You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LOSONG K.

TRG
MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE - 5
TAHUN 2016

Tarikh : 10 OKTOBER 2016


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran : Semua kecuali
1) En. Abd Rashid b. Ishak
2) En. Mohd Mustafa Nor b. Ramli
3) Pn. Nor Adilah bt. Mamat @ Khalid
4) Pn. Yu Azura bt. Muhamad
5) Pn. Nor Asira bt. Mamat

1.0 Ucapan Aluan pengerusi


1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Guru dan Staf bagi
kali ke 5.

1.2 Guru Besar memaklumkan bahawa kurikulum ialah nadi sekolah. Pencapaian
akademik pelajar harus dititikberatkan. Jangan cepat menghukum murid-murid,
sebaik-baiknya kenalpasti dahulu masalah yang dihadapi.
1.3 Seperti biasa beliau mengingatkan guru-guru tentang :

- Falsafah Pendidikan Negara, Visi dan Misi Sekolah


- Motto sekolah iaitu Cakna, Ceria, Cemerlang
- 3 gelombang, 5 aspirasi murid dan 6 gerakan
- 11 anjakan pendidikan
- Transformasi Terengganu Baru
- 6 fokus model Murid Negeri Terengganu

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Guru dan Staf kali ke 4

Pn. Aniza mencadangkan untuk pengesahan minit mesyuarat guru dan staf kali ke 4
tahun 2016 dan disokong oleh En. Abd. Halim

3.0 Perkara berbangkit


3.1 Tiada perkara berbangkit. Semua perancangan berjalan lancar seperti yang
dirancangkan.
[ Tindakan :Makluman]
4.0 Perutusan Pengerusi
4.1 Kerja buat kita.
- Jadikan sekolah sebagai tempat beribadah dengan melakukan kerja-kerja
dengan ikhlas.
- Sentiasa bersemangat dalam melakukan kerja
[ Tindakan :Makluman]

4.2 Program Sekolah


Aktiviti yang dijalankan di sekolah wajib dihadiri oleh semua guru.
Komitmen yang ditunjukkan oleh semua guru melambangkan kejayaan sebuah
sekolah.

4.3 Rekod kehadiran ke sekolah untuk PBB adalah cemerlang

4.4 Semua kita perlu memastikan agar diri kita bersedia untuk berubah dan sentiasa
berfikir secara positif bagi memastikan impian menghasilkan murid yang cemerlang
berjaya seperti motto sekolah ’ Cakna, Ceria , Cemerlang ’.

4.5 Takwim aktiviti bulan November

4.6 LADAP – Guru-guru yang telah menghadiri Kursus Semakan Tahun 1 perlu
mengadakan In House Training.
[Tindakan : Guru Terlibat ]

4.7 PBS – Dalam proses. Guru matapelajaran perlu memasukkan markah PBS Tahap 1 di
Makmal Komputer manakala Tahap 2 di Bilik Guru.

5.0 Laporan Kurikulum oleh Ustaz Fitri


- Tasmik masih berjalan seperti biasa.
- Objektif Sekolah Transformasi akan berjaya sekiranya guru berkualiti,
pemimpin berkesan dan mendapat sokongan daripada PIBG dan komuniti.

5.1 Modul PST


i) Bimbingan dan latihan.
ii) Menerajui Pembelajaran.
iii) Menerajui kepimpinan.
iv) Persekitaran Pembelajaran Positif.
v) Perancangan, penyampaian dan persekitaran berkesan.
vi) Pembudayaan
 Bimbingan dan latihan
 Learning Walk
 Kelas dan Pdp Abad 21
 Data yang berkesan
 PLC
- SKLo juga dikenali sebagai Sekolah PROD ( Pembangunan Organisasi untuk
Kecemerlangan Sekolah )

5.2 Tahap Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS.


Tarikh akhir laporan PBS – 31.10.2016
[ Tindakan : Makluman ]

6.0 Laporan PK HEM oleh Pn. Zaleha


6.1 Kehadiran Murid
- KPI 95% belum tercapai.
- Murid yang hadir lewat telah berkurang.
- Hadiah kehadiran penuh sehingga tarikh 30.10.2016 sahaja.
6.2 Kemasukan permohonan ke SBP diisi oleh murid dan satu salinan diserahkan
Kepada sekolah.
6.3 RMT selama 170 hari untuk murid Tahun 2 – Tahun 6 akan berakhir pada 13.11.2016
manakala tahun 1 sehingga akhir tahun.
6.4 Kursus Pengawas akan diadakan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengawas.
Fasilitator adalah PK HEM SK Padang Hiliran.
[ Tindakan : Makluman ]

6.5 Buku Teks


Proses pemulangan dan pengambilan buku teks akan berlangsung pada 14-
15.11.2016
[ Tindakan: Guru Kelas ]

7.0 Pelaporan oleh Pn. Zaleha.


- 8.10. 2016 – Sukaneka
- 11.12.2016 – Sukan Tahunan Sekolah tahun 2016
- 20.10.2016 – Ujian TID di Sekolah Sultan Sulaiman
- 2.11.2016 – Pertandingan mewarna sempena Sambutan Hari Kesihatan di Stadium
Negeri.
- PAJSK – online belum stabil.

[ Tindakan : Makluman]
8.0 Hal-hal lain.
Tiada hal-hal lain.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:00 petang

Disediakan oleh Disemak oleh

...................................... .........................................
( SITI NOR BAYA BT OTHMAN ) ( NORHAZLEN BT ABDULLAH )
S/U Panitia Matematik SK LOSONG Guru Besar SK LOSONG

You might also like