You are on page 1of 13

1)Pengurusan bilik darjah

Konsep
-pengurusan bilik darjah boleh ditafsirkan sebagai cara yang digunakan untuk mengurus
aktiviti, pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah bagi
memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang
mesra, iaitu mengurangkan masalah tingkah laku

Ciri-ciri guru efektif

Kualiti peribadi
-kepercayaan guru terhadap p&p beliau
-bersikap mesra dan peramah
-bertanggungjawab dengan kejayaan dan kegagalan p&p beliau
-tidak menyalahkan murid sekiranya mereka gagal untuk belajar
-menunjukkan minat dengan subjek yang diajar
-sensitif dan peka dengan perbezaan cara belajar dan keperluan muridnya

Kompetensi p&p
-merancang pengajaran dengan baik berdasarkan kurikulum
-mempunyai pengetahuan mendalam bagi subjek yang diajar
-memberikan contoh dan mengaitkan dengan kehidupan seharian murid
-memilih dan menentukan pendekatan dan kaedah pengajaran yang sesuai
-mempunyai kemahiran untuk menerangkan sesuatu topik supaya murid faham
-menggunakan perisian TMK
-mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta pentaksiran & penilaian yang sesuai
-pengurusan bilik darjah yang baik

Kompetensi budaya
-merujuk kepada sikap, pengatahuan, kemahiran dan tingkah laku yang dipunyai oleh
guru yang membolehkan dirinya membentuk hubungan yang positif dan bekerjasama secara
efektif dalam situasi bilik darjah yang terdiri daripada murid pelbagai bangsa dan budaya

Penghayatan dan amalan nilai


-tanggungjawab terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat
dan profesion perguruan
-guru perlu berusaha mencari ilmu dan menambah baik pengetahuan untuk
perkembangan profesional dan menghayati pembelajaran sepanjang hayat

2)Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah

Persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk murid


-ialah tempat murid dapat melibatkan diri dalam proses p&p, merangsang minat untuk
terus belajar, memotivasikan murid dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri,
mewujudkan peluang untuk aktiviti individu dan memberikan peluang interaksi antara murid.
Antaranya ialah:-

Fizikal
-Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria boleh menyumbang kepada pembelajaran
murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan murid dan murid dengan guru
-termasuk susunan dan reka bentuk fizikal bilik darjah, kebersihan, sudut pembelajaran
dan pencahayaan, pengudaraan serta perabot

Persekitaran psikososial
-suasanaa yang selesa
-bebas dari ancaman dan bahaya fizikal
-perasaan diterima
-sensitif dan peka kepada perbezaan individu
-suasana yang merangsang pembelajaran
-wujud komunikasi terbuka dan perkongsian idea
-menggalakkan pembelajaran koperatif
-peluang yang sama untuk semua murid

Peraturan dan rutin bilik darjah


-cara mencegah masalah tingkah laku
-mampu membentuk persekitaran bilik darjah yang terurus

Pengurusan sumber maklumat murid


-pihak sekolah akan mengurus maklumat murid, rekod disiplin, rekod peperiksaan dan
rekod pencapaian murid
-rekod murid adalah sulit
-telah dimasukkan ke dalam sistem menggunakan ict
-mengurangkan beban tugas guru
-memudahkan kementerian mengenalpasti latarbelakang murid
-hubungan guru dengan ibu bapa akan terjalin
-guru dan pihak sekolah dapat memantau kemajuan murid

3)Membina hubungan yang positif guru-murid di dalam bilik darjah

Kepentingan hubungan positif guru-murid

Guru
-meningkatkan motivasi guru untuk mengajar
-dapat mengawal murid dengan lebih baik
-meningkatkan kerjasama dengan murid
-imej guru lebih baik

Murid
-minat murid untuk belajar meningkat
-senang untuk bekerjasama dengan guru
-pencapaian akademik meningkat
-murid lebih bermotivasi untuk belajar

Faktor-faktor mempengaruhi hubungan positif guru-murid

Penampilan dan bahasa badan guru


-berpakaian kemas mengikut garis panduan pakaian guru ketika bertugas di sekolah

Tingkah laku
-tingkah laku yang sopan, berhemah tetapi tegas, berempati dan menggunakan bahasa
yang sesuai akan mewujudkan hubungan yang baik antara murid dengan guru

Menunjukkan contoh teladan yang baik


-minat dengan subjek yang diajar
-sentiasa kelihatan tenang dan ceria
-mengamalkan komunikasi yang berkesan
-ikhlas ketika mengajar
-mengambil berat, bersemangat kekitaan dan berempati

Strategi membina hubungan positif guru-murid


-ingat nama murid
-tanam semangat cintakan kelas
-agihkan tanggungjawab bersama
-tetapkan jangkaan realistik
-tunjukkan keprihatinan
-masukkan unsur kecindan

Dinamika bilik darjah


-ialah kuasa yang terdapat dalam kumpulan rakan sebaya berupaya yang boleh
mendorong ahli-ahli kumpulannya untuk melakukan sesuatu perubahan sama ada peningkatan
atau pengunduran kumpulan terhadap sesuatu situasi nilai atau aktiviti
-pola interaksi dan persahabatan di dalam bilik darjah boleh dikenal pasti melalui soalan-
soalan sosiometri seperti “siapakah kawan baik anda di dalam kelas”, “siapakah kawan
yang anda pilih untuk melakukan aktiviti” dan “siapakah yang anda tidak sukai dalam
kelas”

Faktor-faktor yang membentuk dinamika kumpulan


-jantina yang sama
-ada kumpulan dibentuk berdasarkan bangsa atau agamayang dianuti(faktor ini boleh
membawa kepada sifat perkauman)
-kumpulan dibentuk berdasarkan status sosioekonomi(faktor ini boleh menyebabkan
perpecahan hubungan di dalam bilik darjah)
Peranan guru dalam dinamika kumpulan
-perlu mengawasi tingkah laku dinamika kumpulan yang boleh membawa perpecahan
perpaduan di dalam kelas
-perlu memberikan perhatian kepada kumpulan murid yang disingkir atau tidak disukai
-gunakan kuasa penularan
-bimbing kumpulan membentuk ciri-ciri yang diingini
-guru sebagai ketua dinamika bilik darjah

4)Model pengurusan disiplin bilik darjah

Konsep disiplin bilik darjah


-merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal
dan mendapatkan tingkah laku yang diingini.

Model pengurusan disiplin bilik darjah

Model disiplin asertif canter


-asertif ialah berkeyakinan dan tegas
-mengadakan peraturan tingkah yang jelas di dalam bilik darjah
-murid yang patuh mendapat peneguhan seperti penghargaan dan pujian
-murid yang tidak patuh akan mendapat peneguhan negatif berstruktur iaitu berperingkat
-hak guru untuk mengajar secara profesional dan tanpa ada gangguan
-hak murid untuk belajar dalam keadaan selamat dan tenang

Model asertif disiplin menggariskan 3 jenis guru

Guru agresif
-lebih bersifat autokratik, menunjuk kuasa dan tidak bertolak ansur

Guru tidak asertif


-menggunakan pendekatan pasif, tidak konsisten dan mengelirukan

Guru asertif
-tidak garang, kasar atau terlampau tegas
-jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetepkan peraturan.
-guru mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid
-mengetahui apa-apa yang diingini murid-muridnya
-menyatakan dengan jelas tingkah laku murid yang diingini
-membantu murid memahami bentuk-bentuk tingkah laku yang membawa kejayaan dan
kegagalan
Model akibat logikal dreikurs
-murid diberi kepercayaan untuk menjaga disiplin di dalam bilik darjah
-guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku
-mengamalkan konsep demokratik di dalam bilik darjah
-motif murid yang melakukan tingkah laku yang tidak diingini ialah
-untuk mendapatkan perhatian dari guru dan rakan, mencabar kuasa guru,
membalas dendam atau menunjukkan kelemahan

Model pengurusan kelompok kounin


-bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti
di dalam bilik darjah.

withitness
-berupaya melakukan lebih daripada satu perkara dalam satu masa

overlapping (pertindanan)
-kemahiran mengendalikan aktiviti dengan lancar dan transisi satu aktiviti kepada aktiviti
lain berlangsung tanpa ada gangguan

ripple effect(kesan gelombang)


-tindakan guru ke atas mana-mana murid juga mendatangkan kesan terhadap murid
lain. Kesan ini akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas
dan serius

Model pengurusan disiplin thomas gordon


-guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran murid yang memberangsangkan
-menggunakan pendekatan i-message
-aplikasi teknik menyelesaikan konflik
-menghargai perasaan murid
-mendengar dengan aktif
-mengelakkan halangan komunikasi
-memberi arahan, memberi amaran, membebel, bersyarah, mengkritik,
melabel, menilai, memuji, memujuk,menyoal dan menarik diri

Pelan disiplin gordon(mencegah masalah sebelum berlaku)


-mempengaruhi daripada mengawal
-mencegah masalah sebelum berlaku
-masalah siapa
-berdepan dengan masalah tingkah laku(guna i-message)
-kemahiran mendengar
-penyelesaian konflik yang berkesan
Model beyond discipline alfie kohn
-membina komuniti bilik darjah yang penyayang, prihatin dan menghargai satu sama lain
-murid rasa kesepunyaan di dalam bilik darjah
-mengambil tahu minat dan kesukaan murid
-memulakan kelas dengan soalan untuk dijawab, bukannya fakta untuk diketahui dan
dipelajari
- komuniti bilik darjah yang kooperatif

Cadangan kohn membina komuniti bilik darjah yang penyayang


-membina hubungan antara murid dengan guru
-meningkatkan hubungan antara murid
-perjumpaan kelas
-mengadakan aktiviti yang melibatkan kelas dan sekolah
-perbincangan akademik

Pengurusan beyond discipline oleh kohn


-guru perlu fikirkan tujuan peraturan ditetapkan kepada murid
-elakkan daripada mengadakan peraturan yang terlampau banyak sekatan
-peraturan yang fleksibel dari segi masa dan keadaan serta keperluan murid
-sesuai dengan perkembangan murid
-cara penyampaian yang berhemah
-murid menerima peraturan yang ditetapkan

5)Pengurusan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah

Destruktif
-menghancurkan atau memusnahkan
-melawan guru, vandalisme, mengambil dadah atau menghidu gam

Disruptif
-tindakan yang mengganggu atau menjejaskan aktiviti p&p
-tidak memberi perhatian di dalam kelas
-tidak menyiapkan tugasan
-kerap lewat masuk kelas

Jenis-jenis tingkah laku bermasalah


-mencuri, melawan, memukul, mencederakan, vandalisme, ponteng kelas, ponteng
sekolah, mengedar dadah, mengambil dadah, kekemasan diri, mengganggu
pelaksanaan p&p, guna perkataan lucah dan mengugut rakan sebaya

Punca tingkah laku bermasalah


Diri murid
-perkembangan kognitif, emosi, sosial dan fizikal yang berbeza setiap murid
-mempunyai tahap kemahiran yang berbeza
-masalah pembelajaran
-estim kendiri yang rendah
-murung
-tiada motivasi untuk belajar

Guru
-menetapkan jangkaan yang terlalu tinggi muridnya
-memberi kerja rumah yang berlebihan dan panjang
-pentaksiran yang terlalu susah sehingga menyebabkan peratus kegagalan tinggi
-mengkritik murid di hadapan rakan dan guru lain
-menyalahkan murid untuk setiap masalah yang timbul dalam bilik darjah
-terlalu tegas dan tidak mahu berunding dengan murid

Sekolah
-harapan sekolah yang tinggi
-tumpuan kepada aspek akademik semata-mata
-peraturan yang terlalu ketat

Latar belakang murid


-ibu bapa tegas dan meletakkan harapan yang tinggi
-hukuman berbentuk fizikal yang keterlaluan
-ibu bapa terlampau memanjakan anak
-ibu bapa jarang menunjukkan kasih sayang dan kurang memberi perhatian
-ibu bapa muda dan kurang matang
-ibu bapa tidak ada masa untuk anak
-ibu bapa enggan bekerjasama dengan pihak sekolah
-jurang sosioekonomi

Tindakan guru dalam menguruskan tingkah laku bermasalah


-menetapkan perancangan awal tahun
-dapatkan maklumat awal berkaitan kelas yang akan diajar bagi
memudahkan guru mengenal pasti latar belakang muridnya dan
mengadakan perjumapaan dengan murid pada hari pertama
-menyediakan aktiviti pembelajaran yang bermakna
-menyediakan rutin untuk aktiviti akademik, bukan akademik serta semasa interaksi
dalam kelas
-menetapkan peraturan yang jelas
-mengadakan hukuman atau akibat terhadap tingkah laku yang bermasalah
-penampilan dan bahasa badan guru
-sikap dan tingkah laku guru
-respon guru terhadap disiplin dan masalah tingkah laku murid
-keprihatinan guru terhadap masalah murid
-guru perlu bersikap asertif dalam menangani masalah disiplin dan tingkah laku di dalam
bilik darjah
Halangan dalam menguruskan tingkah laku bermasalah
-guru harus tenang, tidak beremosi dan tidak ada prejudis terhadap kanak-kanak
-guru yang tidak berpengalaman dan kurang pengetahuan tentang psikologi murid
-guru perlu kompeten budaya
-pengaruh rakan sebaya
-ibu bapa mempersoalkan langkah-langkah menangani masalah disiplin di sekolah

6)Intervensi menangani tingkah laku bermasalah

Teknik modifikasi tingkah laku


-menggunakan prinsip peneguhan
-tingkah laku dipengaruhi oleh akibat selepas tingkah laku ditunjukkan
-tingkah laku boleh dibentuk berdasarkan akibat yang diberikan
-berdasarkan tingkah laku yang diberikan ganjaran akan diulangi, manakala tingkah laku
yang tidak diberikan ganjaran akan lupus
-peneguhan positif lebih berkesan berbanding dengan dendaan
-peneguhan dan akibat akan ditentukan sendiri oleh murid

Hierarki peneguhan modifikasi tingkah laku


-bahan makanan
-barangan
-token
-aktiviti
-keistimewaan
-pengiktirafan rakan
-perakuan guru
-kepuasan kendiri

Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur


-sistem kontrak tingkah laku (sosial dan akademik)
-sistem token

Kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan kaunseling


-kemahiran memberikan perhatian
-kemahiran mendengar dengan aktif
-memerhati dan memahami kelakuan non-verbal murid
-mendengar dan memahami mesej-mesej verbal murid
-mendengar dan memahami murid dalm konteks sebenar
-mendengar dan membaiki salah tanggapan murid
-kemahiran berempati
-mendengar dengan sensitif
-memahami situasi yang dihadapi oleh murid
-membantu murid menghubungkait perasaan sebenar dengan situasi yang
dihadapi
Terapi bermain
-cara kanak-kanak belajar tentang persekitaran, meluahkan perasaan dan emosi serta
mengembangkan kemahiran fizikal, mental, kemahiran bersosial, kemahiran komunikasi
dan membina hubungan
-dilakukan secara spontan untuk mendapatkan kepuasan
-dapat mengenali diri mereka
-boleh digunakan kepada murid yang mempunyai masalah mengawal
kemarahan,berhadapan dengan kehilangan atau kesedihan.
-meningkatkan kemahiran sosial dan kognitif kanak-kanak ADHD

Peringkat terapi bermain


-permainan sensorimotor
-0-2 tahun
-menggunakan deria untuk bermain dan mempelajari persekitarannya
-permainan berimaginasi
-2-7 tahun
-mula menggambar dan merancang dengan minda
-permainan berperaturan
-7-11 tahun
-sudah mula memahami persepsi dan pandangan orang lain
-sudah mula bersosial

Teknik terapi bermain


-permainan boneka
-bercerita
-bermain spontan/berperaturan
-bermian pasir

Pelaksanaan terapi bermain


-perancangan bentuk terapi- bina hubungan baik denga kanak-kanak
-pelaksanaan terapi
-penilaian terapi

Pendekatan dalam terapi bermain


-relating- bantu kanak-kanak bertanggungjawab dgn tingkah lakunya
-releasing- kanak-kanak mengekspresikan fikiran dan emosi
-recreating- mengadakan kembali kejadian lampau yang dialami
-reexperiencing- dibimbing memahami kejadian lampau dgn keadaannya sekarang
-resolving

Ciri-ciri ahli terapi


-menyukai kanak-kanak
-penerimaan terhadap kanak-kanak
-mampu cipta suasana aman
-sensitif dgn perasaan kanak-kanak
-memberi peluang kanak-kanak meluahkan perasaan
-percaya dgn kebolehan kanak-kanak
-memahami tahap dalam proses terapi bermain

Terapi seni
-luah perasaan dan konflik dalaman melalui aktiviti seni
-meningkatkan kesederan kendiri
-mengendalikan simptom tekanan
-meningkatkan keupayaan kognitif
-semua individu berupaya menjadi kreatif
-melukis dan mewarna aktiviti berkesan bg kanak-kanak ADHD, autisme

Prinsip asas terapi seni


-jangan memaksa kanak-kanak
-guru duduk bersama murid ketika mereka melukis
-beri perhatian terhadap soalan murid semasa proses tersebut
-beri masa yang cukup dan kebebasan kepada murid
-sabar dan beri arahan pendek, jelas dan menggunakan soalan terbuka

Terapi muzik
-terapi yang dapat membaiki, memelihara kesihatan mental, emosi, sosial dan hubungan
interpersonal juga untuk meningkatkan kesederana diri

Tujuan terapi muzik


-meningkatkan konsentrasi kanak-kanak
-membuka minda dan perasaan kanak-kanak
-melatih persepsi kanak-kanak (persepsi audio atau visual)
-meningkatkan keyakinan kanak-kanak
-mengurangkan kekakuan kepada otot (kanak-kanak berkeperluan khas)
-membentuk hubungan interpersonal
-menghilangkan stress

Terapi bercerita
-akan ada soal jawab
-boleh dilakukan secara individu atau kelompok
-dapat meningkatkan keyakinan diri untuk mengekspresikan perasaan jika kanak-kanak
terlibat secara aktif
-berpusatkan kanak-kanak
7)Pengurusan bilik darjah inklusif yang melibatkan murid berkeperluan khas

Autisme
-menunjukkan masalah interaksi, komunikasi dan tingkah laku
-muncul pd peringkat awal kanak-kanal, 1-3 tahun
-mengganggu perkembangan otak
-suka mengasingkan diri
-enggan bercakap
-kemahiran sosial dan komunikasi yang lemah
-cenderung melakukan pergerakan badan yang yang berulang kali
-memberikan respon yang luar biasa
-perasaan terlampau suka terhadap sesuatu objek
-tidak suka kepada perubahan rutin
-lewat perkembangan

Pengurusan bilik darjah murid autisme


-guru perlu menyediakan murid lain untuk menerima murid autistik
-sediakan diri untuk menyiasat perkembangan murid tersebut
-guru perlu menyediakan persekitaran yang berstruktur kerana murid autistik suka
keadaan yang rutin
-persekitaran tempat duduk murid tersebut bebas dari bahan yang boleh
mencederakannya
-guna strategi modifikasi tingkah laku
-guru perlu guna kaedah kumpulan kecil
-dapatkan nasihat pakar

Hiperaktif

3 jenis ADHD
-Tidak dapat memberikan perhatian
-murid yang tidak boleh memberi perhatian di dalam kelas
-bercakap terlalu banyak
-bersifat pendiam
-mungkin tidak menimbulkan masalah
-sukar memberi perhatian
-cepat rasa bosan dengan satu-satu aktiviti

-Hiperaktif dan impulsif


-kurang ciri-ciri tidak memberi perhatian
-aktif dari segi fizikal dan bersikap impulsif
-Sering meninggalkan tempat duduk
-bergerak di sekitar kelas apabila murid lain sedang duduk dan menyiapkan
tugasan
-tidak sabar
-menyampuk semasa orang lain sedang berbual
-bertindak tanpa memikirkan kesannya

-Kombinasi ADHD
-melibatkan kedua-dua bentuk ADHD iaiitu masalah memberikan perhatian,
hiperaktif dan impulsif
-paling biasa dijumpai

Pengurusan bilik darjah bagi murid ADHD


-tempatkan di sudut yang tidak banyak perkara yang boleh mengalih perhatian
-pastikan murid jelas tentang peraturan bilik darjah
-wujudkan rutin di dalam bilik darjah
-sediakan peluang untuk mereka terlibat dalam aktiviti yang aktif
-menggunakan arahan ringkas

8)Pelan pengurusan bilik darjah

Langkah-langkah penyediaan pelan pengurusan bilik darjah yang efektif secara


kreatif dan inovatif
-menetapkan jenis persekitaran pembelajaran
-menetapkan jenis komuniti murid yang diingini

Komponen persekitaran fizikal


-pelan kedudukan murid
-hiasan kelas untuk keceriaan
-pengisian papan kenyataan

Komponen p&p
-pengetahuan sedia ada murid
-pendekatan dan strategi pengajaran
-kaedah pengajaran
-rancangan mengajar

Komponen hubungan guru-murid


-hubungan guru-murid
-hubungan murid-murid
-hubungan dengan ibu bapa
-corak komunikasi
-strategi kemahiran bersosial, menyelesaikan masalah dan pengurusan kendiri

Komponen pengurusan disiplin


-peraturan bilik darjah
-rutin
-model pengurusan yang akan diguna
-akibat melanggar peraturan dan rutin bilik darjah
-strategi mengukuhkan disiplin dalam bilik darjah
Kompenen intervensi guru
-corak intervensi bagi menangani tingkah laku bermasalah
-teknik modifikasi tingkah laku
-bimbingan dan kaunseling

Halangan dalam pengurusan bilik darjah


-hubungan ibu bapa
-pengaruh rakan sebaya
-keadaan persekitaran bilik darjah

You might also like