You are on page 1of 29

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

UNIT 1.1 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menyebut nombor hingga 100 2. Mengenal pasti angka hingga 100 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Sebut dan tunjukkan nombor 21 hingga 100 mengikut urutan. Minta murid menyebutnya bersama-sama. 2. Kemudian sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membilang daripada nombor tersebut mengikut urutan tanpa merujuk kepada Petak 100. Soal jawab: Pejamkan mata kamu. Sebutkan nombor ... (sebutkan suatu nombor) hingga nombor ... (sebutkan suatu nombor yang lebih besar) 3. Ulangi langkah 2 dengan siri nombor yang lain. 4. Seterusnya tunjuk pada suatu nombor pada Petak 100 secara rawak. Minta murid menyebut nombor tersebut. 5. Ulangi langkah 4 dengan nombor-nombor yang lain. Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Petak 100 (Rujuk BBM ms. 1) 2. Kubus dan rod Cuisenaire 6. Kemudian edarkan Petak 100 dan pen marker kepada setiap murid. 7. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membulatkan nombor tersebut pada Petak 100 masingmasing dan menunjukkan jawapannya. 8. Ulangi langkah 7 dengan nombor-nombor yang lain. 9. Edarkan Lembaran Kerja 1.1.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Petak 100 bersaiz besar 2. Petak 100 (Rujuk BBM ms. 1) 3. Pen marker

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Angka Bilang Mengikut urutan

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 100, kubus dan rod Cuisenaire yang mencukupi kepada setiap pasangan. 2. Sebutkan suatu nombor secara rawak. Murid pertama diminta menunjukkan nombor tersebut pada Petak 100. Murid kedua pula diminta menunjukkan bilangan rod Cuisenaire yang betul. 3. Minta murid bertukar peranan sebelum menyebutkan nombor yang lain.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


UNIT 1.2 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Membilang hingga 100 objek dengan membuat kumpulan sepuluh-sepuluh, lima-lima, dua-dua dan satu-satu LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Tuliskan senikata lagu berikut pada papan tulis. Langkah ke kiri Langkah ke kanan Ke hadapan dan ke belakang Pusing ke kiri Pusing ke kanan Buat kumpulan (sepuluh/lima/dua/satu) 2. Lagu tersebut dinyanyikan oleh guru. Murid perlu mendengar secara teliti nombor yang disebutkan dan secara pantas membentuk kumpulan yang mempunyai bilangan ahli yang betul. Bilang bersama-sama untuk menyemak bilangan ahli kumpulan. 3. Seterusnya bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan seratus pembilang kepada setiap kumpulan. Maklumkan murid bahawa mereka perlu membentuk kumpulan dengan menggunakan pembilang pula. 4. Nyanyikan lagu di atas. Minta murid membentuk kumpulan sepuluh-sepuluh melalui lagu tersebut dengan menggunakan kesemua pembilang. Soal jawab: Adakah kamu menggunakan kesemua ... (sebutkan jenis pembilang yang digunakan)? Bilang dalam bilangan sepuluh-sepuluh. (Bimbing murid membilang dalam bilangan sepuluhsepuluh sambil menunjukkan setiap kumpulan pembilang itu dengan jari) Sepuluh, dua puluh, tiga puluh, ..., seratus. 5. Ulangi langkah 5 bagi kumpulan lima-lima, dua-dua dan satu-satu. 6. Edarkan Lembaran Kerja 1.2.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Pembilang Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Jalur 10 bersaiz besar 2. Jalur 10 (Rujuk BBM ms. 2) 3. Jalur 5 (Rujuk BBM ms. 3) 4. Jalur 2 (Rujuk BBM ms. 4) 5. Jalur 1 (Rujuk BBM ms. 5) 6. Petak 100 bersaiz besar 7. Petak 100 8. Pelekat (Guntingkan bulatan yang disediakan pada setiap jalur)

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Angka Bilang Mengikut urutan Kumpulan sepuluh-sepuluh Kumpulan lima-lima Kumpulan dua-dua Kumpulan satu-satu

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Sebelum aktiviti ini dijalankan, sediakan Jalur 10, Jalur 5, Jalur 2 dan Jalur 1. Bulatan pada jalur tersebut perlu digunting mengikut bentuknya. 2. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 100 dan pelekat kepada setiap pasangan. 3. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Soal jawab: Berapa bilangan petak pada baris pertama Petak 100 ini? Berapa bilangan petak pada Jalur 10 ini? Mari kita gunakan Petak 100 dan Jalur 10 ini untuk membilang sepuluh-sepuluh. 4. Letakkan Jalur 10 bersaiz besar di atas baris pertama Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Hanya nombor 10 yang akan kelihatan di dalam bulatan pada Jalur 10 tadi seperti berikut: I0 II 2I 3I 4I 5I 6I 7I 8I 9I I2 22 32 42 52 62 72 82 92 I3 23 33 43 53 63 73 83 93 I4 24 34 44 54 64 74 84 94 I5 25 35 45 55 65 75 85 95 I6 26 36 46 56 66 76 86 96 I7 27 37 47 57 67 77 87 97 I8 28 38 48 58 68 78 88 98 I9 29 39 49 59 69 79 89 99 20 30 40 50 60 70 80 90 I00

5. Minta murid melekatkan Jalur 10 masing-masing di atas baris pertama Petak 100 mereka.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga baris terakhir. Petak 100 dan Jalur 10 tersebut akan kelihatan seperti berikut: I0 20 30 40 50 60 70 80 90 I00 7. Kemudian minta murid membilang hingga 100 dalam bilangan sepuluh-sepuluh dengan merujuk kepada nombor dalam bulatan itu tadi. Soal jawab: Apa yang kamu nampak pada Petak 100 ini? (Kesemua nombornya berakhir dengan 0. Kesemua nombornya berada dalam satu baris yang sama) Apa yang berbeza? (Nilai tempat puluh) Apa yang sama? (Nilai tempat sa) 8. Ulangi aktiviti ini bagi kumpulan lima-lima, dua-dua dan satu-satu dengan menggunakan Jalur 5, Jalur 2 dan Jalur 1. Nota: Murid juga boleh diminta membuat lompatan pada Petak 100 sebanyak sepuluh kali, lima kali, dua kali atau satu kali bagi kemahiran ini.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


UNIT 1.3 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menulis angka hingga 100 2. Membaca nombor dalam perkataan hingga 'seratus' 3. Menulis nombor dalam perkataan hingga 'seratus' BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Kad nombor 21 hingga 100 4. Kad perkataan dua puluh satu hingga seratus 5. Tali 6. Radio/muzik Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Dadu 2. Butang 3. Papan permainan Apa Nombornya? (Rujuk BBM ms. 6) 4. Peraturan permainan Apa Nombornya? (Rujuk BBM ms. 7) LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. 2. Lekatkan satu kad nombor pada papan tulis. Minta murid menyebut nombor yang tertera dan menulis angka tersebut pada papan tulis masing-masing. 3. Lekatkan kad perkataan nombor tersebut di bawah kad nombor tadi. Minta murid mengeja dan membaca perkataan beramai-ramai, dan kemudian menuliskannya pada papan tulis masing-masing. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan nombor-nombor lain. 5. Seterusnya sebutkan suatu nombor dan minta murid menulis angka dan perkataan bagi nombor tersebut pada papan tulis masing-masing. 6. Ulangi langkah 5 dengan nombor-nombor lain. 7. Bentukkan dua kumpulan, A dan B. Ahli kumpulan A menggantungkan kad perkataan di leher. Ahli kumpulan B menggantungkan kad nombor di leher. 8. Mainkan muzik dan murid-murid bergerak untuk mencari pasangan nombor dan perkataannya secepat mungkin sebelum muzik berhenti. 9. Murid yang telah berjumpa dengan pasangannya akan duduk bersama. 10. Teruskan aktiviti sehingga kesemua murid berjumpa dengan pasangannya. Semak jawapan bersama-sama. 11. Edarkan Lembaran Kerja 1.3. AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Cetak papan permainan Apa Nombornya? dan peraturan permainan pada kad manila. Laminate keduaduanya. 2. Bentukkan kumpulan (empat orang). Bacakan peraturan permainan kepada murid dan tunjukkan bagaimana permainan ini dijalankan. 3. Setiap kumpulan boleh bermain pusingan di dalam satu sesi. seberapa banyak

PERBENDAHARAAN KATA Angka Nombor Nombor dalam perkataan

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


UNIT 1.4 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mengenal pasti nilai tempat dan nilai digit bagi nombor hingga 'seratus' LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan sepuluh kubus dan sepuluh rod Cuisenaire kepada setiap kumpulan. 2. Lekatkan satu kad nombor, contohnya 24, pada papan tulis. Minta murid membilang kubus dan rod Cuisenaire mengikut bilangan tersebut. Murid akan mendapat empat kubus dan dua rod Cuisenaire. 3. Lukiskan kubus dan rod Cuisenaire dan perkenalkan nilai tempat bagi puluh dan sa dalam jadual nilai tempat seperti berikut: Kad nombor 24

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kubus Cuisenaire 2. Rod Cuisenaire 3. Jadual nilai tempat Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Kad bergambar (Rujuk BBM ms. 8 - 18)

Puluh 2

Sa 4

4. Terangkan bahawa nilai digit 2 mewakili dua puluh dan nilai digit 4 mewakili empat sa. 5. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan nombor-nombor lain. 6. Seterusnya tuliskan suatu nombor pada papan tulis. Gariskan digit sa dan minta murid mewakilkannya dengan menggunakan kubus Cuisenaire. 7. Ulangi langkah 6 dengan nombor-nombor lain. 8. Seterusnya tuliskan suatu nombor pada papan tulis. Gariskan digit puluh dan minta murid mewakilkannya dengan menggunakan rod Cuisenaire. 9. Ulangi langkah 8 dengan nombor-nombor lain. 10. Edarkan Lembaran Kerja 1.4.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Digit Satu digit Dua digit Nilai tempat Nilai digit Puluh Sa

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. Minta murid melukiskan jadual nilai tempat pada papan tulis masing-masing seperti berikut:

Puluh

Sa

2. Pamerkan kad bergambar. Minta setiap murid membilang jumlah objek di dalam gambar tersebut dan menuliskan digit puluh dan sa dalam jadual nilai tempat masing-masing. Contohnya:

Puluh 3

Sa 4

3. Ulangi langkah 2 dengan kad bergambar yang lain.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


UNIT 1.5(a) HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga 100 a) membilang satu-satu secara tertib menaik dan tertib menurun LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). 2. Rentangkan di dalam kelas seutas tali bersama sepuluh penyepit baju bagi setiap kumpulan. 3. Edarkan satu set kad nombor yang berbeza kepada setiap kumpulan. Setiap murid diminta memilih salah satu kad tersebut. 4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid perlu menggantungkan kadnya menggunakan penyepit baju sepanjang tali yang direntang tadi mengikut tertib menaik. 5. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang paling awal menyusun nombor mengikut tertib menaik yang betul dikira pemenang. 6. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka. Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang satusatu secara tertib menurun. 7. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(a).

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Wisel 2. Tali 3. Penyepit baju 4. Set kad nombor dalam lingkungan 100 (nombor yang berurutan, sepuluh kad dalam setiap set) Bagi aktiviti pengukuhan: Wisel

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Susun Satu-satu Tertib menaik Tertib menurun Selepas Sebelum Di antara

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Adakan permainan Dengar dan Bilang. 2. Tunjukkan bagaimana permainan ini dijalankan iaitu: Suatu nombor akan dituliskan pada papan tulis. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Apabila wisel ditiup satu kali, murid perlu membilang secara tertib menaik daripada nombor tersebut. Apabila wisel ditiup dua kali, murid perlu membilang secara tertib menurun pula daripada nombor terakhir tadi. Contohnya: (Tuliskan nombor 30 pada papan tulis. Tiup wisel satu kali dan murid mula membilang secara tertib menaik) 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37 (Tiup wisel dua kali dan murid mula membilang secara tertib menurun) 36, 35, 34, 33, 32 (Tiup wisel satu kali dan murid mula membilang secara tertib menaik) 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40 (Tiup wisel dua kali dan murid mula membilang secara tertib menurun) 39, 38, 37, 36, 35, 34, 33, 32, 31, 30 3. Murid boleh diminta membilang bersama-sama atau bergilir-gilir daripada murid pertama sehingga murid terakhir di dalam kelas. 4. Ulangi aktiviti di atas bagi nombor permulaan yang berbeza.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


UNIT 1.5(b) HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga 100 b) membilang dua-dua secara tertib menaik dan tertib menurun LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). 2. Letakkan satu set kad nombor genap yang berbeza secara berselerak bagi setiap kumpulan. 3. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid perlu memilih salah satu kad yang berselerak dan kemudian berbaris dan memegang kad masing-masing mengikut tertib menaik. 4. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang paling awal menyusun nombor mengikut tertib menaik yang betul dikira pemenang. 5. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka. Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang satusatu secara tertib menurun. 6. Kumpulkan semula set kad nombor tadi. 7. Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan menggunakan set kad nombor ganjil pula. 8. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(b).

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Wisel 2. Set kad nombor dalam lingkungan 100 (nombor genap yang berurutan, sepuluh kad dalam setiap set) 3. Set kad nombor dalam lingkungan 100 (nombor ganjil yang berurutan, sepuluh kad dalam setiap set) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad nombor dalam lingkungan 100 (nombor yang berurutan dalam gandaan dua) 2. Petak 100 bersaiz besar

10

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Susun Dua-dua Tertib menaik Tertib menurun Selepas Sebelum Di antara Aktiviti 1

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Edarkan set kad nombor secara rawak kepada setiap kumpulan. Murid perlu memilih salah satu kad tersebut. Soal jawab: Mari kita buat garis nombor dua-dua. Nombor ... (sebutkan nombornya), lekatkan kad kamu di sini. (Murid yang memegang kad nombor tersebut diminta melekatkan kad pada papan tulis) Siapa yang memegang kad nombor sebelumnya? Di mana kamu sepatutnya melekatkan kad itu? (Murid tersebut diminta melekatkan kad di sebelah kiri kad nombor yang pertama tadi) Sekarang, lengkapkan garis nombor ini. (Setiap murid perlu melekatkan kad masing-masing mengikut urutan nombor yang betul) 2. Kemudian minta murid membilang nombor pada kadkad tersebut secara tertib menaik. 3. Edarkan set kad nombor yang berbeza kepada murid. Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang dua-dua secara tertib menurun. 4. Permainan ini boleh juga dijadikan pertandingan di antara kumpulan (sepuluh orang). Kumpulan yang paling awal melengkapkan garis nombor dengan betul dikira pemenang. Aktiviti 2 1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. 2. Minta murid membilang dua-dua secara tertib menaik bermula dengan 2. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I II 2 I2 3 I3 4 I4 5 I5 6 I6 7 I7 8 I8 9 I9 I0 20

11

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


3. Kemudian minta murid membilang dua-dua secara tertib menaik bermula dengan 1. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I II 2 I2 3 I3 4 I4 5 I5 6 I6 7 I7 8 I8 9 I9 I0 20

4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil. Soal jawab: Apa pola yang kamu nampak apabila kamu membilang dua-dua bermula dengan nombor 2? (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan nombor genap) Adakah nombor 54 termasuk dalam urutan nombor ini? (Ya) Mengapa? (Nilai digit sa bagi 54 ialah nombor genap) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan nombor ini. (Murid menyebut beberapa nombor genap yang lain) Apa pola yang kamu nampak apabila kamu membilang dua-dua bermula dengan nombor 1? (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan nombor ganjil) Adakah nombor 68 termasuk dalam urutan nombor ini? (Tidak) Mengapa? (Nilai digit sa bagi 68 bukan nombor ganjil) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan nombor ini. (Murid menyebut beberapa nombor ganjil yang lain) 5. Bincangkan dengan lebih lanjut. Nota: Jalur 2 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam aktiviti ini.

12

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


UNIT 1.5(c) UNIT 1.7 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga 100 c) membilang lima-lima secara tertib menaik dan tertib menurun LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Sediakan beberapa stesen dalam bilik darjah. Di setiap stesen, letakkan satu set kad nombor secara terlungkup dan berselerak. 3. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan bermula di stesen B, dan seterusnya. 4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Di setiap stesen, murid perlu menyusun kad secara tertib menaik. 5. Lima markah akan diberikan kepada kumpulan yang paling awal menyusun nombor mengikut urutan menaik yang betul. 6. Kemudian mereka perlu menelungkupkan dan menyelerakkan kad nombor tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. 7. Teruskan aktiviti hingga setiap kumpulan telah menyusun nombor di semua stesen. Markah dijumlahkan dan kumpulan yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang. 8. Letakkan set kad nombor yang berbeza di setiap stesen. Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang limalima secara tertib menurun. 9. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(c).

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Set kad nombor dalam lingkungan 100 (nombor yang berurutan dalam gandaan lima, sepuluh kad dalam setiap set) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Garis nombor bersaiz besar 2. Petak 100 bersaiz besar

13

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Susun Lima-lima Tertib menaik Tertib menurun Selepas Sebelum Di antara Aktiviti 1

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Lekatkan garis nombor kosong bersaiz besar pada papan tulis dengan hanya menandakan nombor 30 dan 75 sahaja. Contohnya:

30

75

Soal jawab: Di mana letaknya nombor 60? (Tuliskan pada garis nombor) Mengapa kamu meletakkannya di situ? Apa nombor yang betul bagi X? Apa nombor yang betul bagi Y? Bagaimana kamu tahu? 2. Teruskan dengan nombor-nombor lain. Setelah kesemuanya ditulis pada garis nombor tersebut, minta murid membilang lima-lima secara tertib menaik daripada 0 hingga 100. 3. Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang limalima secara tertib menurun. Mulakan dengan nombor yang berbeza pada garis nombor. Aktiviti 2 1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. 2. Minta murid membilang lima-lima secara tertib menaik bermula dengan 5. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I II 2I 2 I2 22 3 I3 23 4 I4 24 5 I5 25 6 I6 26 7 I7 27 8 I8 28 9 I9 29 I0 20 30

14

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


3. Kemudian minta murid membilang lima-lima secara tertib menaik bermula dengan 4. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I II 2I 2 I2 22 3 I3 23 4 I4 24 5 I5 25 6 I6 26 7 I7 27 8 I8 28 9 I9 29 I0 20 30

4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil. Soal jawab: Apa pola yang kamu nampak apabila kamu membilang lima-lima bermula dengan nombor 5? (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan 5 atau 0) Adakah nombor 77 termasuk dalam urutan nombor ini? (Tidak) Mengapa? (Nilai digit sa bagi 77 bukan 5 atau 0) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan nombor ini. Apa pola yang kamu nampak apabila kamu membilang lima-lima bermula dengan nombor 4? (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan 4 atau 9) Adakah nombor 84 termasuk dalam urutan nombor ini? (Ya) Mengapa? (Nilai digit sa bagi 84 adalah 4) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan nombor ini. 5. Bincangkan dengan lebih lanjut. Nota: Jalur 5 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam aktiviti ini.

15

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


UNIT 1.5(d) HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga 100 d) membilang sepuluhsepuluh secara tertib menaik dan tertib menurun LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 2. Aturkan kumpulan seperti Susun Atur Kumpulan. Minta murid berada dalam barisan menghadap ke arah gelung rotan. Kemudian letakkan kad yang pertama di luar gelung yang pertama. 3. Seterusnya letakkan satu set kad nombor di dalam setiap bakul seperti berikut: Set kad dalam bakul A - 18, 28, 38, 48, 58, 68, 78, 88, 98 Set kad dalam bakul B - 13, 23, 33, 43, 53, 63, 73, 83, 93 Set kad dalam bakul C - 11, 21, 31, 41, 51, 61, 71, 81, 91 4. Maklumkan kepada murid bahawa bakul tersebut mengandungi kad nombor dalam gandaan sepuluh. 5. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan melompat dari gelung ke gelung yang berikutnya. 6. Murid perlu mengambil satu kad nombor yang ada di dalam bakul dan meletakkan kad tersebut di luar gelung rotan yang betul mengikut tertib menaik, seperti Urutan Nombor. 7. Murid kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya. 8. Permainan diteruskan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dengan urutan nombor yang betul dikira pemenang. 9. Letakkan set kad nombor yang berbeza bagi setiap kumpulan. Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menurun. 10. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(d).

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Gelung rotan 2. Set kad nombor dalam lingkungan 100 (nombor yang berurutan dalam gandaan sepuluh, sepuluh kad dalam setiap set) 3. Bakul Bagi aktiviti pengukuhan: Petak 100 bersaiz besar

16

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


PERBENDAHARAAN KATA Nombor Susun Sepuluh-sepuluh Tertib menaik Tertib menurun Selepas Sebelum Di antara AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. 2. Minta murid membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menaik bermula dengan 10. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I II 2I 2 I2 22 3 I3 23 4 I4 24 5 I5 25 6 I6 26 7 I7 27 8 I8 28 9 I9 29 I0 20 30

3. Kemudian minta murid membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menaik bermula dengan 9. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I II 2I 2 I2 22 3 I3 23 4 I4 24 5 I5 25 6 I6 26 7 I7 27 8 I8 28 9 I9 29 I0 20 30

4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil. Soal jawab: Apa pola yang kamu nampak apabila kamu membilang sepuluh-sepuluh bermula dengan nombor 10? (Nilai tempat bagi puluh sahaja yang berubah. Nilai tempat bagi sa tidak berubah dan berakhir dengan 0) Adakah nombor 90 termasuk dalam urutan nombor ini? (Ya) Mengapa? (Nilai digit sa bagi 90 ialah 0) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan nombor ini. Apa pola yang kamu nampak apabila kamu membilang sepuluh-sepuluh bermula dengan nombor 9? (Nilai tempat bagi puluh sahaja yang berubah. Nilai tempat bagi sa tidak berubah dan berakhir dengan 9)

17

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Adakah nombor 76 termasuk dalam urutan nombor ini? (Tidak) Mengapa? (Nilai digit sa bagi 76 bukan 9) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan nombor ini. Apa pola yang akan kamu dapat apabila kamu membilang sepuluh-sepuluh bermula dengan nombor 4 pula? Mengapa? 5. Bincangkan dengan lebih lanjut. Nota: Jalur 10 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam aktiviti ini.

18

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 SUSUN ATUR KUMPULAN


Ahli kumpulan 1 Bakul A

Kad nombor yang pertama

Ahli kumpulan 2

Bakul B

Gelung rotan Ahli kumpulan 3 Bakul C

Bakul berisi kad nombor

URUTAN NOMBOR

18 88 81 1

28

38

48

58 88 88 88 8 53 88 88 88 8

68

78

88

98

13

23

33

43

63

73

83

93

51 61 71 81 91 88 88 88 Kad nombor yang telah disusun mengikut urutan 8

11 88 81 1

21

31

41

19

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


UNIT 1.6 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. 2. Tunjukkan dua bakul, berlabel A dan B, masing-masing mengandungi dua puluh dua dan dua puluh empat pembilang. 3. Minta seorang murid membilang sepuluh-sepuluh dan satu-satu bagi pembilang dalam bakul A, dan seorang murid lagi bagi pembilang dalam bakul B. Kedua-dua murid tersebut menyebut bilangan pembilang kepada kelas. Soal jawab: Yang mana lebih/kurang, dua puluh dua atau dua puluh empat? Bagaimana kamu tahu? Berapa yang lebih/kurang? (Untuk mengetahui yang mana lebih atau kurang, mereka perlu membuat padanan satu-satu. Pembilang dalam bakul A dipadankan dengan pembilang dalam bakul B secara berpasangan. Akan terdapat pembilang yang tiada pasangan) Pembilang dalam bakul A dipadankan satu-satu dengan Pembilang dalam bakul B

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Bakul 2. Pembilang satu-satu 3. Pembilang dalam ikatan sepuluh-sepuluh Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad nombor dalam lingkungan 100 2. Sehelai kain

Melalui padanan satu-satu, objek yang tiada pasangan menunjukkan bahawa nombor tersebut lebih besar nilainya.

20

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


4. Bimbing murid untuk menyatakan: ... lebih daripada ... ... kurang daripada ... 5. Edarkan pembilang yang mencukupi kepada setiap pasangan. Ulangi langkah 3 dan 4 dengan pasangan nombor-nombor berikut: 24 dan 51 22 dan 30 22 dan 27 6. Bimbing murid untuk mengikuti langkah-langkah berikut apabila membandingkan dua nombor: Bandingkan nilai digit puluh dahulu. Jika nilai digit puluhnya sama, bandingkan nilai digit sa pula. Lima puluh lebih besar daripada dua puluh. Tidak perlu bandingkan nilai digit sa. Maka 51 lebih daripada 24. Dua puluh lebih kecil daripada tiga puluh. Tidak perlu bandingkan nilai digit sa. Maka 22 kurang daripada 30. Dua puluh sama nilainya dengan dua puluh. Tetapi tujuh sa lebih daripada dua sa. Maka 27 lebih daripada 22.

24 dan 51

22 dan 30

22 dan 27

7. Edarkan Lembaran Kerja 1.6.

21

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


PERBENDAHARAAN KATA Padan Banding Lebih daripada Kurang daripada Nilai tempat Nilai digit Puluh Sa Aktiviti 1 1. Edarkan satu kad nombor kepada setiap murid. Murid mesti memegang kad tersebut di dadanya supaya ianya dapat dilihat oleh semua. 2. Terangkan bagaimana permainan ini dijalankan: Guru akan menyebutkan Nombor yang lebih/kurang daripada ... berdiri sekarang!. Murid yang memegang kad nombor yang lebih/kurang daripada nombor yang disebutkan tadi perlu berdiri dan mempamerkan nombor tersebut. Semak jawapan bersama-sama. Aktiviti 2 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Dua kumpulan akan bermain pada masa yang sama. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap kumpulan. Aturkan kumpulan seperti lampiran Susun Atur Kumpulan. 2. Pilih seorang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang kain sebagai penghadang antara dua kumpulan. 3. Setiap kumpulan diminta memilih seorang ahli kumpulan sebagai pemain. Pemain tersebut mesti memilih sekeping kad nombor dan memegang kad tersebut di dadanya supaya ianya dapat dilihat oleh pihak lawan apabila kain dijatuhkan. 4. Guru akan menyebutkan lebih/kurang. Bersedia. 1, 2, 3! Pilih nombor yang AKTIVITI PENGUKUHAN

5. Pada kiraan 3, murid yang memegang kain akan menjatuhkan kain. 6. Pemain mesti membandingkan kedua-dua nombor tersebut. Pemain yang terdahulu menyebut nombor yang lebih/kurang dikira pemenang dan satu markah diberi kepada kumpulan tersebut. 7. Ahli kumpulan yang lain akan mengambil giliran sebagai pemain. Pemegang kain akan memegang semula kain tersebut dan pemain akan mengambil kad nombor yang lain. 8. Teruskan permainan hingga selesai. Semua ahli kumpulan perlu mengambil giliran untuk bermain. Pada akhir permainan, markah dikira dan kumpulan yang menang diberi ganjaran.

22

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 SUSUN ATUR KUMPULAN


Pemegang kain

Ahli kumpulan A Kain

Ahli kumpulan B

Pemain kumpulan A

Pemain kumpulan B

Pemegang kain

23

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


UNIT 1.7 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor mengikut urutan dengan a) membandingkan nombor tersebut, dan b) meletakkan nombor tersebut pada garis nombor BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: (Tiada) Bagi aktiviti pengukuhan: Set kad nombor dalam lingkungan 100 (sepuluh kad dalam setiap set, disusun secara rawak) LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lukiskan garis nombor bersaiz besar seperti berikut pada papan tulis:

30

35

40

2. Bulatkan nombor 35 pada garis nombor tersebut. Soal jawab: Yang mana lebih, tiga puluh enam atau tiga puluh lima? (Murid akan menjawab Tiga puluh enam lebih daripada tiga puluh lima) Di mana letaknya nombor 36? Di sebelah kanan atau kiri nombor 35? (Murid akan menjawab Di sebelah kanan nombor 35) 36 lebih daripada 35. Maka ia berada di sebelah kanan. Apa nombor lain yang lebih daripada 35? Bagaimana kamu tahu? Apa nombor lain yang kurang daripada 35? Bagaimana kamu tahu? Nombor yang kurang berada di sebelah kiri. Nombor yang lebih berada di sebelah kanan. 3. Seterusnya lukiskan garis nombor bersaiz besar seperti berikut pada papan tulis:

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

4. Ulang sesi soal jawab yang serupa bagi nombor-nombor lain. Minta murid membandingkan beberapa nombor dan meletakkan nombor-nombor tersebut pada garis nombor tadi. Bimbing murid untuk melihat bahawa: Semakin besar nilai suatu nombor itu, semakin ke kanan kedudukannya pada garis nombor. Semakin kecil nilai suatu nombor itu, semakin ke kiri kedudukannya pada garis nombor. 5. Edarkan Lembaran Kerja 1.7.

24

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


PERBENDAHARAAN KATA Padan Banding Lebih daripada Kurang daripada Nilai tempat Nilai digit Puluh Sa Susun Garis nombor Kecil Besar Paling kecil Paling besar Tertib menaik Tertib menurun AKTIVITI PENGUKUHAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 2. Lukiskan garis nombor berskala tanpa nombor bagi setiap kumpulan pada jarak yang sesuai. 3. Letakkan set kad nombor yang berbeza seperti berikut di dalam setiap bakul: Set kad dalam bakul A - 8, 15, 23, 30, 46, 57, 62, 71, 80, 99 Set kad dalam bakul B - 7, 19, 25, 33, 40, 56, 68, 74, 81, 90 Set kad dalam bakul C - 1, 13, 27, 38, 49, 50, 65, 77, 81, 95 4. Aturkan kumpulan seperti Susun Atur Kumpulan. Minta murid berada dalam barisan menghadap ke arah garis nombor. 5. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Secara berkumpulan murid akan sama-sama berlari ke arah bakul dan memilih satu kad nombor. 6. Murid kemudiannya berlari ke arah garis nombor. Murid perlu membandingkan nombor-nombor tersebut dan meletakkan kad nombor masing-masing pada garis nombor yang telah dilukiskan tadi mengikut urutan yang betul. 7. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dengan urutan nombor yang betul dikira pemenang. 8. Semak jawapan bersama-sama. 9. Ulangi langkah 3 hingga 8 dengan set kad nombor yang berbeza bagi setiap kumpulan.

25

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 SUSUN ATUR KUMPULAN

Ahli kumpulan 1 Bakul A

Ahli kumpulan 2 Bakul B

Ahli kumpulan 3 Bakul C

Garis nombor

Bakul berisi kad nombor

26

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


UNIT 1.8 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menyebut nombor ordinal daripada kesebelas hingga kedua puluh 2. Menggunakan nombor ordinal dalam konteks yang berbeza LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa sampul bagi surat atau bil yang telah diterima oleh ibu bapa. 1. Minta sepuluh murid berbaris di hadapan kelas. Soal jawab: Siapa yang berdiri di hadapan sekali? (Murid pertama akan menyebutkan namanya) ... (sebutkan nama murid pertama tadi) adalah yang pertama dalam barisan. Siapa orang yang kedua? (Murid kedua akan menyebutkan namanya) ... (sebutkan nama murid pertama tadi) adalah yang pertama, ... (sebutkan nama murid kedua tadi) adalah yang kedua. Siapa orang yang ketiga? (Murid ketiga akan menyebutkan namanya) ... (sebutkan nama murid pertama tadi) adalah yang pertama, ... (sebutkan nama murid kedua tadi) adalah yang kedua, ... (sebutkan nama murid ketiga tadi) adalah yang ketiga. Siapa orang yang kesebelas? (Murid kesebelas akan menyebutkan namanya) ... (sebutkan nama murid kedua belas) pula yang ke berapa dalam barisan? 2. Teruskan hingga murid yang kedua puluh. 3. Kemudian minta murid menyebut nombor ordinal dan nama rakan mereka daripada yang pertama hingga yang kedua puluh bersama-sama seperti berikut: Pertama, ... (sebutkan nama murid yang pertama) Kedua, ... (sebutkan nama murid yang kedua) 4. Teruskan hingga murid yang kedua puluh. 5. Maklumkan bahawa nombor-nombor menunjukkan kedudukan murid dalam barisan. 6. Seterusnya bentukkan kumpulan (empat orang). ordinal

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Sampul bagi surat atau bil yang telah diterima Bagi aktiviti pengukuhan: Lembaran Aktiviti Pengukuhan (Rujuk BBM ms. 19 - 22)

27

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


7. Minta murid berkongsi sampul bagi surat atau bil yang telah mereka bawa. Bawa perhatian mereka kepada nombor rumah yang tertera pada sampul surat tersebut. Soal jawab: Apa yang tertulis pada sampul itu? (Murid akan menjawab Alamat rumah saya) Bacakan alamat rumah kamu. Lihat pada nombor rumah kamu itu. Apa yang kamu tahu tentang nombor itu? (Terima apa sahaja jawapan yang munasabah dan bincangkan) Rumah Danial (contoh) bernombor 35 (contoh). Adakah nombor itu menunjukkan Danial ada tiga puluh lima buah rumah? Jika tidak, nombor 35 itu menunjukkan apa? (Terima apa sahaja jawapan yang munasabah dan bincangkan) Nombor tersebut menunjukkan kedudukan rumah kamu supaya posmen mudah untuk mencari dan menghantarkan surat ini. 8. Edarkan Lembaran Kerja 1.8.

28

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

PERBENDAHARAAN KATA Nombor ordinal Susun Kedudukan Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima Keenam Ketujuh Kelapan Kesembilan Kesepuluh Kesebelas Kedua belas Ketiga belas Keempat belas Kelima belas Keenam belas Ketujuh belas Kelapan belas Kesembilan belas Kedua puluh Terakhir Selepas Sebelum Aktiviti 1

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan lembaran aktiviti pengukuhan kepada setiap pasangan. 2. Murid perlu mendengar arahan guru dan kemudian menyebutkan jawapan yang betul. Contohnya: Sebutkan nama buah yang ke... (sebutkan suatu nombor ordinal) Tempat keberapa buah ... (sebutkan nama buah)? Aktiviti 2 Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan kumpulan (dua puluh orang). 2. Minta murid beratur lurus dalam barisan masing-masing dan kemudian duduk. 3. Seterusnya minta murid membilang nombor ordinal mereka bermula daripada murid yang pertama (yang duduk paling hadapan) supaya dapat mengenal pasti kedudukan mereka dalam barisan tersebut. 4. Murid perlu mendengar arahan guru dan kemudian berdiri serta melakukan seperti yang diarahkan. Contohnya: Murid yang kesembilan, berkokok seperti ayam. Murid yang kesebelas, mengaum seperti harimau. Murid yang keempat belas, mengiau seperti kucing. Aktiviti 3 1. Pamerkan kalendar bagi tahun semasa. Minta murid memperihalkan tentang kalendar tersebut mengikut pemerhatian dan pengetahuan mereka. 2. Bincangkan tentang kedudukan nama bulan dalam tahun ini dan perayaan atau sambutan yang disambut dalam bulan-bulan tersebut. Soal jawab: Bulan ... (sebutkan nama bulan) adalah bulan yang keberapa? Dalam bulan keberapa kamu menyambut ... (sebutkan nama perayaan atau sambutan tahunan)?

29

You might also like