You are on page 1of 12

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING™

DISEDIAKAN OLEH
 MUHAMAD IZZAN BIN MARUPIN (2017219236)

 MOHD IZZUDDIN SYAFIQ BIN JANIAL (2017207128)

 MUHAMAD MURSYID HAZIQ BIN MORSIDI (2017223988)

 MOHD RAFI’UDDIN BIN MUHAMMAD (2017209598)

 MOHD LUQMAN HAMZI (2017209832)

KOD PROGRAM
 EC1103C

TAJUK
 APLIKASI SYARIAH - ISU PEMBEDAHAN PLASTIK

KOD KURSUS
 CTU211

DISEDIAKAN UNTUK
 USTAZ AHMAD HISYAM BIN AZIZAN

TARIKH PENYERAHAN

 25 OKTOBER 2018
PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirabbil’alamin,dengan nama Allah yang maha pemurah lagi


maha mengasihani, segala puji pujian hanya untuk Allah tuhan semesta alam kerana
dengan kurniaan nya kami dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada
kami ini.Kami juga ingin merafakkan kesyukuran kepada Ilahi kerana telah
mengurniakan kami kekuatan dan kesabaran sepanjang tempoh kami menyiapkan
tugasan ini.

Selain itu, kami ingin mengucapkan beribu ribu terima kasih kepada ustaz kami,
kerana beliau telah banyak membantu dan membimbing kami dalam menyiapkan
tugasan ini.Tanpa bimbingannya,kami pasti akan terhumbang hambing menyiapkan
tugasan dalam masa yang telah diberi.

Di samping itu, tidak lupa akan jasa keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa
memberi sokongan kepada kami. Mereka juga tidak jemu memberi info baharu kepada
kami untuk diletakkan dalam kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada individu yang
terlibat secara tidak langsung dalam progres kami menyiapkan tugasan ini. Jasa anda
amat dihargai.
PENGENALAN
Syukur kepada Allah s.w.t kerana akhirnya kerja kursus yang telah
diamanahkan kepada kami ini akhirnya telah berjaya diselesaikan dalam tempoh yang
telah diberikan oleh ustaz kepada kami. Tajuk yang diberikan kepada kami adalah
‘Aplikasi syariah Islam dalam isu pembedahan plastik’. Tajuk yang kami kupas ini
merupakan salah satu fenomena yang kian menular kebelakangan ini.

Fenomena pembedahan plastik ini semakin banyak berlaku dalam kalangan


manusia pada zaman ini. Pembedahan plastik adalah cabang ilmu bedah yang
terbahagi kepada dua iaitu operasi Rekonstruksi dan Esketik. Perkataan plastik yang
terdapat dalam pembedahan plastik itu berasal dari bahasa Yunani iaitu plasticos
yang bereti dapat dibentuk atau diubah. Meskipun ia menggunakan perkataan plastik
namun bahan yang digunakan bukanlah plastik tapi menggunakan bahan dari tubuh
sendiri (lemak, tulang rawan, kulit dan lain-lain) atau bahan artificial (implant) seperti
silicon padat untuk memancungkan hidung atau silikon gel untuk membesarkan
payudara.”

Tanpa kami sedari dalam tempoh kami mengkaji tajuk ini, fenomena ini juga
kian berlaku dalam kalangan orang Islam di Malaysia ini. Semakin hari semakin ramai
orang yang berani mencuba untuk memuaskan nafsu diri yang tidak pernah puas.
Pandangan masyarakat kini mesti diubah bukan semua pembedahan dibolehkan oleh
syarak. Tambahan pula masyarakat perlu sedar bahawa pembedahan plastik
bukanlah untuk kecantikan tapi untuk mengubah bentuk badan atau rupa yang telah
rosak setelah berlaku apa apa kemalangan.
SEJARAH
Pembedahan menukar dan membentuk semula wajah bermula dari zaman 1213
Sebelum Masihi di Mesir purba. Ketika itu, kepercayaan yang diamalkan apabila wajah
menjadi sebagai salah satu lambang fizikal yang akan dibawa semula ke alam
kehidupan yang baru. Pada ketika itu, Raja Ramses II memiliki bentuk hidung yang
tidak menarik iaitu besar dan memanjang. Untuk memastikan dia diingati sebagai
seorang raja pada kehidupan lain, baginda telah menjalankan prosedur pembedahan
dengan memasukkan tulang baru untuk membentuk hidung yang lebih sempurna.

Seterusnya ia membawa kepada negara Rom yang menjadi negara pertama


mengamalkan pembedahan untuk memulih imej diri. Dahulu, golongan wanita atasan
di negara ini gemar menyarung perhiasan anting-anting yang berat sehinggakan
cuping telinga mereka tertarik dan menjadi panjang. Manakala golongan hamba yang
telah dibebaskan juga perlu melalui prosedur untuk membuang tanda ‘hak milik’ yang
dicop pada anggota badan mereka oleh bekas majikan mereka.

Seterusnya, di zaman India purba pada tahun 600 Sebelum Masihi, seorang pakar
bedah bernama Sushruta menjadi doktor pertama yang menyempurnakan prosedur
pembedahan plastik ini ke atas manusia. Pada zaman itu, mereka yang melakukan
jenayah akan diberi hukuman kejam dengan memotong hidung mereka bagi memberi
kesedaran pada orang ramai. Namun Sushruta telah mencipta prosedur bagi
mengembalikan bentuk hidung sempurna buat bekas-bekas penjenayah. Proses ini
memerlukan dia menarik sedikit kulit dari bahagian pipi juga dahi untuk ditampal pada
bahagian hidung.
Jenis-Jenis Pembedahan Plastik
REKONSTRUKSI
a) Kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir dan langitan, hipospadi (alat
kelamin melengkung) hemangioma (kelainan pembuluh darah pada kulit).

b) Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit


terbakar,patah dan retak tulang.

c) Kecacatan akibat infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit


mengalami penderitaan yang teruk.

d) Pembedahan Kraniofasial dan maksilofasial,bagi menangani kelainan bentuk


kepala dan muka (patah tulang muka akibat kecelakaan)daripada yang normal.

e) Pembedahan mikro (seperti traumatik amputasi jari yang memerlukan


penyambungan pembuluh darah).

f) Transexual.

PEMBEDAHAN KOSMETIK

1. Facelift
Facelift adalah prosedur untuk menegangkan kulit. Selain itu, facelift juga dapat
menghilangkan kerutan pada wajah.

2. Rhinoplasty
Rhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan keinginan
individu.Selain bertujuan untuk memperbaiki penampilan,rhinoplasty dapat membantu
pernafasan yang tersumbat.

3. Eyelid Surgey
Eyelid surgey dilakukan untuk mengangkat lemak serta menegangkan kulit dan otot
di sekitar mata,tetapi eyelid surgey tidak akan menghilangkan garis atau kerutan di
sekitar mata,atau menghilangkan warna hitam di bawah mata.
4. Check Implant
Operasi ini digunakan untuk menambah tinggi tulang pipi.Operasi ini dilakukan
dengan memasukkan silicon di rongga mulut.Pipi tembam atau “chubby”juga dapat
dihilangkan dengan menyedut lemak di bahagian pipi dan menegangkan ototnya.

5. Liposuction
Suatu cara bagi menghilangkan lemak tubuh dengan cara membuat lubang kecil pada
kulit dan mengeluarkan lemak tersebut dengan tenaga vakum.Hasil yang diperoleh
ialah perut akan menjadi lebih ramping dan langsing.

6. Breast Augmetation
Breast Augmetation adalah operasi untuk merubah ukuran payudara dengan
menggunakan silikon.Hal ini dapat mengembalikan kembali bentuk payudara setelah
melahirkan anak atau merubah ukuran payudara bersesuaian dengan keinginan
individu.

7. Lip Augmentation
Faktor umur banyak menyebabkan wanita kehilangan volume di bibirnya dan mulai
mendapat kerutan di bibir. Lip augmentation dapat membantu mengembalikan bentuk
bibir serta menghasilkan bentuk bibir mengikut keinginan seseorang.
Kebaikan dan Keburukan Pembedahan Plastik
Kebaikan Pembedahan Plastik

1) Untuk mengubati aib yang ada dibadan, atau kerana kejadian yang
menimpanya seperti kecelakaan, kebakaran atau yang lainya. Maka operasi ini
dimaksudkan untuk pengubatan - Maksudnya adalah operasi yang dilakukan
hanya untuk pengubatan dari aib (cacat) yang ada dibadan, baik kerana cacat
dari lahir (bawaan) seperti bibir sumbing, jari tangan atau kaki yang berlebih,
dan yang kedua bisa disebabkan oleh penyakit yang akhirnya merubah
sebahagian anggota badan.

2) Atau untuk mempercantik diri, dengan mencari bahagian badan yang dianggap
mengganggu atau tidak nyaman untuk dilihat orang, istilah yang kedua ini
adalah untuk kecantikan dan keindahan. Maksudnya adalah operasi yang tidak
dikarenakan penyakit bawaan (keturunan) atau kerana kecelakaan, akan tetapi
atas keinginannya sendiri untuk menambah keindahan dan mempercantik diri.

Keburukan pembedahan Plastik

1) Operasi plastik merubah ciptaan Allah S.W.T.

2) Adanya unsur pemalsuan dan penipuan.


Contoh: Menggunakan silikon untuk memperbesarkan payu dara juga
diharamkan kerana ia berbahaya selain bukan untuk tujuan kesihatan. Botox
pula haram bukan saja kerana bahan digunakannya bernajis dan berbahaya
tetapi ia memiliki unsur penipuan.

3) Dari sisi lain, bahwa negatif lebih banyak daripada manfaatnya, kerana bahaya
yang akan terjadi sangat besar apabila operasi itu gagal, boleh menyebabkan
kerosakan anggota badan bahkan kematian.

4) Penggunaan botox untuk lebih kelihatan muda adalah haram. Islam melarang
keras pembedahan plastik yang dilakukan untuk mengubah ciptaan asal Allah.
HUKUM MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK
Terdapat dua(2) hukum untuk melakukan pembedahan plastik iaitu:

1. HARUS / MUBAH

Dibolehkan untuk melakukan pembedahan plastik bagi tujuan perubatan


mahupun menutup aib seseorang sebagai contohnya:

 Mengubati kulit yang terbakar sama ada bahan luar seperti gel atau
mana-mana bahagian kulit tubuh pesakit (Kulit paha /Punggung).
 Mendapatkan rawatan bagi sendi-sendi yang terkeluar atau tulang
yang patah.
 Menanam rambut bagi orang yang mengalami masalah keguguran
rambut.
 Membuang anggota badan yang berlebihan (Jari).
 Membetulkan bibir yang sumbing.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

“Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan pula


ubatnya”.

2. HARAM

Diharamkan bagi mereka-mereka yang melakukannya untuk tujuan


kecantikan semata-mata tanpa ada hajat untuk berubat sebagai contohnya:

 Memancungkan hidung bertujuan untuk meniru idola mereka.


 Membesarkan payudara bagi tujuan menarik perhatian.
 Melakukan tatu.
Maksudnya:

“(kata iblis) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan
membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka
(memotong telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan
aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah) dan mereka benar-benar
mengubahnya. Barangsiapa yang menjadi syaitan sebagai pelindung selain Allah,
maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata”.

Terang lagi bersuluh bahawasanya pembedahan plastik boleh dibuat dengan


tujuan perubatan. Namun yang demikian, iblis telah menghasut mereka-mereka yang
taksub dengan kecantikan dan menyebabkan mereka mula menyalahgunakan
pembedahan plastik sebagai kepentingan diri sendiri.
Kesan Pembedahan Plastik
Individu
Seterusnya, antara keburukan taksub kecantikan kepada seorang individu ialah akan
menimbulkan kemurungan kepada si mangsa. Mereka akan hilang keyakinan pada diri
sendiri sehingga mereka tidak mahu keluar berhadapan dengan masyarakat sekeliling.
Mereka bimbang tentang persepsi masyarakat sekeliling terhadap mereka dan mereka
malu kerana telah melakukan perkara bodoh.

Masyarakat
Menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat sehingga
menjadikan suasana semakin dingin dan menghadirkan sifat assobiah menyebabkan
perpecahan dalam masyarakat juga melahirkan rasa dendam antara mereka kerana
salah faham yang terjadi antara mereka serta meraka akan saling menyalahkan
antara satu sama lain.
Kesimpulannya
Dari perbincangan ini kita dapat simpulkan bahawa pembedahan plastik adalah
dibolehkan atas beberapa keadaan yang mengizinkan seseorang itu melakukannya
untuk tujuan perubatan bukan untuk tujuan kecantikan. Pembedahan plastik juga
boleh dilakukan untuk menutup keaiban seseorang supaya tidak menimbulkan fitnah
dalam masyarakat. Bagi tujuan kecantikan, seseorang itu diharamkan melakukan
pembedahan plastik kerana Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian
berdasarkan surah al-infithaar ayat 7-8 bermaksud:

“yang telah menciptakan kamu, lalu menyempurnakan kejadiannmu dan menjadikan


susunan tubuhmu seimbang. Dalam bentuk apa sahaja yang dia kehendaki, Dia
menyusun tubuhmu“

Oleh itu, setiap manusia hendaklah bersyukur terhadap kesempurnaan tubuh


yang telah Allah berikan dan janganlah kita mengubahnya mengikut kehendak kita
atau untuk tujuan kecantikan kerana Allah tidak menyukai perbuatan tersebut
berdasarkan hadis

“Daripada Ibnu Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w: Allah S.W.T melaknat
perempuan yang membuat tatu dan yang meminta di buat tatu, yang mencukur alis,
yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah “
Hadis riwayat muttafaqun alaih.
RUJUKAN
http://www.sinarharian.com.my/rencana/bedah-plastik-dari-perspektif-islam-1.249601

http://perkongsianantarakita.blogspot.com/2016/03/pembedahan-plastik-menurut-agama-
islam_26.html

http://zueizzah.blogspot.com/2015/10/pembedahan-kosmetik.html

You might also like