You are on page 1of 43

ISI KANDUNGAN

 LAPORAN AKTIVITI

 REFLEKSI KESELURUHAN

 REFLEKSI MANITO

 NOTA-NOTA

 LAMPIRAN
LAPORAN
PERKHEMAHAN
(SEBELUM /
SEMASA / SELEPAS
PERKHEMAHAN)
Sebelum

Kami telah menubuhkan satu jawatankuasa sebelum perkhemahan dan jawatan saya
ialah AJK Malam Kebudayaan.

Untuk mempelajari ilmu pengetahuan tentang perkhemahan, perjumpaan telah


diadakan sebanyak 4 kali. Dalam perjumpaan tersebut, kami telah mempelajari tali
ikatan untuk mengikat gajet. Selain itu, teknik-teknik mendirikan khemah turut diajar
oleh pensyarah. Pendedahan ini membolehkan kami menyelesaikan masalah yang
akan hadapi nanti dan ini juga telah memberikan keyakinan kepada kami semua.

Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang
digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara,
penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas,
perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis
ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang
simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan
mematikan hujung tali (whipping).

Dalam pengikatan gajet ini, saya telah mempelajari teknik berkomunikasi dengan
kawan-kawan saya. Selain itu, saya mengajar kawan saya yang lebih lemah
membolehkan saya mengukuhkan lagi teknik pengikatan saya.

Akhir sekali, pendirian khemah juga diajar oleh pensyarah. Hal ini untuk menyediakan
kami supaya pada hari perkhemahan tidak berkelam-kabut. Khemah yang kami guna
ialah khemah berangka. Dengan kerjasama semua ahli, semua peralatan
perkhemahan juga telah dikumpulkan dan disimpan dengan baik dan ini juga
memudahkan semua orang.
LAPORAN ICE
BREAKING /
MANITO
Semasa

LAPORAN UNTUK AKTIVITI ICE BREAKING / MANITO

Tarikh : 24 September 2012

Hari : Isnin

Masa : 10.30 pagi

Aktiviti : Ice breaking / Manito

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohana Mahadzir

Perjalanan Aktiviti:

Selepas mendirikan khemah dan mengikat gajet, sesi ice breaking dengan pensyarah
telah dimulakan. Pensyarah memperkenalkan aktiviti manito ini dan kami mencabut
manito masing-masing. Selepas itu, kami dikehendaki menulis surat kepada manito
kami.

Pembelajaran yang diperolehi:

Saya telah mengenalkan manito dan permainan ini membolehkan kami mengeratkan
lagi hubungan kami dengan ahli kumpulan yang lain.
MENDIRIKAN
KHEMAH DAN
GADJET ASAS
LAPORAN UNTUK AKTIVITI MENDIRIKAN KHEMAH & GAJET ASAS

Tarikh : 24 September 2012

Hari : Isnin

Masa : 2.30 pagi

Aktiviti : Mendirikan perkhemahan dan gajet asas

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohaya Ahmad

Perjalanan Aktiviti:

Tapak perkhemahan kami di sebelah Badan Beruniform Kadet Remaja Sekolah


sahaja dan sebaik sahaja kami sampai ke tapak perkhemahan, setiap kumpulan
mencari tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah masing-masing.

Selepas itu, pembinaan gajet asas untuk khemah masing-masing telah dijalankan.
Menurut pensyarah pembimbing kami, setiap kumpulan dikehendaki membinakan
sekurang-kurangnya satu rak kasut dengan menggunakan buluh. Di depan khemah
kami terdapat satu buluh lama lalu kami membelah buluh tersebut dengan
menggunakan parang.

Pembelajaran yang diperolehi:

Pendedahan awal terhadap pengikatan gajet membolehkan saya membinakan gajet


dan juga khemah dengan lancar dan cepat.
AKTIVITI
ORIENTEERING
LAPORAN UNTUK AKTIVITI ORIENTEERING

Tarikh : 24 September 2012

Hari : Isnin

Masa : 5.00 ptg

Aktiviti : Orienteering

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohaya Ahmad

Perjalanan Aktiviti:

Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik-teknik


pergerakan dari satu tempat ke tempat lain dengan menggunakan kemahiran
membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan
imbangan di antara koordinasi fizikal dan metal dengan baik. Kemahiran
menggunakan kompas adalah kemahiran yang asas dalam permainan ini.

Selepas pensyarah memberikan penerangan yang terperinci, setiap kumpulan


dikehendaki mencipta satu peta kepada kumpulan lain. Dalm pertandingan ini, setiap
kumpulan mencari titik kawalan yang terdapat dalam peta dan kumpulan yang paling
cepat dikira pemenang.

Malangnya, cuaca tidak mengizinkan kami menjalankan aktiviti ini dan kami hanya
menghantar peta kami kepada pensyarah sahaja.

Pembelajaran yang diperolehi:

Saya telah mempelajari mencipta satu peta dengan menggunakan kompas dan
pengukuran bearing. Apabila saya tersesat di hutan, kemahiran ini membolehkan saya
keluar dari hutan.
AKTIVITI
ISTIADAT PANDU
PUTERI TUNAS
LAPORAN UNTUK AKTIVITI ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS

Tarikh : 24 September 2012

Hari : Isnin

Masa : 8.30 malam

Aktiviti : Istiadat Pandu Puteri Tunas

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohana Mahadzir

Perjalanan Aktiviti:

Istiadat Pandu Puteri Tunas adalah satu upacara rekaan atau tanda rahsia yang
dijalankan oleh sesebuah Pandu Puteri Tunas untuk memeriahkan dan member
keseronokkan setiap kali diadakan perjumpaan. Istiadat ini diadakan supaya Pandu
Puteri Tunas tidak berasa bosan sebliknya berasa gembira kerana berpeluang
menunjukkan kreativiti masing-masing.

Terdapat 2 jenis istiadat Pandu Puteri Tunas iaitu istiadat tetap dan upacara rekaan.
Contoh istiadat tetap ialah Lingkungan, pelantikan dan hormat besar manakala
upacara rekaan pula terdapat Pow-Wow, terbang naik, penutup mesyuarat pasukan,
terima kasih dan lain-lain lagi.

Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant


ditengah-tengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan
contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin
boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu.

Pembelajaran yang diperolehi:

Setiap kumpulan memilih satu istiadat dan mendemonstrasikan di depan dan


kumpulan saya telah memilih “Hormat Besar”. Melalui aktiviti ini, saya telah
mempelajari satu istiadat rekaan yang baru.
AKTIVITI
BACKSWOODMAN
COOKING
LAPORAN UNTUK AKTIVITI BACKSWOODMAN COOKING

Tarikh : 25 September 2012

Hari : Selesa

Masa : 8.15 pagi

Aktiviti : Backswoodman Cooking

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohana Mahadzir

Perjalanan Aktiviti:

Sebelum bermulanya sesi ini, tepung gandum disediakan terlebih dahulu. Aktiviti ini
merupakan kemahiran yang asas yang diperlukan oleh seorang ahli Pandu Puteri
Tunas. Pensyarah telah mengajar kami cara membina api di kawasan lapang.

Selain itu, pensyarah juga mengajar kami cara membuat roti lilit, telur bersalut tanah
iat dan juga ubi kentang dengan kertas aluminium.

Masakan alternatif (masakan hutan) ini boleh digunakan oleh ahli Pandu Puteri jika
berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan, sesat
atau kemalangan ringan semasa perkhemahan.

Pembelajaran yang diperolehi:

Sebelum ini, saya mempunyai pengalaman dalam masakan hutan ini, hal ini kerana
saya pernah berkhemah di dalam hutan waktu persekolahan saya. Kemahiran ini
boleh digunakan semasa sesat di hutan ataupun semasa menghadapi situasi di luar
jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan.
AKTIVITI MASAKAN
SOLAR
LAPORAN UNTUK AKTIVITI MASAKAN SOLAR

Tarikh : 25 September 2012

Hari : Selesa

Masa : 11.00 pagi

Aktiviti : Masakan Solar

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohaya Ahmad

Perjalanan Aktiviti:

Masakan solar ini diperkenalkan sebagai salah satu cara penyediaan makanan tanpa
menggunakan peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai
sebagai sumber tenaga pembakar. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar
mempunyai banyak kebaikan. Diantaranya ialah sebagai satu cara mendidik ahli
supaya melindungi alam sekitar yang semakin terancam, mengurangkan
pencemaran pembakaran bahan api, mengurangkan bahaya gas dan kebakaran.
Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik. Oleh kerana cuaca pada hari
tersebut tidak mengizinkan, maka aktiviti masakan solar ini tidak dapat dijalankan.

Alatan yang diperlukan ialah dapur solar, periuk hitam, beg plastic yang lutsinar, tali,
kayu atau batu kecil, penyepit baju dan batu besar.

Pembelajaran yang diperolehi:

Memperolehi ilmu memasak dengan menggunakan tenaga solar secara lisan kerana
cuaca tidak mengizinkan.
AKTIVITI ASAS
BANTUAN MULA
(CPR & BALUTAN)
LAPORAN UNTUK AKTIVITI ASAS BANTUAN MULA (CPR & BALUTAN)

Tarikh : 25 September 2012

Hari : Selesa

Masa : 2.30 ptg

Aktiviti : Asas Bantuan Mula

Pensyarah Pembimbing : Cik Zuriati Sabaruddin

Perjalanan Aktiviti:

Dalam sesi ini, kemahiran asas bantuan mula diajarkan kepada kami. Definisi asas
bantu mula ialah bantuan permulaan dan rawatan yang pertama diberikan kepada
seseorang yang tercedera atau mengalami kecemasan atau sakit secara mengejut
sebelum ketibaan ambulan, doktor, atau pakar perubatan.

Sesi diceramahkan oleh Encik Eow dan penceramah juga memperkenalkan CPR
(Cardiopulmonary resuscitation) yang merupakan prosedur kecemasan yang
dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga
langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan
pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini
ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau
pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di
dalam atau di luar hospital.

CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya
adalah memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. CPR
boleh menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat
untuk menjayakan resusitasi tanpa kerosakan otak yang berkekalan. Pemberian
renjatan elektrik kepada jantung (defibrilasi) biasanya diperlukan untuk memulihkan
nadi jantung yang berdaya hidup. Defibrilasi berkesan untuk ritma-ritma jantung
tertentu sahaja, iaitu fibrilasi ventrikel atau takikardia ventrikel tanpa nadi,
bukan asistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi. Bagaimanapun, CPR boleh
mencetuskan ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya diteruskan sehingga
pesakitnya pulih peredaran spontannya (ROSC) atau disahkan mati.

Pembelajaran yang diperolehi:

Dengan mempersiapkan diri saya dengan kemahiran ini, saya berupaya


mengenalpasti dan menghadapi situasi kecemasan dengan tenang. Dan tanpa
disedari, ia menjadi satu kemahiran yang tidak ternilai yang boleh kita pelajari.
AKTIVITI
PERMAINAN LUAS
LAPORAN UNTUK AKTIVITI PERMAINAN LUAS

Tarikh : 25 September 2012

Hari : Selesa

Masa : 5.00 ptg

Aktiviti : Permainan Luas

Pensyarah Pembimbing : Cik Zuriati Sabaruddin, Pn Rohaya Ahmad, Pn Rohana


mahadzir

Perjalanan Aktiviti:

Permainan Luas merupakan permainan yang memerlukan kawasan yang luas untuk
dikendalikan. Tempat yang sesuai ialah di kawasan pinggir hutan, padang yang luas,
bandar dan juga di luar bandar. Permainan ini amat sesuai untuk menguji kecekapan
ahli semasa aktivti berkhemah. Pada kebiasaannya permainan ini dimainkan selama
lebih kurang satu atau dua jam. Ianya bergantung kepada kawasan dan juga
kecekapan pemimpin menyediakan aktiviti dan tugasan permainan. Tetapi sekiranya
kawasan anda tidak terlalu banyak ruang, pemimpin bolehlah menjalankan permainan
ini di sekitar bangunan tempat aktiviti di jalankan. Permainan ini diadakan
adalah bertujuan untuk menerap nilai kerjasama, kepimpinan kepanduan dan juga
kerjasama berpasukan.

Factor cuaca tidak membenarkan kami menjalankan aktiviti Permainan Luas ini.
Contoh Permainan Luas ialah Permainan kim.

Pembelajaran yang diperolehi:

Di antara kemahiran yang boleh diuji melalui permainan ini ialah kecekapan ahli
memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah atau tugasan, mengendap,
kerjasama dalam pasukan, toleransi, nilai-nilai murni, kesabaran, simpulan dan
ikatan, tanda-tanda mengesan dan lain-lain aktiviti kemahiran kepanduan.
AKTIVITI
MERANCANG
PROGRAM /
PENGUJIAN
LENCANA
KECEKAPAN
LAPORAN UNTUK AKTIVITI MERANCANG PROGRAM /

PENGUJIAN LENCANA KECEKAPAN

Tarikh : 25 September 2012

Hari : Selesa

Masa : 8.30 ptg

Aktiviti : Merancang Program

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohana Mahadzir

Perjalanan Aktiviti:

Perancangan program merupakan salah satu kemahiran yang diperlukan oleh


seorang ahli Pandu Puteri Tunas. Definisi program ialah penyusunan dan
pengendalian aktiviti secara terancang. Program yang hendak dijalankan perlu
dirancang terlebih dahulu disebabkan untuk mengelakkan daripada ahli tertunggu-
tunggu pemimpin memulakan perjumpaan supaya masa digunakan dengan berfaedah.
Selain itu, ia juga untuk memastikan kelicinan perjalanan sesuatu projek, aktiviti,
perjumpaan, mesyuarat dan lain-lain.

Selain itu, dalam lencana kecekapan terdapat 3 bahgian iaitu Calit Emas, Tangga
Emas dan Tangan Emas. Untuk mendapatkan lencana-lencana tersebut,
Mengaplikasikan kepelbagaian aktiviti yang telah dilaksanakan untuk mendapatkan
lencana kecekapan.

Pembelajaran yang diperolehi:


Saya telah mempelajari tentang cara merancang sesuatu program dan ini amat
berfaedah kepada saya pada masa depan mengajar nanti.
AKTIVITI
ETIKET SOSIAL
LAPORAN UNTUK AKTIVITI ETIKET SOSIAL

Tarikh : 26 September 2012

Hari : Rabu

Masa : 8.15 pagi

Aktiviti : Etiket Sosial

Pensyarah Pembimbing : Pn. Zairihan Harun

Perjalanan Aktiviti:

Dalam sesi, kami mempelajari tentang etiket sosial. Etiket sosial menyarankan
perilaku, budi bahasa, pelajaran, imej, greak-geri yang elok serta keyakinan diri yang
sesuai. Definisinya ialah sopan santun di dalam interaksi di antara individu dengan
individu yang lain dalam mesyuarat. Etiket sosial boleh ditakrifkan sebagai alat
kelengkapan kemulaan keperibadian untuk membina, membela dan memelihara harga
diri apabila berdamping dengan orang lain.

Antara perkara yang telah diterangkan oleh pensyarah ialah gaya berjalan, gaya
makan, gaya berdiri, gaya bangun dari kerusi, kesopanan dalam majlis, tertib di meja
makan dan cara berkomunikasi.

Pembelajaran yang diperolehi:

Dalam slot ini, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan tentang menjaga
ketarampilan diri, cara berjalan dengan sopan dan yakin, cara memakan yang sopan
dan juga berbudi bahasa .
AKTIVITI
MENGHAYATI
ALAM SEKITAR
LAPORAN UNTUK AKTIVITI MENGHAYATI ALAM SEKITAR

Tarikh : 26 September 2012

Hari : Rabu

Masa : 11.00 pagi

Aktiviti : Menghayati Alam Sekitar (Muzium Arkeologi)

Pensyarah Pembimbing : Pn. Zairihan Harun

Perjalanan Aktiviti:

Salah satu aktiviti yang kami menjalankan ialah aktiviti menghayati alam sekitar yang
diiringi oleh Pn. Zairihan Harun. Kami membuat lawatan ke Muzium Arkeologi di
Lembah Bujang, Kedah. Asalnya, slot ini dijalankan di hutan paya bakau di Merbok
tetapi cuaca yang selalu hujan lebat tidak mengizinkan kami menjalankan di sana.

Perjalanan ke muzium telah mengambil masa sebanyak 40 minit. Muzium Arkeologi


Lembah Bujang terletak berhampiran dengan Sungai Batu, Bukit Batu
Pahat, Merbok, Kedah. Muzium ini ditadbir oleh Kementerian Penerangan Komunikasi
dan Kebudayaan Malaysia. Kompleks arkeologi ini seluas tiga kilometer persegi . Ia
terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.Terdapat 97 tapak kajian yang menjadi
kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.

Kompleks muzium ini menyimpan pelbagai khazanah dan pusaka bersejarah yang
menjadi bukti bahawa Kedah merupakan salah satu negeri tertua dalam rantau ini,
yang dipercayai wujud sejak tahun 110 Masehi. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini
dibina pada tahun 1978.

Pembelajaran yang diperolehi:

Bahan-bahan Arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak


arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan di ekskavasi arkeologi ditapak-
tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi.
Artifak Arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang
membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat
perdangangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang meguasai jalan
perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-
pedagang China, India, Arab disamping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan
Melayu yang menguasai rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur
jauh sejak kurun ke 5. Saya telah meluaskan pengalaman dan pengetahuan saya
melalui lawatan ini.
AKTIVITI ASAS
BANTU MULA
(KEMALANGAN DI
RUMAH)
LAPORAN UNTUK AKTIVITI ASAS BANTU MULA (KEMALANGAN DI RUMAH)

Tarikh : 26 September 2012

Hari : Rabu

Masa : 2.30 ptg

Aktiviti : Asas Bantu Mula (kemalangan di rumah)

Pensyarah Pembimbing : En. Eow boon Hin, Pn. Sarajoh, Pn Junita Md Ali

Perjalanan Aktiviti:

En Eow merupakan penceramah slot ini. Dalam slot ini, penceramah telah
memberikan beberapa contoh kemalangan yang boleh berlaku dalam rumah. Beliau
juga mengajar kami cara-cara untuk menangani masalah yang berlaku.

Pembelajaran yang diperolehi:

Melalui slot ini, kesedaran terhadap pentingnya mempunyai pengetahuan pertolongan


cemas dan tahu mengaplikasikannya semasa berlakunya kecemasan. Kemalangan di
rumah boleh berlaku kepada sesiapa saja walaupun risikonya lebih tinggi di kalangan
kanak-kanak dan orang tua.
AKTIVITI MALAM
KEBUDAYAAN
LAPORAN UNTUK AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN

Tarikh : 26 September 2012

Hari : Rabu

Masa : 8.30 mlm

Aktiviti : Malam Kebudayaan

Perjalanan Aktiviti:

Sesi ini dijalankan secara induk iaitu semua pasukan beruniform dikehendaki
mempersembahkan satu persembahan. Dalam slot ini, kumpulan saya
mempersembahkan nyanyian. Kumpulan yang satu lagi mempersembahkan lakonan.
Masa persiapan yang tidak mencukupi merupakan masalah yang utama tetapi kami
masih dapat melaksanakan dengan baik dan sempurna walaupun tidak memenangi
sebarang hadiah.

Pembelajaran yang diperolehi:

Dalam sesi ini, saya telah mempelajari bahawa semangat kerjasama pasukan adalah
amat penting. Setiap manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada
caranya yang tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi
hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan, hubungan rakan pergaulan dan
yang lebih utama ialah hubungan dengan jiran tetangga. Hubungan ini tidak kira
dalam bentuk apa sekalipun sama ada memberi bantuan, kerjasama dan sebagainya
tetapi khusus kepada perkara-perkara kebaikan sahaja.
LAPORAN UNTUK
AKTIVITI MANITO
LAPORAN UNTUK AKTIVITI MANITO

Tarikh : 27 September 2012

Hari : Khamis

Masa : 9.00 pagi

Aktiviti : Manito

Perjalanan Aktiviti:

Pada hari terakhir ini, aktiviti Manito telah dijalankan. Semua ahli mebuat satu bulatan
yang besar dan menukar hadiah yang telah disediakan dengan manito masing-masing.

Pembelajaran yang diperolehi:

Masa berlalu dengan pantas dan aktiviti manito ini dapat mengeratkan hubungan
antara ahli pasukan. Hubungan ini tidak kira dalam bentuk apa sekalipun sama ada
memberi bantuan, kerjasama dan sebagainya tetapi khusus kepada perkara-perkara
kebaikan sahaja.
AKTIVITI MAJLIS
PENUTUPAN
LAPORAN UNTUK AKTIVITI MAJLIS PENUTUPAN

Tarikh : 27 September 2012

Hari : Khamis

Masa : 11.00 pagi

Aktiviti : Majlis Penutupan

Perjalanan Aktiviti:

Majlis ini dimulakan dengan ucapan pensyarah-pensyarah dan menyampaikan


cenderamata kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah dijalankan.
Walaupun dalam pertandingan malam kebudayaan pasukan kami tidak memenangi
sebarang hadiah, namun semangat untuk berjuang itu telah mengatasi segala-galanya.

Pembelajaran yang diperolehi:

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini
sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah
semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
Selepas

Selepas pulang dari Pulako di IPG IPSAH, kumpulan kami dengan segeranya
membersihkan khemah kami kerana cuaca hari tersebut mempunyai matahari yang
terik dan ini amat sesuai untuk kami membersihkan khemah. Selepas khemah telah
kering disidaikan, kami melipat khemah itu dengan kemas dan menyimpannya di
tempat asalnya.

Selepas pulang dari perkhemahan, ujian yang menyumbangkan sebanyak 15% telah
dijalankan dan menyediakan laporan-laporan. Banyak pengalaman yang kami timba
sepanjang program perkhemahan ini, selain dapat merapatkan lagi hubungan antara
peserta dan juga dengan pensyarah penasihat kami.
Refleksi Keseluruhan

Pada 24 September hingga 27 September 2012 telah berlangsungnya aktiviti


perkhemahan bagi Badan Beruniform Pandu Puteri bertempat di PULAKO, IPG
IPSAH, Sungai Petani, Kedah. Setiap unit beruniform terdiri daripada Kadet remaja
Sekolah, Pandu Puteri dan Persatuan Bulan sabit Merah.

Sebelum bertolak ke destinasi, kami telah berkumpul di depan garaj pada 8 pagi
bersama-sama dengan alatan-alatan dan keperluan harian yang diperlukan sepanjang
waktu perkhemahan. Contohnya, dapur, bahan-bahan mentah, sayur-sayuran,
rempah-ratus, minyak, pinggan, periuk, dan sebagainya.

Di sana saya dapat mempratikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kamu
sepenuhnya dalam hal membuat gajet. Saya berasa seronok kerana dapat
mempratikkan ilmu ikatan dan simpulan di sana. Gajet yang telah kami bina ialah rak
kasut. Pada asalnya, kami berniat membuat gajet ampaian pakaian, malangnya cuaca
yang berhujan lebat tidak mengizinkan kami berbuat demikian. Oleh itu, kumpulan
kami Cuma dapat menyiapkan satu gajet sahaja iaitu gajet rak kasut.

Melalui perkhemahan ini, saya telah belajar tentang erti semangat berpasukan.
Sekiranya kami tidak bekerjasama tidak mungkin kami dapat hidup dengan aman dan
selesa sepanjang perkhemahan. Kami membahagikan tugas dengan adil dan kami
melaksanakan tugaas yang diberikan itu dengan penuh amanah sekali.

Antara aktiviti yang paling saya tidak dapat melupai ialah aktiviti backswoodman
cooking iaitu masakan rimba. Aktiviti masakan hutan ini membolehkan kami hidup
semasa menghadapi kesesatan dalam hutan ataupun kehabisan bekalan makanan
semasa perkhemahan. Dalam masakan rimba ini cuma memerlukan beberapa biji
telur, tepung dan ubi kentang sahaja. Tepung tersebut boleh membuat roti lilit dan
melilitkan pada sebatang belahan buluh ataupun ranting. Kemudian panggang di tepi
api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak
dengan sempurna. Dalam masakan rimba,, saya juga telah mempelajari resipi yang
baru iaitu telur bersalut tanah liat. Cara membuat ialah mengumpulkan tanah liat dan
memastikan tanah liat tersebut tidak terlalu cair. Kemudian, balut telur dengan tanah
liat sehingga tebal supaya telur tidak penah atau meletup apabila dibakar. Jika selesai,
masukkan telur ke dalam bara api dan tunggu sehingga masak. Tanda telur telah
masak ialah, bahagian tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah.

Di samping itu, masakan solar juga diperkenalkan. Masakan soalr ini merupakan salah
satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan dapur dan hanya
menggunakan cahaya matahari sebagai sebagai sumber tenaga pembakar. Kaedah
memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Di antaranya
ialah sebagai satu cara mendidik ahli supaya melindungi alam sekitar yang semakin
terancam, mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api,
mengurangkan bahaya gas dan kebakaran. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim
panas terik. Bahan-bahan yang diperlukan ialah aliminium foil, periuk memasak nipis
yang disembur cataerosol hitam, kertas kadbord yang tebal, gam, plastik, tali rapiah
dan tiga batu kecil diletak dibawah panci semasa memasak.

Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan.
Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi Perkhemahan
Unit Beruniform kali ini. Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua unit
beruniform dan pensyarah pembimbing. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik
sebelum upacara perasmian ini. Tema pada pada malam itu adalah bebas tetapi
hendaklah mempunyai unsur-unsur alam sesuai dengan tempat perkhemahan kami.
Terdapat 5 kumpulan yang membuat persembahan pada malam itu. Persembahan
yang pertama ialah daripada unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah.

Di samping itu, saya juga telah mempelajari ilmu pengetahuan tentang permainan luas.
Permainan luas merupakan permainan yang memerlukan kawasan yang luas untuk
dikendalikan . Tempat yang sesuai ialah di kawasan pinggir hutan, padang yang luas,
bandar dan juga di luar bandar. Permainan ini amat sesuai untuk menguji kecekapan
ahli semasa aktivti berkhemah. Pada kebiasaannya permainan ini dimainkan selama
lebih kurang satu atau dua jam Ianya bergantung kepada kawasan dan juga
kecekapan pemimpin menyediakan aktiviti dan tugasan permainan. Tetapi sekiranya
kawasan anda tidak terlalu banyak ruang, pemimpin bolehlah menjalankan permainan
ini di sekitar bangunan tempat aktiviti di jalankan. Permainan ini diadakan
adalah bertujuan untuk menerap nilai kerjasama,kepimpinan, kepanduan
dan juga kerjasama berpasukan. Di antara kemahiran yang boleh diuji melalui
permainan ini ialah kecekapan ahli memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan
masalah atau tugasan, mengendap, kerjasama dalam pasukan,toleransi, nilai-nilai
murni, kesabaran, simpulan dan ikatan, tanda-tanda mengesan dan lain-lain
aktiviti kemahiran kepanduan. Sebelum aktiviti dijalankan pemimpin perlu
merancang apakah kemahiran yang hendak diujidan juga sasaran masa permainan.
Tugasan di setiap stesen perlu dipelbagaikan supaya ianya
memenuhi objektif. Pemimpin perlu melantik beberapa pembantu bagi setiap stesen
supaya mereka boleh memerhati dan memberi komen terhadap reaksi kumpulan
dalam menyelesaikan tugasan. Bilangan stesen tidak tetap dan ianya bergantung
kepada jangka masa aktiviti dan juga keluasan kawasan permainan. Kumpulan boleh
dilepaskan secara serentak atau berurutan. Pemimpin boleh memberi satu aktivti
ringkas di garis permulaan, mana-mana kumpulan yang dapat menyelesaikan
tugasan boleh meneruskan permainan

Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti perkhemahan


ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini.
Bertolak ansur, memupuk sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama
antara ahli pasukan ialah perkara yang saya dapat disini dan saya percaya ianya tidak
boleh dijual beli. Saya akan gunakan ia untuk menjadi insane yang lebih baik dimasa
hadapan dan juga guru yang cemerlang
REFLEKSI MANITO
Refleksi Manito

Sebelum pergi perkhemahan, setiap ahli dikehendaki menyediakan dua buah hadiah,
satu hadiah untuk manito kami sendiri dan satu lagi untuk kami sendiri menjadi manito
orang lain. Aktiviti yang pertama kami menjalankan ialah sesi manito, dan manito kami
ditentukan dengan cabutan. Saya menjadi manito Siti Aisha dan manito saya ialah
Nursyahmimi. Dalam aktiviti manito ini, saya dikehendaki menulis surat kepada Aisha
secara tidak mendedahkan nama saya. Melalui aktiviti ini, hubungan saya dengan
kedua-dua rakan ini telah menjadi erat berbanding sebelum ini.

Oleh kerana kami adalah berasal daripada kelas yang berlainan, peluang untuk
bergaul adalah amat kurang. Saya berasa amat syukur kerana terdapat aktiviti ini dan
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah.

Aktiviti saling menukar hadiah dijalankan pada hari terakhir perkhemahan, masa
berlalu dengan pantas dan aktiviti manito ini dapat mengeratkan hubungan antara ahli
pasukan. Hubungan ini tidak kira dalam bentuk apa sekalipun sama ada memberi
bantuan, kerjasama dan sebagainya tetapi khusus kepada perkara-perkara kebaikan
sahaja.

Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti perkhemahan


ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini.
Bertolak ansur, memupuk sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama
antara ahli pasukan ialah perkara yang saya dapat disini dan saya percaya ianya tidak
boleh dijual beli. Saya akan gunakan ia untuk menjadi insane yang lebih baik dimasa
hadapan dan juga guru yang cemerlang
LAMPIRAN
REFLEKSI
KESELURUHAN

You might also like