You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS BERBUKA PUASA 2019

SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR


Disediakan oleh: Mohd Ghadafi Bin Mohd Jaya

PENGACARA TENTATIF TEKS PENGACARA CATATAN


Kata alu-aluan
‫حييمم‬
‫ا الرريحمممن الرر م‬
‫مبيسمم م‬

‫سييمدمنا مممحرمدد مومعملى آلممه‬


‫سلممم معملى م‬ ‫ موال ر‬,‫ل مريب ايلمعاملممييمن‬
‫ص م‬
‫لة مموال ر‬ ‫اميلمحيممد م ر م‬
‫صمحامبمه أميجمممعييمن‬ ‫موأم ي‬

Amma bakd

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,


selamat sejahtera, salam 1Suara 1Budaya dan salam Pewaris Budaya
Bangsa.

YANG BERUSAHA,
ENCIK SUHAIMI SUN BIN ABDULLAH
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar Perancangan dan Penyelarasan
Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni (BPSS)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Diraikan,
YANG BERUSAHA,
CIK HAJAH NORZIAH BINTI AZIZ,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik

YANG DIHORMATI
ENCIK MOHD JEFFERIN BIN SAAT
Wakil rasmi: Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang.

YANG DIHORMATI,
EN ZAIRULRIZAL BIN ZAINAL
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Seni Malaysia
Johor.

Yang Dihormati para pegawai dari Bahagian Pendidikan Sukan dan


Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia, barisan jurulatih kesenian,
guru-guru serta putera puteri Sekolah Seni Malaysia Johor yang
dikasihi. Selamat datang ke MAJLIS IFTAR WIDA’ SEKOLAH
SENI MALAYSIA JOHOR.
Alu aluan Hadirin yang dikasihi,
majlis pada petang ini merupakan majlis santapan yang penuh
Buat hajah
bermakna bersempena dengan Majlis Persaraan Penolong Kanan
Norziah
Pentadbiran dan Akademik, Sekolah Seni Malaysia Johor, iaitu Yang
Berusaha Cik Hajah Norziah binti Aziz.

Dengan limpahan rahmat di bulan Ramadhan ini, maka majlis santapan


1
TEKS PENGACARA MAJLIS BERBUKA PUASA 2019
SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR
Disediakan oleh: Mohd Ghadafi Bin Mohd Jaya
terakhir buat Yang Berusaha Cik Hajah Norziah binti Aziz dinamakan
sebagai Iftar Wida’. Semoga dengan kesempatan menatap wajah-wajah
kesayangan anak-anak dan warga Sekolah Seni Malaysia Johor diketika
ini menjadi kenangan yang dirindui oleh Cik Hajah Norziah binti Aziz
di hari kelak.

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan
Kalaulah jauh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan

Sumbangan Menjelang hari terakhir persekolahan dan cuti pulang ke kampung pada
Aidilfitri esok hari, pihak sekolah berbesar hati untuk berbagi rezeki dengan
murid-murid yang layak dan terpilih dengan bantuan Unit Bimbingan
dan Kaunseling, Sekolah Seni Malaysia Johor.

Oleh itu, majlis mempersilakan


YANG BERUSAHA,
ENCIK SUHAIMI SUN BIN ABDULLAH
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar Perancangan dan Penyelarasan
Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni (BPSS)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Diiringi oleh
YANG BERUSAHA,
CIK HAJAH NORZIAH BINTI AZIZ,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik
Untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada murid-murid
Sekolah Seni Malaysia Johor. Dipersilakan.
(baca senarai nama)
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
YANG BERUSAHA,
ENCIK SUHAIMI SUN BIN ABDULLAH
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar Perancangan dan Penyelarasan
Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni (BPSS)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Atas kesudian menyampaikan sumbangan sebentar tadi.

Bacaan doa Muslimin dan muslimat yang dikasihi,


Sementara menanti azan maghrib,
Majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Abd Hadi bin
Abdullah untuk mengetuai tahlil dan zikir munajat. Kemudian selepas
selesai Iftar Wida’, tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan
dijemput ke Surau Sekolah Seni Malaysia Johor untuk menunaikan
2
TEKS PENGACARA MAJLIS BERBUKA PUASA 2019
SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR
Disediakan oleh: Mohd Ghadafi Bin Mohd Jaya
solat Maghrib, seterusnya Solat Isya dan Solat Terawih berjemaah.

Selesai Sampai di sini sahaja, saya menyerahkan majlis kepada


Al-Fadhil Ustaz Mohd Abd Hadi bin Abdullah
Dipersilakan.

You might also like