You are on page 1of 1

KARANGAN RENCANA 1

Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya
dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum di
Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering.
Antaranya ialah Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo. Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan
Bahulu. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat
antarabangsa. Makanan tradisional boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas. Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional di negara
kita.
Dalam kita memajukan industri makanan tradisional ini, kita boleh mempelbagaikan
produk industri makanan yang sedia ada. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian
sesuatu produk dapat menarik minat pelanggannya. Biar kita ambil contoh, kuih Bahulu.
Dahulunya, kuih Bahulu memang popular pada musim-musim perayaan sahaja. Dalam era
moden ini, kuih Bahulu semakin menambat hati raja sehari yang mempelbagaikan bungkusan
kuih Bahulu untuk cenderahati tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan mereka. Dalam
hal ini, kuih Bahulu telah menjadi popular di samping terkenal dalam kalangan generasi kini.
Usaha sebegini haruslah diteruskan agar kuih-kuih tradisional akan terus terkenal di seantero
dunia.
* Isi 2
*Isi 3
*Isi 4
Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menyokong
usaha-usaha ini. Industri makanan tradisional perlu terus dikomersilkan hingga ke arena yang
lebih tinggi. Sejajar dengan itu, nama negara Malaysia akan terus mekar. Oleh itu, industri
makanan tradisional akan terus berkembang seiring dengan kemajuan pembangunan negara.
Nama dan imej negara juga akan terus terjaga dan terpelihara.

You might also like