You are on page 1of 19

PENGENALAN

Zaman Pertengahan di Eropah boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Pertamanya ialah

zaman pertengahan awal yang berlangsung antara tahun 500-1050 masihi, keduanya ialah

zaman kemuncak pertengahan yang telah berlangsung antara tahun 1050-1270 masihi dan

ketiga ialah zaman pertengahan akhir yang telah berlangsung antara tahun 1270-1520 masihi.

Antara ketiga-tiga tahap ini, zaman kemuncak pertengahan adalah zaman yang telah

mencerminkan permulaan kepada pelbagai perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial di

Eropah. Perubahan-perubahan yang telah bermula pada tahap ini telah menjadi asas yang

kukuh kepada kemunculan tamadun Eropah moden yang dapat kita lihat pada hari ini.

Seterusnya perubahan-perubahan ini telah berkembang dan membawa kepada berakhirnya

zaman pertengahan di Eropah dan bermulanya zaman moden.1

Eropah Barat telah melalui tahap pertama dalam kemajuan suatu tamadun baru

menjelang pertengahan abad ke-11. Pada zaman ini, tiada lagi berlaku penghijrahan puak

atau suku orang gasar begitu juga dengan zaman feudalisme. Agama pada masa ini telah

berkembang ke timur dan barat yang meliputi Jerman dan Scandinavia. Empayar

Charlemagne telah memberi tempat kepada kerajaan feudal dan empayar Rom suci.

Manakala Pope yang telah dipulihkan sedang bangkit dari kedudukannya yang lemah untuk

menguatkuasakan semula pengaruhnya ke seluruh dunia Kristian Barat. Jangka waktu yang

menyusuli pertengahan abad ke-11 menyaksikan perkembangan satu bentuk tamadun yang

boleh disifatkan sebagai medieval. Ia boleh digelar sebagai zaman kemuncak pertengahan.

Zaman ini juga menyaksikan pergelutan yang panjang antara empayar dan pihak gereja,
1 Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 2002,
hlm.101.

1
pertumbuhan kuasa Diraja, perluasan agama kristian ke tanah-tanah di Timur dan Sepanyol

dan sebagainya. Ianya adalah zaman agung bagi Respublica Christiana apabila semua negara

Eropah Barat membentuk sebahagian daripada Kesatuan Dunia Kristian. Hal ini adalah

kerana latar suasana ketika ini adalah Eropah dipengaruhi oleh unsur Kristianiti yang begitu

kuat iaitu Kristendom dan Perang Salib sedang berlaku antara tahun 1095 Masihi sehingga

penghujung abad ke-3. Sesungguhnya zaman ini menyaksikan kehidupan aman yang

diwujudkan dalam lingkungan suatu masyarakat yang diintegrasikan.2

PERUBAHAN PADA ZAMAN KEMUNCAK PERTENGAHAN

2 Ibid hlm. 101-102.

2
Perubahan dalam Aspek Politik

1. Perubahan Kerajaan Politik

Menjelang tahun 1200 masihi, zaman pembinaan empayar di Eropah telah berakhir

dimana kerajaan beraja di Eropah Barat dan Eropah Selatan telah diinstitusikan. Para Vassal

masih menjadi penasihat di dalam sebuah Majlis Diraja tentang dasar-dasar penting kerajaan

dan akan menjalankan urusan diraja semasa ketiadaan raja. Urusan ini adalah berkaitan

dengan bidang politik, pentadbiran, keadilan dan kewangan diraja. Hal ini telah menyumbang

kepada kepada kemunculan golongan pentadbir-pentadbir khusus yang bertanggungjawab

untuk menguruskan hak ehwal kerajaan. Contohnya, pada zaman pemerintahan Henry II

antara tahun 1154 sehingga 1189 Masihi, England mempunyai sebuah buku iaitu Dialogue of

the Exchequer yang telah menggariskan dengan jelas akan tanggungjawab dan peranan

pegawai kewangannya. Manakala di Perancis sehingga tahun 1295 Masihi, kewangan Raja

Perancis telah ditadbir oleh The Order of The Templars. Golongan pentadbir ini

kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional termasuk ahli-ahli gereja. Di Jerman,

raja, putera raja, biskop dan paderi besar mengambil pentadbir-pentadbir daripada

sekumpulan pegawai yang dikenali sebagai ministeriales untuk melaksanakan tugas tersebut.

Kebiasaannya mereka diberi tanah dan menjadikan jawatan mereka ini bersifat keturunan.3

2. Institusi Parlimen

Kesan daripada perubahan ekonomi, raja serta kerabat diraja menjadi semakin kaya dan

bertambah kuat hasil daripada kutipan cukai secara berlebihan dan paksaan terhadap

golongan pertengahan. Para Vassal dan golongan pertengahan yang tidak berasa puas hati

terhadap kuasa raja yang melampaui batas hak-hak feudal serta peribadi telah menuntut

3 Ibid hlm. 107.

3
supaya imuniti raja dikurangkan.dan had kuasa raja akan ditentukan melalui undang-undang

supaya autoriti diraja tetap sah dan tetap. Faktor ini telah membawa kepada kewujudan

institusi parlimen di Eropah. Maka, raja-raja di Eropah mula memenuhi tuntutan tersebut

untuk mengelakkan pertumpahan darah melalui peperangan. Misalnya di England, Raja John

telah mengisytiharkan piagam Magna Carta pada tahun 1215 Masihi. Melalui piagam ini hak

rakyat terpelihara daripada kuasa raja yang berlebihan. Menurut piagam ini juga rakyat yang

bebas tidak boleh sewenang-wenangnya dijatuhkan hukuman kecuali melalui penghakiman

dan undang-undang negara. Institusi parlimen telah mencorakkan hubungan yang harmoni

antara pemerintah dan rakyat. Menjelang abad ke-13, organisasi pemerintahan kerajaan telah

terbentuk secara tetap dimana raja akan memerintah menerusi dewan perwakilan yang akan

diwakili oleh ahli-ahli daripada tiga golongan iaitu golongan aristokrasi, gereja dan awam.

Golongan aristokrasi dan gereja akan memainkan peranan dalam House of Lord manakala

golongan awam akan berperanan dalam House of Common. Misalnya di Perancis institusi

parlimen dikenali sebagai Estates General, sebagai Cortes di Sepanyol dan sebagai Diets di

Jerman.4

3. Kemerosotan Papacy, Empayar dan Negara

Pada zaman ini telah mula berlaku perebutan kuasa antara Paus dan golongan Diraja iaitu

apabila Paus mula menuntut kuasa yang lebih tinggi daripada daripada raja yang memerintah.

Perbalahan ini berterusan dan masing-masing cuba untuk menjatuhkan kuasa yang

bertentangan. Paus Innocent III (1198 sehingga 1219 Masihi) dikenali sebagai personaliti

yang terkemuka dimana kedudukan beliau diibaratkan seperti lebih rendah daripada Tuhan,

lebih tinggi daripada manusia. Beliau amat menekan konsep yang berkaitan dengan

4 Ibid hlm. 108.

4
perhubungan antara Papacy iaitu gereja dengan negara dan mengatakan bahawa kuasa Diraja

mendapat kemuliaan dan serta kegemilangan daripada kekuasaan gereja. Beliau seorang yang

berkemahiran dalam bidang politik dan berjaya mendapat pengiktirafan daripada kebanyakan

negara Eropah seperti Sicily, Aragon dan Portugal yang mengiktirafnya sebagai pemerintah

tertinggi feudal. Pengganti-pengganti Paus Innocent III tidak dapat meneruskan dasar dan

kebijaksanaannya. Oleh itu peranan beliau telah diambil alih oleh musuh ketat kepada

institusi keagamaan iaitu Maharaja Frederick II (1220-1250 Masihi). Baginda merupakan

seorang pemerintah yang bijak dan berjaya mengatur sekumpulan yang terdiri daripada

peguam, penulis, sainstis, serta pelukis dan beliau sendiri akan turut serta dalam aktiviti

mereka. Kemangkatan baginda pada tahun 1250 Masihi membawa kepada kejatuhan

Imperial. Selepas itu, beberapa putera raja daripada negara-negara asing mula menerajui

pemerintahan.5

Pada tahun 1273 Masihi, putera raja daripada Jerman Utara telah bersatu untuk melantik

seorang Count Jerman iaitu Rudolf dari Habsburg sebagai raja. Rudolf I ini yang telah

memulakan keluarga Habsburg dari Austria dalam pemerintahan. Dalam perkembangan ini,

Paus bersama dengan jurucakap dan penyokongnya telah mewujudkan kepentingan gereja

dalam bentuk supremasi dan berkaitan dengan kuasa sekular. Gereja mewujudkan kawalan

pusat yang membenarkan Paus campur tangan dalam mahkamah geraja tempatan, serta

pelantikan Bishop dan jawatan-jawatan agama yang lain. Dalam hal ini, Paus telah

bermusuhan dengan pemerintahan seperti Frederick II, Gregory II, Gregory IX, dan Innocent

IV. Paus telah menggunakan pelbagai cara untuk mengukuhkan kedudukannya. Antara

langkah yang telah diambil ialah mengharamkan serta menyingkirkan seseorang dari gereja,

propaganda dan kempen memburuk-burukkan seseorang untuk tujuan kepentingan politik.

5 Ibid hlm. 109.

5
Keadaan ini telah menyebabkan raja-raja mula bertindak untuk mematahkan kekuasaan Paus.

Misalnya Raja Philip IV dari Perancis dan Raja Edward dari England telah mengenakan cukai

ke atas gereja. Perjuangan raja-raja untuk mematahkan dan mengurangkan kekuasaan Paus

mendapat sokongan daripada penemuan semula tulisan Aristotle iaitu Politics pada abad ke-

12 dan telah asimilasikan dalam pemikiran Ortodoks pada abad ke-13. Pada zaman ini

hubungan gereja dan negara mula merosot serta dapat dilihat akan kecenderungan untuk

negara memisahkan diri daripada kekuasaan gereja.

Perubahan dalam Aspek Ekonomi

1. Pemulihan Perdagangan dan Perkembangan Ekonomi

Pemulihan perdagangan dengan Timur Tengah dan perkembangan perdagangan di

sepanjang semua jalan perdagangan di Eropah barat merupakaan faktor yang penting dalam

aspek ekonomi. Pemulihan perdagangan menghidupkan bandar-bandar lama dan

mewujudkan bandar yang baharu. Hal ini telah menyumbang kepada kemunculan golongan

bukan bangsawan yang terdiri daripada petani, pedagang dan tukang yang merupakan

masyarakat feudal. Melalui pertukaran barangan antara bandar dengan kawasan luar bandar

telah bermula suatu tenaga hidup baharu. Maka penggunaan wang mula berkembang di

seluruh dunia Kristian Barat dengan membawa perlbagai peluang baharuuntuk kemajuan

sosial dan kebudayaan. Pada abad ke-11 Masihi telah menyaksikan perubahan positif dalam

bidang ekonomi sejak kejatuhan Empayar Rom di Barat. Pemulihan ekonomi telah

memyebabkan pertambahan bilangan penduduk, pembukaan tanah pertanian, kemunculan

pedagang dan jalinan semula hubungan Eropah Barat dengan Laut Mediterranean yang

tertutup pada zaman Gelap. Hal ini adalah kerana Perang Salib yang telah menemukan

6
bangsa Eropah dengan dunia Timur dan sekaligus telah menambahkan peluang perdagangan

antara kedua-dua pihak.6

Menjelang abad ke-11 Masihi, Venice telah menjadi pusat perdagangan yang terpenting di

Eropah Selatan. Ianya berperanan untuk membekalkan Constantinople dengan bahan mentah

dan membawa balik barangan mewah dari Timur untuk diagihkan di Barat. Hal ini telah

membebaskan Lautan Atlantik daripada ancaman lanun dan secara beransur-ansur telah

mengasaskan hubungan dagang dengan masyarakat Islam. Aktiviti ini juga telah berkembang

ke Lombardy dan Tuscany, temapat berkembangnya bandar-bandar terkenal seperti Milan,

Florence dan Siena. Pada masa yang sama, terdapat pemulihan ekonomi di Utara khususnya

di Flanders kerana lokasinya yang strategik seperti Venice. Flanders menghasilkan kain bulu

kerana mempunyai iklim yang amat sesuai maka ia akan menghasilkan kain dalam kuantiti

yang banyak. Pedagang dari Norway dan Denmark akan belayar ke Flanders membawa kulit

binatang serta madu dan akan menukarnya dengan kain bulu. Manakala, penduduk Itali juga

menikmati barangan Timur yang dibawa dalam kapal mereka dari Syria dan Palestin kerana

mereka mahukan barangan dari Eropah Utara. Keadaan ini menyebabkan Flanders

mempunyai barangan Timur dan utara serta dari England tetapi memerlukan sutera, gula dan

reampah-ratus dari Timur. Caranya adalah dengan kedua-dua negara menukar barangan

melalui pedagang.7

6 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd. hlm. 303-304.

7 Ibid hlm. 305.

7
2. Kemunculan Bandar

Kemajuan perdagangan dan industri membawa kepada kemunculan bandar-bandar baharu

yang kebanyakannya berasal dari institusi manor. Aktiviti perdagangan telah menjadikan

Venice sebagai sebuah bandar yang maju dan berpengaruh. Aktiviti perdagangan juga telah

memberi harapan kepada Kota Rom yang dahulunya tidak aktif dalam perdagangan untuk

berkembang ke serata benua. Jika diselidik bandar-bandar pada zaman pertengahan

mempunyai kawasan yang padat dan dipagari oleh dinding untuk tujuan keselamatan

daripada serangan musuh. Hanya pasar-pasar dan gereja sahaja merupakan kawasan terbuka.

Pada zaman ini, tiada panggung (amphitheater) atau tempat mandi awam (great bath) seperti

di kota Rom. Bandar-bandar ini juga dikelilingi oleh dinding dan yang menjadikan ia lebih

kuat terdapatnya parit dan kubu.8 Hasil-hasil ekonomi dari kampung tertumpu di kawasan ini

dan menyebabkan kampung-kampung besar itu telah berubah menjadi bandar. Manakala

bandar-bandar ini pula terletak di tengah-tengah jalan perdagangan yang penting.

Selain itu, kewujudan pasar-pasar yang bertujuan untuk memasarkan barangan keperluan

yang diperoleh dari seluruh dunia dan seterusnya telah melahirkan sebuah bandar. Terdapat

juga pasar-pasar antarabangsa yang menjadi pusat pertemuan para pedagang yang dilengkapi

dengan pelbagai kemudahan dan jaminan keselamatan. Misalnya, pasar Champagne

merupakan pasar yang paling terkenal serta terawal dan dibuka oleh golongan bangsawan

dari kawasan. Di pasar Champagne, gerai-gerai disewakan kepada pedagang dan hakim

dilantik untuk menyelesaikan masalah pedagang. Jalan-jalan yang menghala ke pasar diawasi

untuk memastikan keselamatan para pedagang.

8 George Fox Mott, Harold M. Dee, Middle Ages. Barnes & Noble Icc, 1950, hlm. 160.

8
Kehidupan di bandar telah membawa kepada tuntutan hak berkerajaan sendiri dalam

bandar untuk mempunyai suara dalam dasar-dasar pentadbiran bandar dan hak penduduk

bandar untuk menjual barangan secara bebas di pasar bandar. Kehendak bandar juga ialah

kebebasan untuk mancari nafkah hidup di mana-mana sahaja tanpa disekat oleh sekatan-

sekatan yang tidak berasas seperti Lord Institusi Manor. Hal ini akhirnya membawa kepada

pemberian piagam kepada bandar-bandar yang kini telah menjadi bandar berdaulat. Bandar

Venice di Itali merupakan bandar berdaulat pertama yang mempunyai hak untuk

menghasilkan mata wang sendiri, memeterai perjanjian dengan bandar lain dan

mengisytiharkan perang. Dewan Bandaraya juga telah diwujudkan untuk tujuan menguruskan

pentadbiran bandar.9

3. Kewujudan Persatuan Pedagang dan Tukang

Satu lagi perubahan yang menonjol pada Zaman Kemuncak Pertengahan ialah

kemunculan kesatuan-kesatuan pedagang dan tukang. Merchant Guild ialah persatuan

pedagang seperti Champagne, Flanders dan Hanseatic. Tujuan penubuhan persatuan

pedagang adalah disebabkan oleh jalan perdagangan pada zaman Middle Ages yang tidak

selamat untuk aktiviti perdagangan kerana ancaman perompak serta lanun maka kumpulan

pedagang perlu diiring dengan pengikut yang bersenjata untuk menjamin keselamatan mereka

di laut. Dalam organisasi kesatuan pedagang, ahlinya akan mengendalikan perdagangan

antara bandar manakala kesatuan tukang akan membuat dan menjual barangan dalam bandar

sendiri. Bandar yang telah berkembang pesat telah menjadi pasaran kepada barangan

dagangan seperti kasut, kulit, pakaian, serta barangan besi untuk pembinaan rumah, dinding

gereja dan bandar.

9 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. hlm. 330-331.

9
Dengan pengecualian untuk pembuat besi, tukang melapis batu-bata dan lain-lain, maka

tukang-tukang ini boleh bekerja darlam rumah serta mereka biasanya akan mengaji orang

untuk bekerja dengan mereka. Pada abad ke-12 Masihi, tukang dalam bidang yang sama akan

bersatu dalam persatuan pertukangan yang mempunyai kepentingan ekonomi yang sama iaitu

dari segi keselamatan apabila berurusan di luar kota. Persatuan ini memberikan bantuan

kewangan kepada OKU, orang tua, yatim piatu dan janda. Bnadar-bandar besar akan

mempunyai dua persatuan tetapi bandar kecil hanya mempunyai satu persatuan sahaja.

Selepas beberapa dekad, persatuan ini telah Berjaya menetapkan beberapa peraturan yang

berkaitan dengan perdagangan. Antara peraturannya ialah hak dalam syarat perantisan jumlah

jam bekerja serta kualiti dan harga barangan. Undang-undang perdagangan juga dilaksanakan

untuk menguruskan pedagang-pedagang asing daripada berlaku ketidakadilan dan

penganiayaan.10

4. Pengenalan Mata Wang

Mata wang juga mula diperkenalkan di negara-negara Eropah. Seiringan dengan

pemulihan aktiviti perdagangan dan bandar, maka bermulalah peredaran mata wang.

Kemasukan barangan dari luar dan pengenalan hasil dari dalam ke luar negeri telah

menyebabkan mata wang mula diciptakan sebagai alat pertukaran. Ianya secara tidak

langsung telah melenyapkan aktiviti ekonomi yang berasaskan tukaran barangan. Menjelang

akhir abad ke-13, penggunaan wang tuna dalam urusan perniagaan menjadi ketara.

10 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. hlm. 333.

10
Sebelumnya, mata wang Arab dan Byzantium lebih penting daripada mata wang Eropah

Barat, maka Venice telah mengeluarkan mata wang yang tersendiri pada tahun 1200 Masihi.11

5. Kemajuan dalam Sistem Pertanian

Di Zaman Kemuncak Pertengahan, sistem pertanian Tiga Padang telah tersebar luas

serta meningkatkan produktiviti hasil pertanian. Sistem ini membahagikan tanah pertanian

kepada tiga kawasan yang berpusingan yang bertujuan untuk mengekalkan kesuburan tanah.

Misalnya, padang pertama akan ditanam dengan gandum untuk membekalkan roti, manakala

padang kedua pula akan ditanam pada musim luruh dengan barli atau makanan ternakan

untuk lembu ternakan dan seterusnya, padang ketiga dibiarkan dalam keadaan terbiar. Hal ini

adalah untuk mengekalkan kesuburan tanah dalam jangka masa yang panjang. Penduduk

mula menuntut hasil pertanian yang lebih seperti roti, mentega, buah-buahan, keju, dan

bekalan daging yang tetap menyebabkan bandar-bandar mula mempengaruhi hasil pertanian

di pinggir bandar. Misalnya pada tahun 1288 Masihi, bandar Milan mempunyai sebanyak 300

buah kilang roti dan 440 penjual daging. Sehubungan dengan perkembangan ini, kawasan-

kawasan tertentu mula membuat pengkhususan dalam pengeluaran barangan. Contohnya,

Burgundy dan Rhineland terkenal kerana wain yang dieksport sebagai minuman dan untuk

kegunaan masyarakat umum, tanaman gandum di utara Scandinavia dan anggur di utara

England.12

Pertambahan dalam pengeluaran pertanian menyebabkan berlakunya pembukaan tanah

baru secara besar-besaran. Perubahanini menyebabkan tanah berkurangan dan sewa tanah

meningkat. Ianya seterusnya mengakibatkan penghijrahan penduduk luar bandar ke kawasan

11 Ibid. hlm. 335.

12 Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 2002, hlm.
110-111.

11
bandar di seluruh wilayah di Eropah pada masa tersebut. Hal ini secara tidak langsung telah

menyumbang kepada pertambahan penduduk di bandar-bandar seperti London, Paris,

Cologne di Jerman dan Florence di Itali pada awal abad ke-14.

Perubahan dalam Aspek Sosial

1. Kehidupan Beragama

Perubahan besar dalam kehidupan beragama telah disaksikan di bandar yang sedang pesat

membangun dimana kebanyakan rakyat mula patuh kepada agama Kristian. Dalam aspek ini

dapat dilihat akan kemunculan fahaman-fahaman ataupun gerakan agama baru yang

mengetepikan kehidupan duniawi dan kebendaan. Salah satu fahaman agama baru yang

popular ialah Franciscan. Fahaman ini dipelopori oleh St.Francis (1181 1226 Masihi).

Beliau merupakan anak seorang pedagang kaya yang telah meninggalkan kehidupan yang

berasaskan kebendaan dan berkhutbah dalam keadaan yang miskin serta mengharapkan

derma daripada orang ramai untuk makanan. Pengikur-pengikut fahaman ini tinggal dalam

kalangan masyarakat bukannya di monastri. Fahaman ini telah mendapat sambutan yang

baik. Pada masa yang sama, munculnya fahaman agama baru yang lain dimulakan oleh

St.Dominic (1170 1221 Masihi). Mereka juga berjuang sama seperti Franciscan dan

mengharapkan derma serta menentang fahaman yang bertentangan dengan fahaman rasmi.

Menjelang abad ke-13, ahli-ahli daripada kedua-dua fahaman ini menduduki kebanyakkan

kerusi teologi university.13 Walau bagaimanapun terdapat dua lagi gerakan agama pada zaman

ini iaitu Carmelites (petapa yang dirahmati oleh Virgin Mary), lebih dikenali sebagai

13 Ibid. hlm. 110.

12
Pertubuhan Putih (The White Friars), 1206-1214 Masihi dan Augustinians (petapa

Augustine), 1256 Masihi.14

2. Pendidikan dan Universiti

Pada Zaman Kemuncak Pertengahan telah muncul kerajaan-kerajaan yang

memerlukan golongan pentadbir untuk menguruskan pentadbiran negara. Dalam konteks ini

telah lahir pusat pengajian tinggi yang mengeluarkan pentadbir untuk memenuhi keperluan

kerajaan-kerajaan berkenaan. Perkataan universiti berasal daripada perkataan Latin yang

bermaksud kesatuan atau sekumpulanorang yang bergabung untuk tujuan tertentu. Universti

juga disifatkan sebagai masyarakat yang terdiri daripada guru dan pelajar serta telah lahir di

beberapa bahagian di Eropah pada abad ke-12 dan ke-13 Masihi. Antara universiti yang

terkenal ialah di Paris, Perancis dan Bologna, Itali dan dua buah di England iaitu di Oxford

dan di Cambridge. Universiti-universiti di barat pada peringkat awal lahir sebagai kesatuan

ahli-ahli akademik, guru dan pelajar.15

Pada abad ke-12 Masihi, pelajar telah berkumpul dalam bilangan yang besar di bandar

yang telah mendapat reputasi kerana memberi ilmu dalam bidang-bidang yang khusus seperti

perubatan, undang-undang dan teologi. Universiti-universiti ini memberi perlindungan

14 http://en.wikipedia.org/wiki/High_Middle_Ages

15 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. hlm. 370-371.

13
kepada guru dan pelajar. Antara yang terkenal ialah Bologna, Paris dan Oxford. Universiti

Paris adalah lebih kepada bidang teologi, Bologna terkenal sebagai sekolah undang-undang

dan Salerno menjadi terkenal sebagai sekolah perubatan. 16 Universiti Oxford dikenali sebagai

Mother University dan menjadi model untuk university-universiti lain yang berkembang di

bahagian-bahagian lain di Eropah pada abad yang seterusnya. Pada penghujung abad ke-12

Masihi, terdapat 6 buah universiti di Eropah dan telah meningkat kepada 76 buah universiti

pada tahun 1500 Masihi.

Universiti ini mempunyai pentadbiran yang tersendiri dan semua tenaga pengajar terdiri

daripada ahli-ahli gereja. Hal ini kerana pada zaman pertengahan pendidikan terhad kepada

golongan gereja. Tiga subjek utama yang diajar ialah tatabahasa iaitu cara untuk membuat

ayat, lojik iaitu cara untuk berfikir dan retorik iaitu cara untuk berucap. .Ketiga-tiga subjek

ini dinamakan trivium. Di samping itu terdapat empat lagi subjek tambahan yang berkaitan

dengan nombor seperti aritmetik, geometri, astronomi dan muzik.

3. Falsafah

Perubahan-perubahan yang berlaku pada zaman kemuncak pertengahan memerlukan

tafsiran yang baru tentang kemajuan. Pada waktu tersebut telah lahir seorang ahli falsafah

terkenal iaitu Thomas Aquinas melalui karyanya Summa Theologica. Beliau merupakan

seorang yang menarik dan seorang bijak pandai Eropah yang penuh kontrovesi yang tidak

boleh gagal sekalipun menerangkan dan juga masalah berkaitan kebijaksanaan dan

16 George Fox Mott, Harold M. Dee, Middle Ages. Barnes & Noble Icc, 1950, hlm. 160.

14
keagamaan.17 Theologica ialah raja kepada sains di Zaman Pertengahan. Ianya merupakan

cabang sains yang menerangkan tentang agama dan mengarahkan manusia ke jalan

keselamatan. Perkembangan falsafah ini berkaitan dengan peranan pengajar-pengajar di

university yang bergelar scholastic theologians. Dalam menyelesaikan masalah antara kuasa

akal dan wahyu, Aquinas berpendapat falsafah dan teologi perlu dipisahkan. Perkara-perkara

yang ditekankan oleh beliau ialah kuasa akal dan kepercayaan adalah dua cara berbeza dalam

mencari kebenaran. Ringkasnya falsafah yang dianjurkan oleh Aquinas ialah gabungan nilai-

nilai agama dan duniawi dalam pentadbiran.18

Selain itu, Marsilio Padua juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal pada

zaman tersebut. Beliau terlibat dalam pertikaian antara gereja dengan pemerintah. Pandangan

beliau tentang persaingan dan pemisahan antara gereja dengan pemerintahan sivil

dikemukakan dalam bukunya Defensor Pacis. Marsilio Padua juga menganjurkan supaya hak

untuk menggubal undang-undang dan hak memerintah diberikan kepada pihak berkuasa sivil

atau kerajaan pusat. Pihak gereja tidak harus melibatkan diri dalam hal ehwal pentadbiran

Negara. Maka, idea-idea yang telah dikemukakan oleh beliau telah mencetuskan kemarahan

pihak gereja.19

4. Pembinaan

17 Jacques Le Goff, The Birth of Europe, Blackwell Publishing Ltd, 2005, hlm. 131

18 Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 2002,
hlm.112.

19 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. hlm. 431.

15
Pada zaman ini dapat dilihat unsur-unsur baru dari dunia luar yang mempunyai kesan ke

atas seni bina Eropah. Seni bina ini melambangkan kemewahan dan masyarakat yang

menekankan kecantikan dan kesempurnaan. Gaya hidup ini dapat dilihat dalam seni bina

Gothic. Pada abad ke-12 dan ke-13 Masihi, seni bina Gothic menggantikan seni bina

Romanesque. Ciri utama seni bina Gothic ialah pembinaan bumbung yang teguh dan

berupaya memikul berat yang menghala ke bawah. Gereja Gothic menggunakan dinding,

bumbung serta tiang untuk membentuk tulang rangka yang memikul berat bumbung. Pada

Zaman Kemuncak Pertengahan, bidang agama juga memainkan peranan yang penting dalam

seni bina Eropah, maka tidak hairan jika terdapat kesenian yang meluahkan perasaan dan

aspirasi rakyat ialah kesenian agama. Hal ini dapat dilihat dalam pembinaan Cathedrals iaitu

gereja Katolik atau Anglikan yang utama dalam sesuatu daerah. 20 Seni bina ini juga dibuat

untuk memunculkan cahaya yang terang sebagai melawan kegelapan. St. Augustine berkata

cahaya adalah air muka atau lambang tuhan. Cermin tingkap yang berwarna menambahkan

semangat cahaya. Ukiran-ukiran yang rumit dan timbul yang terletak di tempat yang tinggi

membuktikan gerakan menghala ke syurga. Gereja Gothic bukan sahaja menjemput pelawat

mengangkat diri mereka dari segi kerohaniah, ia juga bermaksud gerakan terbaik dekat

dengan tuhan.21

5. Sastera

Keadaan Zaman Kemuncak Pertengahan yang aman dan stabil telah membawa

kepada kelahiran masyarakat secular yang meminati kesusasteraan yang dapat memenuhi

cita-cita zaman berkenaan. Penduduk sanggup membayar tinggi untuk berhibur dan
20 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. hlm. 588-589.

21 http://en.wikipedia.org/wiki/High_Middle_Ages

16
mendengar cerita. Hal ini telah membawa kepada penciptaan hasil-hasil kesusasteraan yang

berupakan lagu-lagu untuk memuji pahlawan. Misalnya, kemunculan epic Perancis berjudul

Chansons de geste yang membawa tema perang dan politik. Manakala, kisah mengenai Raja

Arthur dan kepahlawanannya di England pula dikisahkan oleh Geofrey pada tahun 1150

Masihi. Pencerita profesional pada zaman ini dikenali sebagai Trouveres dan mereka bergerak

dari satu kawasanke satu kawasan lain serta mencipta cerita panjang seperti Song of Roland

yang mengisahkan tentang keagungan Charlemagne dan orangnya yang menentang tentera

Muslim.22

22 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. hlm. 550.

17
KESIMPULAN

Zaman Kemuncak Pertengahan boleh disimpulkan sebagai zaman yang menjadi tapak

asas kepada peralihan dunia Eropah ke arah zaman moden. Selain itu,zaman ini juga telah

membuka laluan kepada wujudnya zaman Renaissance ataupun zaman kelahiran semula

Eropah pada abad ke-14 Masihi. Perubahan-perubahan yang berlaku ialah hasil daripada

penjelajahan ke dunia luar yang mencetuskan kesedaran kepada masyarakat Eropah.

Perubahan-perubahan yang terdiri daripada pelbagai aspek kehidupan iaitu yang merangkumi

aspek politik, ekonomi dan social sememangnya memberi impak yang besar kepada

kewujudan Tamadun Eropah Moden yang dapat dilihat pada hari ini.

18
BIBLIOGRAFI

George Fox Mott dan Harold M. Dee, Middle Ages. Barnes & Noble Icc, 1950

Jacques Le Goff, The Birth of Europe, Blackwell Publishing Ltd, 2005

Pounds. N.J.G., An Economic History of Medieval Europe, Longman Group Limited, 1974

Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Utusan Publication & Distributors Sdn.

Bhd., 2002

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2005

Stephenson. C., Mediaevel History:Europe from the second to the sixteenth century, Harper

& Brothers Publisher, 1935

http://en.wikipedia.org/wiki/High_Middle_Ages

19

You might also like