You are on page 1of 16

DISEDIAKAN OLEH: SYAHIRAH & KAMALIAH Dibantu oleh : NURBAITI

Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih. Bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit,iaitu bentuknya tidak menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Jenis-jenis kata majmuk:


i.

Rangkaian kata bebas,contohnya:Gambar rajah biru laut air hujan ia juga digunakan sebagai gelaran,contohnya:Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda

ii.

Berbentuk istilah khusus,contohnya:model linear garis pusat telefon dail terus Berbentuk maksud kiasan,iaitu simpulan bahasa,contohnya:kaki ayam buah hati manis mulut

iii.

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang sudah dianggap mantap walaupun ternyata mengandungi dua kata dasar,contohnya:antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa sukarela

Kata majmuk juga lazimnya dieja bercantum,contohnya:i. ii. iii. iv. v.

Kata nama : peribadi,peribahasa,hulubalang Kata adjektif : sukacita,dukacita. Kata sendi nama : kepada,daripada. Kata hubung : apabila,manakala,padahal. Kata tanya : bagaimana

Melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja,contohnya:alat-alat tulis balai-balai raya suku-suku kata Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap,contohnya:pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan

Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Ia terdapat dalam dua bentuk,iaitu:apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja,ejaannya tetap terpisah. Contohnya:campur aduk bercampur aduk litar selari berlitar selari ambil alih mengambil alih

i.

ii.

Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:campur aduk mencampuradukkan daya serap kedayaserapan garis pusat menggarispusatkan

Proses penggandaan dalam bahasa melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan,iaitu:Penggandaan penuh ii. Penggandaan separa iii. Penggandaan berentak
i.

Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contohnya:pulau-pulau tiba-tiba buku-buku suku-suku cantik-cantik tinggi-tinggi Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya,iaitu termasuk imbuhannya sekali. Contohnya:pemimpin-pemimpin pelatih-pelatih persatuan-persatuan

Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Boleh berlaku dihadapan atau dibelakang kata dasar. Penggandaan separa berlaku pada kata dasar tunggal yang melibatkan pengulagan suku kata pertamanya dan meletakkan penggandaannya pada bahagian hadapan kata dasar.

Vokal dalam bentuk gandaan mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet. Contohnya:laki lalaki lelaki jari jajari jejari siku sisiku sesiku Penggandaan separa berlaku terhadap golongan kata kerja dan kata adjektif. Contoh penggadaan separa di bahagian belakang:berlari-lari terdiri-diri mencari-cari sepandai-pandai Contoh penggandaan separa di bahagian hadapan:kasih-mengasihi tolong-menolong cinta-mencintai bantu-membantu

Proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyibunyi tertentu diulang atau diubah. Ia terbahagi kepada tiga jenis,iaitu :Penggandaan berentak pengulangan vokal. ii. Penggandaan berentak pengulangan konsonan. iii. Penggandaan berentak bebas.
i.

i.

Penggandaan berentak pengulangan vokal Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal tertentu iaitu terdapat bunyi keharmonian vokal. Contohnya:Sayur-mayur kuih-muih selok-belok
ii. 

cerai-berai tungkus-lumus hingar-bingar

Penggandaan berentak pengulangan konsonan Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya:Gunung-ganang Bukit-bakau bolak-balik kayu-kayan batu-batan mandi-manda

iii.

Penggandaan berentak bebas Penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya:anak-pinak lintang-pukang saudara-mara titik-bengik

You might also like