You are on page 1of 2

SEMINAR PEMANTAPAN UPKK GURU-GURU SRA DAERAH KLANG

Tarikh: 28 Mac 2019


Tempat: Hotel Gold Course Klang.
Hasil rumusan dan konklusi guru terhadap seminar pemantapan UPKK.

1. Rumusan Pakar Adab (Akhlak Islamiah)


Ustaz Mukmin.
Soalan berbentuk gambar. Kelemahan dari murid perlu memahami gambar. Guru perlu
memastikan memindahkan maklumat daripada gambar pada kalimah atau ayat.
Murid mesti memahami arahan soalan. Guru perlu tekankan perbezaan adab dengan
hikmah atau kesan. Beza perkara yang tidak beradab dan akibat tidak beradab. Contoh:
Guru sentiasa melatih murid melihat gambar sambil berimaginasi, memahami dan
memindahkan maklumat dari gambar.
Guru perlu tekankan gambar yang dilihat berkaitan tajuk yang mana.
Hikmah dan kesan lebih kurang. Hikmah lebih meluas kena kaitkan dengan yang luar.
Kesan untuk individu.
Tambahan: Masa menjawab lama. Murid perlu membuat pemerhatian dan situasi yang
terperinci.

2. Rumusan Pakar Ibadah


Uztaz Radzi (SRA Jalan Kebun)
Soalan 62: Perkara sunat terbahagi kepada dua.

Guru perlu kaitkan kepada murid tentang tambahan ilmu. Tidak bergantung kepada buku
nota padat semata-mata. Selalu guru akan menyentuh tentang rukun qauli dan fi’li.
Soalan 65: Petikan hukum dan alasan.

Konklusi: Setiap tajuk perlu dijangkakan KBAT. Bina soalan KBAT mengikut tajuk yang
terakhir. KBAT guru dahulu baharulah KBAT kepada murid. Banyakkan latih tubi untuk
biasakan bentuk soalan. Bagi latihan sambil berlatih sambil mengajar. Bergantung kepada
sekolah dan murid masing-masing.
3. Rumusan Pakar Aqidah

Ustazah Anura Fitrina (SRA Sg Udang)


Soalan Kenyataan : Fokuskan kepada perkataan yang dihitamkan. Buat jadual
perbezaan agar lebih faham.

4. Rumusan Pakar Jawi Khat


Ustazah Rosidah (SRA Sg Udang)
Jawi dan Bahasa Arab kaedah adalah sama. Murid perlu baca soalan lebih 3 kali jika
ingin faham soalan.
Pilihan jawapan jawi: Baca banyak kali setiap pilihan soalan.
Suaikan : kekeliruan kerana ayat Nahi tiada dalam jawi.
Latihan Khat: Cetak tulisan khat yang kosong. Hanya garisan luar sahaja.

5. Rumusan Pakar Lughatul Quran


Ustaz Hasif (SRA Padang Jawa)
Semua soalan KBAT. Mudah untuk murid kelas pertama menjawab. Soalan mengenai
susunan huruf.(Bina perkataan) Solusi: Guru perlu bijak mengajar murid mengajar
perkataan dengan memulakan huruf. Contoh: Mauzun.

Bina ayat: Solusinya mempelbagaikan ayat yang diajar kepada murid.


Menjawab karangan: Melihat key word yang agak sama.
Pemurnian: Susun perkataan akan ditambahkan berdasarkan agar murid lebih fokus.

6. Rumusan pakar Sirah


Ustazah Asmah (SRA Jalan Kebun)
Soalan Rajah: Soalan kelirukan murid.
Soalan 4.2 : Soalan penurunan alQuran. Terlepas pandang.
Cadangan: Menganjurkan kursus KBAT di daerah.

You might also like