You are on page 1of 2

Syarat Nyata Dan Sekatan Kepentingan

Definisi Syarat Nyata :


Syarat nyata adalaha satu arahan atau larangan yang dikenakan atau yang
dinyatakan didalam hak milik bagi maksud mengawal penggunaannya.
Contohnya tanha yang diberimilik ini hendaklah digunakan bagi maksud
sebuah kilang kicap sahaja.
Bersesuaian dengan undang-undang dalam seksyen 120(1), bahawa
penentuan syarat nyata dibuat semasa meluluskan pemberian milik dibawah
seksyen 120(2) dan ia dinyatakan atau ditulis didalam dokumen hakmilik
dibawah seksyen 120(3). Namun begitu penggunaannya mestilah tidka
berlawanan dengan syarat tersirat atau tetap dibawah seksyen 120(4).
Catatan seperti padi, getah atau dusun disifatkan sebagai syarat nyata
dibawah seksyen 119 dan ia boleh dikenakan, dipinda atau dimansuhkan
atas permohonan tuan punya tanah sebagaimana dibawah seksyen 124 dan
pelanggaran syarat nyata boleh mengakibatkan tanah dirampas.
Jika tanah tertakluk kepada jenis pertanian, pihak berkuasa negeri boleh
mengenakan syarat seperti berikut : (PBN boleh menentukan jenis
tanaman;melarang tanaman tertentu; menetapkan masa menghadkan;
menghadkan kawasan untuk membina rumah)
Jika tanah tertakluk kepada jenis banggunan atau industry, Pihak Berkuasa
Negeri boleh mengenakan syarat seperti berikut : ( kawasan atau bahagian
boleh dibina; jenis reka bnetuk bahan yang diguna; tetapkan tarikh bina siap;
dan kegunaan).

PERMULAAN SEKATAN KEPENTINGAN

Sekatan kepentingan merupakan batasan atau sekatan ke atas hak-hak tuan


tanah bagi maksud mengawal kepentingan tanah tersebut. Contoh: "Tanah
yang diberimilik ini tidak boleh dipindahmilik, digadai atau dipajakkan
melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada PBN ". Menurut
peruntukan Sek. 120 KTN: PBN mempunyai kuasa untuk mengenakan
Sekatan Kepentingan yang selaras dengan undang-undang sebagaimana
yang di fikirkan sesuai ke alas mana-mana tanah yang diberi milik olehnya.
adalah Penentuan pengenaannya hanya boleh dibuat semasa meluluskan
pemberimilikan, bukan selepasnya. Sekatan kepentingan hendaklah
dicatatkan di dalam dokumen hakmilik. Sekatan kepentingan yang

bertentangan dengan undang-undang tidak boleh dikenakan seperti tanah


yang diberi milik ini tidak boleh dipindah milik kepada orang-orang
perempuan. Tanah yang diberi milik tertakluk kepada sekatan kepentingan
yang tercatat di dalam dokumen hak miliknya, tanpa mengira bila ianya
diberi milik. Sekatan kepentingan boleh dikenakan, dipinda atau
dimansuhkan atas permohonan tuan tanah dibawa seksyen 124 KTN.1

1 Mohd Elam. Perunding Tanah Negara

You might also like