You are on page 1of 2

Rancangan Pelajaran Harian

Mata pelajaran : Sains


Tahun : 6
Tema: Teknologi Dan Kehidupan Lestari
Tajuk: Mesin
Masa : 60 minit
Standard 12.1
Kandungan :
Standard 12.1.1 , 12.1.2
Pembelajaran :
Objektif PdP : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Menyatakan 7 jenis mesin ringkas
ii. Menceritakan kegunaan setiap mesin ringkas
Kemahiran Proses Memerhati
Sains (KPS) Mengelas
Berkomunikasi
PdP Aktiviti 1
i. Murid menonton video berkenaan mesin ringkas.
ii. Murid memberi perhatian kepada gambar yang
dipaparkan.
Aktiviti 2
i. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan video.
- Apakah yang kamu perhatikan dalam video?
- Apakah alat-alat yang digunakan dalam video?
- Mengapakah alat tersebut digunakan?
ii. Guru menerangkan bahawa objek-objek yang
dinyatakan tadi sebahagiannya adalah mesin ringkas.
Aktiviti 3
i. Murid di bahagikan kepada 7 kumpulan.
ii. Murid membuat aktiviti perbincangan kumpulan
menggunakan peta i-Think Peta Bulatan (Lembaran 1)
mengenai mesin ringkas dalam kertas mahjong.
iii. Murid menggunakan sumber maklumat daripada guru
dan Buku Teks muka surat 190-195
Aktiviti 4
i. Murid menampal hasil perbincangan mereka di
dinding kelas.
ii. Setiap kumpulan diberikan lembaran peta i-Think Peta
Dakap (Lembaran 2) untuk digunakan sebagai
lembaran rujukan untuk dilengkapkan.
iii. Setiap kumpulan bergerak secara bergilir-gilir ke
setiap station untuk mengumpul maklumat.
Aktiviti 5
i. Seorang murid dipilih untuk membentangkan hasil
dapatan mereka melalui aktiviti Galeri Walk.
ii. Guru dan murid lain berkongsi idea tentang hasil
perbentangan tersebut.
iii. Murid membuat rumusan berkenaan jenis mesin
ringkas dan kegunaannya.
Aktiviti 6
i. Murid diedarkan lembaran pengukuhan untuk
dijawab.
(Lembaran 3)
Bahan Bantu Video, lembaran 1 ( Peta Bulatan), lembaran 2 (Peta Dakap),
Belajar (BBB) lembaran 3 (soalan pengukuhan)
Elemen Merentas TMK, Kreativiti dan inovasi
Kurikulum (EMK)
Pentaksiran Lembaran kerja, Lisan, Penulisan TP 1 dan TP 2
Sekolah
Refleksi

You might also like