You are on page 1of 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran

: Matematik

Tajuk

: Bentuk dan Ruang

Tarikh

: 29 Julai 2015

Masa

: 1030-1130

Tahun

:5

Bilangan murid

: 1 orang

Standard kandungan

: 15.1 Perimeter, luas dan isipadu

Standard pembelajaran

: (i) Menentukan perimeter gabungan dua bentuk segiempat

tepat, segiempat sama dan segitiga.


Hasil pembelajaran

: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;


1. Menentukan perimeter gabungan dua bentuk segi tiga dan
segi empat.
2. Menentukan perimeter gabungan tiga bentuk segi tiga dan
segi empat.

Kreativiti dan inovasi

: Menghasilkan idea meleli pemerhatian dan mengaplikasi


kemahiran matematik untuk pengukuran.

Keusahawanan

: Inovatif, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran


pengukuran.

BBB

Strategi

: Berpusatkan murid

Pengetahuan sedia ada

: Murid telah mengetahui dan mengenalpastii bentuk


segiempat tepat, segiempat sama dan segitiga.

FASA

CADANGAN AKTIVITI

1. Persediaan
Tinjauan berfokus
/berstruktur
penyoalan

1. Guru menyediakan beberapa bahan yang mempunyai


bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga
seperti barangan yang terdapat di dalam kelas.
2. Memberitahu kepada murid bahawa bentuk-bentuk tadi
dikenali sebagai bentuk 2D. Ia mempunyai sisi dan juga
perimeter.

2. Imaginasi
Meneroka

1. Membimbing murid untuk melakar bentuk-bentuk yang


dinamakan tadi di atas beberapa keping kertas yang
disediakan. Murid diminta untuk menggunting bentuk yang
dilukis tadi dan menampalnya di dalam buku latihan. Setelah
itu, minta murid menamakan setiap bentuk yang dilukis tadi
serta jumlah sisi yang ada pada setiap bentuk.
2. Memperkenalkan rumus perimeter. Menjelaskan kepada
murid bahawa bentuk-bentuk yang telah mereka lukiskan
tadi mempunyai perimeter, iaitu ukur lilit pada sesebuah
bentuk.

Merancang

3. Guru mengedarkan tali kepada murid-murid. Dengan


menggunakan tali tersebut, guru membimbing murid-murid
mengukur perimeter pada bentuk 2D yang telah dilukis kan
tadi. Murid-murid mencatat perimeter bagi setiap bentuk
yang telah dilukiskan tadi.
4. Guru menampal beberapa bentuk segiempat sama,
segiempat tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz. Daripada
bentuk-bentuk yang disediakan itu, guru mencantumkan
bentuk-bentuk tersebut.

Meramal

5. Guru meminta murid meramalkan dan menamakan apakah


bentuk yang terhasil jika bentuk-bentuk 2D tadi dicantumkan

3. Perkembangan
Meneroka

1. Memberitahu murid-murid bahawa mereka akan dibimbing


untuk membina satu projek iaitu membuat satu kolaj bentuk
bergabung.
2. Guru
mengedarkan
beberapa
helai
kertas
yang
mengandungi bentuk-bentuk segiempat sama, segiempat
tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz.
3. Murid diminta
disediakan itu

menggunting

bentuk-bentuk

2D

yang

Mencari maklumat

4. Dengan menunjukkan beberapa contoh, minta mereka


membentuk dan membina satu bentuk/benda dengan
menggunakan bentuk-bentuk 2D yang ada.
5. Murid digalakkan berbincang dengan guru.
6. Murid boleh merujuk kepada buku untuk mencari maklumat
tambahan bagi membentuk bahan atau benda yang
dikehendaki.

Membuat kolaj

7. Murid melakar sketch idea untuk projek dan menunjukkan


pada guru. Guru akan memberikan cadangan untuk
penambahbaikan.
8. Murid dibimbing membuat projek kolaj.
9. Guru mengingatkan murid tentang kekemasan dan ketelitian
semasa membuat kolaj tersebut.

4. Tindakan
Menganalisis
maklumat

Meminta murid mengukur perimeter dan juga bilangan sisi yang ada
pada hasil kolaj yang mereka bina bagi melaporkan tentang hasil
karya yang telah dibuat. Ulang aktiviti mengukur perimeter dan
menghitung sisi bagi semua bentuk yang diperoleh.

Mentaksir
Minta murid mencatat ukuran perimeter, bilangan sisi dan bentuk 2D
yang digunakan bagi membentuk bahan yang dihasilkan.
Melapor
Dokumentasi dan
Merumus

Menilai hasil kerja murid dengan meminta murid memberikan


pendapat dan pandangan.
Guru membuat rumusan daripada hasil yang diterima.

Pentaksiran
Nilai dan Sikap

Teliti dan kesungguhan

You might also like