You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KIOL, 27000 JERANTUT, PAHANG

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS MURID BIL.1/2018

Tarikh : 25 Januari 2018


Hari : Khamis
Masa : 1.35 Petang
Tempat : Bilik Pemulihan Khas

Kehadiran:
1. En. Che Aubaidi bin Abdullah Guru Besar
2. Pn. Azhana bt Abd Karim GPK Pentadbiran
3. Pn. Rosmalina bt Mohd Yusof GPK Hal Ehwal Murid
4. Pn. Wanie Fazlinda bt Inche Zakuan Penyelaras Linus
5. Pn. Nur Fatin Asyiera bt Abdullah Setiausaha Linus
6. Pn. Nor Fadhila bt Che Ahmed
7. En. Abd Rahman bin Abd Malik
8. En. Nava Rethnam a/l Vagadramun
9. En. Yusli bin Mahmood

Agenda:
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir
mesyuarat Jawatankuasa Linus kali pertama 2018. Beliau mengucapkan
terima kasih di atas komitmen guru yang bagus pada tahun lepas dan
berharap pada tahun ini semua guru Linus lebih komited dalam menjayakan
program-program Linus pada tahun ini.
2.0 Ucapan Alu-aluan Tuan Guru Besar
2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua guru dalam
mensyuarat Program Linus BIL 1/2018. Beliau juga menyatakan fokus tujuan
mensyuarat LINUS pada kali ini ialah menetapkan hala tuju sekolah tentang
Program LINUS berdasarkan Pendidikan abad ke-21.. Beliau turut
mengingatkan bahawa program LINUS di bawah NKRA adalah sama taraf
dengan kelas aliran arus perdana, dan PRASEKOLAH. Terdapat beberapa
kategori LINUS iaitu LINUS biasa, dan LINUS Tegar. Penetapan KPI LBI, LBM,
dan NUMERASI di peringkat SEKOLAH mesti 100% sebelum Tahun 4 kecuali KPI
LBI sahaja 90% kerana terdapat Saringan Khas Tahun 4 bagi LBI. Bagi
mrncapai KPI yang ditetapkan ini dicapai, guru-guru LINUS Tahun 1 – Tahun 3
perlu lebih komited memandang kelas pemulihan khas SK Sungai Kiol
diarahkan tutup. Guru mata pelajaran harus bijak merancang PdPc supaya
semua murid menguasai semua konstruk LBM, LBI dan Numerasi.
Pelaksanaan dan pelaporan LINUS perlu dibuat secara telus bagi mengelakkan
pihak pentadbir sekolah dipanggil berdialog prestasi di peringkat PPD, ataupun
JPN. Beliau turut membangkitkan beberapa isu tentang LINUS seperti:-
 Tiada pembetulan dibuat ketika pemeriksaan kertas saringan LINUS.
 Markah ada, tetapi saringan tidak dilaksanakan.
 Pendokumentasian LINUS perlu dibuat dengan baik, dan teratur
 Murid perlu menguasai Konstruk 3 sehingga Konstruk 12, manakala
murid yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 dianggap
sebagai LINUS Tegar
(Makluman: Semua Guru Linus)
3.0 Pembentangan Jawatankuasa Linus 2018

3.1 Pn. Wanie Fazlinda Inche Zakuan membentangkan Jawatankuasa Program


Linus bagi Tahun 2018 seperti berikut:

Pengerusi : En. Che Aubaidi bin Abdullah (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Pn. Azhana bt Abd Karim (GPK Pentadbiran)
Penyelaras : Pn. Wanie Fazlinda bt Inche Zakuan
Setiausaha : Pn. Nur Fatin Asyiera bt Abdullah
AJK : Pn. Nor Fadhila bt Che Ahmed
Pn. Rosmalina bt Mohd Yusof
En. Nava Rethnam a/l Vagadramun
En. Abd Rahman bin Abd Malik
En. Yusli bin Mahmood

4.0 Sukatan Pelajaran dan Rekod Mengajar

4.1 Penyelaras Linus memaklumkan kepada semua guru Linus wajib menggunakan
sukatan pelajaran Linus mengikut tahun dan mata pelajaran yang diajar dan
Sukatan Pelajaran tersebut boleh didapati di dalam Fail Linus: Sukatan
Pelajaran bagi guru-guru yang baru mengajar Linus pada tahun ini.
4.2 Templet RPH yang dipilih oleh guru-guru diterima, asalkan menepati elemen-
elemen yang dikehendaki Rekod PdPc 2018

5.0 Pembentangan Pelan Strategik dan Takwim Tahunan Program Linus 2018
5.1 Penyelaras Linus membentangkan Pelan Strategik dan Takwim Tahunan
Program Linus 2018 seperti yang dilampirkan (Lampiran 1 dan 2).
5.2 Beliau berharap program-program LINUS yang dirancang perlulah
dilaksanakan dengan baik bagi mencapai KPI Linus yang telah ditetapkan 2018.
6.0 Saringan Linus 2.0
6.1 Penyelaras Linus memaklumkan kepada semua guru yang terlibat dengan
Program Linus pada tahun ini, Saringan Linus 2.0 biasanya akan dijalankan
sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September.
6.2 Beliau juga memohon agar semua guru Linus memberi penekanan kepada
konstruk-konstruk yang belum dikuasai oleh murid dengan memberi
pendedahan format saringan Linus yang lepas. Instrumen Saringan Linus pada
tahun-tahun lepas boleh juga dijadikan sebagai latihan murid agar murid biasa
dengan instrumen saringan.
6.3 Beliau menegaskan bahawa guru-guru yang terlibat dengan saringan Linus 2.0
pada tahun haruslah membaca dan memmahami Panduanan Pelaksanaan
Saringan Linus 2.0 bagi mengelakkan sebarang masalah semasa
melaksanakan saringan supaya menepati SOP yang dikehendaki.
6.4 Semua guru perlu telus semasa melaksanakan saringan dan menyiapkan
saringan pada masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan kerja penyelaras
Linus dalam mengisi portal, membuat pelaporan dan melengkapkan borang
kawal mutu,

7.0 Hal-hal Lain

7.1 Pn. Nur Fatin Asyiera bt Abdullah memohon agar semua guru linus
memberikannya maklumat diri guru untuk dimasukkan di dalam fail.

8.0 Ucapan Penangguhan


8.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu kelak.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Pn. Nur Fatin Asyiera binti Abdullah) (Pn. Azhana bt Abd Karim )
Setiausaha GPK Pentadbiran
SK Sungai Kiol SK Sungai Kiol
Jerantut, Pahang Jerantut, Pahang

You might also like