Professional Documents
Culture Documents
Kajian Kes Ke Atas Program Pendidikan in
Kajian Kes Ke Atas Program Pendidikan in
PERDANA
Oleh
Zaharah binti Badri
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenalpasti keberkesanan
program pendidikan inklusif kepada murid berkeperluan khas
dalam sekolah aliran perdana tanpa mengubahsuai sistem
pendidikan sedia ada. Program Pendidikan Inklusif untuk
golongan bekeperluan khas bermula pada 1987 dibawah
Kementerian Pendidikan dan digubal selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif menitik
beratkan program Pendidikan Inklusif bagi murid - murid
dengan keperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa
belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.
.
1.0 Pengenalan
Sekolah Kebangsaan Seri Bunian merupakan sekolah aliran perdana yang terletak 20
kilometer dari bandar Pontian. Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar ini
mempunyai kira-kira 435 orang murid. Terdapat seramai 29 orang guru di sekolah ini.
Sekolah ini mempunyai 24 kelas biasa, dua buah kelas prasekolah, dan sebuah kelas
pemulihan khas.
Pada awal tahun 2013, sekolah didatangi oleh pegawai PPD Pontian bahagian Pendidikan
Khas. Pegawai tersebut memaklumkan bahawa beliau telah meluluskan permohonan
penjaga seorang murid berkeperluan khas untuk menjalani pendidikan wajib di sekolah aliran
perdana. Murid tersebut telah menjalani pendidikan prasekolah di kelas pendidikan khas
yang berada di bandar Pontian. Oleh kerana sekolah tersebut terletak jauh dari kediaman
dan penjaga tersebut mempunyai komitmen sebagai Imam maka permohonan diluluskan
oleh PPD. Selain itu, murid tersebut juga telah menunjukan kemampuan beliau untuk
bersekolah di aliran perdana di samping sokongan kedua penjaga.
Sebaliknya jika mereka juga mempunyai masalah pembelajaran (kognitif), agensi yang
menyediakan pendidikan adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu di bawah KPWKM.
JPKhas dipertanggungjawab menyelaras dan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk
MPK, manakala murid yang mempunyai masalah fizikal diletakan dalam sistem kebangsaan
setara dengan rakan sebaya yang normal kerana mereka dianggap mempunyai deria dan
kognitif yang normal dan boleh mengikuti P d P di kelas biasa.
Pemerhatian awal saya mendapati bahawa, Zahirul telah menguasai 3M (Membaca, menulis
dan mengira) setara dengan tahap umurnya. Hanya pergerakan beliau agak terbatas dan
beliau juga mengambil masa yang lebih untuk menulis. Namun begitu hasil tulisan beliau
amat memuaskan. Beliau juga gemar melukis. Selain itu, beliau juga mengalami masalah
kelancaran untuk bercakap tetapi butiran percakapan jelas.
Zahirul tidak berkemampuan berjalan mahupun berdiri. Beliau berkerusi roda.
Walaubagaimanapun beliau sangat cekap mengendalikan kerusi roda tanpa bantuan orang
lain. Setelah diteliti dokumen peribadi Zahirul, beliau merupakan anak yatim. Ibunya
meninggal semasa melahirkan beliau. Bapanya pula telah berkahwin lain dan menetap di
Kuala Lumpur. Sejak dilahirkan hingga sekarang, beliau dibawah jagaan kakak sulung arwah
ibunya yang tidak dikurniakan cahaya mata. Dengan sokongan suami yang juga seorang
Imam maka Zahirul dijaga dengan penuh rasa amanah. Zahirul juga masih menjalani terapi
di Hospital Daerah Pontian dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zahirul dikategorikan sebagai
Ketidakupayaan Fizikal (Celebral Palsy). Ketidakupayaan anggota badan sama ada
kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan
yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota,
kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti
penjagaan diri,pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini bolehterjadi
akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistemsaraf, kardiavaskular
respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lainlain.
Oleh itu, Zahirul menerima bantuan JKM setiap bulan sebanyak RM 200. Dengan ini,
keperluan seperti kerusi roda yang dapat diselaraskan dengan saiz tubuh yang berusia 7
tahun dan semakin membesar seperti kanak-kanak biasa dapat disedikan oleh penjaga dan
banyak membantu Zahirul untuk bergerak di sekitar sekolah. Walaubagaimanapun, beliau
tetap tidak dapat menaiki tangga tanpa bantuan orang lain. Namun begitu, sokongan
penjaga yang tidak berbelah bagi dan memberi komitmen yang tinggi dalam menggalas
amanah yang diberi, maka penjaga Zahirul datang ke sekolah mengikut jadual waktu kelas
untuk membawa Zahirul ke bilik-bilik khas yang tidak berada sama aras dengan kelas beliau.
2.0
Kepentingan Kajian
Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk
mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan
kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,
demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan
sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang
yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita.
Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi aset kepada setiap individu termasuklah golongan
bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran
mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan
perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas .
Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran
masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk
berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan
kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan
prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu
persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di
sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk
memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif
juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak
seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi
sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.
(Azad Athahiri Anuar, Norsayyidatina Che Rozubi, 2010)
Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk
semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini.
Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh
didakwa. Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai
Disabled Person Act 2002 serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi
antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework
2002. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian
mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai
kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM dan
kementerian-kementerian lain yang dinyatakan di atas, memainkan peranan dalam
3.0
Tinjauan Literatur
3.1
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan
kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan
murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim
Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan
khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi
membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya
mereka (Kamariah Jalil, 1995).
3.2
Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya,
dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program
Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya
sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan,
masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka
yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid
berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu
daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi
pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa
kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.
3.2.1
3.2.2
Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa
bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa,
mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru
pendidikan khas (guru pembimbing).
3.2.2.1
Inklusif Penuh
Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas
aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).
3.2.2.2
Inklusif Separa
Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran
atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan
khas (guru pembimbing).
3.3
Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi,
persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (NonGovernmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di meratarata tempat di negara kita.
Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata
pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada
itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang
hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan
kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas
telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan
pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan
penyediaan pendidikan khas ialah:
3.4
Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan
Inklusif (PPI)
C. Guru Kelas
i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .
ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan
pengajaran semasa .
iii. Menerima kemasukan murid berkeperluan khas.
iv. Membuat penilaian.
v. Membuat laporan prestasi murid berkeperluan khas.
D.
E. Guru Pendamping(saya)
i.Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .
ii.Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru mata
pelajaran.
iii.Membimbing murid berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas
Pendidikan Khas semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas
aliran perdana.
iv.Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada murid berkeperluan khas selepas
pengajaran dan pembelajaran di aliran perdana.
v.Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan
penempatan ke progran pendidikan inklusif.
G. Rakan pembimbing
i. Menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kelas.
ii. Rakan Pembimbing.
iii. menjadi role model.
H. Ibu bapa
i. Memberi sokongan moral terhadap murid berkeperluan khas.
ii. Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas.
iii. Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah.
iv. Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif.
Semasa Program
1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.
2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guruguru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.
3. Murid pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
sama dengan pelajar lain. Semua muriddigalakkan terlibat secara aktif dalam
semua aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.
4. Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar
yang sama dengan pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama . murid
pendidikan khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang
diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan murid pendidikan
Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja.
Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas
sekiranya diperlukan.
5. Dari segi sosialisasi dan komunikasi, murid pendidikan khas ini sudah boleh
berkomunikasi dengan guru-guru dan murid lain dan boleh bersosialisasi
dengan aktif .Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar
sekolah.
6. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan
impak positif kepada pembelajaran murid pendidikan khas.
Selepas Program
1. Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan murid dan
mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam
Rekod Prestasi.
2. Penilaian keberkesanan program terhadap murid pendidikan khas sentiasa
dijalankan secara berperingkat-peringkat.
3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid.
4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan Murid kepada ibu bapa atau
penjaga.
5.0 Metodologi
untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapat
merapatkan diri dengan murid di samping memerhati cara pergaulan Zahirul di dalam kelas
dan memantau pencapaian beliau dalam setiap matapelajaran.
5.1.2 Temubual
Saya juga menggunakan teknik temu bual dalam pengumpulan data. Temu bual melibatkan
perbualan antara saya dengan guru setiap matapelajaran yang mengajar Zahirul untuk
mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam kajian ini, saya adalah guru
(guru pendamping) dan juga penyelidik. Saya menemu bual Zahirul tentang pengalaman
berada di kelas tersebut dan layanan rakan sekelas terhadap beliau. Selain itu saya juga
menemubual penjaga, dan rakan sekelas yang lain.
Penjaga Zahirul memberikan komitmen 100%. Beliau jaga berpuashati dengan keadaan
Zahirul sekarang. Saya percaya setiap murid ada potensi sendiri, maka guru perlu melihat
murid mengikut keupayaan dan potensi diri murid tersebut.
7.0 Penutup
Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untuk
mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa
dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang
terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala
masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah
bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka
juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama
sekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas
Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang
mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif
memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat
dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan
untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan
Malaysia dipersada dunia.
Bibliografi
Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas
dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.
Nik Khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif : Kesediaan, kesesuaian dan
keberkesanan program bagi murid PKBK SK Taman Sri Mawar. Prosiding Seminar Kajian
Tindakan Guru-guru Negeri Sembilan Darul Khusus kali kedua. m.s 83-86.
Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan
Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings. PhD
thesis. University of Warwick.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas
Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak
diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Kamariah Jalil. ( 1995 ). Ke Arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.
Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,
Terengganu
Refleksi
Setelah melakukan Aktiviti 1 dan Aktiviti 2, saya telah membaca pelbagai artikel dan kajian
kes mengebai program pendidikan inklusif. Saya berasa betapa begitu penting pendidikan
program inklusif ini kepada murid berkeperluan khas dan seterusnya kepada negara
Malaysia. Program seperti ini merupakan harapan kepada ibu bapa yang mempunyai anakanak berkeperluan khas untuk mengahadapi cabaran hidup apabila membesar kelak.
Program ini juga mampu mengubah budaya persekitaran yang menganggap murid
berkeperluan khas tidak mampu berdikari apatah lagi memberi sumbangan kepada negara
tercinta.
Menurut pemerhatian saya, kejayaan program ini tidak hanya melibatkan guru pendamping
sahaja. Sokongan dan komitmen pelbagai pihak amat perlu terutamanya daripada tampok
pimpinan sekolah iaitu guru besar dan guru-guru yang lain. Semua sekolah mampu
melaksanakan program pendidikan inklusif ini jika guru biasa bertindak luar biasa dan
berfikiran luar kotak.
Setelah menjalankan kajian kes ketas seorang murid berkeperluan khas, saya dapati
bahawa murid berkeperluan khas memerlukan perhatian daripada komuniti dan persekitaran.
Tindakan mengasingkan murid-murid seperti ini daripada masyarakat sangat merugikan
semua pihak. Ini kerana murid seperti ini mempunyai bakat dan semangat yang luar biasa
berbanding murid-murid normal di dalam arus perdana. Kecekalan dan ketabahan beliau
memberi impak yang besar kepada saya untuk terus bersemangat memartabatkan program
pendidikan inklusif di sekolah ini. Saya juga bertambah yakin untuk terus melaksanakan
program ini di sekolah saya.
LAMPIRAN
Senarai semak
Bil
Perkara
Kemahiran bersosial
Kemampuan berdikari
Pengawalan Emosi
Kemahiran berkomunikasi
Pencapaian akademik
YA
Temubual
Antara soalan yang diutarakan semasa menjalankan temubual :
Guru Matapelajaran:
Bagaimanakah pencapaian Zahirul dalam matapelajaran _______?
Adakah beliau mengambil bahagian semasa menjalankan aktiviti?
Bagaimanakah beliau berkomunikasi bersama rakan-rakan?
Adakah Zahirul disukai oleh rakan-rakan sekelas?
Dimanakah kedudukan Zahirul di dalam kelas?
Adakah Zahirul menjadi penghalang semasa menjalankan aktiviti PdP?
Rakah sekelas:
Adakah anda mengenali Zahirul?
Anda anda memahami apa yang dituturkan oleh Zahirul?
Apa yang anda suka tentang Zahirul?
Penjaga:
Sejauhmanakah Zahirul boleh berdikari?
Apakah harapan tuan/puan kepada Zahirul?
Apakah perasaan tuan/puan apabila Zahirul berada di dalam kelas?
TIDAK