You are on page 1of 3

Resepi Mudah | Lasagna Paling Sedap

Bahan-bahan inti daging


Bawang merah - 3 biji di potong dadu
Bawang Putih - 6 ulas di cincang halus
Carrot - batang di potong dadu
Daging kisar ramlee - 1 pack
Sos spageti Kimball - 1 tin
Serbuk oregano - 2 sudu
Garam - sudu
Gula - 1 sudu
Sos cili - 3 sudu
Cendawan - 1 tin di hiris
Lada hitam - 1 sudu
Cara-cara masak inti daging

Rebus lasagna instant sheet sehingga boleh dilentur. (JANGAN sehingga masak). Tos dan susun
diatas dulang. Jangan bertindih ya.

Tumis bawang merah, bawang putih, sehingga naik bau dan masukkan daging kisar. Masak sehingga
air daging kering.

Masukkan sos spaghetti, masak sebentar.

Masukkan cendawan dan carrot.

Kemudian masukkan serbuk oregano.

Rasakan dengan garam dan gula. Ketepikan.

Untuk resepi lasagna yang sedap, sos putih diantara setiap layer lasagna tu kenalah umphh. Baru
sedap lasagna anda. Resepi sos putih yang Ayue nak share ni rasanya sangatt kaya dengan cheese,
sangat sedap dan creamy. Sesuai juga untuk dimakan dengan salmon steak, beef steak, spaghetti,
malah untuk dibuat sos dipping pun boleh. Ikut citarasa anda nak ubah sos putih ni jadi macam mana
ya. Tapi yang Ayue share ni sos putih yang basic. Basic-basic pun, meleleh air liur tau.

Bahan-bahan Sos Putih

Cheddar Cheese - 1 pack

Mentega -2 sudu

Tepung gandum - 2 sudu

Susu segar penuh krim - 2 cawan

Garam - sudu

Cara-cara masak sos putih (White sauce)

Panaskan mentega sehingga cair.

Masukkan tepung gandum, masak sehingga kekuningan.

Masukkan susu segar penuh krim dan gaul rata.

Masukkan Cheddar cheese dan gaul hingga cheese cair dan sebati.

Masukkan sedikit garam. Masak sehingga sos likat.


Masa ni, sos putih ni kalau jilat dengan jari pun tak puas tau. Rasa nak lagi. Hati-hati, jangan sampai
tak cukup nak layerkan lasagna anda pula nanti. Hehe.

Bahan-bahan layer lasagna

Mozarella Cheese

Parmesan Cheese

Cara-cara buat lasagna

Sapukan loyang dengan mentega.

Letak lasagna sheet dilapisan paling bawah.

Disusuli dengan inti daging. Pastikan daging menutupi kepingan lasagna tau.

Layerkan inti daging dengan sos putih.

Taburkan mozarella cheese dan parmesan cheese.

Ulang langkah 2 - 4 hingga loyang penuh.

Bakar di dalam oven selama 40 minit, 160.

Dah siap, boleh dimakan dengan sos putih juga.

Fuh, memang terangkat lah kalau makan. Berselera Ayue dibuatnya. Tak boleh makan selalu ni.
Mahu berat naik mencanak nanti. Tiga jens cheese kot! Haha. Tapi kalau dapat makan sesekali,
hentam lah sampai puas kan? Bila buat sendiri banyak lah dapat. Kalau makan dekat restoran,
sepinggan ciput je. Mahal pula tu! Anggaran kos Ayue beli barang semu dalam RM65. Cukup untuk
makan seisi keluarga. Kan dah jimat?

Kalau nak tgk video cara buat lasagna ni, Ayue ada jumpa satu video dekat youtube yang resepi dia
hampir sama dengan yang Ayue buat, boleh cuba tengok sini ya : http://lynk.my/EGlP

You might also like