You are on page 1of 19

1.

PENGENALAN

Agenda IT Kebangsaan (National IT Agenda, NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh National IT Council (NITC) dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi (information and communication, ICT) dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaras dengan Wawasan 2020 (NITC, 2001). Salah satu inisiatif awal NITC adalah mewujudkan Multimedia Super Corridor, MSC bagi mencapai agenda IT kebangsaan. Beberapa strategi telah dirancang oleh pihak NITC untuk membawa Malaysia ke era globalisasi. Lima bidang utama yang telah dikenalpasti untuk diberi tumpuan khas adalah E-Community, E-Public services, E-Learning, EEconomy 2001). Perkembangan teknologi dan usaha yang dilakukan untuk menggunakan teknologi dan internet serta E-Pembelajaran mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih efektif (Rubiah & Jamilah 2009). Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum Sains mengutamakan pembelajaran bermakna. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran bermakna mesti yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif pelajar dan bukan berbentuk rutin. Pembelajaran Sains yang hanya berpusatkan guru dan menggunakan buku teks sahaja akan mengekang pelajar menguasai pembelajaran bermakna (Johari Surif et. Al 2007). Pembelajaran bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pernyataan ini disokong oleh Herliani (2008) mengatakan bahawa hasil temubual dengan pelajar mendapati pelajar-pelajar masa kini telah terbiasa berada dalam kelas yang klasikal, jarang bekerja dalam kumpulan dan berbincang, tidak dilatih untuk memecahkan permasalahan serta pembelajaran yang dilakukan tidak mengembangkan kreativiti dan pemikiran saintifik sebagaimana sepatutnya. Penggunaan E-Pembelajaran mampu mengubah pelajar daripada pasif kepada aktif dengan penggunaan teknologi Internet melalui talian (Rubiah & Jamilah 2009). Kertas konsep ini akan meninjau tentang aplikasi strategi penggunaan E-Pembelajaran dalam pendidikan Sains. Perbincangan dan tinjauan akan dimulai dengan definisi E-Pembelajaran serta perbandingan antara pembelajaran tradisional dengan E-Pembelajaran. Seterusnya membincangkan rasional E-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali kertas konsep ini akan membincangkan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan E-Pembelajaran. dan E-Sovereignity. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta dipertanggungjawabkan untuk menjayakan agenda E-Learning atau E-Pembelajaran ini (Jaya Kumar,

2.0

DEFINISI E-PEMBELAJARAN

Banyak istilah yang berlainan tentang E-Pembelajaran digunakan oleh para cendekiawan (Rubiah & Jamilah 2009). Ting (2007) menjelaskan E-Pembelajaran adalah pembelajaran secara atas talian, pembelajaran secara rangkaian serta arahan pembelajaran berasaskan web. Definisi E-Pembelajaran ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini (Jaya Kumar 2001). EPembelajaran boleh berdasarkan media seperti CD-ROM, rangkaian setempat, internet ataupun intranet. E-Pembelajaran biasanya menggunakan elemen-elemen teks, audio, video, audio, animasi dan persekitaran maya. E-Pembelajaran boleh memperkayakan pengalaman belajar yang mampu mengatasi tahap latihan dalam suatu bilik darjah. Pendek kata, E-Pembelajaran adalah pembelajaran secara hands-on dan mengikut kapasiti diri-sendiri (Abdul Razak et al. 2004). Melalui kaedah E-Pembelajaran, proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan. Melalui interaktiviti juga seseorang pelajar akan mencari maklumat selanjutnya untuk memenuhi keperluan ingin tahu dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dan kefahaman (Rubiah & Jamilah 2009). Secara kesimpulannya, E-Pembelajaran merupakan suatu sistem yang mana maklumat mata pelajaran, nota, kemudahan komunikasi dan lain-lain aktiviti pembelajaran seperti kuiz, ujian dan tugasan boleh diakses melalui rangkaian komputer di mana sahaja pelajar berada.

3.0

PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN TRADISIONAL DAN E-PEMBELAJARAN

Di dalam sebarang bentuk pembelajaran, kejayaannya banyak bergantung kepada usaha guru dan juga pelajar. Bagaimana pun untuk tujuan perbandingan diberikan perbezaan antara pembelajaran tradisional dan E-Pembelajaran. Di dalam kelas tradisional, guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan juga ditugaskan untuk menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan pada kebiasaannya adalah berpusatkan guru. Manakala di dalam pembelajaran E-Pembelajaran, fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran E-Pembelajaran akan memaksa pelajar memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri (Tsai 2009).

E-Pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang selamat tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian.

4.0

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DAN HUMANIS

Teori sosial atau neobehavioris menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori behavioris dengan teori kognitif. 4.1 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori pembelajaran sosial melibatkan tiga unsur asas yang utama. Di antaranya ialah individu (personal), persekitaran (environment) dan tingkah laku (behavior). Tiga unsur Asas : I = individu P = Persekitaran T = Tingkah laku

Rajah 1 : Interaksi tiga unsur asas dalam pembelajaran sosial (Sumber : Ting 2007)

Di dalam tiga unsur asas ini, individu dirujuk sebagai keadaan motivasi intrinsiknya, persekitaran sebagai rangsangan luaran dan tingkah laku sebagai perlakuannya. Mengikut teori pembelajaran sosial, pembelajaran merupakan interaksi di antara motivasi intrinsik dan tingkah laku individu dengan persekitarannya. Ringkas kata, pembelajaran = I X P X T (Ting 2007). Terdapat hubungan antara personaliti dan demografi pengguna dengan pengaruh alam sekitarnya seperti tekanan sosial dan keadaan situasi (Bandura 1977; Campeau & Higgins 1995; Ting 2007). Tingkah laku di sini merujuk kepada kecekapan diri seseorang. Halangan-halangan dalam penggunaan E-Pembelajaran dalam kajian Ting (2007) adalah menggunakan kerangka konsep yang dihasilkan oleh Schilkes (2001). Terdapat dua aspek kecekapan diri (self-efficacy) yang diaplikasikan dalam kajian ini iaitu kecekapan diri terhadap komputer dan kecekapan diri terhadap internet. Menurut Eastin & LaRose (2000), seseorang yang memiliki tahap kecekapan diri terhadap internet yang kurang akan kurang yakin terhadap kebolehan mengakses internet dan tidak cekap dalam menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan.

4.2

TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGERS

Mengikut pandangan ahli psikologi teori humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik. Individu akan membesar secara semula jadi sekiranya persekitaran yang mereka hidup adalah sesuai. Oleh itu, guru harus mengikut keperluan pelajar, membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap bermakna. Dengan perkataan lain, sekolah harus mengutamakan pendidikan afektif, disokong dengan pendidikan berasaskan ilmu pengetahuan. Kajian ahli psikologi teori humanis telah menunjukkan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diaturkan mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri. Mengikut ahli-ahli humanis, termasuk Carl Rogers, setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Teori pembelajaran yang disarankan oleh Carl Rogers mengandungi beberapa ciri iaitu yang pertama ialah pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu sendiri sahaja, kedua ialah setiap individu mempunyai kecenderungan dan

hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri, ketiga ialah setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain, keempat pula ialah tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya dan terakhir sekali ialah kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui proses komunikasi. Mengikut Rogers, pengalaman peribadi setiap individu adalah unik dan tersendiri, serta berbeza dengan individu yang lain. Ia juga banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Setiap individu mempunyai hasrat untuk menjadi manusia yang sempurna melalui cara pengawalan dan autonomi sendiri. Mereka masing-masing mempunyai motivasi intrinsik yang mendorongkannya ke arah mencapai kesempurnaan dan kecemerlangan kendiri. Sehubungan ini, pengalaman yang dialami dan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada persekitaran akan membolehkan individu masing-masing membentuk konsep kendiri, sama ada positif atau negatif, bergantung kepada ciri unsur pengaruh persekitaran itu. Bagaimanapun, setiap langkah yang ditonjolkan oleh seseorang individu biasanya mencerminkan konsep kendirinya serta sistem kepercayaan yang dimiliki (Ting 2007).

4.3

PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN PENDIDIKAN ROGERS

Berdasarkan kajian, Rogers mengutarakan beberapa prinsip pendekatan pendidikan yang sangat berpengaruh dalam perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Di antaranya ialah mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar dan mengutamakan prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan (freedom to learn). Prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan termasuk pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu (Curiosity), pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna serta seiras dengan objektif pelajaran pelajar, keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai di bawah situasi pendidikan yang kurang berancam, keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran, membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya, demi mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata, demi memupuk kemahiran hidup pelajar.

5.0

CIRI DAN KOMPONEN PERSEKITARAN E-PEMBELAJARAN

E-Pembelajaran mempunyai rekabentuk yang baik dapat menyediakan pelbagai ciri yang kondusif untuk proses pembelajaran. Walaubagaimanapun ciri-ciri tersebut perlu diintegrasikan dengan efektif untuk mencapai matlamat pembelajaran. CIRI Mudah penggunaan Sistem KOMPONEN navigasi yang PERSEKITARAN E-PEMBELAJARAN piawai, Boleh menjangkakan keperluan pelajar, membenarkan pelajar meneroka dan menemui sumber mengikut keperluan

antaramuka pengguna yang selalu digunakan, enjin carian dan pautan. Interaktiviti

mereka. Internet tools, hyperlinks, browsers, Pelajar dapat berinteraksi antara satu servers, authoring program, reka sama lain. bentuk pengajaran Internet dan WWW

Multiple Expertise

Dapat menjemput kepakaran dari luar institusi yang terdiri dari pelbagai bidang untuk memberi ceramah dan bengkel. bentuk Menyediakan

Pembelajaran Kolaboratif

Internet pengajaran

tools,

reka

medium

untuk

perbualan, perbincangan, menukar dan berkongsi idea. Menyediakan platform untuk pelajar belajar secara berpasukan. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, melalui pemikiran pandangan kritis, dan untuk dengan pemimpin, interpersonal dan koperatif pelbagai pengalaman ahli kolaboratif. Boleh direkabentuk menggalakkan persekitaran yang sebenar

Keaslian

Internet

&

WWW,

rekabentuk

pengajaran.

pembelajaran

mengutarakan masalah dunia nyata serta isu yang relevan kepada pelajar. Dengan ini, ianya dapat menghapuskan

tembok yang memisahkan bilik darjah Kawalan Pelajar Internet programmes, tools, dan dunia nyata. authoring Membenarkan pelajar yang mengambil reka bahagian perbincangan pemerhatian. secara atau Pelajar aktif dalam membuat mempunyai

hyperlinks,

bentuk pengajaran.

kawalan sepenuhnya dari segi isi kandungan, masa dan maklum balas. Jadual 1 : Ciri dan Komponen Persekitaran E-Pembelajaran (Sumber : Karan Kumar 2001) 6.0 KERANGKA E-PEMBELAJARAN

Menurut Khan (2005), untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang bermakna dan efektif, perekabentuk mesti mempertimbangkan lapan dimensi yang saling berkait dan bergantung antara satu sama lain. Dimensi E-Pembelajaran Institusi Pengurusan Teknologi Pedagogi Deskripsi Berkaitan dengan isu-isu pentadbiran, akademik dan perkhidmatan pelajar yang berkait dengan E-Pembelajaran. Merujuk kepada penyelenggaraan persekitaran pembelajaran dan pengagihan maklumat. Mengenalpasti isu yang berkaitan teknologi infrastruktur

perancangan, perkakasan dan perisian. Merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira isu-isu seperti analisis kandungan, pelajar, matlamat, media, pendekatan reka bentuk, organisasi dan strategi pembelajaran. Berhubung dengan pengaruh politik dan sosial, perbezaan budaya dan geografi serta perbezaan pelajar, jurang digital, etika dan isu perundangan. Merujuk kepada paparan program E-Pembelajaran iaitu meliputi rekabentuk setiap muka dan halaman utama, rekabentuk kandungan, navigasi, capaian dan ujian penggunaan. Mengenalpasti sokongan dan sumber atas talian yang diperlukan untuk pembelajaran yang efektif.

Etika

Rekabentuk antaramuka

Sokongan sumber

Penilaian

Termasuk penilaian ke atas pelajar dan juga penilaian terhadap persekitaran E-Pembelajaran dan arahannya. Jadual 2 : Kerangka E-Pembelajaran (Sumber : Karan Kumar 2001)

7.0

STRATEGI DALAM E-PEMBELAJARAN

Pelbagai strategi boleh digunakan dalam E-Pembelajaran untuk proses pembelajaran dan juga membantu pelajar mencapai matlamat dan objektif iaitu :7.1 PERSEMBAHAN

Persembahan ialah satu set teknik untuk mempersembahkan fakta, konsep, prosedur dan prinsip. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan satu atau lebih mod persembahan atas talian seperti teks, grafik, foto, klip audio, klip video, animasi, slaid persembahan dan video konferen. Persembahan perlulah mudah difahami, skrin yang tidak terlalu padat dengan elemen-elemen multimedia. Selain itu perkara yang perlu diberi perhatian ialah mengambilkira faktor platform yang berbeza semasa mencipta persembahan iaitu memastikan persembahan dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah didalam perkakasan dan perisian yang berbeza. 7.2 DEMONSTRASI

Merupakan satu kaaedah untuk menunjukkan atau simulasi bagaimana sesuatu benda berfungsi. Ianya boleh digunakan didalam bidang seperti prosedur pengajaran untuk menunjukkan bagaimana hendak mengendalikan sesuatu peralatan, mengilustrasi prinsip dan mendemonstrasi kemahiran interpersonal. 7.3 TUTORIAL

Menyampaikan kandungan, mengemukakan masalah atau persoalan meminta pelajar memberi respon dan seterusnya memberi maklumbalas yang sesuai.

7.4

PERBINCANGAN

Membenarkan pelajar menganalisa maklumat, meneroka idea dan berkongsi pandangan sesama mereka. Kaedah perbincangan boleh berbentuk asynchronous (e-mail, mailing lists atau newsgroup) atau synchronous (messaging tools, audio dan video conferencing tools). Sebelum menjalankan perbincangan, soalan perlu dirancang dan direka supaya perbincangan atas talian menjadi efektif. Pelajar-pelajar juga perlu menjaga etika semasa menjalankan perbincangan.

8.0

MODEL E-

STRATEGI

PEMBELAJARAN Beberapa dicadangkan model untuk

pelaksanaan E-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 :-

Rajah 2 : Model yang dicadangkan untuk pelaksanaan E-Pembelajaran ( Sumber Jaya Kumar (2001) )

8.1 SELECTIVE MODEL


Jika bilangan komputer di sekolah adalah sangat terhad maka model ini sesuai digunakan. Di dalam model ini, guru terpaksa memilih salah satu alat yang paling berkesan untuk menyampaikan pengajaran. Jika guru mempunyai bahan E-Pembelajaran yang berkualiti maka ianya hanya dapat ditunjukkan kepada pelajar sebagai bahan demostrasi sahaja. Jika ada lebih dari satu komputer, maka pelajar harus diberi peluang untuk mendapat sedikit pengalaman hands-on. Kelas di mana pengajaran

10

dilaksanakan tidak semestinya bilik darjah tetapi boleh juga di bilik simulasi, bilik sumber atau bilik khas lain yang ada komputer.

8.2 SEQUENTIAL MODEL


Jika bilangan komputer di sekolah adalah kecil maka model ini sesuai digunakan. Pelajar dalam kumpulan kecil bergerak dari satu set sumber maklumat ke sumber yang lain. Pelajar menggunakan bahan E-Pembelajaran sebagai bahan rujukan atau mencari maklumat baru. Jika ada beberapa komputer, maka pelajar harus diberi peluang untuk mendapat pengalaman hands-on.

8.3 STATIC STATION MODEL


Jika bilangan komputer di sekolah adalah kecil maka model ini sesuai digunakan. Di dalam model ini, guru mempunyai beberapa sumber berbeza untuk mencapai objektif pengajaran yang sama. Bahan E-Pembelajaran digunakan oleh satu atau dua kumpulan pelajar untuk mencapai objektif pelajaran berkenaan. Kumpulan pelajar yang lain menggunakan sumber yang lain untuk mencapai objektif pelajaran yang sama.

8.4 LABORATORY MODEL


Jika bilangan komputer mencukupi untuk semua pelajar, maka bahan E-Pembelajaran dapat digunakan oleh pelajar sebagai bahan pembelajaran kendiri. Model ini dapat digunakan jika sekolah mempunyai makmal komputer yang dilengkapi dengan talian Internet. Setiap model yang dinyatakan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pemilihannya bergantung kepada infrastuktur telekomunikasi dan perkakasan yang sedia ada di sekolah. Sedikit kelonggaran dan kepercayaan perlu diberikan kepada pelajar untuk bergerak ke bilik yang ada komputer (termasuk Internet) dari masa ke masa jika diperlukan. Bagaimanapun usaha perlu diambil untuk mengatasi sebarang cabaran yang dihadapi.

9.0

CABARAN DALAM E-PEMBELAJARAN

11

Menurut Pollard & Hillage (2001), bukan semua pelajar atau organisasi yang menikmati kelebihan EPembelajaran. Belanger dan Jordan (2000) memberi komen bahawa kewujudan teknologi dalam persekitaran kelas tradisional boleh membawa kesan yang sangat banyak dalam meningkatkan kualiti latihan, pengekalan pembelajaran dan pengelakkan kos. Tujuan kajian adalah mengkaji mengenai pengaktifan menentukan wujudnya halangan dalam E-Pembelajaran, menyediakan masa depan EPembelajaran dan mengurangkan halangan E-Pembelajaran.

Halangan E-Pembelajaran

Teknologikal

Situasi

Institut

Personaliti

Rajah 3 : Model bagi halangan-halangan dalam E-Pembelajaran (Schilke, 2001)

9.1

HALANGAN SITUASI

Halangan situasi adalah dikaitkan dengan situasi atau persekitaran seseorang itu berada (Schilke, 2001). Pembolehubah yang berkaitan dengan situasi adalah termasuk masa untuk belajar (Garland, 1993; Morgan & Tam 1999; Ting 2007), dan perubahan kehidupan seseorang (Ting 2007). Harapan yang lain termasuk perasingan, kurang sokongan, persekitaran pembelajaran yang tidak sesuai. Halangan seperti kekurangan sosial (Masie 2001) membawa kepada perasaan terasing (Bischoff 2000) adalah selalu disebut kerana ini merupakan cabaran kepada pelajar untuk berurus dengan lebih baik dalam pembelajaran atas talian (Ting 2007). E-Pembelajaran adalah kurang berinteraksi semuka dan dikatakan adalah tidak mesra, mengecewakan dan kesunyian (Ting 2007). E-Pembelajaran memerlukan sokongan (Polland & Hillage 2001). Kekurangan sokongan daripada orang lain selalu dikatakan merupakan satu halangan (Ting 2007). Pengurusan sokongan untuk E-Pembelajaran adalah faktor utama untuk menggalakkan E-Pembelajaran (Rosenberg 2001). Pelajar bukan sahaja memerlukan sokongan tetapi juga memerlukan tempat untuk belajar tanpa gangguan (Ting 2007). Ini menunjukkan persekitran untuk pelajar boleh dikira sebagai halangan dalam proses pembelajaran.

12

Halangan situasi berkenaan dengan situasi, persekitaran atau keadaan pelajar. Terlalu sibuk dengan kerja lain, gangguan daripada kerja lain, hal rumah dan tempat belajar, kekurangan masa untuk belajar atas talian dan faktor pengurusan masa merupakan faktor halangan situasi (Ting 2007). 9.2 HALANGAN TEKNOLOGIKAL

Teknologi membawa perubahan sama ada untuk kita bekerja, bermain dan juga kehidupan seharian kita (Ting 2007). Teknologi baru mampu merevolusikan kerja, permindahan pembelajaran, mereka infrastruktur pekerjaan dan pembelajaran (ASTD 1998). Internet merupakan punca kepada pembangunan teknologi pembelajaran di mana ia mampu memperluaskan arena pembelajaran (ASTD 1998). Internet telah menjadi saksi pertumbuhan yang dinamik dengan membawa banyak perubahan terhadap perniagaan, perindustrian dan komuniti (Ting 2007). Teknologi mengakses komputer menjadi isu yang penting dalam latihan dan pendidikan. Halangan teknologikal adalah termasuk keupayaan mengakses komputer, konsisten untuk mengakses internet, kos komputer dan kos pengaksesan internet, masalah teknikal, pengaksesan kepada teknologi dan kebolehpercayaan teknologi (Ting 2007). Halangan teknologikal yang lain termasuk kualiti teknologi, kekurangan bantuan teknikal, kekurangan kemahiran teknikal, keselesaan penggunaan teknologi, perubahan teknologi dan masalah log in (Schilke 2001). Ketakutan terhadap teknologi adalah isu utama dalam halangan teknologikal (Ting 2007). 9.3 HALANGAN INSTITUSI

Halangan institusi mengambil kira dua aspek iaitu pengajar dan reka bentuk pengajaran (Schilke 2001). Sokongan organisasi dan reka bentuk pengajaran merupakan faktor yang penting dalam E-Pembelajaran. Halangan institusi berkenaan dengan kurang sokongan daripada pentadbir terhadap penggunaan EPembelajaran (Ting 2007). Halangan mengenai pengajar juga merupakan aspek yang penting dalam halangan institusi. Halangan mengenai pengajar meliputi pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku pengajar, pengaksesan kepada pengajar serta kejelasan arahan yang diberikan oleh pengajar (Ting 2007). Komunikasi dan maklum balas termasuk kekerapan berhubung dengan pengajar, hubungan pengajar dan pelajar, kepuasan belajar adalah sangat penting. Maklum balas yang lambat daripada pengajar akan menjadi halangan dalam E-Pembelajaran (Ting 2007).

13

Halangan reka bentuk pengajaran berkaitan kualiti bahan pembelajaran, halangan bahasa dan kebolehan untuk penggunaan media. Kandungan yang terlalu banyak, kandungan yang mengambil masa untuk mencetak dan informasi berlebihan akan menjadi halangan kepada E-Pembelajaran. 9.4 HALANGAN PERSONALITI

Halangan personaliti memainkan peranan yang penting. Halangan ini merangkumi gaya pembelajaran yang berlainan, kemahuan untuk berubah, motivasi, pengurusan masa, masalah kesihatan fizikal dan psikologikal. Pembelajaran sepatutnya mengambil kira keperluan dan minat pelajar itu sendiri (ASTD 1998). Oleh itu, gaya pelajar mesti diambil kira semasa menerangkan program E-Pembelajaran. Di kelas tradisional, pengajar perlu mengetahui bukan semua pelajar belajar menggunakan kaedah yang sama dan begitu juga E-Pembelajaran. Halangan personaliti meliputi pengalaman asas dengan E-Pembelajaran. Minat dan pengalaman pelajar menentukan keperluan dalam alam pembelajaran. Kemahuan untuk berubah merupakan salah satu halangan untuk halangan personaliti. Keinginan untuk menerima perubahan dan inovasi merupakan halangan kepada pelajar dalam penggunaan EPembelajaran. E-Pembelajaran memerlukan motivasi diri sendiri, dedikasi dan disiplin diri. EPembelajaran biasanya berpandukan kepada diri sendiri. Maka, kemahiran pengurusan masa adalah sangat penting. Kekurangan pengurusan mada merupakan halangan. Masalah kesihatan fizikal dan psikologikal merujuk kepada halangan personaliti. Tekanan yang wujud daripada tanggungjawab lain di rumah dan sekolah akan menjadi halangan kepada E-Pembelajaran. Isu kesihatan dan ketakutan (Palloff &Praff 1999) juga menghalang E-Pembelajaran. Halangan ini juga meliputi isu persendirian, sikap seseorang dan personaliti seseorang. Selain itu, halangan atau cabaran dalam melaksanakan E-Pembelajaran adalah akses kepada ICT itu sendiri merupakan masalah utama di negara kita . Masyarakat di kawasan luar bandar mendapati akses kepada ICT adalah terlalu mahal. Dari 1.5 juta rakyat Malaysia yang menggunakan internet, 50% berada di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Jaya Kumar 2001). Ini mewujudkan jurang digital yang ketara dalam masyarakat Malaysia. 10.0 KELEBIHAN E-PEMBELAJARAN

14

E-Pembelajaran dapat membawa satu senario pembelajaran yang lebih efisien dari pelbagai aspek (Ismail 2002). Antara kelebihan E-Pembelajaran adalah keluwesan penggunaan, kos efektif, kandungan terkini, perkongsian maklumat, penyebaran serentak dan interaktif. Keluwesan penggunaan bermaksud pengguna dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa dan teknik juga dalam keadaan yang tidak formal. EPembelajaran dapat diakses sama ada menggunakan secara dalam talian atau di luar talian, mencetak atau menyimpan serta menggunakan teknik salin dan tampal untuk membina bahan (Ismail 2002). Menurut Abdul Razak et al. (2004), pelajar boleh menggunakan E-Pembelajaran untuk mempelajari sesuatu pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada. Kelebihan Just-In-Time (JIT) ini membuka peluang untuk mempelajari perkara baru bagi orang yang tidak mampu memuatkan pendidikan dalam jadual harian mereka. Selain itu, program E-Pembelajaran adalah mengikut keupayaan pelajar. Kebanyakan program E-Pembelajaran boleh diambil apabila perlu sahaja. Kandungan yang disusun dalam buku maya dalam perisian E-Pembelajaran menghasilkan sejenis reka bentuk berasaskan modul yang membenarkan pelajar mempelajari suatu perkara dalam bahagian-bahagian kecil yang boleh diamati dengan mendalam dahulu sebelum beralih ke topik yang seterusnya. Kos efektif adalah bermaksud bahan yang begitu banyak yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh pengguna tanpa menggunakan kos yang mahal. Malah sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan E-Pembelajaran dan juga bidang-bidang lain. Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Menurut Abdul Razak et al. (2004), mengimplementasi E-Pembelajaran adalah lebih murah untuk dihasilkan dengan menggunakan perisian pengarangan E-Pembelajaran seperti trainersoft. Pembinaan program latihan tidak segerak boleh dihasilkan oleh pengguna sendiri. Apabila kos pembinaan diatasi, E-Pembelajaran boleh dijadikan hampir percuma. Program latihan segerak mempunyai kos berterusan seperti kos komunikasi dan peralatan, tetapi jumlah kos adalah jauh lebih murah berbandingkan kursus-kursus biasa. E-Pembelajaran boleh dikemaskinikan dengan murah dan segera. Sesi E-Pembelajaran atas talian adalah sangat mudah untuk dikemaskinikan kerana bahan kandungan yang terkini boleh dimuat-naik ke komputer pelayan apabila perlu. Perisian yang berasaskan CD-ROM mungkin lebih mahal sedikit untuk dikemaskini dan diedar semula, tetapi ia jauh lebih murah daripada mencetak semula suatu buku teks atau manual dan melatih semula tenaga pengajar (Abdul Razal et al. 2004). Bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya adalah terkini. Ini bermakna para pengguna khususnya pengajar dan pelajar boleh mendapat maklumat yang terkini yang

15

tidak ada dalam buku teks dengan cepat. Laman-laman web jabatan kerajaan, agensi kerajaan dan swasta mampu menampung dan menjadikannya sebagai rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan E-Pembelajaran juga bermaksud pengguna mampu menikmati perkongsian maklumat. Setiap pengguna akan mendapat maklumat yang sama di serata dunia. Melalui kemudahan seperti forum dalam talian, e-mel, video konferen, chatting dan sebagainya, pengguna di seluruh dunia dapat berkongsi pengalaman dan membina satu masyarakat siber. Selain itu, penyebaran maklumat dapat dijalankan secara serentak. Ini bermakna pengguna tidak perlu menunggu giliran untuk mendapat maklumat atau meminjam sesuatu bahan seperti mana yang berlaku pada kaedah tradisional. Persekitaran E-Pembelajaran mampu diakses oleh semua pengguna di seluruh dunia secara serentak. Ini menjimatkan masa pengguna serta tidak berlaku satu kesesakan (kadang kala disebabkan masalah teknikal kesesakan dalam talian boleh juga berlaku yang menyebabkan proses mengakses menjadi lambat) dalam mengakses maklumat. Tambahan pula, bahan-bahan yang bersifat interaktif mampu memberi maklumat serta memudahkan mendapat maklum balas. Menurut Abdul Razak et al. (2004), E-Pembelajaran mampu bergerak dengan lebih lancar. Kursus-kursus EPembelajaran bergerak 50 peratus lebih laju berbanding kursus tradisional. Ini disebabkan pendekatan individu yang membenarkan pelajar-pelajar mengabaikan bahan kandungan yang mereka telah pun tahu dengan mendalam dan beralih kepada isu dan topik yang mereka belum pernah belajar.

KESIMPULAN

16

Kecanggihan IT dan ICT boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan EPembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan keberkesanan dan menggalakkan pendidikan. Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Kolej Swasta sedang berusaha untuk menggunakan E-Pembelajaran sebagai teknik yang terkini untuk menyampaikan modul-modul mereka. Maka adalah wajar E-Pembelajaran digunakan dengan meluas kepada semua pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perkembangan IT yang begitu pesat sekali. Kita tidak seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian E-Pembelajaran siap sebelum ianya diperkenalkan kepada pelajar kita. Perlu diingatkan juga bahawa unsur Kemahiran berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak ke dalam bahan E-Pembelajaran. Walau bagaimanapun E-Pembelajaran yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Guru masih akan memainkan peranan penting dalam mendidikan pelajar kita.

REFLEKSI Sebelum menghasilkan dokumen ini, penulis mempunyai tanggapan bahawa E-Pembelajaran hanya melibatkan internet semata-mata. Online learning telah dianggap sebagai E-Pembelajaran. Sebenarnya EPembelajaran membentuk pembelajaran jarak jauh dan merupakan subset bagi pembelajaran jarak jauh (distance learning). Manakala Online learning adalah subset bagi E-Pembelajaran dan computer based learning pula adalah subset bagi online learning. E-Pembelajaran adalah bersumberkan media seperti CDROM, internet dan intranet di mana maklumat, nota, aktiviti pembelajaran seperti kuiz, ujian dan tugasan dihasilkan dan dapat digunakan oleh pelajar tanpa mengira waktu dan tempat.

RUJUKAN

17

Abdul Razak, et al. (2004). Teknologi Maklumat & Komunikasi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur:McGrawHill (Malaysia) Sdn. Bhd. ASTD. (1998). Learning Technology Research Report. Alexandria. VA:ASTD. Badrul Khan. (2005). Managing E-Learning Strategies, Information Science Publishing. Campeau, D.R. & Higgins, C.A. (1995). Computer Self-Efficacy: Development of a Measure and Initial Test. MIS Quaterly, 189 211. Eastin, M.S & LaRose, R. (2000). Internet Self-Eficacy and the Psychology of the Digital Divide. Journal of Computer-Mediated Communication, 6(1). Herliani. (2008). Penggunaan Pendekatan Sains Teknologi Masyarakat Terhadap Peningkatan Kreativitas Berpikir Pada Mata Kuliah Dasar-Dasar PBM Biologi. Universitas Mulawarman, Indonesia. Jaya Kumar C. Koran. (2001). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di SekolahSekolah Malaysia : Cadangan Perlaksanaan Pada Senario Masa Kini. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Meng Jung Tsai. (2009). The Model of Strategic e-Learning: Understanding and Evaluating Student eLearning from Metacognitive Perspectives. Educational Technology & Society, 12(1), 34 48. National Information Technology Council, NITC (2001). [Dalam Talian]. http://www.nitc.org.my/nitc/index.html Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif & Mohd Yusof Arshad. (2007). Kajian Pembinaan Konsep Sains Berdasarkan Model Generatif-Metakognitif Di Kalangan Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia.

Pollard, E. & Hillage, J. (2001). Exploring E-Learning. The Institute for Employment Studies. Report no. 376. Brighton: UK. Rubiah Omar & Jamilah Ahmad. (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan E-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009) : 155 172.

18

Schilke, R.A. (2001). A Case Study of Attrition in Web-Based Instruction For Adults:Updating Garlands Model of Barriers to Persistence in Distance Educational. Northern Illinois University. Ting Kung Shiung. (2007). Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional Di Institut Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

19

You might also like