You are on page 1of 18

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut, iaitu:
(a) Ayat penyata (b) Ayat tanya (c) Ayat perintah (d) Ayat seruan

(Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga)

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan.
Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Yang berikut ialah contoh-contohnya: Nadia jurutaip. Dia wartawan. Abdullah sedang tidur. Penjual ikan itu sentiasa tersenyum. Guru mengajar murid. Norlia membeli pakaian dari kedai itu. Pesakit itu berada di hospital. Musa menjadi pegawai polis. Bunga cempaka itu wangi. Pokok di hadapan sekolah itu amat tinggi.

(Nahu Melayu Moden)

Ayat berita ialah ayat yang menceritakan suatu kejadian / peristiwa, pandangan atau perasaan seseorang.

Di bawah ini diberikan beberapa contoh lagi.


Datuk Penghulu itu bapa saudara saya. Ini buku saya. Hujan pagi ini lebat. Badan saya terlampau gemuk. Dia suka makan durian. Semua orang tahu hal itu. Ayat berita sebenarnya boleh dibahagikan menjadi ayat ya dan ayat tidak.

Ayat ya ialah ayat yang menyungguhkan sesuatu berita atau pernyataan. Ayat tidak ialah ayat yang menafikan sesuatu berita atau pernyataan.

Contoh contoh ayat di atas ialah ayat ya. Ayat ya boleh dijadikan ayat tidak dengan menyisipkan kata nafi tidak atau bukan antara subjek dengan predikat, misalnya ayat ya yang diberi sebelum ini boleh dijadikan ayat tidak seperti berikut: Berikut ialah contoh-contoh ayat tidak yang wujud sebagai ayat penyata: Datuk Penghulu itu bukan bapa saudara saya. Ini bukan buku saya. Hujan pagi ini tidak lebat. Badan saya tidak terlampau gemuk. Dia tidak suka makan durian. Semua orang tidak tahu hal itu.

(Nahu Melayu Mutakhir Edisi Keempat)

Ayat berita ialah ayat yang tujuannya menyampaikan berita dan tidak mensyaratkan adanya gerak balas, baik yang bersifat kebahasaan mahupun yang bersifat perbuatan fizikal. Ayat berita dalam bahasa Melayu ditandai oleh intonasi yang tersendiri, yakni yang mempunyai nada yang menurun sebelum kesenyapan. Ayat jenis ini boleh dibahagikan kepada jenis-jenis menurut sistem-sistem yang berlaku dalam strukturnya. Di samping itu, ayat berita boleh dijeniskan menurut judul dan fokus, dan juga menurut jumlah klausa.

PERNYATAAN
PERNYATAAN BIASA
Maklumat yang disampaikan melalui ayat berita, tentang apa sahaja, baik konkrit mahupun abstrak. Pernyataan jenis ini boleh mempunyai apa sahaja sistem. Kerbau ialah sejenis binatang. Padi ialah sejenis tanaman kawasan tropika.

PENTAKRIFAN
Pernyataan yang menghuraikan sesuatu konsep dengan memberi ciri-ciri atau sifat -sifat khusus yang dimiliki oleh konsep itu, yang dengan sendirinya membezakan konsep itu dari konsep lain. Orang itu guru saya Dia adik saya

Berdasarkan cerita pemenang tempat pertama bagi setiap kategori:

a)Kategori Sekolah Rendah b)Kategori Sekolah Menengah c)Kategori Guru-guru

You might also like