Professional Documents
Culture Documents
Latar Belakang Usahawan
Latar Belakang Usahawan
Latar Belakang Usahawan
Datuk Wan Mohammad Sani Salleh dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala
Terengganu, Terengganu. Beliau memperolehi Diploma dalam bidang Pengurusan
Perniagaan Kolej Sunway pada tahun 1994. Beliau dianugerahkan Darjah Indera Mahkota
Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah
pada bulan Jun 2009. Beliau merupakan pemilik rangkaian operasi bas yang sedang
meningkat naik Sani Ekspres di bawah kendalian syarikat, Sani United Sdn. Bhd. Beliau kini
memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB) yang
merangkumi Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd.
Jenis Dan Latar Belakang Pernigaan
Sani United Sdn Bhd (SUSB) telah ditubuhkan pada 30 Ogos 2003. Syarikat ini asalnya
tertumpu pada industri pengangkutan. Berikutan langkah penyusunan semula pada April
2009, SUSB memutuskan untuk meningkatkan tumpuan terhadap industri hospitaliti,
hartanah dan bengkel yang membuat dan memenuhi pelbagai aktiviti ekonomi serta
permintaan pasaran. Pengarah Urusan SUSB telah membeli Wisma tiga tingkat yang
dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu
dilengkapi asrama, pusat latihan dan segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap
negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke
wisma berkenaan.
.
Latar Belakang Usahawan
Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin dilahirkan pada tahun 1955 bertempat di Kuala Pilah,
Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad,
Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin merupakan salah seorang
ahli perniagaan dan usahawan melayu yang berjaya di Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai
Pengarah Urusan Kumpulan Naza dan merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda
Naza FC dan turut memiliki TTDI Development yang merupakan sebuah syarikat hartanah di
Kuala Lumpur. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan
permotoran, perhotelan, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat
mesin, pembuatan, agensi insuran dan sebagainya. Tan Sri SM Nasaruddin meninggal dunia
akibat barah paru-paru di Los Angeles, California, AS, pada 1 Mei 2008. Jenazah beliau
selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9 Hulu Langat pada
4 Mei.
Jenis Dan Latar Belakang Pernigaan
Kumpulan Naza (Naza Group of Companies) ditubuhkan pada tahun 1979 dan mempunyai
14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan
sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah,
pengangkutan, penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza kini memegang hak francais
Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan dan Peugeot dari Perancis, serta permit
import untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah
seperti Mercedes-Benz yang terbesar di Malaysia.
Corak Ekonomi Switzerland
Sumbangan Usahawan
Dari Sudut Ekonomi :
Tindakan Tan Sri SM Nasimuddin yang membeli 40% kepentingan syarikat
pengeluaran kereta nasional, PROTON yang mengalami masalah kewangan akibat
kegawatan ekonomi telah menyelamatkan dan menguntungkan negara. Naza Group of
Companies merupakan salah satu syarikat yang menyumbang kepada peningkatan
ekonomi Malaysia.
Dari Sudut Guna Tenaga :
Kumpulan NAZA mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 4000 orang.
Dari Sudut Pencapaian :
Pada tahun 2002, beliau diberi penghormatan dengan Anugerah Persekutuan
Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau juga
menerima anugerah Presidential Award, pingat perkhidmatan daripada duta Korea
Selatan, Son Sang-Ha bagi pihak Presiden Korea Selatan atas sumbangannya dalam
industri automotif.
Dari Sudut Lain
Naza Group of Companies di bawah Yayasan Naza telah menyumbang RM500 000
untuk Amanah Kemanusiaan Rakyat dana Palestin bagi membantu mengurangkan
penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.
Latar Belakang Usahawan
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhari dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada
tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadramaut, Yamen. Beliau merupakan anak ketiga
daripada tujuh adik-beradik. Pendidikan tertinggi beliau hanya sehingga tingkatan lima di
Sekolah Saint Micheal’s. Beliau terpaksa melangkah ke dunia pekerjaan dalam kehidupan
awal dan pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah disebabkan
keadaan keluarga yang kurang berkemampuan. Selepas mengalami kerugian dalam
perniagaan penternakan lembu bapanya, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula
dengan menjual daging. Sejak itu, beliau melibatkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan dan
mempunyai beberapa buah syarikat. Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya
di Malaysia.
Jenis Dan Latar Belakang Pernigaan
Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai beberapa buah syarikat dan menjalankan pelbagai jenis
perniagaan seperti Syarikat Shah (perniagaan beras), Bukhary Sdn Bhd (perniagaan gula),
DRB-HICOM, Bank Muamalat, Amtek Holdings dan Oriental Garments Uniform
(perniagaan kasut dan pakaian), projek membina dan memajukan Pelabuhan Tanjung Pelepas
Johor serta Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai
kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam
beberapa buah firma terkenal di Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad
(MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Malakoff Berhad, Johor Port
Berhad, Impian Teladan Sdn Bhd dan banyak lagi.
Sumbangan Usahawan
Dari Sudut Ekonomi :
Syarikat kawalan keselamatan yang dikendalikan oleh Syarikat Securiforce Sdn Bhd
adalah salah satu syarikat yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia.
Dari Sudut Guna Tenaga :
Datuk Maznah kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, yang menyediakan
pekerjaan kepada lebih 6000 orang kakitangan.
Dari Sudut Pencapaian :
Pada tahun 1989, beliau telah diberi banyak penghormatan dengan Anugerah
Usahawan Cemerlang, Anugerah Kehormat Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah,
Anugerah Graduan Daya Kepimpinan Negeri dan sebagainya. Beliau juga
dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran Dato’ Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) oleh
KDYMM Sultan Kedah.
Latar Belakang Usahawan
Syed Osman bin Syed Rastan atau dikenali sebagai Sidi Oraza ialah seorang pelakon dan
pengarah kelahiran Pulau Pinang yang mencipta nama pada era 90-an. Pada awal tahun 2000,
beliau meninggalkan bidang lakonan dan memberi perhatian terhadap perniagaan yang
berasaskan perladangan yang dimiliki oleh beliau dan dibantu oleh abangnya, Syed Omar
Syed Rastan. Beliau kini bergelar usahawan yang berjaya dan membantu petani-petani
tempatan dengan syarikatnya iaitu Diversatech (M) Sbn Bhd.
Jenis Dan Latar Belakang Pernigaan
Diversatech (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 9 Disember 1998, merupakan syarikat
pengilang dan pengeluar baja yang beribu pejabat di Bandar Baru Bangi serta mempunyai
kilang pengeluaran baja di Semenyih, Selangor. Syarikat ini mengeluarkan produk baja kimia
dan organik dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia. Syarikat ini mengkomersialkan
beberapa produk hasil kajian dan penyelidikan dari Universiti Pertanian Malaysia di mana
pihak syarikat diberi perlesenan eksklusif menghasil dan memasarkan produk baja hasil
penyelidikan UPM. Syarikat ini mempunyai tiga anak syarikat pemasaran iaitu Peladang
Tech (M) Sdn Bhd, Perintis Pelangi dan SPPM Diversa Sdn Bhd.
Corak Ekonomi Arab Saudi
Sumbangan Usahawan
Dari Sudut Ekonomi :
Syarikat Diversatech (M) Sdn Bhd menyediakan baja untuk tumbuhan tropika dan
membantu petani-petani tempatan melalui perpindahan teknologi. Selain itu, syarikat
ini menjadi pembekal zat makanan utama dunia untuk tumbuhan tropika bagi
mengurangkan krisis makanan sedunia. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat
pengeluaran baja yang membantu meningkatkan ekonomi negara terutamanya ketika
kegawatan ekonomi sekitar pertengahan 1990-an.
Dari Sudut Guna Tenaga :
Syarikat Diversatech (M) Sdn Bhd setakat ini mempunyai 75 orang pekerja dan 7
orang pakar yang terdiri daripada ahli sains dari dalam dan luar negara bagi
memastikan produk yang dihasilkan berkualiti serta diterima oleh pasaran. Oleh itu, ia
dapat meningkatkan peluang-peluang pekerjaan untuk penduduk Malaysia.
Dari Sudut Pencapaian :
Produk keluaran Syarikat Diversatech (M) Sdn Bhd telah memenangi beberapa
anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya ialah Anugerah Reka
Cipta dan Inovasi anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar bagi
produk Vita Grow pada tahun 2001, Anugerah Reka Cipta dan Inovasi UPM serta
Anugerah Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa Geneva bagi produk Zappa pada
tahun 2002.
Latar Belakang Usahawan
Faiza Bawumi Sayed Ahmad merupakan wanita kelahiran Mesir yang berhijrah ke Malaysia
pada tahun 1964 dan menubuhkan syarikat pemborong beras iaitu Syarikat Faiza Sdn Bhd.
Beliau mempunyai tujuh orang anak dan 32 orang cucu. Beliau memiliki diploma dalam
bidang jahitan dan mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjahit
pakaian, mengusahakan perusahaan rempah giling, kemudian membuka kedai runcit pada
tahun 1970-an. Beliau memasuki bidang pembekal dan pemborong pada tahun 1982 sebelum
menubuhkan Syarikat Faiza Sdn Bhd pada tahun 1992. Beliau banyak meluangkan masa
untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pemborong
Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Pahat (Pengerusi Biro
Kebajikan) dan ahli lembaga pelawat Hospital Batu Pahat serta pemegang amanah anak
yatim Batu Pahat.
Jenis Dan Latar Belakang Pernigaan
Syarikat Faiza Sdn Bhd yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1992, beribu pejabat di
Batu Pahat, Johor. Syarikat ini mengedar lebih daripada 21 jenama beras di negara ini
termasuk yang paling dikenali iaitu ‘Herba Ponni Taj Mahal’, manakala anak syarikatnya,
Faiza Marketing Sdn Bhd pula terlibat dalam aktiviti mengilang pelbagai jenis rempah
termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang. Selain beras dan
rempah, syarikat ini juga telah meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili
dan kicap. Syarikat Faiza Sdn Bhd kini mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan
Terengganu. Ia juga mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak. Syarikat
Faiza telah menerima pelbagai anugerah termasuk pemborong terbaik pada tahun 2000,
Anugerah Operasi Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada tahun 2001 dan Anugerah Emas
bagi beras Taj Mahal oleh Reader’s Digest Super Brand.
Corak Ekonomi Rusia
Sumbangan Usahawan
Dari Sudut Ekonomi :
Syarikat Faiza Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pemborong beras yang terkemuka di
Malaysia dengan memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk
yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya. Penglibatan dalam penghasilan
produk-produk tersebut telah membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.
Dari Sudut Guna Tenaga :
Syarikat beliau telah menyediakan pekerjaan untuk 200 pekerja tetap dan lebih
daripada 300 pekerja kontrak. Oleh itu, syarikat ini mewujudkan peluang pekerjaan
kepada rakyat Malaysia.
Dari Sudut Pencapaian :
Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Wanita Anggun 2005, Tokoh
Ibu Mithali Perkim pada tahun 2007, Wanita Nadi Negara peringkat Johor pada tahun
yang sama, Anugerah Khas Tokoh Guru pada tahun 2009 dan Tokoh Maulidul Rasul
peringkat kebangsaan pada tahun 2010.
Dari Sudut Lain-lain :
Faiza Bawumi berhasrat menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan
miskin dan ibu tunggal. Syarikat beliau merupakan penaja utama program yang
berbentuk amal seperti rancangan “Bersamamu” TV3.
Latar Belakang Usahawan
Datuk Yusuf Taiyoob dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang. Beliau adalah anak sulung
daripada empat adik-beradik. Isterinya ialah Datin Yusnita Ramli dan mereka dikurniakan
tiga orang cahaya mata yang bernama Waseem, Safiya dan Safina. Beliau merupakan
Pengarah Urusan Syarikat Yusuf Taiyoob Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang terlibat secara
langsung dalam perniagaan kurma. Beliau telah digelar “Datuk Kurma”oleh Yang Dipertua
Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
Sumbangan Usahawan
Dari Sudut Ekonomi :
Sebagai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional, Tan Sri Azman memainkan
peranan penting dalam menggalakkan produktiviti di Malaysia dan menjadikannya
sebagai salah satu komponen yang releven dan penting dalam proses pembangunan
negara. Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional, Tan Sri Azman banyak
menyumbang kepada pergerakan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.
Dari Sudut Guna Tenaga :
Kumpulan AmBank yang terdiri daripada AMMB Holdings Berhad dengan anak-
anak syarikatnya iaitu AM Investment Bank Berhad, AM Investment Group Berhad,
AmBank (M) Berhad, AM Life Insurance Berhad dan AM G Insurance Berhad
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk di Malaysia.
Dari Sudut Pencapaian :
Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah seperti Anugerah Doktor
Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Selain itu, beliau
dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia oleh Majalah Asian Finance pada
tahun 1985 dan dinamakan sebagai Usahawan ASEAN pada tahun 1993 oleh Forum
Perniagaan ASEAN. Pada tahun 1995, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik
oleh Kelab Alumni Havard Business School.
Latar Belakang Usahawan
Mohd Kamaruzaman bin Che Hussain dilahirkan pada 22 September 1972 di Kota Bharu,
Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gombak,
Selangor sehingga tamat menduduki SPM. Setelah itu, beliau merantau ke Indonesia selama
lima tahun untuk mendalami ilmu agama dan bidang perubatan herba bagi membolehkannya
membantu para pesakit yang memerlukan. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama
isterinya, Norsusilawati Mohd Akhir dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Beliau
merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar Herbs Sdn Bhd.