You are on page 1of 9

Contoh 1:

6.0 RUMUSAN

6.1 Pendahuluan

Bab ini merupakan bab terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini pengkaji akan
membuat rumusan atau kesimpulan secara ringkas mengenai hasil kajian dan memberikan
sumbang saran berkaitan kajian.

Secara kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tentang Agro
pelancongan di UK Farm , KM 13, Jalan Batu Pahat, Kluang, Johor . Objektif kajian adalah
untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menarik pelancong ke UK Farm, Kluang, Johor dan
mengkaji kesan kewujudan UK Farm, Kluang, Johor terhadap sosio dan budaya pelancong.
Kajian ini telah dapat mengumpulkan data bagi memenuhi objektif kajian. Berikut adalah
hasil rumusan dapatan kajian.

6.2 Dapatan Kajian.

Secara keseluruhannya dalam kajian ini terdapat lima bahagian iaitu bab 1, bab 2, bab
3, bab 4 dan bab 5. Dalam bab yang pertama, pengkaji membincangkan mengenai pengenalan
kajian, bab kedua membincangkan tentang objektif kajian, bab ketiga membincangkan
mengenai lokasi kajian, bab keempat membincangkan mengenai metodologi kajian, bab
kelima membincangkan hasil analisis data dan bab terakhir membincangkan mengenai
kesimpulan bagi keseuluruhan hasil kajian.

6.2.1 Faktor-faktor yang menarik pelancong ke UK Farm, Kluang, Johor.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, dapatan mendapati bahawa faktor-faktor yang menarik
pelancong ke UK Farm, Kluang, Johor, adalah seperti berikut.

Bagi faktor lokasi Kajian, dapatan mendapati majoriti responden setuju bahawa lokasi
UK Farm, Kluang mudah dituju dan terletak di kawasan yang sangat sesuai. Hal ini
kemungkinan kerana, papan tanda UK Farm, terletak bersebelahan dengan jalan raya dan
lokasinya bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan di UK Farm.
Bagi faktor Budaya dan Persekitaran, majoriti responden tidak pasti bahawa UK Farm
dapat memaparkan adat dan budaya masyarakat Malaysia kerana berdasarkan temubual
dilakukan daripada pegawai, paparan berkaitan adat dan budaya hanya akan dilakukan sekali-
sekala jika terdapat rombongan pelancong yang besar . Majoriti responden setuju bahawa
persekitaran UK Farm, berada dalam keadaan yang bersih kerana kawasan persekitaran UK
Farm amat dititikberatkan oleh pihak UK Farm.

Bagi faktor Perkhidmatan dan Kemudahan, majoriti responden setuju bahawa


terdapat kemudahan asas yang lengkap di UK Farm kerana terdapat tandas, gerai, restoran
dan surau. Seterusnya, majoriti responden juga bersetuju bahawa laman web UK Farm
mempunyai maklumat yang lengkap kerana terdapat pelbagai info berkaitan UK Farm yang
diperlukan oleh pelancong untuk dirujuk di dalam laman web tersebut. Selain itu, bagi tempat
penginapan yang selesa majoriti responden tidak pasti dengan penyataan tersebut kerana,
kebanyakkan pelancong yang disoal selidik tidak menginap di tempat penginapan tersebut.

Bagi faktor aktiviti pula, majoriti responden setuju bahawa UK Farm menawarkan
aktiviti yang menarik kerana pelancong dapat mencuba untuk memberi makan, minum dan
mendukung kambing.pelancong juga berkesempatan untuk melihat persembahan di
Perkampungan orang asli. Majoriti pelancong tidak pasti bahawa aktiviti yang ditawarkan
oleh UK Farm tiada di tempat lain kerana mungkin mereka belum berkesempatan untuk pergi
pusat Agro pelancongan yang lain.Di samping itu, majoriti responden setuju bahawa aktiviti
yang ditawarkan bersesuaian untuk semua peringkat umur kerana aktiviti tersebut boleh
dilakukan oleh kanak-kanak, dewasa dan juga warga emas.

Seterusnya, bagi faktor kos pula, majoriti responden setuju bahawa pelancongan ke
UK Farm memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Hal ini demikian mungkin kerana harga
tiket masuk yang dikenakan bernilai agak tinggi. Namun begitu, majoriti responden setuju
bahawa ia sangat berbaloi dengan nilai wang yang dilaburkan kerana ia berpatutan dengan
aktiviti dan promosi yang ditawarkan. Selain itu, majoriti responden juga tidak pasti bahawa
barangan cenderamata di UK Farm dijual pada harga yang berpatutan mungkin kerana
pelancong tidak berkesempatan untuk membeli- belah barangan cenderamata.

Secara keseluruhannya, hasil daripada analisis, pengkaji dapat membuat kesimpulan


bahawa antara kesemua faktor tersebut, faktor yang paling dominan kepada pelancong ialah
faktor aktiviti dimana aktiviti yang ditawarkan merupakan faktor yang paling menarik
pelancong ke tempat ini.

Kesimpulannya, faktor tarikan pelancong ke UK Fam ,Kluang, Johor dapat diketahui


dengan jelas akan pola-polanya. Diharapkan pengetahun ini dapat digunakan oleh pengkaji
pada masa akan datang dengan sebaik-baiknya dengan mengubahsuai soalan-soalan yang
berkaitan.

6.2.2 Kesan kewujudan UK Farm, KM 13 Jalan Batu Pahat, 86000, Kluang,


Johor terhadap sosio dan budaya pelancong.

Daripada dapatan kajian, didapati bahawa kesan kewujudan UK Farm, KM 13 Jalan


Batu Pahat, 86000, Kluang, adalah seperti berikut.

Bagi kesan hubungan sosial, rumusan yang dapat dibuat ialah pelancong di kawasan
kajian majoritinya bersetuju bahawa pelancongan ke UK Farm dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Hal ini kerana kebanyakkan pelancong datang melancong bersama keluarga
untuk meluangkan masa bersama-sama.

Bagi kesan amalan dan budaya, majoriti responden juga setuju bahawa mereka dapat
mengenali adat dan budaya kaum lain apabila melancong ke UK Farm. Hai ini demikian
kerana pelancong di UK Farm terdiri daripada pelbagai kaum yang membawa adat dan
budaya masing-masing.

Bagi kesan nilai kemanusiaan terhadap pelancong, didapati juga majoriti responden
bersetuju bahawa mereka dapat belajar menghargai alam sekitar apabila melancong ke UK
Farm. Hal ini kerana, UK Farm mempunyai alam sekitar yang indah dan nyaman.

Bagi kesan fizikal dan mental, dapatan yang seterusnya ialah, majoriti responden juga
bersetuju bahawa dengan melancong ke UK Farm mereka dapat menenangkan minda. Hal ini
kerana, aktiviti yang ditawarkan di UK Farm merupakan aktiviti yang santai dan
menyeronokkan. Oleh itu, pelancong dapat berehat daripada aktiviti harian mereka.
Secara keseluruhannya, hasil dari analisis pengkaji dapat membuat kesimpulan
bahawa kesan kewujudan UK Farm yang paling dominan pula daripada banyak-banyak kesan
ialah kesan terhadap amalan dan budaya.

Kesimpulannya, kesan kewujudan UK Fam ,Kluang, Johor dapat diketahui dengan jelas
akan pola-polanya. Diharapkan pengetahun ini dapat digunakan oleh pengkaji pada masa
akan datang dengan sebaik-baiknya dengan mengubahsuai soalan-soalan yang berkaitan.

6.5 Cadangan Kajian


Bagi memberi panduan kepada pengkaji pada masa akan datang yang menyelidik
tentang isu pelancongan, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji, antaranya
adalah:

a) Memastikan soalan yang dibuat daripada pelbagai aspek seperti kepentingan


dan persepsi masyarakat.
b) Menyediakan soalan yang senang difahami oleh pelancong ataupun responden
yang akan disoalselidik.
c) Menyerahkan borang soal selidik kepada pelancong di lokasi kajian dan
menerangkan sebab-sebab soal selidik dilakukan.
d) Memastikan responden-responden yang ditemubual terdiri daripada golongan
usia yang berbeza bagi mendapatkan pendapat yang berbeza.
e) Mendengar dan mematuhi arahan dan bimbingan guru.

Diharapkan bahawa cadangan-cadangan yang dikemukakan ini mampu memberi


panduan yang baik kepada pengkaji terhadap isu pelancongan ini pada masa kelak.
6.6 Kesimpulan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat faktor tarikan pelancong di UK Farm


yang paling dominan iaitu faktor aktiviti di UK Farm. Manakala kesan kewujudan UK Farm
yang paling dominan pula daripada banyak-banyak faktor ialah terhadap amalan dan budaya.

Daripada analisis kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti faktor tarikan pelancong
di lokasi kajian, didapati majoriti pelancong faham akan faktor sesuatu tempat menjadi
destinasi pelancongan dan majoriti mereka cenderung untuk pergi melancong. Selain itu,
daripada analisis kajian yang dilakukan untuk mengkaji kesan kewujudan UK Farm, KM 13,
Jalan Batu Pahat, 86000, Kluang, Johor terhadap sosio dan budaya pelancong, didapati
majoriti pelancong di lokasi kajian setuju dengan kesan kewujudan UK Farm yang
dinyatakan dalam borang soal-selidik. Secara kesimpulannya, kajian ini berjaya mencapai
objektif dan matlamat kajian yang dikehendaki.
Contoh 2:
RUMUSAN

6.1 Pendahuluan

Bagi memenuhi objektif kajian ini, seramai 30 orang responden telah terlibat dalam
kajian ini agar nilai-nilai statistik dapat diperoleh. Dalam bahagian ini, rumusan tentang
dapatan kajian akan dihasilkan.

6.2 Dapatan Kajian

6.2.1 Faktor-faktor Tarikan Laman Kreatif Kluang di bandar Kluang, Johor

Melalui kajian ini, faktor-faktor tarikan Laman Kreatif Kluang yang paling utama
ialah kepelbagaian jenis budaya. Pelukis-pelukis yang berbilang kaum telah menghasilkan
hasil kerja yang menunjukkan keunikan budaya kaum masing-masing. Mural yang dihasilkan
juga penuh dengan budaya tempatan seperti roti bakar dan stesen kereta api.

Selain itu, Laman Kreatif Kluang mempunyai lokasi yang strategik. Hal yang
sedemikian disebabkan lokasinya yang mudah diakses dan terletaknya di tengah pusat
bandar.

Seterusnya, promosi destinasi tentang Laman Kreatif Kluang yang sentiasa dilakukan
olek Majlis Perbandaran Kluang melalui media massa berjaya menarik perhatian ramai
pelancong. Hal yang sedemikian mengakibatkan destinasi ini sentiasa menjadi cadangan
orang ramai kepada bakal pelancong.

Di samping itu, kemudahan prasarana dalam Laman Kreatif Kluang juga menjadi
salah satu faktor tarikan Laman Krearif Kluang. Kemudahan awam yang lengkap telah
disediakan di Laman Kreatif Kluang seperti kerusi dan meja. Selain itu, pelancong juga dapat
menikmati keindahan mural walaupun pada waktu malam kerana pemasangan lampu yang
mencukupi.

Kemudian, kebersihan Laman Kreatif Kluang dikategorikan sebagai faktor tarikannya


.Hal yang sedemikian disebabkan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan secara
berkala.Kawasan di sekeliling Laman Kreatif Kluang juga agak bersih kerana tiada sampah-
sarap yang dibuang di merata-rata tempat sehingga menimbulkan bau busuk.
Dari aspek keselamatan pula, pencahayaan yang cukup di Laman Kreatif Kluang pada
waktu malam membolehkan pelancong-pelancong dapat menikmati mural tanpa merisaukan
keselamatan nyawa sendiri. Terdapat juga larangan kepada kenderaan prsendirian kenderaan
di kawasan laman demi keselamatan pelancong.

6.2.2 Kesan-kesan Kewujudan Laman Kreatif Kluang di bandar Kluang, Johor


Terhadap Sosial Dan Budaya Penduduk Setempat

Melalui kajian yang dijalankan, terdapat 4 kesan kewujudan Laman Kreatif Kluang
terhadap sosial dan budaya. Namun begitu, kesan kewujudan Laman Kreatif Kluang terhadap
social dan budaya penduduk setempat yang paling utama ialah meningkatkan imej
Kluang.Terdapat lebih ramai orang yang mengetahui bandar Kluang dan keunikannya.
Kesannya, gambaran yang positif akan diberikan kepada para pelancong.

Pengekalan warisan bangunan lama juga dikategorikan sebagai kesan kewujudan


Laman Kreatif Kluang kerana ia dapat direalisasikan daripada kewujudan Laman Kreatif
Kluang. Bangunan-bangunan yang lama dijadikan warisan sehingga mendapat pengiktirafan
antarabangsa. Secara implisitnya, kawasan sekitar juga telah dibaik pulih dan dinaik taraf.

Seterusnya, salah satu kesan kewujudan Laman Kreatif Kuang adalah dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Hal yang sedemikian dapat diperlihatkan daripada
keluarga yang berkunjung ke sini semasa cuti atau hujung minggu. Impaknya, Hal yang
sedemikian memberi peluang kepada masyarakat untuk berinteraksi bersama-sama.

Selain itu, pemupukan persefahaman antara masyarakat setempat juga merupakan


kesan kewujudan Laman Kreatif Kluang. Hal yang sedemikian kerana hubungan silaturahim
akan dijalinkan semasa bersama-sama menikmati mural. Ertinya, interaksi pelbagai kaum
semasa pergi ke tempat yang sama akan memupuk persefahaman antara masyarakat.

6.3 Cadangan Kajian

6.3.1 Pembinaan tandas awam

Pihak tempatan seharusnya menitikberatkan kelengkapan kemudahan awam yang


disediakan di sekeliling laman.Walaupun terdapat meja dan kerusi yang lengkap, tetapi laman
masih kekurangan tandas awam. Pihak tempatan khasnya Majlis Perbandaran Kluang
diharapkan dapat menaiktarafkan destinasi ini dengan menyediakan lebih banyak tandas
awam untuk memudahkan orang awam.

6.3.2 Penyediaan basikal awam untuk disewa

Pihak berkenaan hendaklah mencontohi tempat destinasi yang lain dengan


membekalkan basikal untuk disewa sebagai pengangkutan semasa kunjungan mereka. Hal
yang sedemikian bukan sahaja dapat mengurangkan kesasakan lalu lintas tetapi juga dapat
meminimumkan pencemaran udara akibat pelepasan gas dari kenderaan.

6.3.3 Perniagaan makanan

Perniagaan makanan sepatutnya digalakkan di sekeliling laman.Hal yang sedemikian


disebabkan ramai pelancong suka menikmati makanan sambil menikmati mural .Jadi, pihak
tempatan khasnya Majlis Perbandaran Kluang sewajarnya menggalakkan masyarakat
tempatan untuk menjalankan perniagaan makanan di situ melalui pemohonan lesen
perniangaan.

6.4 Kesimpulan

Deduksinya, kedua-dua pihak tempatan dan penduduk setempat harus sedar akan faktor
tarikan dan kesan kewujudan Laman Kreatif Kluang dan berusaha untuk membangunkannya
agar Laman Kreatif Kluang dapat mengharumkan nama Kluang ke persada dunia pada suatu
hari nanti.

You might also like