You are on page 1of 13

Pembangunan Modul Pengajaran Sains Berasaskan

Pendekatan Konstruktivisme 5E dan Panduan Analogi


Terhadap Penerapan Kemahiran Berfikir Kreatif Murid
(Analisis Keperluan Awal)

KhairulHasni Abdul Kadir, Norazah Mohd Nordin, Zanaton Iksan &


Norhapizah Mohd Burhan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
khairulhasni74@yahoo.com

ABSTRAK
Pendekatan yang diamalkan guru dalam PdP sains amat penting dalam menentukan
pencapaian objektif pembelajaran yang memerlukan kepada kemahiran berfikir murid bagi
memahami konsep sains dipelajari. Justeru, guru berperanan untuk menerapkan kemahiran
berfikir murid melalui penglibatan dalam aktiviti. Maka, tujuan utama kajian ini ialah untuk
membangunkan satu modul pengajaran sains di atas talian (e-SMART = 5e- Science Module
using Analogy foR Thinking skill) sebagai salah satu strategi pengajaran bagi menerapkan
kemahiran berfikir kreatif murid. Sebahagian daripada objektif awal kajian ini ialah untuk
mengenalpasti komponen diperlukan dalam pembangunan modul sains atas talian.
Metodologi kajian ini mengambil kaedah reka bentuk penyelidikan pembangunan yang
melibatkan beberapa fasa melalui model berarahan ADDIE iaitu;(i) fasa analisis keperluan,
(ii)fasa reka bentuk, (ii) fasa pembangunan, (iv) fasa pelaksanaan dan (iv) fasa penilaian,
manakala model 5E pula digunakan sebagai model instruksi dalam pengajaran. Dapatan
awal kajian yang diperolehi daripada soal selidik 37 orang guru dari lima buah sekolah di
Daerah Hulu Langat, mendapati beberapa komponen telah dikenal pasti dalam
membangunkan modul sains ini. Hasil daripada kajian pembangunan modul ini, diharapkan
agar modul ini dapat menjadi satu strategi alternatif pengajaran guru yang
mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pdp sains. Implikasi dari kajian ini juga
diharap dapat membantu mengembangkan profesionalism perguruan ke atas
meningkatkan kualiti pendidikan dari aspek keberkesanan pdp subjek sains, selari dengan
anjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Seterusnya,
proses pembangunan modul e-SMART boleh diguna pakai serta dibuat penambahbaikan
sama ada dalam subjek sains atau pun subjek lain.

Kata kunci: pembangunan modul, pendekatan konstruktivisme, penggunaan analogi,


penerapan kemahiran berfikir kreatif

PENGENALAN

Matlamat utama Kurikulum Sains Sekolah Menengah ialah untuk membekalkan


murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains serta teknologi bagi
Pendidikan Berkualiti ke arah Pembentukan Nilai dan 1946
Peningkatan Ekonomi untuk Kesejahteraan Masyarakat

membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam


kehidupan seharian (BPK 2011). Bagi mencapai matlamat tersebut, setiap murid
perlu dibentuk menjadi warganegara yang kritis, kreatif, inovatif dan menjadi
penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan melalui penerapan
kemahiran berfikir. Sejajar dengan perkembangan abad ke 21, matlamat
pendidikan di era kebangkitan teknologi masa kini lebih memberi tumpuan kepada
keupayaan menyelesaikan masalah di kalangan murid dan integrasi kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kurikulum pendidikan pula dapat menyediakan keperluan
murid mencapai matlamat tersebut (Philipp et al. 2013; Kuhn 2009). Menyedari
kepentingan kemahiran berfikir ini, maka guru berperanan dalam memberi
bimbingan serta menggalakkan pembelajaran berpusatkan murid agar mereka
dapat mempraktikkan kemahiran berfikir dalam konteks kehidupan sebenar
(Sumalee et al. 2012).

LATAR BELAKANG

Pembelajaran sains merupakan satu proses penyiasatan dan pembinaan ilmu, maka
kaedah atau strategi pengajaran guru menentukan sama ada ia dapat
menggalakkan proses pembelajaran berlaku atau sebaliknya (Peter dan rakan-
rakan 2013). Pendekatan dan strategi yang digunakan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (pdp) bertujuan meningkatkan domain kognitif
murid iaitu mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis dan mensintesis
(BPK 2011). Keutamaan pendekatan dalam pdp sains ini adalah untuk menilai
bagaimana murid membentuk sesuatu konsep, mengembangkan kemahiran
berfikir bagi menyelesaikan masalah serta melihat potensi kemahiran kognitif dan
metakognitif mereka (Corinne 2007). Penerapan kemahiran kreatif dalam abad ke
21 telah menjadi salah satu objektif utama dalam pendidikan aliran moden bagi
melahirkan individu yang mampu mendepani masalah dalam era globalisasi, agar
ilmu pengetahuan dapat dikuasai dan diaplikasikan dalam kehidupan (Essam Al-
Jaddou 2015). Menurut Cannan & Fatime (2010), pemikiran kreatif sesesorang
mampu menjadi penyelesaian serta memberi idea baru kepada masalah laman dan
proses kreativiti ini boleh dipupuk dan dikembangkan.

Pendekatan Konstruktivism dalam Pengajaran dan Pembelajaran (pdp) Sains


Terdapat pelbagai pendekatan dan strategi yang boleh dilaksanakan dalam pdp
sains bagi menerapkan kemahiran berfikir kreatif ini, antaranya pendekatan
konstruktivisme, penemuan inkuiri, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran
masteri. Manakala strategi yang digunakan dalam pdp pula ialah menjalankan
eksperimen, mengadakan perbincangan, membuat simulasi (termasuklah analogi),
penggunaan teknologi, lawatan dan aktiviti projek (Kuo et al 2014; Peng et al 2013
Christopher 2010). Oleh itu, penggabungan strategi pengajaran oleh guru dalam
aktiviti pdp perlu dipratikkan guru bagi memastikan berlakunya penerapan
kemahiran berfikir murid. Pendekatan konstruktivism sering diaplikasikan dalam
1947 ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, MALAYSIA

pendidikan di mana guru sebagai pemudah cara membantu murid menghubungkait


pengetahuan sedia ada murid dengan pengetahuan baru agar murid melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran (BPK 2011; Salih & Mustafa 2010).
Teori konstruktivism yang telah dipelopori oleh Piaget ini sangat dominan dalam
sistem pendidikan sains kerana pendekatannya berasaskan kognitif (Zurainu &
Abdull Sukor 2011). Persekitaran konstruktivis melalui pendekatan berasaskan
masalah (Problem Based Learning) pula, dapat membantu murid meningkatkan
kebolehan pemikiran kreatif dan lebih pragmatik bila digabungkan dengan alat-alat
teknologi terkini (Halizah & Ishak 2008; Peter et al 2010; Pourhosein Gilakjani et al.
2013).

Isu dan Permasalahan dalam Pendekatan Pengajaran Sains


Pemilihan kaedah, strategi serta bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan oleh
guru-guru dalam pdp sains, merupakan salah satu masalah dalam pengajaran,
sekiranya maklumat kurang diperolehi guru. Ini kerana, mereka kurang
mengeksploitasi pelbagai kaedah pengajaran dan kurang memberi perhatian
kepada penerapan kemahiran berfikir murid (Laporan PPPM 2013-2025). Kaedah
pengajaran pula tertumpu kepada pemusatan guru melalui penyampaian isi
kandungan sahaja dan penguasaan teknik penyoalan pada kognitif aras rendah,
kurang berkesan dalam menerapkan pemikiran kreatif dan kritis murid (Mohd Ali
2003; Flick & Bell 2007; JNKPM, 2011). Proses kognitif seperti membuat
penaakulan (analogical reasoning) dan kesimpulan tidak tercapai kerana
pengetahuan sedia ada murid tidak dikaitkan dengan konsep baru (Marlina dan
Shaharom 2010).
Selain daripada strategi penyampaian guru, integrasi penggunaan teknologi
khususnya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pdp sains sangat
relevan pada masa kini agar murid celik teknologi serta mengaplikasikan
pengetahuan dalam kehidupan mereka (Linn et al. 2004). Integrasi teknologi
seperti penggunaan multimedia, komputer dan internet dalam pdp sains menjadi
satu alat yang dapat membantu guru meningkatkan pemahaman konsep sains
murid, di atas platform pembelajaran berpusatkan murid, kepelbagaian sumber
pelajaran dan aktiviti berkumpulan (Judson 2006;Su 2008; Ross et al. 2010).
Namun begitu, penggunaan TMK ke atas pendidikan masih kurang dilaksanakan.
Hasil kajian yang telah dijalankan oleh pihak pentaksiran antarabangsa (TIMSS)
mendapati, guru-guru sains kurang mengintegrasikan teknologi maklumat serta
kurang menerapkan kemahiran berfikir murid dalam pdp sains (Laporan TIMSS
2011). Senario dalam konteks penggunaan teknologi di sekolah-sekolah Malaysia
pula menunjukkan subjek TMK diasingkan dengan mata pelajaran lain, malah
penggunaan TMK berada di tahap optimum antara 44.70% hingga 62.14% (JNJK,
2011; Norlidah et al 2013). Selain itu, kekangan masa guru dalam mencari bahan,
menyediakan slaid pembentangan dan memuat turun video dari internet
menyebabkan aplikasi TMK terbatas dan sumber bahan pembelajaran menjadi
terhad dalam merangsang kemahiran berfikir murid (Hew 2007; Burke dan William
Pendidikan Berkualiti ke arah Pembentukan Nilai dan 1948
Peningkatan Ekonomi untuk Kesejahteraan Masyarakat

2008). Oleh itu, penggunaan TMK wajar dikendalikan secara bijak agar
keberkesanan pengajaran guru berupaya ditingkatkan bagi merangsang kemahiran
berfikir murid dan hasil pembelajaran dapat dicapai (Tamim 2011; Abbas 2013).
Berdasarkan huraian permasalahan di atas, penyelidik mengambil inisiatif untuk
membangunkan sebuah modul pengajaran sains yang berasaskan pendekatan
konstruktivism dengan gabungan teori pembelajaran konstruktivism
teori kognitif pembelajaran multimedia serta panduan analogi. Walaupun sudah
terdapat beberapa kajian berkaitan pembangunan modul sains di Malaysia, modul
pembelajaran kendiri mengatasi miskonsepsi pelajar (Abdul Halim et al. 2007),
modul multimedia interaktif topik elektrokimia (Lee Tien Tien 2013) dan modul pdp
multimedia subjek Biologi (Rian 2013). Namun, kajian berkaitan pembinaan modul
atas talian bagi strategi penerapan kemahiran berfikir kreatif masih belum
dijalankan. Maka, kajian pembangunan modul ini wajar dijalankan sebagai satu
usaha membantu mempelbagaikan dan meningkatkan strategi pengajaran guru
untuk menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid. Model reka bentuk intruksi
untuk reka bentuk pembangunan modul ialah modul berarahan ADDIE (Branch
2009), ADDIE adalah akronim bagi A-Analyze, D-Design, D-Develop, I-Implement
dan E-Evaluate. Menurut Branch (2009) ADDIE merupakan sebuah paradigma
pembangunan produk yang diaplikasikan ke atas reka bentuk pengajaran bertujuan
memudahkan pembelajaran yang diingini melalui tindak balas dalam pelbagai
keadaan, interaksi di dalam dan di antara konteks, serta merupakan pendekatan
yang sistematik bagi reka bentuk pembangunan pengajaran (Molenda 2003).
Manakala reka bentuk bahan dan strategi pengajaran menggunakan
adaptasi Model 5E (Bybee 2009) serta panduan analogi FAR (Treagust et al. 1996;
Coll 2008). Model pengajaran 5E telah dihasilkan oleh Biological Science Curriculum
Study, USA pada pertengahan tahun 1980 (Bybee et al. 2006) yang merupakan satu
inovasi dengan menggabungkan semua aspek persekitaran pembelajaran inkuiri.
Model 5E didapati dapat membantu guru menerapkan kemahiran berfikir murid
serta memberi kesan ke atas pembinaan pengetahuan murid (Feng 1995; Cardak et
al. 2008; Abbas et al 2013). Ia terdiri daripada lima fasa iaitu: (i)Penglibatan
(Engagement), (ii)Penjelajahan (Exploration), (iii)Penjelasan (Explaination),
(iv)Penghuraian (Elaboration) dan (v)Penilaian (Evaluation). Fasa-fasa dalam model
5E ini berupaya membangunkan pelbagai kemahiran seperti sosial, komunikasi
kompleks, penyesuaian diri dan pemikiran murid bagi menyelesaikan masalah
dalam kehidupan sebenar (Sharifah dan Fareed 2013).

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini ialah untuk membangunkan satu modul pengajaran sains di
atas talian (e-SMART) sebagai satu strategi alternatif pengajaran guru bagi
menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid. Modul pengajaran sains ini
merupakan satu pakej pengajaran untuk satu unit konsep tekanan udara yang
mengandungi pelbagai aktiviti, disusun secara sistematik agar objektif
1949 ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, MALAYSIA

pembelajaran yang ditetapkan dapat dicapai (Rusell 1974; Sidek Mohd Noah dan
Jamaludin Ahmad 2005). Kajian reka bentuk dan pembangunan modul ini
memfokuskan kepada proses pembangunan modul yang melibatkan beberapa fasa
iaitu; fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan, fasa pelaksanaan
dan fasa penilaian (Branch 2009). Memandangkan kajian ini dalam proses
pembangunan, kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan dan membentangkan
sebahagian objektif awal kajian iaitu untuk menganalisis keperluan modul yang
diperlukan dalam pembangunan modul sains atas talian

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes bagi mengkaji keperluan dalam
pembangunan modul (Yin 2011), manakala reka bentuk penyelidikan
pembangunan digunakan bagi proses membangunkan modul (Richey dan Klein
2007;2014).

Pelaksanaan Kajian
Pelaksanaan kajian ini ke atas proses pembangunan modul mengambil ubahsuaian
reka bentuk ADDIE (Branch 2009) yang melibatkan beberapa fasa iaitu; (i) fasa
analisis, (ii)fasa reka bentuk, (iii)fasa pembangunan, (iv) fasa pelaksanaan dan
(v)fasa penilaian, yang mana ia melibatkan peserta kajian yang berbeza bagi fasa-
fasa tertentu seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Fasa dalam penyelidikan pembangunan


Fasa Kajian Lokasi Kajian Peserta Kajian Bilangan
Fasa Analisis SMK Daerah Hulu Langat Guru Sains 9 orang
Keperluan Guru Sains 37 orang
Fasa Reka Bentuk & SMK Daerah Hulu Langat Pakar (IPTA) dan guru 6 orang
Pembangunan pakar
Fasa Pelaksanaan SMK Daerah Hulu Langat Pengguna/guru (Rintis) 15 orang
Fasa Penilaian SMK Daerah Hulu Langat 1.Pakar (IPTA) 7 orang
2.Pengguna 30 orang

Fasa Analisis -Fasa analisis keperluan merupakan fasa penting bagi mengenal pasti
wujudnya keperluan pembangunan dan menentukan langkah awal yang perlu
diambil sebelum reka bentuk pembangunan dijalankan (Branch 2009). Dalam fasa
ini, analisis keperluan dilaksanakan melalui analisis dokumen, temu bual guru dan
penggunaan borang soal selidik guru. Analisis awal yang telah dijalankan ialah
mengedarkan borang soal selidik guru bagi mengenal pasti keperluan
pembangunan dari aspek penggunaan TMK, penerapan kemahiran berfikir kreatif,
penggunaan elemen analogi, komponen dan aktiviti modul atas talian.
Pendidikan Berkualiti ke arah Pembentukan Nilai dan 1950
Peningkatan Ekonomi untuk Kesejahteraan Masyarakat

Fasa Reka bentuk - Dalam fasa ini, setiap langkah yang dilaksanakan perlu
diperincikan agar modul yang dibangunkan menepati objektif pembelajaran yang
dikehendaki. Reka bentuk pengajaran dalam modul ini adalah berdasarkan lima
fasa mengikut model konstruktivisme 5E (Bybee 2006) dengan menerapkan
(embed) elemen analogi (Coll 2008) dalam fasa penglibatan dan penerokaan.
Perincian aktiviti-aktiviti yang dibangunkan dalam rancangan pengajaran
berpandukan objektif pembelajaran dengan persekitaran pembelajaran berasaskan
teori pembelajaran konstuktivisime dan teori kognitif pembelajaran multimedia
(CTML).

Fasa pembangunan - Fasa ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu;


i. Penghasilan bahan kandungan mengikut silibus sains tingkatan dua;
ii. Membangunkan aktiviti menggunakan perisian Camtasia dan sistem
pengurusan kandungan (CMS) Wordpress yang merangkumi proses
penyediaan carta alir, papan cerita, grafik, animasi audio, video dan
pengarangan
iii. Menjalankan pengesahan dan penilaian pakar ke atas prototaip modul
sebelum dilaksanakan dalam Fasa 4.

Fasa pelaksanaan - Fasa pelaksanaan dijalankan bagi menguji bahan kandungan


modul yang telah dihasilkan dan dibangunkan dalam bentuk multimedia di atas
platform Wordpress. Pengujian dijalankan dalam bentuk kumpulan kecil (small
group try out) (Tessmer 1993) ke atas sekumpulan pengguna iaitu 10-15 orang guru
bagi mengenal pasti kesesuaian modul dari aspek pengguna. Fasa perlaksanaan ini
lebih menumpukan kepada kebolehgunaan dan kesesuaian modul terhadap
elemen berikut iaitu; (a) hasil pembelajaran ;(b) aktiviti modul; (c)strategi pdp); (d)
penggunaan analogi; (e) penerapan kemahiran berfikir dan (f)penilaian (kuiz,
latihan, refleksi)

Fasa penilaian - Fasa penilaian merupakan fasa terakhir dalam proses


pembangunan modul ini dan penilaian formatif digunakan bagi menilai keseluruhan
modul dari aspek kebolehgunaan dan kesesuaian bahan kandungan modul ini.
Kebolehgunaan modul akan dinilai oleh pakar daripada bidang TMK, subjek sains
dan kemahiran berfikir, manakala kesesuaian modul akan dinilai oleh pengguna
iaitu 30 guru sains.

Sampel Kajian
Seramai 37 orang guru dipilih daripada lima buah sekolah, bagi menjawab borang
soal selidik analisis keperluan. Persampelan bertujuan (purposive sampling) dipilih
dalam fasa 1 berdasarkan ciri-ciri tertentu guru iaitu, guru sains dan mengajar
sekurang-kurangnya satu subjek sains. Persampelan bertujuan jenis kriteria ini
digunakan bagi mendapatkan data yang komprehensif dan dapat memenuhi
keperluan kajian (Ted Palys 2008).
1951 ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, MALAYSIA

Instrumen kajian
Instrumen kajian dalam fasa 1 ialah soal selidik dan protokol temubual. Soal selidik
dan protokol temubual analisis keperluan ini telah diadaptasi dan diubahsuai
daripada kajian penyelidik iaitu pembina modul lain (Ashfahani 2014, Lee Tien Tien
2012 dan Norlidah 2012). Item dalam soal selidik terdiri daripada Skala Likert bagi
menunjukkan darjah persetujuan guru untuk menilai keperluan modul bagi tujuan
pembangunan.

DAPATAN KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN

Dapatan kajian yang dibentangkan dalam kertas kerja ini adalah daripada hasil
dapatan analisis keperluan menggunakan borang soal selidik. Sebelum itu, data
berkaitan latar belakang responden ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Demografi responden


Perkara Ciri Kekerapan Peratus
Jantina Lelaki 4 10.8
Perempuan 33 89.2
Bangsa Melayu 31 83.8
Cina 4 10.8
India - -
Bumiputera Sabah/Sarawak 2 5.40
Umur 20-29 2 5.40
30-39 13 35.1
40-49 14 37.8
> 50 tahun 8 21.6
Pengalaman Mengajar 5 tahun 2 5.40
6-10 tahun 4 10.8
11-15 tahun 14 37.8
> 15 tahun 17 45.9
Kemudahan Internet di Unifi 14 37.8
rumah Jalur lebar 17 45.9
Lain-lain 1 2.70
Tiada internet 5 13.5

Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian berkenaan aplikasi TMK dalam pdp


sains. Terdapat tujuh konstruk berkaitan persetujuan guru terhadap minat murid,
penggunaan TMK, penerapan analogi, kemahiran berfikir, pemahaman konsep
sains, pengajaran sains secara atas talian dan penerapan nilai murni. Semua guru,
37 orang (100%) bersetuju bahawa integrasi TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran sains dapat menarik minat murid dan membantu menjadikan konsep
sains lebih mudah difahami. Seramai 36 orang guru (97.3%) pula bersetuju bahawa
penggunaan analogi dan pembelajaran secara atas talian dapat membantu dan
menggalakkan guru menerapkan kemahiran berfikir murid. Manakala 34 orang
Pendidikan Berkualiti ke arah Pembentukan Nilai dan 1952
Peningkatan Ekonomi untuk Kesejahteraan Masyarakat

guru (91.9%) bersetuju dengan pengajaran sains secara atas talian dapat
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid dan mereka menerapkan nilai
murni kepada murid semasa TMK diintegrasikan dalam pdp. Penggunaan TMK
wajar diaplikasikan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan dipersetujui oleh 35
orang guru dengan peratusan sebanyak 94.6%.

Jadual 2 : Aplikasi TMK, analogi dan penerapan kemahiran berfikir murid


Bil Item Peratus (%)
Ya Tidak
1. Minat murid meningkat jika TMK diintegrasikan dalam pdp 100 (37) 0
2. Penggunaan TMK sekurang-kurangnya sekali sebulan 94.6 (35) 5.4 (2)
3. Pemahaman konsep sains menjadi lebih mudah jika 100 (37) 0
diintegrasi dengan TMK
4. Penggunaan analogi dapat membantu menerapkan kemahiran 97.3 (36) 2.7
berfikir murid (1)
5. Pembelajaran di atas talian menggalakkan kemahiran berfikir 97.3 (36) 2.7
murid secara kreatif (1)
6. Pengajaran sains secara atas talian (online) dapat 91.9 (34) 8.1 (3)
meningkatkan kemahiran berfikir murid pada aras tinggi
7. Penerapan nilai murni semasa menggunakan TMK 91.9 (34) 8.1 (3)

Jadual 3 berikut menunjukkan min bagi konstruk kemahiran berfikir kreatif


dalam sains. Secara keseluruhannya, purata min bagi kesemua konstruk adalah
pada tahap sederhana (min=1.56). Terdapat tiga konstruk tertinggi kemahiran
berfikir kreatif dapat diterapkan melalui TMK dan penggunaan analogi iaitu,
menghubungkait (min=1.84), menjana idea (min=1.81) dan menganalogi
(min=1.76). Konstruk membuat gambaran mental dan mereka cipta mempunyai
min persetujuan yang sama iaitu 1.57. Kemahiran berfikir kreatif bagi konstruk
mengitlak mendapat persetujuan terendah dengan min sebanyak 1.22.

Jadual 3: Min konstruk kemahiran berfikir kreatif mengikut urutan menurun


Bil Item Min
1. Menghubungkait 1.84
2. Menjana idea 1.81
3. Menganalogi 1.76
4. Mereka cipta 1.57
5. Membuat gambaran mental 1.57
6 Mensintesis 1.49
7. Membuat inferens 1.46
8. Membuat hipotesis 1.43
9. Meramal 1.43
10. Mengitlak
Jumlah min 1.56
1953 ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, MALAYSIA

Jadual 4 menunjukkan aras keperluan terhadap komponen yang diperlukan


dalam modul sains atas talian ini. Daripada analisis tersebut, didapati komponen
animasi mencatat min tertinggi (1.84), diikuti dengan grafik (min=1.81), video dan
unsur mutimedia pula memperoleh min yang sama (1.78), analogi dan bersifat
interaktif serta mesra pengguna (min=1.73), pelbagai aktiviti (min=1.70),
permainan dan pautan (min=1.57). Dua min terendah dicatat bagi item menu
daftar masuk (1.38) dan forum (1.24).

Jadual 4 : Min analisis keperluan komponen dalam modul sains


Bil Item Min
1. Mengandungi animasi 1.84
2. Mengandungi grafik 1.81
3. Mengandungi video 1.78
4. Mengandungi unsur multimedia 1.78
5. Menggunakan analogi 1.73
6. Bersifat interaktif dan mesra pengguna 1.73
7. Mengandungi pelbagai aktiviti 1.70
8. Mempunyai menu pautan 1.57
9. Mengandungi permainan 1.57
10. Mempunyai menu daftar masuk 1.38
11. Mempunyai forum 1.24

PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian daripada aspek demografi, responden terdiri


daripada guru-guru sains yang majoritinya telah mempunyai pengalaman mengajar
melebihi 10 tahun dan juga mempunyai kemudahan internet di rumah. Maka,
maklumat yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu pengkaji
meneruskan usaha merekabentuk bagi membangunkan modul sains ini. Selain itu,
jika dilihat dalam Jadual 2, kesemua guru sebulat suara bersetuju (100%) bahawa
integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sains berupaya menarik minat
murid dan membantu memahami konsep sains dengan lebih mudah. Dari aspek
penggunaan analogi dan TMK pula, sebahagian besar guru (melebihi 90%)
bersetuju bahawa integrasi TMK dalam pdp sains dapat membantu mereka
menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid. Penggunaan analogi juga
merupakan satu kaedah yang digunakan oleh kebanyakan guru sains bagi
membantu murid menjana idea secara kreatif dan murid dapat memahami konsep
sains dengan mudah (KhairulHasni et al 2014). Dapatan kajian bagi konstruk
kemahiran berfikir kreatif menunjukkan kemahiran menghubungkait, menjana idea
dan menganalogi mencatat min persetujuan tertinggi. Ketiga-tiga kemahiran ini
amat berkait rapat antara satu sama lain bagi mewujudkan pembelajaran
berpusatkan murid bermula dengan penjanaan idea murid, seterusnya membuat
hubungkait pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru dan akhirnya
Pendidikan Berkualiti ke arah Pembentukan Nilai dan 1954
Peningkatan Ekonomi untuk Kesejahteraan Masyarakat

membuat analogi ke atas hubungkait tersebut bagi memahami konsep sains


dipelajari. Secara keseluruhannya, min purata kesemua konstruk kemahiran
berfikir kreatif ialah pada tahap sederhana, namun perlu diterapkan dalam aktiviti
modul sains ini agar pengajaran dan pembelajaran sains menjadi lebih bermakna.
Untuk analisis keperluan bagi komponen modul secara atas talian,
komponen grafik dan animasi mencatat min tertinggi yang sangat diperlukan dalam
pembangunan modul di atas talian. Kesemua komponen tersebut kecuali menu
daftar masuk dan menu forum akan diambil kira dalam mereka bentuk modul
pengajaran sains di atas talian. Integrasi TMK dalam pdp sains amat bermakna bagi
membangunkan kreativiti murid dan meningkatkan pemahaman konsep abstrak
sains (Clairo et al 2012; Robiatul Adawiah dan Halimah 2011; BPK 2011; Thanakorn
2009). Justeru, pembangunan modul sains atas talian ini amat signifikan dalam
kajian pengkaji bagi memenuhi aspirasi kerajaan dan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam Pelan Induk Pembangunan, Anjakan ke-7 transformasi
pendidikan iaitu memanfaatkan ICT (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
di Malaysia (PIPP 2013-2025).
Berdasarkan perbincangan yang dihuraikan dalam dapatan di atas,
maka hasil analisis keperluan awal ini menunjukkan modul pengajaran sains di
atas talian ini wajar dibangunkan dengan mengambil kira keperluan yang
dicadangkan oleh guru. Kajian pembangunan sesebuah modul haruslah
dirancang dengan teratur dan sistematik mengikut proses pembangunan modul
yang dicadangkan oleh Branch (2009) bagi memastikan modul yang terhasil
dapat memenuhi objektif yang dikehendaki. Analisis keperluan awal dalam
kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pengkaji lain yang berhasrat untuk
membangunkan modul walaupun dalam konteks yang berbeza.

KESIMPULAN

Dapatan awal analisis keperluan ini akan digunakan pengkaji sebagai panduan
untuk mereka bentuk dan membangunkan modul pengajaran sains secara atas
talian dalam fasa seterusnya iaitu pembangunan modul. Dapatan awal ini
menunjukkan modul pengajaran sains berasaskan pendekatan konstruktivism
dengan gabungan panduan analogi berpotensi untuk dibangunkan di atas talian
sebagai strategi guru dalam menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid. Ia juga
berupaya untuk merealisasikan salah satu objektif kementerian pendidikan dalam
Anjakan keempat transformasi pendidikan iaitu memastikan guru memberi
tumpuan kepada fungsi teras pengajaran agar kualiti pendidikan dapat
ditingkatkan.

RUJUKAN

Abbas, P. G., Leong, L., Hairul Nizam Ismail. 2013. Teachers Use of Technology and
Constructivism. International Journal of Modern Education and Computer Science
and Computer Science 3(4): 49-63
1955 ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, MALAYSIA

Abdul Halim, T. Subahan Mohd Meerah dan Lilia Halim. 2007. Pembinaan Kaedah
Pembelajaran Berkesan Berasaskan Kepada Modul Pembelajaran Kendiri (Mpk): Kes
Fizik Kuantum. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2007, pp92-102.
Asfahani Zakaria. 2014. Kajian Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Projek Atas Talian
(M-Pat) Berasaskan Pemupukan Nilai Positif Dalam Kalangan Pelajar. Tesis. Dr. Fal,
Jabatan Sains,Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). 2011.Kementerian Pelajaran Malaysia
Branch, R. M. 2009. Instructional Design:The ADDIE Approach. Springer.
Burke, L. A. dan Williams, J. M. Williams. 2008. Developing Young Thinkers: An
intervention aimed to enhance childrens thinking skills. Thinking Skills and
Creativity 3:104124.
Bybee, R. W., Taylor, J. A., Gardner, A., Van, P., Powell, J. C., Westbrook, A., Landes, N.
2006. The BSCS 5E Instructional Model: Origins and effectiveness a report prepared
for the office of science education.
Cannan, L. S. & Fatime, B. K. 2010. How Much Science And Technology Lesson Student
Studying Books Support Creative Thinking? Procedia Social and Behavioral Sciences
2: 21052110.
Christopher, L. 2010. Fostering Creativity or Teaching to the Test? Implications Of State
Testing On The Delivery Of Science Instruction. The Clearing House: A Journal of
Educational Strategies, Issues and Ideas 83: 5457.
Claro, M., Preiss, D.D., San Martin, Jara, I., Hinostroza, J.E., Valenzuela, S., Cortes,
F., Nussbaum, M. 2012. Assessment Of 21st Century ICT Skills In Chile: Test Design And
Results From High School Level Students. Computers & Education 59(3):10421053
Coll, R. K. dan Harrison, A. G. 2008. Using Analogies in Middle and Secondary Science
Classroom. Corwin Press. USA.
Corrine, Z. 2007. The development of scientiWc thinking skills in elementary and middle
school. Developmental Review 27:172223.
Essam Al-Jaddou. 2015. Level of the Pioneering Centers Teachers Practice of Creative
Thinking Skills: (A Comparative Study: As-Salt Pioneering Center and Bani Obeids
Pioneering Center). Journal of Literature, Languages and Linguistics 10:60-67.
Feng, Yuan. 1995. Some Thoughts About Applying Constructivist Theories Of Learning To
Guide Instruction. Society for Information Technology & Teacher Education
International Conference 1:816-819.
Flick, L., & Bell, R. 2000. Preparing Tomorrow's Science Teachers to Use Technology:
Guidelines for Science Educators. Contemporary Issues In Technology And Teacher
Education 1(1): 39-60.
Halizah Awang dan Ishak Ramly. 2008. Creative Thinking Skill Approach Through Problem-
Based Learning: Pedagogy and Practice in the Engineering Classroom. International
Journal of Human and Social Sciences 3:1-14
Hew, K. F. 2007. Integrating Technology Into K-12 Teaching And Learning: Current
Knowledge Gaps And Recommendations For Future Research. Educational
Technology, Research and Development 55: 223-252
Judson, E. 2006. How Teachers Integrate Technology and Their Beliefs About Learning: Is
There a Connection?. Journal of Technology and Teacher Education 14(3):581-597.
KhairulHasni Abdul Kadir, Norazah Mohd Nordin dan Zanaton Iksan. 2014. Merging
Analogy and ICT as a Teaching Strategy to Enhance Students Thinking Skill &
Pendidikan Berkualiti ke arah Pembentukan Nilai dan 1956
Peningkatan Ekonomi untuk Kesejahteraan Masyarakat

Understanding of Science Concept. Journal of Applied Science Research 10(15): 27-


31.
Kuhn, D. 2009. Do Students Need to be Taught How to Reason? Educational Research
Review 4(1):1-6.
Kuo, Fan-Ray, Chen, Nian-Shing dan Hwang, Gwo-Jen. 2014. A Creative Thinking Approach
to Enhancing the Web-Based Problem Solving Performance of University Students.
Computers & Education 72:220-230.
Laporan Kebangsaan Mata Pelajaran Sains dan Matematik. 2011. Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lee Ten Tien. 2013. Pembinaan dan Keberkesanan Modul Multimedia Interaktif Dengan
Agen Pedagogi Dalam Pembelajaran Elektrokimia. Tesis. Dr. Fal, Jabatan
Sains,Universiti Kebangsaan Malaysia.
Linn, M. C., Davis, E.A dan Bell, P. 2004. Internet Environments for Science Education.
Lawrence Elbaum Associates. New Jersey, London
Marlina Ali dan Shaharom Noordin. 2010. Hubungan Antara Kemahiran Berfikir Kritis
Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi 52(5):4555.
Mohd. Ali Ibrahim dan Shaharom Noordin. 2003. Perbandingan Pencapaian Para Pelajar
dalam Pentaksiran Kerja Amali dengan Peperiksaan Bertulis. Buletin persatuan
pendidikan sains dan matematik johor dalam Marlina Ali dan Shaharom Noordin.
2010. Hubungan Antara Kemahiran Berfikir Kritis Dengan Pencapaian Akademik
Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal
Teknologi, 52(5):4555
Molenda, M. 2003. In Search of the Elusive ADDIE Model. Performance Improvement
42(5):34-37.
Norlidah Alias. 2010. Pembangunan Modul Pedagogi Berasaskan Teknologi dan Gaya
Pembelajaran Felder-Silverman Kurikulum Sekolah Menengah. Tesis. Dr.Fals,
Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2035 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas
Menengah). 2013. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Peng, Shu-Ling, Cherng, Biing-Lin, Chen, Hsueh-Chih Lin dan Yen-Ying. 2013. Personal
Motivations in Creativity: How do the Classroom Goal Structures Influence Creativity
via Self-Determination Motivations? Thinking Skills and Creativity 10(162):50-67.
Peter J. Fensham, Richard F. Gunstone & Richard T. White. 2013. The Content Of Science:
A Constructivist Approach To Its Teaching And Learning. New York:Routledge .
Peter, O. I., Abiodun, A. P., & Jonathan, O. O. 2010. Effect of Constructivism Instructional
Approach on Teaching Practical Skills for Mechanical Related Trade Students in
Western Nigeria Technical Colleges. International NGO Journal 5(3): 59-64.
Philipp, S., Ulrich, K., Romain, M. & Martin, B. 2013. Students' Complex Problem-Solving
Abilities: Their Structure and Relations to Reasoning Ability and Educational Success.
Intelligence 41(5): 289-305.
Pourhosein Gilakjani, A., Mei Leong, L., dan Nizam Ismail, H. 2013. Teachers Use of
Technology and Constructivism. International Journal of Modern Education and
Computer Science 5(4): 49-63.
Raquel C. Pambid. 2015. Pre-Service Teachers Methods of Teaching Science. Asia Pacific
Journal of Multidisciplinary Research 3(1):73-79.
1957 ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, MALAYSIA

Richey, R. C., and Klein, J. D. 2007. Design and Developmental Reseach. Laurence Erlbaum
Associates, London.
Richey, R. C., and Klein, J. D. 2014. Design and Developmental Reseach. In. J. Michael, M.
David Merrill, Jan Elen and M.J. Bishop,(Eds), Handbook of Research on Educational
Communications and Technology, Fourth Edition, (pp 141-150). London:Springer.
Robiatul Adawiah Jamaluddin & Halimah Badioze Zaman. 2011. Pembangunan Perisian
Cerita Animasi Interaktif untuk Pendidikan Sains. Jurnal Teknologi Pendidikan
Malaysia 1(4):5-18.
Ross, S. M., Gary R. M., and Deborah L. L. 2010. Educational Technology Research Past and
Present: Balancing: Rigor and Relevance to Impact School Learning. Contemporary
Educational Technology 1(1):17-35.
Rusell J.D. 1974. Modular Instruction: A Guide to The Design, Selection, Utilization And
Evaluation Of Modular Materials. Dalam Samsiah Mohd Jais, Mohammad Nasir
Bistamam, Mohammad Aziz Shah Mohammad Arif. 2015. Reliability Of Trauma And
Mental Health Counselling Module. International Journal of Education and Research
3( 5).
Salih, B. dan Mustafa, M. 2010. Developing An Instructional Material Using A Concept
Cartoon Adapted to the 5E Model: A Sample of Teaching Erosion. Asia-Pacific Forum
on Science Learning and Teaching Volume 11(1):1-16.
Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali dan Aliza Ali. 2012. Keprihatinan Guru Bahasa
Melayu Dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)
2(2):19-31.
Sidek Mohd Noh & Jamaludin Ahmad. 2005. Pembinaan Modul: Bagaimana Membina
Modul Latihan dan Modul Akademik. Universiti Putera Malaysia. Serdang.
Su K. D. 2008. An Integrated Science Course Designed With Information Communication
Technologies To Enhance University Students Learning Performance. Computers &
Education 51(3):1365-1374.
Sumalee, C., Issara, K. & Charuni, S. 2012. Development and Efficiency Improvement of the
Learning Innovations Enhancing Learners Thinking Potential. Procedia - Social and
Behavioral Sciences 46:3460-3464
Tamim, R. M. 2011. What Forty Years of Research Says About the Impact of Technology on
Learning:A Second-Order Meta-Analysis and Validation Study. Review of Educational
Research 81(1):428.
Ted Palys. 2008. Purposive Sampling. The Sage Encyclopedia of Qualitative Research
Methods, ed. Lisa M.Given, 697-698. Thousand Oaks California:Sage
Tessmer, M. 1993. Planning and Conducting Formative Evaluations. London:Kogan.
Thanakorn Wangpipatwong & Borworn Papasratorn. 2009. The Influence of Constructivist
E-Learning System on Student Learning Outcomes in Information Communication
Tecnologies for Enhanced Education and Learning. Lawrence Tomei. Information
Science Refernce. United States of America.
Treagust, D., Harrison, A., dan Venville, G. 1996. Using An Analogical Teaching Approach to
Engender Conceptual Change. International Journal of Science Education 18:213-229.
Yin, R. K. (2011). Applications of case study research. Sage.
Zurainu Mat Jasin & Abdull Sukor Shaari. 2012. Keberkesanan model konstruktivisme lima
fasa needham dalam pengajaran komsas bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, Malay Language Education Journal (MyLEJ) Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 79-92.

You might also like