You are on page 1of 18

1

KURSUS:
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
TUGASAN:
TUGASAN BERKUMPULAN
TAJUK TUGASAN:
TAHAP PEMAHAMAN DAN PENJAGAAN PELAJAR UKM
TERHADAP ANCAMAN DALAM INTERNET DAN KOMPUTER
DISEDIAKAN OLEH:
WAN ZAQIRA BINTI WAN SAIFULBAHRI (A154102)
NUR SYAZWANI BINTI ABDUL SALAM (A155077)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

1.0 PENGENALAN
Dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat, komputer dan internet
hampir digunakan dalam semua bidang. Komputer dan internet digunakan untuk menghantar,
memproses dan menyimpan maklumat-maklumat peribadi penting. Dengan penggunaan
komputer, segala maklumat dihantar secara elektronik melalui talian komunikasi dari satu
tempat ke tempat yang lain melalui rangkaian internet. Maklumat-maklumat yang dihantar
ini merupakan maklumat yang sulit bagi kegunaan organisasi ataupun individu tertentu.
Namun, terdapat juga pihak yang menyalahgunakan kemudahan penyimpanan maklumat
dalam internet dan komputer. Berlaku pencerobohan dan pengodaman dalam industri
teknologi

maklumat

dan

komunikasi

(ICT)

oleh

beberapa

pihak

yang

tidak

bertanggungjawab dengan menular ke laman-laman web syarikat dan agensi-agensi kerajaan.


Pihak yang melakukan pencerobohan ini melakukan jenayah mencuri dan mengodam
maklumat untuk kepentingan diri sendiri (Huang & Brockman, 2011). Hal ini sudah
semestinya akan menimbulkan huru-hara dan kerugian pihak yang menjadi mangsa.
Menurut Marzian Hairani Mat Isyak (2005), faktor utama yang menyebabkan berlakunya
pencerobohan sistem rangkaian komputer di sebuah organisasi ialah sikap pentadbir atau
pengurus sistem yang tidak mengambil berat dan tidak mengendahkan keselamatan
rangkaian di sesebuah organisasi. Dalam erti kata lain, penyataan ini merujuk sikap pengguna
komputer dan internet itu sendiri yang mengambil mudah akan hal keselamatan dan
kerahsiaan komputer dan internet. Justeru, kajian ini akan mengkaji sejauh mana pemahaman
dan penjagaan komputer dan internet dalam kalangan pelajar. Korpus kajian yang akan kami
lakukan ialah seramai 47 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Mengenal pasti tahap pemahaman pelajar UKM terhadap ancaman dalam internet
dan komputer
2.2 Mengenal pasti tahap penjagaan pelajar UKM terhadap ancaman dalam internet dan
komputer

3.0 KAEDAH KAJIAN

3.1 Soal selidik melalui atas talian


Kami membina borang soal selidik menggunakan google form dan kemudiannya
diedarkan dan disebarkan melalui atas talian bagi mendapatkan maklumat daripada
respondan. Borang soal selidik ini telah diedarkan melalui i-folio, facebook dan juga
forum kursus Komputer Dalam Pendidikan.
3.2 Menganalisis data
Data yang diperolehi daripada respondan telah dianalisiskan secara automatik kerana
borang soal selidik tersebut dibina melalui google form.
4.0 HASIL KAJIAN
Demografi responden
1. Jantina

Daripada data yang diperoleh, seramai 47 orang yang memberi responden soal selidik ini.
Jantina yang menjawab responden ini adalah 6 orang daripada jantina lelaki manakala 21 orang
daripada jantina perempuan. Ini membuktikan bahawa kaum perempuan lebih memahami dan
mengambil berat akan isu keselamatan internet dan komputer berbanding dengan kaum lelaki.
2. Umur

Daripada 47 responden, seramai 31 orang iaitu 66% berumur di antara 18 hingga 20 tahun. 14
orang lagi iaitu 29.8% berumur di antara 21 hingga 23 tahun. Manakala hanya 2 orang iaitu 4.3%
berumur 24 hingga 26 tahun. Kesemua responden berumur dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun
kerana responden kajian ini mengambil pelajar UKM sebagai korpus kajian. Responden yang
terbanyak ialah responden yang berumur antara 18 hingga 20 tahun manakala responden
terendah ialah yang berumur di antara 24 hingga 26.

3. Fakulti

Berdasarkan 47 responden pelajar UKM, terdapat 6 fakulti yang menjawab soal selidik ini iaitu
Fakulti Ekonomi Pendidikan (FEP), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK), Fakulti
Pengajian Islam (FPI), Fakulti Sains & Teknologi (FST), Fakulti Pendidikan (FPI) dan Fakulti
Teknologi Sains Maklumat (FTSM). Seramai 5 orang iaitu 10.6% daripada FEP. 7 orang iaitu
14.9% daripada FPI.
6 orang iaitu 12.8% daripada FSSK. 8 orang iaitu 17.0% daripada FST. 2 orang iaitu 4.3 %
daripada FPEND dan 19 orang iaitu 40.4% daripada FTSM.
Daripada data kajian, didapati responden daripada FTSM adalah yang paling ramai. Hal
ini mungkin disebabkan kerana isu kajian ini berkait rapat dengan kos pelajar FTSM iaitu
mengenai komputer dan teknologi maklumat. Pelajar FTSM mengambil berat akan isu
keselamatan internet dan komputer lebih daripada pelajar fakulti lain.

4. Tahun Pengajian

Responden-responden kajian ini terdiri daripada pelajar tahun 1, tahun 2, tahun 3, dan tahun 4.
Tahun 1 dan tahun 2 memiliki jumlah yang sama iaitu seramai 20 orang dengan peratus 42.6%.
Tahun 3 pula ialah seramai 5 orang iaitu 10.6 dan tahun 4 ialah seramai 2 orang sahaja iaitu
4.3%. Berdasarkan data ini, tahun 1 dan tahun 2 adalah yang tertinggi manakala tahun 4 adalah
yang terendah. Ini menunjukan bahawa pelajar UKM tahun 1 dan 2 adalah lebih peka terhadap
isu keselamatan internet dan komputer berbanding pelajar tahun 3 dan 4.

4.1 Tahap pemahaman pelajar UKM terhadap ancaman dalam internet dan komputer
1. Tahukah anda tentang jenis-jenis ancaman dalam internet dan komputer seperti virus,
worm, hacker, spyware dan lain-lain

Berdasarkan soalan 1 di atas, daripada 47 orang di dapati seramai 45 orang iaitu 95.7 % tahu
mengenai jenis-jenis ancaman dalam internet dan komputer manakala 4.3% iaitu 2 orang tidak
mengetahui jenis-jenis ancaman dalam internet dan komputer seperti virus, worm, hacker,
spyware dan lain-lain. Responden yang mengetahui mengenai ancaman ini ada lebih tinggi
berbanding yang tidak mengetahuinya. Hal ini menunjukan tahap pengetahuan pelajar UKM
mengenai ancaman terhadap keselamatan internet dan komputer adalah tinggi.

2. Adakah anda mengambil berat akan isu ancaman keselamatan internet & komputer?

Berdasarkan soalan 2 di atas, daripada 47 orang di dapati seramai 41 orang iaitu 87.2% pelajar
mengatakan iya mereka mengambil berat akan isu ancaman keselamatan internet dan komputer
manakala 6 orang lagi iaitu 12.8% pula tidak bimbang terhadap ancaman ini. Walaupun ada
pelajar yang tidak mengambil berat akan ancaman keselamatan internet dan komputer peratus
pelajar yang bimbang akan masalah ini adalah lebih ramai. Perkara ini membuktikan dalam
pelajar UKM sedar dan mengambil berat terhadap ancaman dalam internet dan komputer.

3. Pernahkah anda menghadapi ancaman keselamatan internet & komputer

Berdasarkan soalan 3 di atas, daripada 47 orang di dapati seramai 30 orang responden iaitu
63.8% pernah menghadapi ancaman keselamatan dalam internet dan komputer manakala 17
responden lagi iaitu 36.2% lagi tidak pernah menghadapi ancaman ini. Peratus pelajar yang
pernah menghadapi ancaman keselamatan dalam internet dan komputer adalah lebih tinggi
berbanding pelajar yang tidak pernah alami masalah ini.

10

4. Setujukah anda bahawa penjagaan keselamatan internet & komputer amat penting

Berdasarkan soalan 4 di atas, daripada 47 orang di dapati seramai 47 orang pelajar iaitu 100%
bersetuju bahawa penjagaan keselamatan dalam internet dan komputer adalah amat penting.
Tidak ada satu pun pelajar yang tidak bersetuju dengan penyataan ini.

11

5. Adakah anda sering menambah pengetahuan mengenai ancaman dan keselamatan internet &
komputer.

Berdasarkan soalan 5 di atas, daripada 47 orang di dapati seramai 25 orang iaitu 53.2% pelajar
sering menambah pengetahuan mengenai ancaman keselamatan internet dan komputer manakala
22 orang iaitu 46.8% lagi memberi respond yang sebaliknya iaitu tidak sering menambah
pengetahuan terhadap ancaman dan keselamatan internet dan komputer. Walaupun responden
yang menjawab ya lebih tinggi berbanding tidak, data di atas menunjukan jawapan yang sengit
dan hanya dibezakan dengan beberapa orang. Ternyata masih ramai pelajar yang tidak
menambah pengetahuan terhadap isu ancaman dan keselamatan internet dan komputer.

12

4.2 Tahap penjagaan pelajar UKM terhadap ancaman dalam internet dan komputer
1. Tahukah anda langkah-langkah penjagaan keselamatan komputer anda

Berdasarkan soalan 1 di atas, daripada 47 orang di dapati seramai 28 orang iaitu 59.6% tahu
mengenai langkah-langkah penjagaan keselamatan komputer sendiri manakala 19 orang lagi iaitu
40.4% tidak tahu mengenai langkah-langkah penjagaan keselamatan komputer sendiri. Peratus
responden yang tahu mengenai langkah penjagaan komputer adalah lebih tinggi berbanding
responden yang tidak tahu. Hal ini adalah kerana sebanyak 46.8% responden tidak menambah
pengetahuan mengenai ancaman dan keselamatan dalam internet dan komputer. Bilangan data ini
merujuk kepada hasil kajian Bahagian A soalan yang ke 5.

13

2. Adakah anda mempunyai perisian antivirus dalam komputer anda

Berdasarkan soalan 2 di atas, daripada 47 orang di dapati seramai 43 orang iaitu 91.5%
mempunyai perisian antivirus manakala 4 orang lagi iaitu 8.5% tidak mempunyai perisian
antivirus dalam komputer peribadi. Peratus responden yang mempunyai perisian antivirus adalah
lebih tinggi berbanding responden yang tidak mempunyai perisian antivirus dalam komputer
peribadi. Perisian antivirus berfungsi untuk mengesan dan menghilangkan sebarang ancaman
virus dalam komputer. Data ini membuktikan kesedaran terhadap ancaman virus dalam kalangan
pelajar UKM adalah tinggi.

14

3. Adakah anda melindungi keselamatan peribadi komputer anda dengan kata laluan

Berdasarkan soalan 3 di atas, daripada 47 orang di dapati seramai 32 orang iaitu 68.1%
melindungi keselamatan peribadi komputer dengan kata laluan manakala 15 orang lagi iaitu 31.9
tidak melindungi keselamatan peribadi komputer dengan kata laluan. Berdasarkan data
responden ini, peratus responden yang melindungi keselamatan peribadi komputer dengan kata
laluan adalah lebih tinggi berbanding responden yang tidak melindungi keselamatan peribadi
komputer dengan kata laluan.

15

4. Adakah anda mengimbas dahulu sebarang pendrive dan hardisk sebelum dicucuk dalam
komputer anda

Berdasarkan soalan 4 di atas, daripada 47 orang di dapati seramai 40 orang iaitu 85.1%
mengimbas dahulu sebarang pendrive dan hardisk sebelum dicucuk dalam komputer manakala 7
orang lagi iaitu 14.9% tidak mengimbas dahulu sebarang pendrive dan hardisk sebelum dicucuk
dalam komputer. Perbuatan mengimbas pendrive dan hardisk adalah penting untuk menggelakan
masalah virus menular dalam komputer peribadi. Peratus responden yang mengimbas dahulu
sebarang pendrive dan hardisk sebelum dicucuk dalam komputer adalah lebih tinggi berbanding
bilangan responden yang tidak mengimbas dahulu sebarang pendrive dan hardisk sebelum
dicucuk dalam komputer. Data menunjukan bahawa hampir semua responden sedar akan cara
kedatangan virus melalui pendrive dan hardisk.

16

5. Adakah anda kerap melakukan perkhidmatan penjagaan dan baik pulih komputer anda

Berdasarkan soalan 5 di atas, daripada 47 orang di dapati seramai 23 orang iaitu 48.9% kerap
melakukan perkhidmatan penjagaan dan baik pulih komputer peribadi manakala 24 orang lagi
iaitu 51.1% tidak kerap melakukan perkhidmatan penjagaan dan baik pulih komputer peribadi.
Data menunjukan bahawa bilangan responden yang tidak kerap melakukan perkhidmatan
penjagaan dan baik pulih komputer adalah lebih tinggi berbanding responden yang kerap
melakukan perkhidmatan penjagaan dan baik pulih komputer.
Peratus responden yang menjawab tidak lebih tinggi mungkin kerana ramai responden
iaitu seramai 40.4% yang tidak tahu mengenai langkah-langkah penjagaan keselamatan internet
dan komputer seperti yang terdapat pada soalan nombor 1 bahagian B. Pada soalan bahagian A
iaitu soalan yang ke 5 juga menunjukan bilangan responden yang agak ramai iaitu 46.8% kurang
menambah pengetahuan mengenai ancaman dan keselamtan internet dan komputer.

17

5.0 KESIMPULAN
Kajian ini telah menjawab objektif kajian yang dinyatakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
tahap pengetahuan pelajar terhadap keselamatan internet dan komputer adalah tinggi Majoriti
pelajar mempunyai pengetahuan tentang keselamatan internet dan komputer. Perkara ini dapat
dibuktikan dalam kajian yang dijalankan iaitu pada hasil kajian Bahagian A yang mana sebanyak
95.7% respondan mengetahui tentang keselamatan internet dan komputer. Soalan-soalan dalam
kajian ini mungkin sedikit sebanyak menimbulkan kesedaran kepada pelajar akan pengetahuan
dan langkah penjagaan komputer dan internet serta ancamannya. Pelajar perlu tahu akan
kepentingan keselamatan internet dan komputer. Kajian ini juga diharapkan mampu membantu
masyarakat bagi menyedari kepentingan keselamatan internet dan komputer. Hal ini disebabkan
masyarakat pada zaman kini telah berada pada era globalisasi dan teknologi maklumat yang
banyak menggunakan komputer.

18

6.0 RUJUKAN
Ching To A/L Kim, 2002, Kesedaran Dan Amalan Keselamatan Komputer dan Internet di
Kalangan Pegawai dan Penolong Pegawai Sistem Maklumat di Lima Kementerian Persekutuan
di Malaysia, Universiti Putra Malaya
Chitchanok Nakasawat., Songyut Akkakoson., Chek Kim Loi, 2016, Persuasion Strategies: Use
of Negative Force in Scam E-mails, GEMA Online Journal of Language Studies
Marlin, 2008, Penggunaan Internet Dalam Pencarian Maklumat di Kalangan Pelajar-pelajar
Indonesia di Universiti Malaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Marzian Hairani Binti Mat Ishak, 2005, Kajian Kes Mengenai Pencerobohan Sistem Rangkaian
Komputer dan Cara Atasinya, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia

You might also like