tempat itu juga harus dapat menyediakan peluang seluas-luasnya untuk pelatih
membiasakan diri dengan pelbagai aktiviti profesional berkaitan dengan tugas
sebagai kaunselor.
4.5

Tempoh Internship

Tempoh minimum internship adalah 504 jam yang bernilai 6 kredit, di mana
tempoh minimum 192 jam hendaklah merupakan perhubungan dengan klien
secara bersemuka (kaunseling individu, kelompok, keluarga atau perkahwinan)
dan selebihnya untuk aktiviti yang berkaitan dengan tugas-tugas kaunselor
profesional.
4.6
I.

Prosedur Pentadbiran dan Penyeliaan Internship


Syarat dan Peraturan Internship
i. Pelajar perlu mendaftar untuk internship
ii. Pelajar telah menyempurnakan semua kerja kursus dan praktikum
iii. Pelajar diselia sepenuhnya oleh penyelia.
iv. Pelajar perlu menjalankan internship di tempat yang memenuhi
syarat dalam perkara 4.4.
27

v. Pengendalian, pentadbiran dan penyeliaan perlu memenuhi syarat


dan peraturan yang ditetapkan dalam piawaian dan kelayakan
latihan kaunselor.
II.

Penyeliaan Internship
i.

Penyeliaan individu dijalankan secara bersemuka atas nisbah 5


pelatih kepada 1 orang penyelia.

ii.

Penyeliaan berkelompok hendaklah berbentuk seminar atas


nisbah 10 pelatih kepada satu penyelia.

III.

iii.

Pelatih hendaklah diberi peluang menilai penyelia mereka.

iv.

Pelatih internship digalakkan mempunyai perlindungan insurans.

Aspek Penilaian Internship


Penilaian hendaklah berasaskan kriteria berikut:

IV.

i.

Penerapan teori

ii.

Penggunaan kemahiran dan teknik kaunseling

iii.

Konseptualisasi masalah

iv.

Perancangan dan strategi rawatan

v.

Kepatuhan kepada etika

vi.

Refleksi

Aspek Pengurusan Rekod


Pengurusan rekod merangkumi perkara berikut:
i.

Penyimpanan rekod aktiviti harian dalam buku log

ii.

Laporan perancangan rawatan

iii.

Laporan sesi kaunseling

iv.

Rekod penggunaan dan pentadbiran ujian

v.

Dokumen lain yang berkaitan

28

V.

Aktiviti Berkaitan dengan Kaunseling


i. Rujukan
ii. Konsultasi
iii. Aktiviti bimbingan
iv. Pengujian, pengukuran dan penaksiran
v. Aktiviti perkembangan diri
vi. Pendidikan psikologi

29

RUJUKAN
Bork, M.T., Hackney, H., Hudson P., Miranti, J., Watss, G.A., And Epp. L.
(1999).Spirituality, Religion, And Cacrep Curriculum Standards. Journal Of
Counselling And Development, 77, 251-257.
Council For Accreditation Of Counselling And Related Educational Programs
(1987). Accreditation Procedures Manual For Counseling And Related
Educational Programs. Alexandria, Va: Author.
Council For Accreditation Of Counselling And Related Educational Programs
(2001). Accreditation Procedures Manual For Counseling And Related
Educational Programs: The 2001 Standards. Alexandria, Va: Author.
Council For Accreditation Of Counselling And Related Educational Programs
(2009). Accreditation Procedures Manual For Counseling And RelateEducational
Programs: The 2009 CACREP Standards. Alexandria, Va: Author.
Hosie, T.W. (1995). Counselling Specialities: A Case Of Basic Preparation
Rather Than Advanced Specialization. Journal Of Counselling And
Development, 74,177-180.
Kerajaan Malaysia (1988). Undang-Undang Malaysia: Akta Kaunselor 1998 (Akta
580). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Lembaga Akreditasi Negara (2002). Garis Panduan Kriteria Dan Standard
Kursus Pengajian Ipts. Kuala Lumpur: Pengarang.
Sweeney T.J (1995). Accreditation Credentialing Professionalization: The Role Of
Specialities. Journal Of Counselling And Development, 74, 117-125.

30

You might also like