You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH

KULIM BANDAR BAHARU


BIL. 03/2017

TARIKH : 27 September 2017


MASA : 2.00 petang – 5.00 petang
TEMPAT : Anjung Keladi
PENGERUSI : Ahmad Baharudin Bin Man
(Tuan Pengetua SMK Keladi)

HADIR
1. Ahmad Baharudin Bin Man Pengerusi
2. Mazlan Bin Osman Penolong Pegawai PPD Kemanusiaan
3. Anita Ayob Guru Kanan Kemanusiaan SMK Keladi
4. A. Hari Chandran SMK Sultan Ahmad Tajudin
5. Saraswathy A/P Ramachandran SMK Labu Besar
6. Ramani A/P Suppiah SMK Taman Selasih
7. Noor Hasimah Bt. Yusuf SMK Sungai Karangan
8. Zulkifli Bin.Abd Halim SMK Sultan Badlishah
9. Zuraidah Bt. Ismail SMK Lubuk Buntar
10. Rohani Bt. Ngah SMK Tunku Panglima Besar
11. Hafiza Abdul Halim Maktab Mahmud B.Baharu
12. Noorazrima Bt. Mohammed Azit SMK St. Anne’s Convent
13. Habibah Bt Othman SMK Jalan Paya Besar
14. Che Azmi Zakaria SMK Serdang
15. Tan Mooi Ean SMK Dato Lela Pahlawan
16. Rashimah Bt. Ramli SMK Taman Jelutong
17. Hanisha Hamzah SMK Junjung
18. Norhusma Harun SMK Mahang
19. Nik Sharimah Halimatun Bt. Nik Abdullah SMK Taman Mutiara
20. Wan Azlina Bt. Wan Abdullah SMK Taman Kenari
21. Nur Hidayah Bt. Abd Rahman SMK Lunas
22. Hasmah Bt. Md Nor SMK St Patrick
23. Wan Nur Hajaratul Asyikin Bt Wan Rani SMA Islahiah
24. Hafiza Bt. Amir SMK Sungai Kob
25. Rusnah Bt. Hashim SMK Padang Serai
26. Nurulhuda bt Wahab Maktab Mahmud Kulim
27. Moganasundiri a/p Surianarayanan SMK Keladi
28. Hamiza Bt Hamzah SMK Chio Min
29. Panimaler a/p K.Seveen SMK Kulim
30. Hj. Amer Hamzah B.L.Kadir SMK Selama
31. Alusrizan Bin Ahmad SMK Serdang Baru
32. Murugaiah Supramaniam SMK Air Merah
33. Ku Nasrina Ku Yahaya SMK Taman Hitech

TIDAK HADIR
1. Tiada

1
URUSETIA (PENCATAT):
1.Cik Moganasundiri A/P Surianarayanan SMK Keladi

I. ALUAN PENGERUSI

1. En. Ahmad Baharudin Bin Man selaku Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan
kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Panitia Sejarah Daerah Kulim Bandar Baharu kali ke-3
Tahun 2017.
2. Tuan Pengerusi turut berkongsi hasil dapatan dari perjumpaan dengan pengetua –pengetua
DKBB.
3. Beliau juga menyampaikan maklumat berkaitan SKPMG 2.
4. Tuan Pengerusi turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan tindakan yang telah
diambil oleh semua ketua panitia dan guru guru sejarah DKBB sepanjang penggal pertama
persekolahan 2017.
5. Beliau berharap program-program yang dirancang oleh Panitia Sejarah Daerah akan
membuahkan hasil.

Tindakan: Makluman

II. UCAPAN PENOLONG PPD KEMANUSIAAN DKBB

6. En.Mazlan menyampaikan pesanan pengarah dan juga pegawai PPD.


7. Beliau maklumkan bahawa En. Zaini , Penolong PPD Teknik Vakasional telah mengambil
alih tanggungjawab untuk Vlefrog peringkat DKBB dan SMK Keladi terletak di bawah
pemantauan PKG Kulim.
8. En. Mazlan menerangkan tindakan yang perlu diambil oleh guru-guru sejarah bagi
meningkatkan graf mingguan Vlefrog bagi sekolah masing-masing.
9.. En. Mazlan berharap semua ketua panitia Sejarah telah mengadakan mesyuarat panitia sejarah
bagi kali ke-3 di sekolah masing-masing dan telah mengemaskini fail-fail panitia Sejarah.
10. Menurut beliau lagi, kini kita berada di fasa terakhir menjelang pentaksiran PT3 dan
peperiksaan SPM.
11. Pentaksir daerah atau negeri akan ke sekolah untuk menyemak dan mantapkan dari segi
evidens yang perlu dikemukakan.
12. Bagi tingkatan 1,2,3 dan 4, mereka akan membawa TOV untuk tahun depan. dan En Mazlan
berharap tiada deficit dalam sukatan. Sukatan mata pelajaran sejarah bagi tingkatan 1,2,3,dan
4 sepatutnya dihabiskan bagi tahun 2017. Sekiranya sukatan tidak dihabiskan, ini akan
menyebabkan TOV yang lebih tinggi terutamanya untuk murid-murid tingkatan 5 tahun 2018.
Mengikut modul grow ini akan akan membebankan guru yang mengajar kelas tersebut dan
kerja berlipat ganda.
13. En.Mazlan berharap bagi tahun 2018 akan ada perancangan yang lebih sistematik mengikut
takwin akademik dan anggaran belanjawan mengurus bagi panitia Sejarah di peringkat
sekolah masing-masing.
14. Beliau turut menerangkan tentang pelaksanaan Program Cemerlang Sejarah SPM dan
Program Wajib Lulus Sejarah SPM fasa 2 yang akan dijalankan serentak pada Oktober
2017 di Dewan Transformasi PPD Kulim dan SMK Hitech Kulim.
15. Beliau juga berterima kasih pada En. Fakhrulrazi dan Pn. Rahmah dari SMK Taman Kenari
kerana telah menjayakan program KSSM Tingkatan 2.
2
16. En. Mazlan mahu supaya guru-guru sejarah turut menerapkan nilai-nilai murni yang
terkandung dalam falsafah pendidikan serta eleman merentasi kurikulum dalam Pdpc.

Tindakan: Semua KP

III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

17. Setiausaha panitia membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah DKBB bil. 2
bagi tahun 2017.
18. En. Harichandran dari SMK Sultan Ahmad Tajuddin mencadangkan minit mesyuarat tersebut
disahkan dan disokong oleh En. Zulkifli Bin Abdul Halim, dari SMK Sultan Badlishah.
19. Menurut En. Mazlan, Minit mesyuarat yang diedarkan pada semua KP Sejarah pada hari ini
adalah format yang betul mengikut PKPA 92 yang dikeluarkan oleh INTAN seperti yang telah
digazetkan.. En. Mazlan juga berharap amalan penulisan minit mesyuarat sebegini boleh
dimalkan di peringkat sekolah masing-masing.
20. En. Ahmad Baharudin juga berharap agar Ketua-Ketua Panitia Sejarah di DKBB dapat
menggunakan format minit mesyuarat yang terkini dalam penulisan minit di sekolah masing-
masing dan minit mesyuarat mesti disiapkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh mesyuarat.
21. Pengerusi turut merujuk borang maklumbalas minit mesyuarat.
22. Beliau turut mengulas tentang Dialog Prestasi yang telah diadakan di PPD kulim pada 3
Oktober untuk Tingkatan 4 yang telah dihadiri oleh semua Penolong Kanan.
23. Beliau juga mengingatkan Ketua- ketua Panitia berkaitan isu/intervensi PILL dalam Dialog
Prestasi hanya berkaitan soalan dalam kertas peperiksaan sahaja.

Tindakan: Setiausaha

IV. PERKARA BERBANGKIT

24. En. Mazlan turut mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah menjayakan Program
Wajib Lulus Sejarah SPM fasa 1.(Rujuk bil 49 ms 5 minit mesyuarat ke-2.)
25. Hanya 130/270 murid sahaja yang hadir untuk program tersebut. Seramai 31/32 guru yang
terlibat dengan program tersebut turut hadir. Sambutan yang amat menggalakkan daripada
guru-guru.
26. Seramai 108/130 murid yang menyertai Program Wajib Lulus Sejarah SPM 2017 didapati
lulus dalam Percubaan Sejarah SPM 2017.

Tindakan: Makluman

V. POST MORTEM A3
27. En. Mazlan membentangkan keputusan percubaan matapelajaran Sejarah SPM 2017 bagi
Daerah Kulim.
28. En.Mazlan turut mengucapkan tahniah kepada semua guru Sejarah DKBB kerana
memperoleh GP 5.10
3
29. Beliau turut mengucapkan tahniah kerana DKBB menduduki tempat kedua dengan peratus
lulus sejarah seramai 79.03% dalam negeri Kedah.
30. Beliau turut menunjukkan pengiraan GP secara manual.
31. Beliau menyatakan ada peningkatan dalam GP matapelajaran Sejarah DKBB dan
berharap dapat mencapai ETR yang ditetapkan.

TOV AR1 AR2 AR3 ETR


6.07 6.42 5.94 5.10 4.54

32. En. Mazlan turut mengucapkan tahniah kepada sekolah sekolah yang menunjukkan
peratus lulus 100% dalam percubaan sejarah 2017 ini iaitu SMK Serdang Bharu,
SMK Taman Jelutong, SMK Chio Min, SMKK dan SMK Panglima Besar serta
sekolah- sekolah yang mencatatkan kelulusan tinggi bagi matapelajaran sejarah iaitu
SMK Lubok Buntar, SMK Sg. Kob, SMK Paya Besar, SMK Air Merah, SMK Lubok
Buntar dan SMK Selama.

Tindakan: Makluman

V1. PROGRAM WAJIB LULUS SEJARAH FASA 2 DAN CEMERLANG SEJARAH

33. En. Harichandran membangkitkan isu berkaian kertas percubaan sejarah 2 yang bocor
sebelum peperiksaan percubaan bermula.

34. .En. Ahmad Baharudin menjawab persolan tersebut dan berharap guru –guru dapat
menggunakan modul sendiri untuk peperiksaan bagi mengelakkan isu soalan bocor dan
beliau berharap dalam pengurusan modul akan datang perkara seumpama ini dapat dielakkan.

35. Menurut En. Mazlan, faktor integriti guru memainkan peranan penting dalam menangani isu
soalan bocor ini . Beliau turut mencadangkan beberapa langkah penyelesaian untuk
menangani isu tersebut.

36. Beliau turut mencadangkan tarikh 14/10, dan meminta pendapat guru-guru sejarah berkaitan
pelaksanaan Program Wajib Lulus Sejarah Fasa 2 dan Program Cemerlang Sejarah peringkat
DKBB pada hari tersebut.

37. En. Ahmad Baharuddin maklumkan bahawa pada tarikh tersebut SMK Keladi menganjurkan
Hari Kantin dan mencadangkan supaya Program Wajib Lulus Sejarah Fasa 2 tersebut di
adakan di SMK Hi-Tech.

38. Menurut En. Mazlan dua program tersebut akan dijalankan serentak pada 14/10/17, dari
pukul 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Program bagi kumpulan cemerlang akan dijalankan di
Dewan Transformasi PPD.

39. Perbincangan tentang pelaksanaan dan susun atur jadual dan ajk bagi program Wajib Lulus
Sejarah fasa 2 dan Cemerlang Sejarah. Rujuk lampiran,

4
40. En. Mazlan berharap agar rakan- rakan yang terlibat dengan program ini nanti akan dapat
memberi kerjasama yang penuh untuk menjayakan program tersebut.

Tindakan: Makluman.

VII. HAL-HAL LAIN

41. En. Mazlan turut berharap agar Ketua-Ketua Panitia Sejarah .DKBB yang hadir pada hari ini
dapat menguruskan panitia dan juga duit PCG dengan baik dan menghabiskannya bagi tahun
semasa dengan saksama bagi tingkatan 1.2.3 .4 dan 5.

.
Tindakan: Semua KP

VII. UCAPAN PENANGGUHAN

42. En. Mazlan mengharapkan agar guru-guru Sejarah dapat mantapkan lagi pdpc Sejarah dan
meningkatkan kedudukan mata pelajaran Sejarah di peringkat negeri Kedah.
43. Pengerusi mengharapkan semua ketua panitia dapat bersama-sama merealisasikan
perancangan Bengkel dan Program Wajib Lulus Sejara fasa 3 dan Cemerlang Sejarah pada
kali ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada 5.00 petang:

Disediakan oleh :
Urusetia Mesyuarat
PANITIA SEJARAH DKBB

Tarikh: 10 OTOBER 2017

LAMPIRAN 1/2

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

Nama Mesyuarat : MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL. 3/2017

5
Tarikh : 27 September 2017

Tempat : Anjung Keladi, Smk Keladi

M/ PAR MAKLUM
PERKARA TINDAKAN
S A BALAS

2 8 Tindakan guru-guru Sejarah bagi meningkatkan graf Semua KP Dilaksankan


Vlefrog.

2 12 Tiada defisit dalam sukatan T1,T2, T3 dan T4. Semua guru Telah
m/p dilaksanakan

3 14 Pelaksanaan Program Cemerlang Sejarah SPM dan Semua KP Telah


Program Wajib Lulus Sejarah SPM Fasa 2. dilaksanakan

3 19 Pelaksanaan penulisan minit mesyuarat yang betul Semua KP Masih dalam


mengikut PKPA 92 seperti yang telah digazetkan. dan s/u pelaksanaan

3 23 Isu intervensi dalam dialog prestasi /PILL Semua KP maklum

Disediakan oleh :

--------------------

( S.MOGANASUNDIRI )

You might also like