You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB SENI BUDAYA ASRAMA

SEMEKSI (KeSENDAMAKSI) SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM di


ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIKUATI
Oleh
Prissla Jati
Warden Asrama SEMEKSI

Tujuan
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak pentadbir
Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati bagi menubuhkan Kelab Seni Budaya Asrama Semeksi
dan memohon dana untuk membeli kelengkapan Kelab.
Nama Kelab
Kelab Seni Budaya Asrama Semeksi (KeSENDAMAKSI)
Pengenalan
Asrama SEMEKSI merupakan salah satu tempat yang penting sekali dalam institusi sekolah
berasrama seperti SMK Sikuati. Banyak pelajar dari serta tempat mengambil keputusan untuk
tinggal di asrama sekolah kerana tempat tinggal yang jauh dari sekolah. Namun demikian,
disebabkan oleh jumlah aktiviti yang dijalankan di asrama adalah sangat kurang dan beberapa
faktor lain, ramai pelajar asrama cenderung untuk tinggal di rumah yang jauh daripada di asrama.
Sehubungan dengan ini, maka kertas kerja ini dihasilkan untuk mencadangkan agar Kelab Seni
Budaya Asrama Semeksi dapat ditubuhkan sebagai satu bahagian dalam aktiviti Kokurikulum
di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati.
Matlamat
Matlamat penubuhan Kelab Seni Budaya Asrama ini adalah untuk memantapkan pelajar dengan
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman seni dan budaya untuk meningkatkan keseimbangan
jati diri berlandaskan intipati falsafah pendidikan Negara iaitu keseimbangam aspek jasmani,
emosi, rohani, dan intelek (JERI) seterusnya menjadikan Kelab Seni Budaya Asrama sebagai
medium penting untuk mencungkil dan mengasah bakat sumber modal insan yang berupaya
mencapai wawasan sekolah seterusnya wawasan negara.

Objektif
Objektif bagi Kelab Seni Budaya Asrama ini adalah:
i)
ii)
iii)
iv)

Meningkatkan keyakinan diri pelajar ke tahap yang maksimum


Melatih semangat berkerja secara berkumpulan
Meningkatkan nama sekolah melalui pertandingan dan persembahan yang disertai
Mencungkil dan mengasah bakat pelajar yang terpendam

Spesifikasi Alatan
Untuk menubuhkan Kelab Seni Budaya ini, langkah pertama yang harus dijalankan ialah dengan
membeli peralatan yang diperlukan oleh pelajar semasa membuat persembahan atau menyertai
pertandingan.
Senarai Alatan dan Make-up
Bil.

Nama Alatan
Busana/Pakaian Tarian Melayu

1.

(lelaki)
Baju, Seluar, Kain Samping,
Tali
pinggang,
Songkok,
Keronsang

Bilangan yang Diperlukan

Harga (sum)

6 pasang

Rm 1500

6 pasang

Rm 1500

2 unit x (Rm 14.90)


3 unit x (Rm 11.90)
1 unit x (Rm 12.90)
3 unit x (Rm 12.90)
1 unit x (Rm 14.90)
1 unit x (Rm 7.90)
2 unit x (Rm 12.90)
2 unit x (Rm 3.90)
2 unit x (Rm 8.90)

Rm 29.80
Rm 35.70
Rm 12.90
Rm 38.70
Rm 14.90
Rm 7.90
Rm 25.80
Rm 7.80
Rm 17.80

1 unit x (Rm 55.90)

Rm 55.90

1 unit x (Rm 17.90)

Rm 17.90

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

(perempuan)
Baju Kurung, Kain, Selendang,
Tali pinggang besi, Keronsang,
Rantai, Anting-anting, Gelang
Tangan
Foundation Cake + Loose Powder
Skin Remarker Liquid Foundation
2 in 1 Pressed Powder
Concealer Stick
16 lip Color Set
Lip Gloss
Mascara
Eyeliner pencil
Glitter Eyeliner
Make up Plate 48 Eyeshadow + 4
Blusher
Brush Set (7 Brush)

13.
14.
15.
16.

Bob Pin
Hair Band (sanggul)
Eyelash Curler
Cosmetic Bag

2 unit x (Rm 2.90)


6 unit x (Rm 3.50)
1 unit x (Rm 3.90)
3 Unit x (Rm 5.00)
Jumlah

Struktur Organisasi Kelab Seni Budaya Asrama Semeksi


Jawatankuasa kelab akan terdiri daripada

Rm 5.80
Rm 21.00
Rm 3.90
Rm 15.00
Rm 3310.80

Pemilihan Anggota Kelab Seni Budaya Asrama Semeksi


Pemilihan pelajar-pelajar yang akan menganggotai Kelab Seni Budaya Asrama Semeksi
dibuka kepada semua pelajar asrama Smk Sikuati.
Penutup
Kesimpulannya, penubuhan Kelab Seni Budaya Asrama Semeksi merupakan satu asset yang
bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik
sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang
diterapkan dalam kelab seni dan budaya mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu
padu dan berhemah tinggi. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat
pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan
disia-siakan oleh kita semua. Sekian, terima kasih.

You might also like