You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH SAINS ALAM SHAH SELANGOR PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

(PBSM)

KERTAS KERJA
PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) ASAS IKATAN
TARIKH 17 APRIL 2012 MASA 4.00- 6.00 PETANG TEMPAT DEWAN SMK SAINS ALAM SHAH NAMA TUTOR : EN. MOHD. ZAKI BIN KASIM NAMA PENSYARAH : PN NUR HAZIYANTI BT. MOHAMAD KHALID AHLI KUMPULAN : 1) AIZUDDIN AFIF B. SAPARDI 2) NURUL SYAHIRA BT. ABD. SHUKUR 3) ROSNANI BT. SHAARI 4) ZAIZURA BT. MOHD SHAH 5) TENGKU ANITA BT. TENGKU YAHYA
1. PENGENALAN

L20112008505 L20112008495 L20112008501 L20112008537 L20112008497

Badan Beruniform merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Badan Beruniform di sekolah merupakan salah satu pasukan yang WAJIB disertai oleh murid-murid sekolah. Ini berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 menyatakan mengenai penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum 2. RASIONAL Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap,berketrampilan, pekerti mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi 3. TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF 3.1 Tujuan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dalam tajuk Asas Ikatan diadakan bagi memberi peluang dan pendedahan kepada semua ahli PBSM SMK Sains Alam Shah tentang cara-cara dan jenis-jenis ikatan dalam ilmu pertolongan cemas PBSM. Asas Ikatan ini merupakan ilmu yang penting bagi memastikan setiap ahli mendapat kemahiran yang sepatutnya ada pada semua ahli PBSM. 3.2 Matlamat

Kursus Asas Ikatan di bawah Badan Beruniform PBSM adalah satu acara yang menjadi julung kali diadakan di Sekolah menengah sains alam shah, Selangor dan semua ahli PBSM diwajibkan untuk mengambil bahagian. Aktiviti ini akan dapat memberikan pendedahan pengalaman baru kepada peserta tentang sumbangan dan aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan juga memberi kesedaran tentang kepentingan dalam memupuk semangat hormat menghormati,kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian di kalangan manusia. 3.3 Objektif
i) ii) iii)

iv)

Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas pertolongan cemas PBSM (asas ikatan). Mengembangkan minat, potensi dan bakat peserta. Memupuk semangat sukarelawan dalam aktiviti kemasyarakatan. Meningkatkan jati diri dan memantapkan kemendirian pelajar

4. BUTIRAN PELAKSANAAN P&P 4.1 4.2 4.3 4.4 Tarikh Hari Masa Tempat : 17 April 2012 : : : Selasa 4.00 Ptg 6.00 Ptg Dewan SMK Sains Alam Shah , Selangor

5. KUMPULAN SASARAN Semua ahli PBSM Sekolah Menengah Sains Alam Shah yang terdiri daripada 42 orang murid 6. ANJURAN Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Selangor. 7. ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI AKTIVITI P&P Bil 1 2 Perkara PENDAPATAN Yuran Ahli ( RM 10X42) Sumbangan PIBG JUMLAH PENDAPATAN PERBELANJAAN Jamuan Peserta a. Buah (RM 0.50 x 42) b. Air 2 3 (RM 1.00 x 42) RM 21.00 RM 42.00 RM 40.00 RM 20.00 RM 123.00 RM 397.00 Amaun RM 420.00 RM 100.00 RM 520.00

Hadiah kuiz (RM 4.00 x 10 ) Percetakan JUMLAH PERBELANJAAN LEBIHAN

8.

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG En Mohd Zaki Bin Kasim PENGARAH Aizudin Afif Bin Sapardi PENOLONG PENGARAH Rosnani Bt Shaari SETIAUSAHA Tengku Anita Bt Tengku Yahya BENDAHARI Nurul Syahira Bt Abd Shukur

JAWATANKUASA KERJA

Pendaftaran & Protokol Nur Fadhilah bt Zakaria Wan Nur Hidayah bt Mohd Nasir Bacaan Ikar Aizuddin Afif bin Sapardi Siaraya Zaizura bt Mohd Shah Muslihah bt Kamarudin

Penyediaan Tempat Nazzatul Ain bt Hashim Norzaiha Izza bt Zainul Abidin Ahmad Dokumentasi / Fotografi Shamala A/P Balakrishnan Nurmaziah nadirah bt Mohd Azmi Hadiah Noor Zuhaida bt Junoh Suzilawati bt Mohd Nasir

9.

ATURCARA PROGRAM

MASA 4.00-4.20 Ptg 4.20-4.40 ptg

4.40-5.50 ptg

6.00 ptg

ACARA -Pendaftaran Peserta -Nyanyian Lagu Negaraku -Nyayian Lagu Perak -Nyanyian Lagu PBSM -Bacaan Ikrar Ahli -Sesi P&P Bermula -Jenis Ikatan -Ikatan Anduh -Latihan Dalam Kumpulan -Soal Jawab -Kuiz -Ganjaran -Penutup -Majlis Bersurai

10.

PENUTUP Besarlah harapan kami agar program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Semoga aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Berunifom PBSM ini akan dapat menyemai dan memupuk semangat kesukarelawan di kalangan peserta.Jua diharapkan agar program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan agar objektif dan matlamatnya tercapai.

Disediakan Oleh: .................................................... Tengku Anita bt. Tengku Yahya Setiausaha, Badan Beruniform PBSM SMK Sains Alam Shah

Disemak Oleh: ..................................................... En . Aizuddin Afif bin Sapardi Pengarah Projek P&P, SMK Sains Alam Shah

Disahkan Oleh: ...................................................... En. Mohd. Zaki bin Kasim Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, SMK Sains Alam Shah

You might also like