You are on page 1of 18

Hubungan Etnik (WAJ3106)

Hubungan Etnik (WAJ3106)


KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Konsep Etnik

Kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam (adat resam, pakaian, bahasa dan
kegiatan ekonomi)
Menurut Scupin (2003) etnik atau etnisiti berasal daripada perkataan Yunani, ethnos. Ia merujuk
kepada orang bukan Yunani yang berkongsi cirri biologi, culture dan cara hidup yang sama.
Dalam New Testament Yunani ethnos merujuk kepada bangsa bukan Yunani atau bukan kristian.
Abad ke -19, masyarakat Eropah menganggap perkataan etnik, etnikal, etnisiti, ethnique dan ethnie
sama dengan istilah ras. Etnik dapat diklasifikasikan melalui perbezaan culture. Etnik biasanya bersifat
etnosentrik menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama berbanding budaya
orang lain yang dipandang rendah, ganjil.
Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan kumpulan etnik tertentu.
Etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota
sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka lebih hebat.

Konsep Ras dan Rasisme

Ras merujuk kepada pengasingan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal badan seperti
warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut.
Menurut Banton (1987) ada 3 teori ras iaitu :
2.1. Ras sebagai keturunan-manusia berasal dari Adam dan Hawa.
2.2. Ras sebagai jenis
2.3. Ras sebagai subspesis-rujuk teori Charles Darwin.
Ahli sosiologi melihat ras sebagai sekumpulan manusia yang melihat diri mereka dan juga dilihat oleh
orang lain sebagai mempunyai sifat keturunan yang membezakan mereka drp yang lain.
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negetif oleh sekelompok sosial
atau anggotanya terhadap suatu kelompok lain berdasarkan perbezaan fizikal-biologikal. Rasisme juga
merupakan gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit
dan ciri fizikal-biologikal yang lain.
Menurut Hughes et.al.(2002) rasisme wujud pada 2 tahap.
Pada tahap individu rasisme ialah kepercayaan bahawa ada ras tertentu berstatus superior manakala
ada yang berstatus inferior (rendah)
Pada peringkat institusi pula rasisme melibatkan dasar dan implemen bersifat diskriminasi yang
mewujudkan kesan ketidaksamaan pada manusia dari ras yang berlainan.
Prejudice/prasangka merupakan sikap atau tanggapan yang bersifat negetif terhadap sekumpulan
manusia/ras lain. Ada 3 komponen prasangka iaitu komponen kognitif, afektif dan kelakuan.
Prejudice dalam etnik berlaku apabila sesebuah etnik memandang negetif terhadap etnik lain.
Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negetif terhadap sesuatu kumpulan etnik, cth
melayu itu beragama Islam. Ia juga merujuk kepada gambaran yang berlebihan tentang sesuatu
perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada kumpulan etnik tertentu.
Diskriminasi pula adalah pandangan, pemikiran dan kepercayaan negetif oleh seseorang/kelompok
terhadap anggota/kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negetif.
Diskriminasi juga merujuk kepada layanan berlainan yang diberikan oleh individu/kelompok kepada
individu/kelompok lain.

Masyarakat Pluralistik Alam Melayu


1.Pluralisme merujuk kepada ideology yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza
dalam masyarakat.

2.Pluraliti merujuk kepada kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara
semulajadi.

3.Pluralistik merujuk kepada kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara
dirancang dipaksa oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

4.Kewujudan kepelbagaian etnik di alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentuksn
masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian.

5.Kedatangan kolonial adalah disebabkan faktor Gospel, Glory dan Gold. Kedatangan mereka telah
memberi impak dalam system kehidupan masyarakat di alam Melayu.

6.Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan colonial Eropah terbentuk melalui
proses semulajadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan. Hasilnya telah mewujudkan interaksi yang
harmoni dengan penduduk, alam sekitar, system social, politik dan agama. Mereka secara sukarela
sangggup berkahwin dengan penduduk local.

7.Menurut al-Attas pengaruh Hindu-Buddha tidaklah mendominasikan masyarakat di alam Melayu


berbanding dengan kekuatan pengaruh islam.

8.Orang Cina dan India dibawa kea lam Melayu demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris.

Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan Melayu Melaka.

1.Melaka dianggap sebagai venice of the east

2.Pelaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undnag laut Melaka yang berteraskan Islam mampu
memberi keadilan kepada masyarakat plural Melaka pada ketika itu.

3.Sistem perdagangan antarabangsa juga berjalan baik hasil urustadbir berteraskan Islam.

4.Masyarakat Melaka pada waktu itu terdiri daripada pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam
suasana aman damai.

5.Penghijrahan semulajadi tanpa paksaan berlaku. Akomodasi antara pedagang Cina, India dengan
penduduk lokal berlaku.

6.Kedatangan pedagang antarabangsa telah menyumbangkan kepada multi budaya. Hasilnya terbentuk
masyarakat Baba dan Nyonya.

Pembentukan Masyarakat Pluraliti Oleh Kolonial

1.Stephen Jay Goul dalam bukunya Rocks of Ages:Science and Religion menyatakan masyarakat
terbahagi kepada dua:

i.masyarakat yang menyokong agama


ii.masyarakat sains moden

2.Kedatangan Inggeris kea lam Melayu membawa bersama mereka konsep pemikiran pemisahan negara
dan agama. Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan manakala sains dianggap penyumbang
kepada kemajuan.

3.Inggeris telah memperkenalkan system pentadbiran berasaskan 3 unsur iaitu legislative, eksekutif dan
kehakiman.

4.Bernard Cohn (pengkaji India British) berpendapat kolonialisme:

i.bukan sahaja melibatkan penaklukan ruang tapi juga epistemology atau system pemikiran penduduk
peribumi.

ii.melibatkan proses penggantian system pemikiran local dengan system pemikiran sistematik.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka

1.Perkembangan masyarakat plural selepas merdeka boleh dilihat dalam ruang politik, perlembagaan,
pendidikan dan ekonomi.

2.Malaysia dianggap negara yang berupaya melaksanakan system demokrasi dengan berkesan.

3.demokrasi di negara ini berjalan dengan lancer terutamanya semenjak pilihanraya 1955 dimana etnik
Melayu, Cina dan India telah bersatu mendesak Inggeris memberi kemerdekaan.

4.Selepas tahun 1960an kerjasama parti-parti politik dalam pakatan pemerintah telah berkembang.
Pada tahun 1974 Barisan Nasional ditubuhkan.

5.Dasar-dasar kerajaan berkaitan hubungan etnik melalui formula tolak ansur telah berjaya
mengekalkan keharmonian masyarakat Malaysia.

6.Dalam Perlembagaan negara kontrak social merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding.
Pembentukan parti-parti politik etnik dan perikatan sebagai model pemuafakatan politik.

7.Perlembagaan menjadi asas pelaksanaan system politik negara ini.

8.perlembagaan mencatatkan kontrak social yang dipersetujui bersama antara kaum.

9.Dari segi sejarah ada 2 kontrak social di alam Melayu:


i.Berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji setia dan saling hormat menghormati antara rakyat dan raja
(Demang Lebar Daun dgn rakyat)
ii.Berlaku kontrak sosial masyarakat plural hasil daripada syarat dikenakan Inggeris untuk beri
kemerdekaan kepada negara ini.

10.Communities Liasion Committee (CLC) 1949 diadakan atas usaha Onn Jaafar dan Tan Cheng Lock.

11.Sebelum Penyata Razak terdapat 4 sistem pendidikan di negara ini.

12.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan dan orientasi.

13.Penyata razak dan Laporan Rahman Talib merealisasikan kenyataan ini.

14.Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar.

15.Mulai tahun 1957 kerajaan telah mempergiatkan pembangunan ekonomi untuk merapatkan jurang
antara etnik.

16.Ini dilaksanakan melalui Rancangan Malaya 1, 2, Rancangan Malaysia 1,2,3 dan seterusnya. Juga
melalui DEB dan DPN.

Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Konsep Modenisasi dan Pembangunan

1.Modenisasi merupakan satu proses transformasi/perubahan dalam semua aspek kehidupan


masyarakat. Perubahan ini berencana dan ia mempunyai matlamat,kaedah dan penetapan ukuran
pencapaian.

2.Modenisasi diklasifikasikan kepada 2 :

i. Pembangunan ekonomi
ii. Pembangunan politik

3.Pembangunan ekonomi mensasarkan mewujudkan masyarakat industri. Ia merangkumi pembangunan


teknologi, pembangunan agro, pembangunan perindustrian dan urbanisasi.

4.Modenisasi dikatakan berasal usul dari Eropah akibat 2 revolusi iaitu Revolusi Perancis (mengubah
sistem politik feudah) dan Revolusi Perindustrian.

5.Isu modenisasi berkait rapat dengan falsafah dan praktikal. Dari segi falsafah ia berkaitan dengan
kemajuan/evolusi. Hal ini mebawa kepada teori sosial tentang perubahan. Evolusionisme merujuk
kepada gagasan bahawa perkembangan negara miskin ke arah moden.
KONSEP HUBUNGAN ETNIK DIMALAYSIA

KONSEP HUBUNGAN ETNIK DIMALAYSIA SECARA UMUM


MOHAMAD B.ABDUL KARIM
SEKOLAH PENDIDIKAN SAINS SOSIAL Universiti Malaysia Sabah.

PENGENALAN
Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang
membangun dan kini menuju kearah status negara maju melalui cita-cita Wawasan 2020.

Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak
zaman penjajahan sehingga selepas merdeka iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Daripada
pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah kemajuan ekonomi
sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik, kestabilan politik sahaja
tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang, pembangunan ekonomi dan
kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan
sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang
saksama dan perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya, apakah faktor
yang boleh membawa keseim bangan? Apakah perkara yang perlu dipertahankan atau
dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara bereterusan? Usaha berterusan untuk
memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis harus berkesimbungan.

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK.

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik.
Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi
pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh
mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan
sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan
darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik
juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran
peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat. Hubungan etnik
penting dalam memahami kesan pengindustrian disesebuah negara iaitu kesan
pengindustrian dan perubahan sosial. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan
perancangan sosial sesebuah negara.

Usaha-usaha kearah memupuk perpaduan nasional oleh kerajaan masakini. Kerajaan telah
mewujudkan seperti; penubuhan Jabatan Perpaduan Negara kini Jabatan Perpaduan Negara
dan Intergrasi Nasional ( JPNIN ). Pengenalan Rukun Negara iaitu satu ideologi kebangsaan,
Dasar Ekonomi Baru ( DEB ), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, Gabungan Parti-Parti Politik ( Barisan Nasional ), Integrasi antara wilayah
( bandar denga luar bandar ) dan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan
Sarawak. Usaha kerajaan berbentuk top - down sahaja tidak memadai tetapi mesti
digenapkan dengan usaha yang berbentuk bottom up menerusi kerjasama dan
sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik termasuk parti
pembangkang. Keharmonian hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata
kepada keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan
kelas sosial yang berbeza seperti pekerja, kelas menengah dan golongan yang kaya
daripada pelbagai kumpulan.
Hubungan etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia
walaupun tahap perpaduan nasional dinegara kita sukar diukur namun negara luar melihat
Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK.

Tiga konsep penting yang ditumpukan ialah masyarakat, budaya dan perpaduan.
Masyarakat- menurut Roucek dan Warren ( 1979 ), masyarakat sebagai satu kumpulan
manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara
kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus
menerus dikalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad. Satu
kumpulan dan kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama
dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan
sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan
sebagai kebudayaan. Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok, berbudaya, mengalami
perubahan, berinteraksi secara dalaman dan dengan pihak luar, mempunyai kepimpinan
serta mempunyai aturan sosialnya mengikut susun lapis, kelas, status dan kasta.

Konsep Etnik atau kaum adalah satu kelomok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan
mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinasikan sebagai sekelompok
manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian,
bahasa dan kegiatan ekonomi.

Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan yang berbeza dari segi
kebudayaan. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola
keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan
hiburan.

Konsep suku merupakan kelompok masyarakat yang membentuk rumpun bangsa contohnya
dalam rumpun kadazandusun terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang
dan sebagainya. Konsep bangsa atau nasion mempunyai maksud yang lebih luas dan
terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill,
bangsa adalah rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela
berkerjasama sesama mereka berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Lazimnya
terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah dan agama. Bangsa
Malaysia sebagai bangsa idaman yang kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia
berteraskan hubungan etnik yang harmonis.

Konsep Masyarakat Majmuk. Menurut J.S.Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada


pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang
tersendiri. Walaupun mereka adalah pelbagai kaum dan berganding bahu dibawah sistem
politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan, interaksi sosial dalam
kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian
tugas dilakukan atas garis-garis ras. Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah
campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul
akibat dominasi penjajah. Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan atau kelemahan
azam sosial bersama ( common social will ) yang merupakan satu set nilai yang dipersetujui
anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial.

Konsep Kelas Sosial pula berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam
masyarakat. Dalam kehidupan seharian, segolongan individu yang mempunyai kedudukan
yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau
hubungan dengan punca-punca pengeluaran contohnya; masyarkat kapitalis terbahagi
kepada dua golongan iaitu golongan bourgeoisie yang memiliki punca-punca pengeluaran,
pengagihan dan pertukaran. Golongan proletariat yang tidak memiliki perkara diatas hanya
tenaga kerja sahaja.

Konsep Institusi sosial, sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat dan
kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkahlaku yang telah menjadi
kebiasaan atrau suatu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang
tertentu. Contohnya; Institusi sosial yang utama iaitu keluarga, institusi pilitik, institusi
agama, institusi pelajaran dan sebagainya.
Konsep Jarak Sosial adalah satu perasaan pemisahan atau pemisahan sosial yang benar-
benar wujud diantara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan
kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau
diantara kelompok. Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persafahaman antara
kelompok. Semakin besar jarak sosial diantara dua kelompok, maka semakin kurang
hubungan atau interaksi dan persafahaman antara kedua-duanya.

Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu proese perubahan individu atau kelompok dari satu
lapisan sosial kepada lapisan sosial yang ain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti
sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih
terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup
seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi, mobaliti sosial jarang sekali berlaku.

Konsep Etnik membentuk konsep Etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada ras
kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang
jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai, sikap dan
tingkahlaku yang sama. Etnosenterisme adalah satu sikap atau kepercayaan bahawa
kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan
kelompok lain. Sesuatu kelompok dikatakan etnosentyrik apabila mereka menilai kebudayn
lain berdasrkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain
mempunyai nilai yang lebih rendah. Etnosentrisme membayangkan keengganan atau
ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada
kebudayaan masyarakat yang lain. Selagi manusia menjadi etnosentrik, selagi itulah
mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yang sedia ada dan biasanya
yan bersifat negatif. Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam
mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan diantara
anggota sesuatu kelompok masyarakat. Contohnya, ketaatan kepada budaya dan kelompok
diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti. Ini dapat mengatasi konflik politik dalam
sesuatu kelompok masyarakat.

Konsep Ras dan Rasisme. Ras adalah kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari
segi ciri-ciri fizikal samaada warna kulit dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal tersebut ditntukan
oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi contohnya Mongoloid, Negroid dan
Austroloid.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal- biologikal yang nyata seperti warna mata,
warna kulit, warna rambut dan sebagainya. Ciri yang paling ketara untuk membezakan
kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga merujuk kepada kelompok manusia yang
menganggap diri dan atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok
mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini
berkaitan dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu


kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
perbezaan warna fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka
melaui perilaku atau tindakan. Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap
seseorang berasaskan keturunan bangsanya. Fahaman yang menekankan bahawa suku
kaum sendiri sahaja yang paling unggul. Rasisme wujud pada dua tahap. Tahap Individu
merupakan kepercayaan dan sikap individu pada suku kaumnya. Tahap Institusi pula
melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi.

Konsep Prejudis merupakan pandanan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang
tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan
secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau
mencukupi. Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada generasi yang ain.
Kesannya semakin mdah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang
terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial. Apabila prejudis disuarakan,
prejudis menjadi stereotaip.

Konsep Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu


kumpulan etnik seperti semua orang tidak bersifat kasar dan sebagainya. Stereotaip ialah
gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan
kepada sesuatu etnik oleh etnik yang lain. Hal ini terhasil daripada pertembungan dua atau
lebih komuniti etnik.
Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan
masyarakat khususnya masyarakat majmuk diMalaysia kerana fahaman ini mengakibatkan
sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yang lain dan
seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman
yang menebal.

Konsep Diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh
seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lainnya yang
mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan
membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-
ciri etnik semata-mata. Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam
kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam
sesebuah masyarakat. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk iaitu individu atau
kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja,
serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

Konsep Budaya ditakrifkan sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi
cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan
kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu
masyarakat ke masyarakat yang lain, namun beberapa aspek yang sama didapati wujud
dalam kalangan semua masyarakat seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama,
sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan lain-lain. Persamaan tersebut dikatakan sebagai
pola kebudayaan sejagat. Perubahan merupakan sifat yang penting bagi sesuatu
kebudayaan. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya iaitu
membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti, dan memupuk
kesedaran kebangsaan dan kenegeraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan
mental. Ciri-ciri penting sesuatu budaya ialah dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi,
berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik, adanya pandangan semesta ( world view ).
Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Manusia
itu sendiri yang membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut
perkembangan masyarakat itu sendiri.

Konsep Perpaduan adalah sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat
dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Konsep Integrasi pula adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan
ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan
budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam konteks
Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam
kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah
unit politik.
Unsur-unsur integrasi ialah integrasi wilayah untuk mengurangkan jurang perbezaan
pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah, integrasi ekonomi untuk mengurangkan
jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik, integrasi kebudayaan untuk
pembentukan satu kebudayaan kebangsaan, integrasi sosial merupakan usaha untuk
menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan,
kesihatan dan lain-lainnya, integrasi pendidikan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang
bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial,
integrasi politik adalah untuk kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Proses mencapai
sesebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah dan integrasi ialah satu
proses yang amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah
kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu Segregasi merupakan pemisah dan
pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah
negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat
tinggal, sistem persekolahan, penggangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud
sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya. Sehinggalah hubungan yang
berbentuk sebati iaitu konsep Amalgamati iaitu satu proses penyatuan pelbagai kumpulan
etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan
dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang
baru. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.
Formula: A+B+C= D. A,B dan C mewakili kumpulan etnik yang berlainan dan D mewakili
kumpulan baharu yang terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Syaratnya, kumpulan
dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat
demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka dan ini jarang berlaku.

Konsep Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari
serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain dan tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing. Formula: A+B+C = A+B+C. A, B dan C merujuk kepada
budaya. Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju
untuk menghentikan dan mengelak konflik dengan mengadakan interaksi secara aman
damai baik untuk sementara atau selam-lamnya. Interaksi sosial seumpama ini
membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka
yang berasingan. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai
wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan serta mereka saling bergantung antara satu
sama lain.
Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas
mengamalkan budaya mereka dalam keadan harmoni dengan penggunaan pelbagai bahasa,
pengamalan pelbagai agama dan kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik.
Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelsaikan maalah dalam hubungan
etnik. Kejayaan atau berkesannya penyesuaian sebagai satu dasar amat bergantung kepada
sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

Konsep Asimilasi adalah satu proses percantuman dan penyatuan diantara kelompok atau
individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama. Konsep ini berhubung dengan penyerapan sehala individu atau
kelompok kedalam kelompok yang lain. Satu proses yang berlaku apabila mana-mana
kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta
budaya yang sama. Asimlasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan
penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Formula: A+B+C = A.
A mewakili golongan dominan, B dan C mewakili kumpulan etnik minoroti. Proses asimilasi
berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza
budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada
beberapa faktor penting seperti kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan
identiti mereka, kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain, terdapat
banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik. Proses asimilasi juga berkait rapat
dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan
diantara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi. Umumnya, kumpulan
minoriti yang bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan
minoriti yang bilangan anggotanya besar.
Minoriti yang mempunyai kebudayaan dan tradisi yang jauh berbeza daripada golongan
majoriti sukar diasimilasikan. Contohnya, di Thailand orang Melayu mengalami proses
asimilasi yang mnyebabkan nama, bahasa, cara hidup kecuali agama disatukan dengan
amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, proses asimilasi berlaku bagi masyarakat
Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba
dan Nyonya berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau
agama.

Konsep Akulturasi adalah satu penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya
kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yang
berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yang berterusan
dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut.
Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yang bakal terjadi terhadap individu
atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.
Akulturasi lebih mudah dicapai dalam budaya yang bersifat kebendaan.

Konsep Kontrak Sosial merupakan satu persetujuan yang dicapai diantara pelbagai kaum
untuk mencapai sesuatu matlamat yang dapat menjaga kepentingan semua pihak.
Contohnya, di Malaysia kontrak sosial antara kaum Melayu, Cina dan India tentang perkara
penting dalam perlembagaan iaitu kedudukan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak
Kerakyatan, Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

KESIMPULANNYA
Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus peka dan faham keperluan
dan kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita. Kepelbagaian etnik seperti
Malaysia memerlukan tolak ansur, faham memahami, hormat mnghormati, setiakawan,
tolong menolong sama ada negara diwaktu senang ataupun susah.

Trens konsep Satu Malaysia yang diamalkan masakini amat sesuai untuk menyatu padukan
rakyat tanpa mengenal etnik, agama dan anutan ideologi politik.
http://mohdkarimassigmentbloggerscom.blogspot.com/2009/10/konsep-hubungan-
etnik-dimalaysia.html
Konsep Masyarakat

Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat - sebagai satu kumpulan


manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara
kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan
terus menerus dalam kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-
abad.

Satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi,


berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan
buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir
satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.

Ciri-ciri utama masyarakat:

a) Berkelompok

b) Berbudaya

c) Mengalami perubahan

d) Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)

e) Mempunyai kepimpinan

f) Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)

Berdasarkan pemahaman mengenai masyarakat yang dihuraikan tadi ternyata


bahawa Malaysia ialah sebuah masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik
dan budaya. Dari segi sejarahnya, masyarakat Malaysia juga telah terbukti mempunyai
asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita
murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Hal ini telah
dimanifestasikan oleh pemimpin dan rakyat melalui pemikiran, nilai sosiobudaya,
perlambangan dan jiwa kemanusiaan serta kerohanian tinggi yang mereka amalkan
sehingga hubungan etnik yang harmonis terus bertahan dengan baik.

Namun begitu, konsep masyarakat Malaysia tidak boleh disamakan dengan


konsep bangsa Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza,
walaupun merujuk kepada sebuah entiti politik yang sama, iaitu Malaysia. Masyarakat
Malaysia adalah sebuah konsep yang lebih luas skopnya, atau boleh dianggap sebagai
sebuah konsep payung, yang merangkumi konsep bangsa Malaysia yang merujuk pula
kepada satu cita-cita politik, seperti yang diungkapkan dalam Wawasan 2020. Melalui
Wawasan 2020, para pemimpin Malaysia bersama-sama masyarakatnya telah
menggariskan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang
tahun 2020 yang berasaskan satu bangsa bersepadu, yang dikenali sebagai bangsa
Malaysia. Dari satu segi, bangsa Malaysia merupakan satu "bangsa idaman" yang kita
kehendaki. Tentunya, bangsa Malaysia yang kita idamkan itu berteraskan hubungan
etnik yang harmonis.

Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur berpandukan tiga perspektif utama:


kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat kenegaraan perlu ditanam
dan dipupuk dalam diri setiap rakyat demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial.
Semangat ini boleh ditanam melalui simbol yang mewakili keutuhan negara seperti
bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara. Daripada perspektif
kewarganegaraan, bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui
kewarganegaraan yang sama, iaitu warganegara Malaysia. Aspek kebangsaan pula
dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam
menguatkan semangat kebangsaan dan menjadi batu asas kepada pembentukan
bangsa Malaysia. Pada hakikatnya, hubungan antara kebudayaan kebangsaan dengan
semangat kebangsaan adalah bertimbal balik kerana masing-masing saling menyokong
dan menguatkan antara satu sama lain.

Seterusnya, di bawah konsep masyarakat terdapat beberapa konsep lain yang


berkaitan seperti etnik, ras, prejudis, stereotaip dan diskriminasi.

1.1 Ras dan Rasisme


Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga
maknanya menjadi Iebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai
etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil
ras dalam kehidupan seharian.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang
mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata,
seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang
digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif


oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain
berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini
ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah
gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna
kulit dan ciri-ciri fizikal-biologikal yang lain.

Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap
individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu
yang berstatus lebih tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada
peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap
institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi,
seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.
Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.

1.2 Prejudis dan Stereotaip

Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik
lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak
diluahkan secara terbuka. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang
jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang


negatif terhadap kumpulan etnik lain. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain
sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa
pemahaman tersebut adalah salah. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan
daripada satu generasi kepada generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah
dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada
dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya.

Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap


sesuatu kumpulan etnik seperti "semua orang Arab itu beragama Islam", "orang
Belanda itu bersifat kedekut" dan sebagainya. Dengan kata lain, stereotaip ialah
gambaran berlebih-Iebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan
kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain. Hal ini terhasil apabila berlaku
pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan
perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di
Malaysia. Hal ini kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan
etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya
membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang
menebal.

Ringkasnya, setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaipnya


terhadap kumpulan etnik yang lain. Sebagai contoh, orang Barat mempunyai
pandangan stereotaip terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga,
etnik Melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik Cina dan India dan
sebaliknya. Maka, setiap pertembungan etnik akan menghasilkan stereotaip yang
berupa gambaran negatif atau positif.

1.3 Akomodasi dan Asimilasi

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik


menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap
mempertahan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C
= A + B + C, di sini A, B dan C merujuk kepada budaya (Ting Chew Peh, 1987).
Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama
lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil
dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini
begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas
mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia,
Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana
etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan


etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu
proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak
secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama (disebut
dalam Chew Hock Thye, 1975). Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep
ini diwakili dengan formula A + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan
dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang
Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama,
bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan
dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas
masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya
proses asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi
berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli
kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi
umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti
mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapat banyak persamaan
budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima
kumpulan etnik minoriti.

1.4 Amalgamasi dan Akulturasi

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam
menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara
kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D, di
sini A, B, C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan
baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan
etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu
generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam


kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu
dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur
kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza
dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
masyarakat penerima.

Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan


antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses
-meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara
langsung kemudian diolah serta dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Di Malaysia,
beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan,
Duran dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah baik,
pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap


akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat
kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Unsur-unsur budaya
yang bdak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar
drterima.

1.5 Etnosentrisme dan Etnisiti


Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza
berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan
mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia,
orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap
sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri
budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang
dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak
bermoral.

Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk


kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu
kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada
kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah
kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat
daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang
melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.
http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/konsep-asas-hubungan-etnik-dalam.html

You might also like